16/06/2025
ANTARA LANGKAH-LANGKAH PEMASANGAN BRACES YANG PERLU ANDA TAHU
Sebenarnya ramai yang masih tak tahu step-step sebelum pakai braces. Nak buat rawatan braces pun korang kena ikut step-step dia ye..
Haa jadi bukan datang klinik bukan terus pakai Braces ye
==========================
Berikut merupakan langkah - langkah yang kena patuhi sebelum pakai braces..
==================
1. PEMERIKSAAN & KONSULTASI
- Masa mula-mula korang datang klinik tu korang kena check dulu gigi dan konsultasi berkaitan dengan braces.
2. ACUAN GIGI
- Bila dah korang setuju, Dr akan ambil acuan gigi. Untuk apa plak acuan ni? Dr nak tengok sama ada gigi kita ada perubahan @ tidak selepas pasang braces nanti.
3. X-RAY GIGI
- Seterusnya,Dr akan minta anda ambil X-RAY.Tujuannya ialah nak lihat struktur dalam gusi dan ketinggian tulang gusi. selain tu, Dr dapat tentukan sama ada anda perlukan cabutan gigi/tampalan@rawatan gigi yg lain.
4. KONSULTASI DENGAN PAKAR
- Bila dah siap x-ray korang kena konsultasi dengan Dr pakar p**a..x-ray tu jangan lupa bawa p**a. Masa konsultasi tu korang boleh tanya detail kos,tempoh perlu pakai dan lain2.
5. RAWATAN TAMPALAN,CABUT,CUCI GIGI
- Sekiranya Dr bagitahu korang perlu buat rawatan tambahan seperti cabut,tampalan dan cuci gigi,jadi korang selesaikan dulu rawatan tu dulu.
6. PEMASANGAN BRACES
- Ok yang ni last step,lepas dah settle semua boleh terus pasang braces.
Untuk Pertanyaan Lebih Lanjut Tentang Rawatan Pergigian Di Klinik Kami Boleh Whatsapp 0102333773 atau Klik Je Link Ni Untuk Mendapatkan Promosi klik https://wa.me/60102333773?text=NakInfoRawatanGigi