12/05/2026
Selamat Hari Jururawat Sedunia ๐ท
Jururawat merupakan antara insan yang banyak berkorban demi menjaga dan merawat pesakit dengan penuh sabar, ikhlas dan kasih sayang. Bukan mudah memikul tanggungjawab ini kerana ia menuntut kekuatan fizikal, mental dan juga jiwa yang besar.
Besarnya jasa jururawat sering tidak terungkap dengan kata-kata, namun pengorbanan mereka amat besar nilainya buat rakyat dan negara.
Terima kasih atas segala jasa, dedikasi dan pengorbanan yang dicurahkan.