USM Kampus Kesihatan

USM Kampus Kesihatan Higher Education

MENYANTUNI WARGA, MEMPERKASA HUBUNGAN STRATEGIK MENERUSI LAWATAN RASMI KE KAMPUS KESIHATAN USMPengerusi Lembaga Gabenor ...
15/04/2026

MENYANTUNI WARGA, MEMPERKASA HUBUNGAN STRATEGIK MENERUSI LAWATAN RASMI KE KAMPUS KESIHATAN USM

Pengerusi Lembaga Gabenor Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Emeritus Dato’ Dr. Hassan Said telah mengadakan lawatan kerja rasmi selama dua (2) hari ke Kampus Kesihatan USM dan merupakan lawatan pertama beliau sejak dilantik ke jawatan tersebut.

Baca selanjutnya menerusi laman sesawang Kampus Kesihatan USM.

https://news.kk.usm.my/aktiviti/lensa-peristiwa/menyantuni-warga,-memperkasa-hubungan-strategik-menerusi-lawatan-rasmi-ke-kampus-kesihatan-usm.html








PUSAT MEDIA DAN PERHUBUNGAN AWAM (MPRC), KAMPUS KESIHATAN USM
Follow, Like, Comment & Share akaun-akaun media sosial kami https://linktr.ee/USMKampusKesihatan

II15 April 2026IIPusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Universiti Sains Malaysia (USM) menerima kunjungan hormat deleg...
15/04/2026

II15 April 2026II

Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Universiti Sains Malaysia (USM) menerima kunjungan hormat delegasi dari Universitas Padjadjaran (UNPAD), Indonesia sebagai usaha memperkukuh kerjasama akademik antarabangsa pada 8 April lalu.

Baca selanjutnya menerusi laman sesawang Kampus Kesihatan USM.

https://news.kk.usm.my/aktiviti/lensa-peristiwa/usm-terima-kunjungan-unpad-perkukuh-kerjasama-akademik-antarabangsa.html









PUSAT MEDIA DAN PERHUBUNGAN AWAM (MPRC), KAMPUS KESIHATAN USM
Follow, Like, Comment & Share akaun-akaun media sosial kami https://linktr.ee/USMKampusKesihatan

USM ANJUR ‘INTERNATIONAL GATHERING' PUPUK KEHARMONIAN KOMUNITI ANTARABANGSAUSM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 14 April 2026 –...
14/04/2026

USM ANJUR ‘INTERNATIONAL GATHERING' PUPUK KEHARMONIAN KOMUNITI ANTARABANGSA

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 14 April 2026 – Bagi memupuk suasana harmoni dan inklusif dalam kalangan komuniti kampus yang berbilang budaya, Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Pejabat Antarabangsa telah menganjurkan Majlis USM ‘International Gathering’ pada 10 April lalu di Blok A Asrama Antarabangsa, Kampus Kesihatan USM.

Majlis yang dianjurkan dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Pelajar Antarabangsa (USMi) ini bertujuan menggalakkan pertukaran budaya antara pelajar antarabangsa dan tempatan bagi meningkatkan kefahaman serta toleransi selain menyediakan platform jaringan (networking) antara pelajar, pensyarah dan staf dalam suasana tidak formal.

Majlis ini berjaya menghimpunkan kira-kira 200 komuniti antarabangsa terdiri daripada pelajar prasiswazah, pascasiswazah, peserta mobiliti elektif serta pensyarah kontrak dari pelbagai negara. Kehadiran mereka dari pelbagai latar belakang budaya menjadikan suasana lebih meriah dan bermakna. Selain itu, majlis turut diserikan dengan kehadiran Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dato’ Dr. Shaiful Bahari Ismail dan isteri, Profesor Datin Dr. Nik Hazlina Nik Hussain serta Penyelaras Pejabat Antarabangsa, Profesor Madya Dr. Norsuhana Omar.

Majlis ini bukan sahaja memberi peluang kepada komuniti antarabangsa untuk berinteraksi secara lebih dekat, malah turut membuka ruang kepada perkongsian budaya, pengalaman dan perspektif antara satu sama lain. Suasana mesra dan santai yang diwujudkan berjaya mengurangkan jurang komunikasi serta memupuk rasa kebersamaan untuk menyokong kesejahteraan mereka sepanjang menjadi warga Kampus Kesihatan.

Sumber Laporan: Norashiken Haji Ahmad/ Foto: Unit Fotografi UKAST

II13 April 2026IIIbadah haji adalah rukun Islam kelima yang memiliki kedudukan istimewa dalam syariat. Ia merupakan punc...
13/04/2026

II13 April 2026II

Ibadah haji adalah rukun Islam kelima yang memiliki kedudukan istimewa dalam syariat. Ia merupakan puncak kerinduan setiap Muslim untuk menyempurnakan agamanya, sebuah perjalanan spiritual yang tidak hanya melibatkan fisik, namun juga hati dan jiwa.

