Farmasi Lautan Pengkalan Chepa

Farmasi Lautan Pengkalan Chepa Berada di hadapan Pantai Timur Hypermarket Taman Bendahara. Menyediakan ubat-ubatan, supplement, alatan rehab & medikal .

Turut menyediakan pemeriksaan kesihatan dan kaunseling ubatan. Jemput datang ke Farmasi Lautan Pengkalan Chepa.

09/10/2025

Sedihnya. Seharian saya selsema. Makan tak rasa. Hidung tersumbat. Saya ada influenza ke demam selsema?

Adakah influenza sama dengan demam selsema?

TIDAK

Walaupun kedua-duanya mempunyai gejala yang hampir sama tetapi influenza menyebabkan gejala dan tanda-tanda yang lebih teruk serta boleh menyebabkan komplikasi yang serius.

Sesiapa yang ada gejala batuk dan bersin yang kuat, tolonglah tutup mulut tu, selepas itu basuh tangan. Jika tidak, kuman akan merebak ke persekitaran dan lebih ramai akan dijangkiti

Bayangkan datang kerja dengan hati berat, bukan kerana tugasan, tetapi kerana takut pada usikan, pandangan, atau sentuha...
29/08/2025

Bayangkan datang kerja dengan hati berat, bukan kerana tugasan, tetapi kerana takut pada usikan, pandangan, atau sentuhan yang tidak diundang.
Inilah realiti yang dihadapi oleh mangsa gangguan seksual di tempat kerja. Ia bukan sekadar gurauan… tetapi satu luka yang mencederakan maruah dan emosi.
Gangguan ini hadir dalam pelbagai bentuk kata-kata sinis yang berbaur seksual, pandangan menjelikkan, mesej atau gambar yang dihantar tanpa persetujuan, malah sentuhan dan ugutan daripada mereka yang ada kuasa.
Kalau majikan sendiri yang jadi pelaku, situasi memang lebih berat tapi mangsa tetap ada hak dan saluran perlindungan.
Apa yang boleh dilakukan:
1. Kumpul bukti sebaik mungkin ,
mesej, e-mel, rakaman perbualan, atau catatan insiden.
2. Jangan bersendirian maklumkan kepada rakan sekerja yang dipercayai, minta mereka jadi saksi jika perlu.
3. Laporkan kepada pihak luar – terus ke Jabatan Tenaga Kerja (JTK) atau polis. Aduan tidak perlu melalui majikan jika dia yang bersalah.
4. Dapatkan sokongan sama ada kaunselor, NGO berkaitan wanita/pekerja, atau peguam.
Ingatlah, gangguan seksual bukan isu peribadi… ia isu bersama. Setiap daripada kita berhak bekerja dalam suasana selamat, bermaruah, dan dihormati.

SUMBER PUBLIC HEALTH MALAYSIA

Ramai mencari minyak urut, krim ajaib, atau pil yang menjanjikan kelegaan segera. Namun ada satu hakikat yang jarang dis...
29/08/2025

Ramai mencari minyak urut, krim ajaib, atau pil yang menjanjikan kelegaan segera. Namun ada satu hakikat yang jarang disedari. Apabila berat badan turun walaupun sedikit, lutut segera terasa lega.

Kajian menunjukkan penurunan satu kilogram berat badan boleh mengurangkan sehingga empat kilogram tekanan pada lutut setiap kali kita melangkah. Jika lima kilogram berjaya diturunkan, ia ibarat melepaskan beban dua puluh kilogram daripada lutut setiap hari. Bayangkan betapa ringannya langkah yang sebelum ini penuh rasa sakit.

