Psikologi Dan Kaunseling PSUK Negeri Kelantan

Psikologi Dan Kaunseling PSUK Negeri Kelantan Menyediakan perkhidmatan psikologi dan kaunseling sebagai teras kepada kecemerlangan perkhidmatan pe

KONVENSYEN PSIKOLOGI PERINGKAT NEGERI KELANTAN TAHUN 2023TARIKH   : 17 – 18 SYAWAL 1444H/ 08 – 09 MEI 2023M  (ISNIN – SE...
04/06/2023

KONVENSYEN PSIKOLOGI PERINGKAT NEGERI KELANTAN TAHUN 2023

TARIKH : 17 – 18 SYAWAL 1444H/ 08 – 09 MEI 2023M (ISNIN – SELASA)

MASA : 8.30 PAGI – 4.30 PETANG
TEMPAT : DEWAN JAMUAN UTAMA, KOMPLEKS KOTA DARULNAIM PEJABAT PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN KELANTAN


Alhamdulillah, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan dengan jayanya telah melaksanakan Konvensyen Psikologi Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2023 dengan jalinan kerjasama oleh JPA, PERKAMA, JKM, UMP, JKN, IPK, USM, LPPKN, AADK dan UMK.

Konvensyen ini merupakan satu kecaknaan Kerajaan Negeri Kelantan berhubung kesejahteraan emosi, fizikal dan mental penjawat awam Negeri Kelantan selari dengan tema kali ini “ Kesejahteraan Psikologi Memacu Kecemerlangan Perkhidmatan Awam”.

Konvensyen tersebut telah dihadiri oleh YAB Dato’ Bentara Kanan Ustaz Dato’ Haji Ahmad Bin Yakob, Menteri Besar Kelantan, YBhg. Datuk Yusran Shah Bin Mohd Yusof, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi), YBhg, Dato’ Haji Norazman Bin Abd Ghani Pegawai Kewangan Negeri, YM. Dato’ Tuan Zainal Abidin Bin Tuan Yusuf Timbalan Setiausaha Kerajaan Kelantan (Pengurusan),YM. Dato’ Dr. Tengku Mohamed Faziharudean Bin Tengku Feissal (Tengku Kaya Perkasa) Timbalan Setiausaha Kerajaan Kelantan (Pembangunan), Ketua – Ketua Jajahan, Ketua -Ketua Jabatan/ Bahagian.

Penyertaan keseluruhan Konvensyen tersebut berjumlah 587 orang penjawat awam termasuk Pegawai Psikologi dan AKRAB dari Jabatan/ Kementerian dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri semalaysia.

Majlis perasmian konvensyen tersebut dimulai dengan ucapatama oleh YBhg. Datuk Yusran Shah Bin Mohd Yusof, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi) seterusnya ucapan perasmian disempurnakan oleh YAB Dato’ Bentara Kanan Ustaz Dato’ Haji Ahmad Bin Yakob, Menteri Besar Kelantan.

Konvensyen gilang gemilang ini juga disertai dengan acara yang dinanti – nanti iaitu Gimik Pelancaran Buku Polisi Pengurusan Dan Proses Bimbingan AKRAB Melalui Teknik Biofeedback juga disempurnakan oleh YAB Dato’ Bentara Kanan Ustaz Dato’ Haji Ahmad Bin Yakob, Menteri Besar Kelantan.

Seterusnya, majlis perasmian juga diteruskan dengan penyampaian sijil Program Pementoran Kepimpinan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, penyampaian Anugerah Mentor dan Menti Terbaik, penyampaian sijil pentauliahan Ahli Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) Negeri Kelantan, penyampaian hadiah pemenang pertandingan sajak dan poster digital psikologi.

YBhg. Datuk TKPPA (O) dan YAB. Dato’ Menteri Besar Kelantan dan Majlis Pengurusan Tertinggi merakamkan setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua yang hadir serta yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan konvensyen ini.

Tahniah diucapkan kepada YBrs. Pengarah Pengurusan Sumber Manusia, warga BPSM dan tidak lupa juga kepada penerima – penerima anugerah konvensyen tersebut.

Majlis diakhiri dengan bacaan doa oleh Al – Fadhil Ustaz Muhammad Hilmi Bin Zakaria, Pegawai Dakwah Pejabat Agama Jajahan Kota Bharu bagi memberkati seluruh perjalanan konvensyen.

12/04/2023

What is bipolar disorder? Bipolar disorder, sometimes known as manic depression, is a type of mental disorder where people experience periods of extreme lows...

22/11/2022

HARI IQRA' & PESTA BUKU DARUL NAIM

14/10/2021

"3 CARA UNTUK MENGATASI KONFLIK DI TEMPAT KERJA"
1 MINUTE SHARING BIL.1, (UNIT KAUNSELING, BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA)

Perkhidmatan Psikologi & Kaunseling Pejabat SUK Kelantan
27/09/2021

Perkhidmatan Psikologi & Kaunseling Pejabat SUK Kelantan

Kenal pasti BIPOLAR DISORDER- Causes- Symptoms- Treatments
15/08/2020

Kenal pasti BIPOLAR DISORDER
- Causes
- Symptoms
- Treatments

What is bipolar disorder? Bipolar disorder, sometimes known as manic depression, is a type of mental disorder where people experience periods of extreme lows...