Baca selanjutnya menerusi laman sesawang Kampus Kesihatan USM.

https://news.kk.usm.my/aktiviti/lensa-peristiwa/langkah-ke-tanah-suci-usm-rai-bakal-tetamu-allah.html








PUSAT MEDIA DAN PERHUBUNGAN AWAM (MPRC), KAMPUS KESIHATAN USM
Follow, Like, Comment & Share akaun-akaun media sosial kami https://linktr.ee/USMKampusKesihatan

II13 April 2026IIDalam usaha mempromosikan kerjasama antarabangsa dalam bidang rehabilitasi oral khususnya prostodontik ...
13/04/2026

II13 April 2026II

Dalam usaha mempromosikan kerjasama antarabangsa dalam bidang rehabilitasi oral khususnya prostodontik melalui pertukaran ilmu dan jaringan profesional, Universiti Sains Malaysia (USM) dan Persatuan Prostodontik Malaysia (MAP) mengambil inisiatif menganjurkan USM-MAP 'Roadshow East Coast’ 2026 di Renai Hotel, Kota Bharu pada 2 April lalu.

Baca selanjutnya menerusi laman sesawang Kampus Kesihatan USM.

https://news.kk.usm.my/aktiviti/lensa-peristiwa/usm-map-%E2%80%98roadshow-east-coast%E2%80%99-2026-kolaborasi-antarabangsa-perkasa-rehabilitasi-oral.html










PUSAT MEDIA DAN PERHUBUNGAN AWAM (MPRC), KAMPUS KESIHATAN USM
Follow, Like, Comment & Share akaun-akaun media sosial kami https://linktr.ee/USMKampusKesihatan

II12 April 2026IISebagai inisiatif memperkukuh kerjasama antara sektor kesihatan dan pihak berkuasa dalam memastikan kes...
12/04/2026

II12 April 2026II

Sebagai inisiatif memperkukuh kerjasama antara sektor kesihatan dan pihak berkuasa dalam memastikan keselamatan serta kelayakan individu Orang Kurang Upaya (OKU) untuk memandu kenderaan, Unit Perubatan Pemulihan, Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) dan Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), USM mengadakan satu sesi perbincangan dengan pihak Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Kelantan (JPJNK) pada 7 April lalu.

Baca selanjutnya menerusi laman sesawang Kampus Kesihatan USM.

https://news.kk.usm.my/aktiviti/lensa-peristiwa/usm-%E2%80%93jpj-kelantan-perkukuh-penilaian-pemanduan-oku.html












PUSAT MEDIA DAN PERHUBUNGAN AWAM (MPRC), KAMPUS KESIHATAN USM
Follow, Like, Comment & Share akaun-akaun media sosial kami https://linktr.ee/USMKampusKesihatan

II12 April 2026IIPusat Pengajian Sains Pergigian (PPSG), Universiti Sains Malaysia (USM) menerima kunjungan Hangzhou Min...
12/04/2026

II12 April 2026II

Pusat Pengajian Sains Pergigian (PPSG), Universiti Sains Malaysia (USM) menerima kunjungan Hangzhou Mingsheng Lide Medical Science Technology Co., Ltd. bagi meneroka peluang kerjasama strategik dalam bidang kesihatan dan sains pergigian pada 1 April lalu.

Baca selanjutnya menerusi laman sesawang Kampus Kesihatan USM.

https://news.kk.usm.my/aktiviti/lensa-peristiwa/ppsg-usm-terima-kunjungan-hangzhou-mingsheng-lide-medical-science-technology-co-,-ltd-2.html








PUSAT MEDIA DAN PERHUBUNGAN AWAM (MPRC), KAMPUS KESIHATAN USM
Follow, Like, Comment & Share akaun-akaun media sosial kami https://linktr.ee/USMKampusKesihatan

II12 April 2026II Sebagai usaha memperkenalkan teknik pewarnaan kreatif kepada murid-murid autisme melalui pendekatan be...
12/04/2026

II12 April 2026II

Sebagai usaha memperkenalkan teknik pewarnaan kreatif kepada murid-murid autisme melalui pendekatan berturutan yang disokong oleh bantuan visual dan fasilitator, Jabatan Patologi, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Universiti Sains Malaysia (USM) dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kota Bharu dan Persatuan Autisme Kelantan telah menganjurkan Bengkel Reka ‘Tie & Dye’ pada 1 April lalu.

