05/11/2022
Insyaallah semoga doa²yg baik buat ank² Kita semua .semoga anak2 menjadi anak² yg soleh Dan solehah . aamiin
ANAK PEMBAWA REZEKI. ELAK BUAT 5 PERKARA INI PADA ANAK, PUNCA REZEKI SUSAH MAU MASUK.
PUNCA REZEKI SUKAR NAK DEKAT DAN TAK SINGGAH MASUK
1. Terlalu Berkira Dan Kedekut Dengan Anak
Tak susah pun nak bahagiakan seorang anak.
Sesekali tu belikan mainan untuk anak rasa seronok bila dapat hadiah. Tak perlu mahal-mahal, bawa anak pergi kedai eco pun dia dah rasa seronok.
Anak sentiasa mendoakan rezeki untuk kita jika kita rajin bersedekah dekat anak.
2. S**a Marah Dan Tinggikan Suara
Marah macamana sekali pun janganlah sampai mengeluarkan kata-kata kesat dan cacian pada anak.
Setiap kata yang keluar dari mulut ibu bapa adalah satu doa. Jika kata-kata makian yang keluar setiap hari, bayangkan berapa banyak doa keburukan anak yang kita minta.
Cuba letakkan perasaan anak itu dalam diri kita. Jangan bercakap ikut sedap mulut je.
3. Selalu Bergaduh Dengan Pasangan
Jadilah contoh yang baik kepada anak-anak.
Janganlah berkelahi depan anak, lebih-lebih lagi bergaduh ketika anak sedang makan.
Rezeki yang terhidang depan mata kita pun boleh merajuk bila tidak mensyukurinya. Kasihanlah dekat anak, jangan seksa emosi mereka.
4. Selalu Tinggal Solat
Jangan sesekali tinggalkan perkara yang wajib ini. Ajak anak solat bersama, agar anak tadi mendoakan kesejahteraan hidup kita dan ianya juga punca rezeki yang berpanjangan.
Solat ini tiang agama, jika kita tinggalkan rugilah kita.
5. Jarang Bersedekah
Nak murah rezeki selalu? rajin-rajinlah bersedekah. Terutama kepada anak isteri kita.
Amalan bersedekah sangat berkait rapat dengan iman seorang Muslim. Setiap sedekah yang diterima di sisi Allah SWT, Dia akan balas dan ‘membayarnya’ di dunia lagi.
Itu janji Allah dalam al-Quran iaitu sesiapa yang bersedekah di jalan Allah, Dia akan ganti semula dengan ganjaran paling sedikit 10 kali ganda pahala manakala paling banyak adalah 700 kali ganda.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu p**a mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (Surah al-Baqarah, ayat 261).