Wakaf Assyifa Kota Bahru Kelantan

Wakaf Assyifa Kota Bahru Kelantan perubatan alternatif secara islamiah untuk semua yang memerlukan. perubatan spiritual dan juga jas

Jika menjadi tradisi memakai utk berlindung maka pakaian tadi haruslah dijaga sebaiknya.. Jika tidak akan menjadi beban ...
02/04/2026

Jika menjadi tradisi memakai utk berlindung maka pakaian tadi haruslah dijaga sebaiknya.. Jika tidak akan menjadi beban kpd pemilik.. Maka sebaik2 pelindung adalah Allah. Tiada lain. Semoga Allah ampuni kita.





Tiada yg lebih hebat daripada kuasa Allah. setelah bertahun lama bertarung dgn saka sampai menjadi ibarat kain buruk dir...
20/10/2025

Tiada yg lebih hebat daripada kuasa Allah. setelah bertahun lama bertarung dgn saka sampai menjadi ibarat kain buruk dirumah.. Beban pd anak2 cucu tp hanya Allah saja tahu beban pd pemiik saka. Dgn izin Allah, beliau selamat di kebumikan dan pemergian lancar tanpa aib pd keluarga. Alhamdulillah..

Sampai bila anda masih dihantui saka?
21/07/2025

Sampai bila anda masih dihantui saka?

17/07/2025

Masa rawatan, lepas waktu isya, setiap hari kecuali jumaat saja.. Semoga Allah permudahkan segalo urusan...

Pembersihan kedai makan... Antara benda yg dibongkar pd lantai kedai..
26/08/2024

Pembersihan kedai makan... Antara benda yg dibongkar pd lantai kedai..



Pocong (cokelat heks) yg digunakan utk menzalimi org2 oleh pengamal ilmu hitam.. dibotolkan dari badan pesakit..
04/07/2024

Pocong (cokelat heks) yg digunakan utk menzalimi org2 oleh pengamal ilmu hitam.. dibotolkan dari badan pesakit..




02/12/2023

Bismillahirrahmanirrahim

Perasan tak dalam rumahtangga ada ketika serba tak kena, kadang rasa nak marah tak tentu pasal, kerap prasangka buruk pada pasangan, isu kecil pun boleh jadi isu besar. Tengok muka pasangan pun rasa meluat, tapi dalam hati rasa sayang dan bila berjauhan rasa rindu! Hah, bila keadaan ini berlaku, salah satunya adalah berpunca daripada jin/ syaitan penghasut yang bernama "Dasim".

Perlu Tahu Mengenai "Dasim"

1.Dasim adalah iblis yang tak s**a suami isteri dan keluarga aman dan bahagia. Dasim ini tugasnya adalah menyebarkan sifat emosi yang keterlaluan, mudah marah dan permusuhan pada suami isteri.

2.Selalunya kes rumahtangga Dasim akan cuba meruntuhkan institusi kekeluargaan. Dasim akan cuba mengapi-apikan lagi suami isteri sampai bermusuhan dan buat suami isteri rasa tak tak sefahaman tanpa sebab!

3.Si Dasim ni, kerja dia s**a buat pasangan terasa hati, dia akan buat orang tu takkan diam diri, bila terasa hati sikit je terus akan turut berperang mulut, keluarkan kata-kata yang menyakitkan hati tanpa berfikir secara waras.Kesannya rumah tangga yang dibina tu akan jadi suram, tawar dan ianya akan tak tenteram.

4. Dasim s**a menghasut terutama pada wanita yang datang bulan, baru lepas bersalin atau sedang mengandung, yang sering alami emosi tidak menentu.

5. Dasim ni terlalu jahat hingga dia akan buat kita sanggup lakukan apa sahaja untuk puaskan hati kita yang marah, sampai rumah tangga kita hancur lebur tanpa sebab.

Pergaduhan dan perselisihan didalam rumahtangga memang hasutan dan kerja syaitan, namun kita suami isteri juga perlu kuat dengan mendekatkan diri pada Allah, buat perkara-perkara baik yang mana boleh menjernihkan kembali rumah tangga. Jangan mudah terpedaya dan terperangkap dengan hasutan ini.

25/05/2023

Inshaa Allah sahabat, kita usahakan yg terbaik.

Lama tiada update kerana kesesakan masa yg ada. Pelajar T3 asrama penuh mengalami kemurungan dan kesakitan dlm badan sec...
15/05/2023

Lama tiada update kerana kesesakan masa yg ada. Pelajar T3 asrama penuh mengalami kemurungan dan kesakitan dlm badan secara tiba2. Pada mulanya warden kata keras tmpat belajarnya, dgn izin Allah perawat kami dapat meredakan keadaan dan kembalikan kesedaran pelajar cermelang ini. Alhamdulillah syukur pd Allah yg maha hebat.

10/04/2023

Kalau Anda Tidur Kena “Tindih”

a. Jika anda tidur dan terasa seperti kena “tindih”, mungkin apa yang anda alami adalah kesan psikologi semata-mata akibat stress. Setiap masalah hidup yang menimpa boleh mengakibatkan gangguan fungsi organ tubuh. Reaksi tubuh ini dinamakan “stress” manakala “depress” adalah reaksi kejiwaan seseorang terhadap stress yang dialami. Reaksi kejiwaan lain yang mempunyai hubungan dengan stress ialah kecemasan (anxiety). Lumrahnya, cara gangguan stress berlaku tidak jelas dan sering tidak disedari. Walaupun demikian, pada peringkat teruk ia boleh melahirkan rasa takut dan panik yang tidak jelas puncanya, malah ia boleh menyebabkan gangguan sistem pencernaan, mengalami masalah tidur dan berlakunya mimpi-mimpi ngeri sama ada pada mula-mula terlena ataupun ketika sedang nyenyak tidur.