Baca selanjutnya menerusi laman sesawang Kampus Kesihatan USM.

https://news.kk.usm.my/aktiviti/lensa-peristiwa/bengkel-reka-%E2%80%98tie-dye%E2%80%99-usm-sokong-pembangunan-holistik-murid-autisme.html









PUSAT MEDIA DAN PERHUBUNGAN AWAM (MPRC), KAMPUS KESIHATAN USM
Follow, Like, Comment & Share akaun-akaun media sosial kami https://linktr.ee/USMKampusKesihatan

FMQ 2026: CUNGKIL BAKAT MAHASISWA, SEMAI CINTA AL-QURANSebagai usaha membentuk mahasiswa yang berkeupayaan menilai, memi...
09/04/2026

FMQ 2026: CUNGKIL BAKAT MAHASISWA, SEMAI CINTA AL-QURAN

Sebagai usaha membentuk mahasiswa yang berkeupayaan menilai, memilih dan menjana idea serta pemahaman berteraskan al-Quran dalam kehidupan seharian, Majlis Penghuni Desasiswa Murni Nurani dengan kerjasama Majlis Penggawa Desasiswa Universiti Sains Malaysia (USM) telah menganjurkan Festival Musabaqah Al-Quran (FMQ) 2026 pada 5 April lalu.

Baca selanjutnya menerusi laman sesawang Kampus Kesihatan USM.

https://news.kk.usm.my/aktiviti/lensa-peristiwa/fmq-2026-cungkil-bakat-mahasiswa,-semai-cinta-al-quran.html








PUSAT MEDIA DAN PERHUBUNGAN AWAM (MPRC), KAMPUS KESIHATAN USM
Follow, Like, Comment & Share akaun-akaun media sosial kami https://linktr.ee/USMKampusKesihatan

09/04/2026

JANGAN AMBIL MUDAH CUACA PANAS : LINDUNGI DIRI DARI STROK HABA

Di sebalik langit cerah dan sinaran matahari terik, terselit realiti perubahan iklim yang semakin ketara. Suhu yang meningkat bukan sahaja menjejaskan rutin harian, malah memberi kesan langsung kepada kesihatan dan kesejahteraan warga kampus.

Ikuti video perkongsian oleh Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Jabatan Perubatan Masyarakat, Pusat Pengajian Sains Perubatan USM, Dr. Ahmad Filza Ismail.

RMHC MALAYSIA DAN HARIAN METRO SANTUNI PESAKIT KANAK-KANAK HPUSMPersatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia (RMHC Malay...
09/04/2026

RMHC MALAYSIA DAN HARIAN METRO SANTUNI PESAKIT KANAK-KANAK HPUSM

Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia (RMHC Malaysia) serta Titipan Kasih Harian Metro mengambil peluang menyantuni pesakit kanak-kanak Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) di samping mengagihkan sumbangan duit raya dan ‘happy meals’, hari ini.

Baca selanjutnya menerusi laman sesawang Kampus Kesihatan USM.

https://news.kk.usm.my/aktiviti/lensa-peristiwa/rmhc-malaysia-dan-harian-metro-santuni-pesakit-kanak-kanak-hpusm.html









PUSAT MEDIA DAN PERHUBUNGAN AWAM (MPRC), KAMPUS KESIHATAN USM
Follow, Like, Comment & Share akaun-akaun media sosial kami https://linktr.ee/USMKampusKesihatan

JANGAN AMBIL MUDAH CUACA PANASWarga kampus diseru agar sentiasa peka dan tidak memandang ringan risiko cuaca panas yang ...
08/04/2026

JANGAN AMBIL MUDAH CUACA PANAS

Warga kampus diseru agar sentiasa peka dan tidak memandang ringan risiko cuaca panas yang semakin meningkat.

Pendedahan berpanjangan kepada suhu tinggi boleh menjejaskan kesihatan, tumpuan serta produktiviti harian, malah berisiko membawa kepada strok haba yang serius.

Kenali tanda awal seperti pening, sakit kepala, kulit kering dan degupan jantung laju, serta amalkan langkah pencegahan seperti minum air secukupnya, elak aktiviti luar ketika cuaca terik dan kekal berada di tempat yang teduh. Lindungi diri anda dan keluarga demi kesejahteraan bersama.

Tonton video penuh untuk maklumat lanjut di pautan berikut:
https://vt.tiktok.com/ZSHPf2J2H/

PUSAT MEDIA DAN PERHUBUNGAN AWAM (MPRC), KAMPUS KESIHATAN USM
Follow, Like, Comment & Share akaun-akaun media sosial kami https://linktr.ee/USMKampusKesihatan

Address

Kota Bharu
16150

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when USM Kampus Kesihatan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to USM Kampus Kesihatan:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram