
09/06/2025
πππππππ ππππ ππππ
Farmasi Rohma merakamkan rasa dukacita atas tragedi yang menimpa warga UPSI. Salam takziah kepada seluruh keluarga mangsa.
Semoga roh mereka dirahmati dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Amin Ya Rabbal Alamin.
ππππππ πππππππ ππππππππ ππππππππππ ππ-π
ππππππ ππππ πππππππ πππππ ππππ
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Dengan penuh rasa dukacita dan simpati, kami warga Poliklinik Al-Farhain 24 Jam ingin merakamkan ucapan takziah yang sedalam-dalamnya kepada keluarga mangsa serta seluruh warga Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) atas pemergian 15 orang penuntut UPSI dalam satu kemalangan tragis di Gerik, Perak pada 9 Jun 2025.
Kehilangan besar ini pastinya memberi kesan mendalam bukan sahaja kepada keluarga dan rakan-rakan mangsa, malah kepada seluruh warga institusi pendidikan tinggi negara.
Kami mendoakan agar roh semua mangsa dikurniakan husnul khatimah, diampunkan dosa dan ditempatkan dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.
Semoga keluarga dan sahabat yang ditinggalkan diberi kekuatan, ketabahan dan reda menghadapi ujian yang amat berat ini.
Salam takziah dari kami semua di Poliklinik Al-Farhain.