Caranya tidak perlu drastik. Mulakan dengan perubahan kecil yang mudah. Tukar air manis kepada air kosong. Pilih pinggan yang lebih kecil untuk kawal hidangan. Penuhkan pinggan dengan lebih banyak sayur agar kenyang lebih lama. Berjalan sedikit lebih jauh berbanding biasa di permukaan rata. Nikmati makanan tanpa gangguan skrin supaya kita berhenti ketika benar-benar kenyang. Pastikan tidur mencukupi supaya tubuh lebih seimbang dan nafsu makan terkawal.

Langkah kecil ini mungkin nampak remeh, tetapi apabila diulang setiap hari, ia membawa perubahan besar. Berat badan mula berkurang, lutut menjadi ringan, dan setiap pergerakan lebih mudah. Lutut bukan musuh. Ia hanya penat menanggung beban terlalu lama. Apabila kita belajar meringankannya, barulah setiap langkah terasa lebih bebas dan hidup kembali penuh makna.

sumber PUBLIC HEALTH MALAYSIA

Love listening to music and going to concerts, live shows, or events❓ Empower yourself & protect your hearing:🎧 Bring or...
29/08/2025

Love listening to music and going to concerts, live shows, or events❓ Empower yourself & protect your hearing:
🎧 Bring or ask for earplugs on-site
πŸ”‡ Use or request quiet zones to rest your ears
πŸ“Š Monitor sound levels with a decibel-checking app
πŸ”‰ Sit away from speakers to reduce sound exposure
πŸ”‡ Take a quiet day after the event
πŸ“’ Advocate for sound systems that keep the volume safe & enjoyable
Let’s change mindsets and make ear and a priority.


Love listening to music and going to concerts, live shows, or events❓ Empower yourself & protect your hearing:

🎧 Bring or ask for earplugs on-site
πŸ”‡ Use or request quiet zones to rest your ears
πŸ“Š Monitor sound levels with a decibel-checking app
πŸ”‰ Sit away from speakers to reduce sound exposure
πŸ”‡ Take a quiet day after the event
πŸ“’ Advocate for sound systems that keep the volume safe & enjoyable

Let’s change mindsets and make ear and a priority.

The way we talk about   and the language we use is critical to end stigma, blame and shame.πŸ’™ Be inclusive.πŸ’™ Be kind.πŸ’™ Be...
29/08/2025

The way we talk about and the language we use is critical to end stigma, blame and shame.
πŸ’™ Be inclusive.
πŸ’™ Be kind.
πŸ’™ Be respectful.
The right words go a long way ⬇️


The way we talk about and the language we use is critical to end stigma, blame and shame.

πŸ’™ Be inclusive.
πŸ’™ Be kind.
πŸ’™ Be respectful.

The right words go a long way ⬇️

24/07/2025
23/07/2025
TAHUKAH ANDA!!!
22/07/2025

TAHUKAH ANDA!!!

Hati merupakan organ dalaman terbesar yang terletak di bahagian kanan abdomen manusia. Hati mempunyai fungsi yang pelbagai. Ia bukan sahaja berfungsi untuk menyingkirkan toksin dari dalam darah tetapi juga memainkan peranan penting dalam mengawal proses metabolisma lemak, protein dan karbohidrat serta penghasilan enzim dan makromolekul yang diperlukan oleh badan.

Oleh yang demikian, kesihatan hati perlu dijaga bagi memastikan hati dapat berfungsi secara normal dan optimum. Kuantiti lemak yang berlebihan di dalam hati adalah salah satu faktor yang boleh menyebabkan kemerosotan atau kegagalan fungsi hati. Keadaan ini dinamakan penyakit hati berlemak atau istilah saintifiknya Fatty Liver Disease.

Penyakit hati berlemak boleh dicegah dengan amalan gaya hidup sihat serta pengesanan awal melalui ujian saringan.






Address

S40/PT 1778 TAMAN BENDAHARA, Jalan PENGKALAN CHEPA, KOTA BHARU DARUL NAIM
Kota Bharu
15400

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Farmasi Lautan Pengkalan Chepa posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Farmasi Lautan Pengkalan Chepa:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram