Petua Ibu Hamil Dan Baby Sihat

Petua Ibu Hamil Dan Baby Sihat BERKONGSI TIPS & PETUA UNTUK IBU DAN BAYI KEKAL SIHAT SECARA SEMULAJADI

Buah tin atau buah ara telah ada sejak 1400 tahun Masehi lalu. Awalnya, buah tin ditemukan di Asia Barat, tetapi kini su...
16/04/2023

Buah tin atau buah ara telah ada sejak 1400 tahun Masehi lalu. Awalnya, buah tin ditemukan di Asia Barat, tetapi kini sudah dibudidayakan di banyak daerah di Indonesia. Buah dengan nama latin Ficus carica ini ternyata memiliki khasiat yang melimpah, mulai dari mengubati sembelit hingga mengatasi asma bronkitis. Buah tin elok dimakan dalam keadaan segar dan kering sama seperti kurma. Kaya dengan vitamin, mineral, serat dan antioksida yang tinggi.
Buah tin mengandungi Omega 3 dan Omega 6 yang membantu perkembangan saraf anak dan dipercayai bagus untuk kecerdasan otak. Buah tin juga mengandungi kalsium, potassium, zink dan zat besi yang baik untuk ibu mengandung. Selain itu, buah tin dapat membantu mengurangkan kelelahan, pembuangan toksin, dan dapat mengawal tekanan darah

Kurma atau nama saintifiknya Phoenix dactylifera L. banyak ditanam di negara-negara Arab atau Timur Tengah seperti Arab ...
16/04/2023

Kurma atau nama saintifiknya Phoenix dactylifera L. banyak ditanam di negara-negara Arab atau Timur Tengah seperti Arab Saudi, Mesir, Oman, Iraq, Iran, Magribi (Morocco) dan Sudan. Buah kurma telah menjadi sumber makanan sejak berabad lamanya dan ia mempunyai pelbagai jenis mengikut nutrisi, saiz atau tempat tanamannya. Antara jenis kurma yang terkenal termasuklah kurma Ajwa, Medjool, Rotab, Maktoom, Safawi, Zahidi dan Khadrawi.
Kurma tinggi dengan kandungan karbohidrat iaitu boleh mencapai sehingga 52.6-88.6% dengan kandungan gula yang tinggi seperti sukrosa, glukosa dan fruktosa. Kandungan gula yang tinggi berpotensi membekalkan tenaga yang banyak dan cepat untuk badan. Di samping itu, kurma juga mengandungi serat yang terdiri daripada serat larut dan serat tidak larut. Serat penting untuk melancarkan sistem penghadaman kita memandangkan ia tidak dapat dihadam dan diserap oleh tubuh badan kita.
Kurma ialah sejenis buah yang tinggi nutrien berbanding dengan buah-buahan lain yang biasa diambil oleh manusia. Kurma merupakan makanan tunggal yang bukan sahaja berfungsi sebagai buah, tetapi juga sebagai makanan ruji (seperti nasi dan gandum) yang boleh membekalkan keperluan tenaga harian.
Kurma mengandungi protein yang tinggi dan dapat membantu perkembangan bayi kerana ianya merupakan pembentuk utama sel manusia. Pemakanan ibu mempengaruhi perkembangan bayi jadi amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang. Buah kurma juga mengandungi kalium yang dapat meningkatkan rangsangan pada saraf. Ianya amat baik untuk membekalkan nutrisi bayi dalam kandungan.

TIPS NAIKKAN BACAAN HB BAGI IBU MENGANDUNG1. BUAH DELIMABuah delima dapat mempertahankan jumlah sel darah merah, kandung...
12/04/2023

TIPS NAIKKAN BACAAN HB BAGI IBU MENGANDUNG
1. BUAH DELIMA
Buah delima dapat mempertahankan jumlah sel darah merah, kandungan zat besi yang terdapat dalam buah delima dapat mengurangkan gejala anemia.
2. BAYAM
Untuk pengetahuan penghidap anemia, bayam merupakan makanan paling baik di dalam kalangan sayuran untuk ibu hamil. Bayam merah ataupun hijau, menyerap zat besi dan folat untuk memerangi anemia.
3. PISANG
Pengambilan dua biji pisang setiap hari sangat baik untuk wanita hamil. Ini adalah kerana folat yang terkandung di dalam pisang boleh membantu dalam pertumbuhan janin dan peghasilan sel-sel baru.
4. BROKOLI
Brokoli sangat bagus dimakan ketika hamil kerana ia juga mengandungi antioksidan yang mmapu melawan penyakit dan jangkitan.
5. KURMA
Makanan tambah darah yang menepati sunnah ialah kurma. Khasiat kurma tidak dapat disangkal lagi. Ini termasuk meningkatkan penghasilan sel darah merah. Kurma yang sedap dan manis ini turut memberi tenaga kepada anda.
6. KISMIS
Untuk pengetahuan, buah anggur yang dikeringkan dipanggil kismis. Kismis dapat membantu melawan anemia semasa kehamilan. Buat kismis sebagai snek harian dan didiklah juga anak-anak makan kismis sejak kecil.
7. JAMBU BATU
Ibu mengandung sangat disarankan untuk memperbanyakkan pengambilan buah-buahan kerana ia mengandungi Vitamin C. Menurut kajian, buah jambu batu memiliki kandungan Vitamin C sebanyak 2 kali lebih banyak dari Vitamin C yang ada di buah oren!