Allah s.w.t. menjadikan manusia itu terdiri daripada 3 unsur utama, iaitu jasad, roh dan akal. Biarpun depress sering dikaitkan dengan reaksi kejiwaan seseorang akibat stress yang dialami, apabila berlaku simptom-simptom stress seperti rasa takut, gangguan tidur dan sebagainya, ia tidak mempunyai simptom-simptom lain seperti debaran jantung yang keras, sesak nafas, dingin, gementar dan tidak mengalami gangguan sistem pencernaan.

b. Apabila ada punca lain yang perlu dicari dan dianalisis, lebih-lebih lagi apabila masalah berlaku ketika tidur, rasa ditindih menyebabkan seseorang tidak bernafas, tidak boleh menjerit ataupun bersuara. Pada ketika tertentu, seseorang itu melihat lembaga hitam.. Pengalaman sebegitu andainya ia berlaku, ia terjadi hanya sekali. Ia mungkin berlaku akibat kesan psikologi, dan apa yang dilihat hanya ilusi semata-mata. Walaupun demikian, apabila ia berlaku berulang kali, ada kemungkinan ia berlaku akibat daripada gangguan iblis dan syaitan.

c. Ketika tidur, jasad manusia berada di pembaringan. Akal manusia tetap wujud, tetapi tidak aktif, berfungsi atau mempunyai ikhtiar seperti ketika manusia dalam keadaan berjaga. Ketika inilah makhluk yang asal kejadiannya daripada api menyerang manusia, iaitu menyerang roh tadi menyebabkan berlakunya gangguan-gangguan seperti mimpi-mimpi yang menakutkan. Ilusi semata-mata s**ar untuk dikaitkan dengan gangguan organ tubuh yang boleh menyebabkan seseorang itu terasa terhimpit atau tertindih, s**ar bernafas, tidak boleh bergerak ataupun bersuara, tetapi boleh terjaga apabila dia berupaya membaca ayat al-Quran.

SIMPTOM AWAL GANGGUAN JIN SYAITANI1) Sakit kepala selepas waktu asar ke atas.2) Badan terasa berat dan malas.3) S**ar me...
01/04/2023

SIMPTOM AWAL GANGGUAN JIN SYAITANI

1) Sakit kepala selepas waktu asar ke atas.
2) Badan terasa berat dan malas.
3) S**ar mendapat jodoh.
4) Badan terasa bisa-bisa.
5) Sakit ketika ziarah orang meninggal.
6) S**ar tidur malam.
7) Sakit pinggang tanpa sebab.
8 ) Sakit dada bila waktu asar keatas.
9) Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya.
10) Bermimpi bayi atau menyus**an bayi.
11) Bermimpi jatuh dari tempat tinggi.
12) Bermimpi di tempat yang kotor.
13) Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar.
14) Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.
15) Bayi kerap menangis.
16) Bunyi guli jatuh diatas syiling.
17) Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.
18) Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
19) Malas beribadat.
20) Nyanyuk ketika usia lanjut.
21) Panas baran.
22) Sikap berubah secara mendadak.
23) Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.
24) S**a melakukan tabiat buruk.
25) Kerap sendawa bila mendengar al-quran.
26) Kerap keguguran.
27) Gagal melakukan hubungan kelamin.
28) Mengantuk bila dengar al-quran.
29) Bermimpi seram yang menakutkan.
30) Darah haid turun lebih 15 hari.
31) Batuk yang berpanjangan.
32) Selalu ditindih ketika tidur.
33) Kuat berangan.
34) Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
35) Nafsu seksual yang melampau.
36) Selalu melihat kelibat dirumah.
37) Terasa diri selalu diperhatikan.
38) Mandul.
39) Kerap mendengar sesuatu bisikan.
40) Melihat jin secara terus.
41) Sakit mental atau gila.

LA ILAHA ILLALLAH WAH DAHU LAA SYARIKALAH, LAHUL MULKU WA LAHUL
HAMDU, WA HUWA ALA KULLI SYAI'IN QADIR. (tidak ada sembahan kecuali
Allah, Robb satu-satunya dan tiada sekutu bagi-Nya, hanya milik-Nya-lah
segala puji, dan dia adalah maha berkuasa atas segala sesuatu)

Amalkan zikir di atas 100x tiap2 pagi & petang selama sebulan, insyaAllah
diri anda akan dipagar dan gangguan jin pun akan beransur hilang.

Lama tak update page sbb admin amat sibuk kebelakangan ini dengan kenduri. Namun tetap tidak menghalang salurkan bantuan...
27/02/2023

Lama tak update page sbb admin amat sibuk kebelakangan ini dengan kenduri. Namun tetap tidak menghalang salurkan bantuan pd yg memerlukan..

Penangkapan hantu raya yg mengganggu hidup pasangan yg didengki..



Address

Kota Bharu
15670

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+601119322719

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Wakaf Assyifa Kota Bahru Kelantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share