JOM KETAHUI 6 KHASIAT BUAH DELIMA BAGI IBU HAMIL SERTA UNTUK KESIHATAN KANDUNGAN1. MENCEGAH ANEMIAZat besi merupakan min...
11/04/2023

JOM KETAHUI 6 KHASIAT BUAH DELIMA BAGI IBU HAMIL SERTA UNTUK KESIHATAN KANDUNGAN
1. MENCEGAH ANEMIA
Zat besi merupakan mineral yang berperanan penting dalam pembentukan hemoglobin (sel darah merah). Dengan mengamalkan buah delima yang kaya dengan zat besi, membantu ibu hamil mengelakkan anemia (kekurangan sel darah merah/RBC). Delima kaya dengan vitamin C yang berfungsi menurunkan risiko anemia yang boleh menyebabkan kelahiran bayi pramatang dan risiko buruk lain terhadap kandungan.
2. MENGURANGKAN RISIKO MASALAH PLASENTA
Masalah berkaitan plasenta sangat membimbangkan golongan ibu hamil. Tetapi risiko tersebut boleh dikurangkan dengan mengamalkan jus buah delima. Sifat buah delima yang tinggi antioksidan dapat membantu ibu hamil menghindarkan diri dan kandungan daripada masalah berkaitan plasenta ini.
3. MENGELAKKAN LENGUH BADAN DAN KEKEJANGAN
Inilah masalah yang kerap dialami ibu hamil; kekejangan otot dan badan mudah lenguh. Amalkan delima dalam diet seharian, kerana kandungan kalium dalam buah ini penting untuk kesihatan saraf dan otot. Kalium juga membantu pengimbangan elektrolisis bagi kesihatan menyeluruh. Secara tidak langsung mengelakkan daripada sakit-sakit ini.
4. SUMBER VITAMIN K UNTUK IBU DAN BAYI
Buah delima juga kaya dengan Vitamin K yang dapat membantu menguatkan tulang ibu hamil dan pembentukan tulang yang sempurna dalam perkembangan tumbesaran bayi. Fungsi lain vitamin K juga mempercepat proses pemulihan darah dan tisu pada badan.
5. PADAT DENGAN ASID FOLIK
Amalan meminum secawan jus delima segar merangkumi satu perempat jumlah asid folik yang diperlukan semasa sedang hamil. Asid folik sangat diperlukan dalam perkembangan minda dan fizikal bayi yang sihat. Selain itu, asid folik dalam buah delima mengurangkan risiko komplikasi kecacatan tiub saraf pada tulang belakang janin. Selain itu, dapat mengelakkan kecacatan bibir sumbing pada bayi.
6. MEMBANTU IMUNISASI TUBUH
Buah delima juga dapat meningkatkan sistem kekebalan tubuh, terutamanya bagi ibu hamil yang memiliki kekebalan tubuh yang lemah dan mudah diserang penyakit. Oleh itu, delima sangat efektif untuk meningkatkan sistem imunisasi badan kerana kandungan vitamin yang tinggi dan pelbagai.
Kesimpulannya menjaga pemakanan dengan diet yang sesuai sangat penting bagi golongan ibu hamil. Bahkan sangat banyak makanan yang berfungsi efektif untuk menjaga kesihatan selama tempoh kehamilan.
Semoga semua ibu hamil yang mengamalkan buah delima sebagai diet seharian; sama ada buah segar atau jus yang diekstrak, mendapat nikmat kesihatan kepada diri dan kandungan mereka sebaiknya!

Buah delima sebenarnya sangat masyhur dan telah menjadi amalan kesihatan sejak zaman Kuno lagi. Ia dianggap amat bagus b...
11/04/2023

Buah delima sebenarnya sangat masyhur dan telah menjadi amalan kesihatan sejak zaman Kuno lagi. Ia dianggap amat bagus bagi ibu mengandung dan juga untuk kesihatan umum. Malah, ia turut diangkat sebagai simbol kesuburan, seperti yang dinyatakan dalam kajian melalui jurnal-jurnal perubatan.
Buah delima atau pomegranate juga dikenali dengan nama ‘rumman’ dalam bahasa Arab. Pokoknya jenis renek dengan ketinggian tiga sehingga enam meter, buahnya berbentuk bulat dan berwarna hijau ketika muda dan bertukar kepada kuning, merah bercampur hijau apabila matang atau masak. Bijinya banyak berwarna merah atau merah jambu lutsinar dengan rasanya masam-masam manis. Sangat mudah untuk memikat hati ibu hamil.

Address

TAMAN AL-QARI
Kota Bharu
16100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Petua Ibu Hamil Dan Baby Sihat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share