ADHD SYMTOM
20/05/2020

ADHD SYMTOM

What is ADHD? ADHD and ADD are synonymous terms used to describe when a child displays symptoms related to not being able to pay attention or is overly activ...

http://www.myhealth.gov.my/sokongan-keluarga-terhadap-anak-adhd/Sokongan Keluarga Terhadap Anak ADHD133PengenalanAttenti...
20/05/2020

http://www.myhealth.gov.my/sokongan-keluarga-terhadap-anak-adhd/

Sokongan Keluarga Terhadap Anak ADHD
133
Pengenalan

Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD) atau Sindrom Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif adalah satu kecelaruan tingkah laku yang biasa terjadi di kalangan kanak-kanak. Terdapat tiga jenis keadaan iaitu kurang tumpuan, hiperaktif dan menurut kata hati. Menurut Barkley (1990), ADHD merupakan salah satu kecelaruan pemikiran yang paling umum di kalangan kanak-kanak. Manakala menurut Lahey (1997), ADHD adalah masalah kanak-kanak yang mempunyai kes**aran untuk menumpukan perhatian kerana kebolehannya yang terhad untuk memberi tumpuan dan sering menunjukkan tingkah laku tidak sabar. Gangguan hiperaktif dan kurang tumpuan berlaku dengan begitu ketara pada sesetengah kanak-kanak terutamanya pada peringkat prasekolah dan juga murid-murid sekolah rendah. Gejala ini mengakibatkan kanak-kanak yang mengalaminya s**ar mengawal tingkah laku mereka dalam memberi tumpuan yang sepenuhnya.

Simptom Dan Punca

Kanak-kanak mempunyai daya tumpuan yang singkat terhadap sesuatu perkara. Selain itu, kanak-kanak juga sering melakukan kesalahan yang sama ketika melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Dalam masa yang sama juga kanak-kanak ini gagal mematuhi arahan dan gagal menyiapkan tugasan atau kerja sekolah serta kerap mengalami masalah dalam mengatur tugas dan aktiviti-aktiviti harian. Simptom lain yang dikaitkan dengan kurang tumpuan ialah kanak-kanak ini tidak akan memberikan perhatian kepada orang yang bercakap dengannya. Selain itu, kanak-kanak juga mempunyai sifat mengikut kata hati dengan tidak berfikir terlebih dahulu seperti menjawab soalan yang dikemukan oleh guru di dalam kelas dengan terburu-buru walaupun soalan yang diajukan belum habis disoal oleh guru. Bagi kanak-kanak hiperaktif ini juga, mereka akan berkelakuan seperti menggoyangkan badan iaitu kaki dan tangannya serta resah di tempat duduknya. Kanak-kanak ini s**a berlari-lari, memanjat perabot di kelas atau rumah dan s**ar untuk mereka duduk dalam keaadaan yang tenang.

Terdapat pelbagai kajian yang dilakukan bagi mengenal pasti punca berlakunya ADHD ini. Namun kajian yang dilakukan juga masih belum dapat mengenal pasti punca sebenar berlakunya ADHD di kalangan kanak-kanak yang mengalami simptom-simptom ADHD tersebut. Menerusi kajian yang dilakukan oleh Friend (2006) menunjukkan bahawa sifat atau ciri ibu bapa, adik-beradik dan ahli keluarga yang rapat juga boleh mempengaruhi kecacatan. Individu yang mengalami ADHD selalunya dipengaruhi oleh faktor keturunan. Ini kerana kanak-kanak yang mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai ADHD adalah tiga kali ganda berpotensi menjadi ADHD berbanding dengan mereka yang tidak mempunyai sejarah ADHD. Pendapat ini dibuktikan melalui pendapat Baekley (1998), yang mengatakan bahawa 80 peratus kanak-kanak ADHD adalah berpunca daripada keturunan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa ciri kanak-kanak ADHD iaitu gagal memberi tumpuan atau mudah hilang tumpuan terhadap sesuatu perkara dan tingkahlaku yang agresif serta melampau.

Sokongan Terhadap Anak ADHD

Dalam menangani masalah kanak-kanak ADHD, terdapat pelbagai pihak perlu memberi sokongan dan memainkan peranan masing-masing agar kanak-kanak berkeperluan khas ini boleh memajukan diri seiring dengan individu yang lain. Di antara pihak-pihak yang terlibat ialah keluarga, sekolah, masyarakat sekeliling, agensi kerajaan (GO) dan badan bukan kerajaan (NGO).

Sokongan keluarga yang terdiri daripada ibu, bapa, abang, kakak dan adik merupakan individu yang sangat penting kepada kanak-kanak ADHD ini. Keluarga memainkan peranan dengan membawa kanak kanak ADHD melibatkan aktiviti harian seperti belajar, melukis, menyanyi, menari dan sebagainya. Melalui aktiviti-aktiviti harian ini, mereka dapat menerima tekanan sekeliling terutamanya daripada rakan-rakan mereka yang normal. Selain itu, dalam usaha mengurangkan tekanan ini, ibu bapa seharusnya menerangkan kepada anak mereka apa itu ADHD dan mengapa mereka menghidapinya. Ibu bapa juga perlu mengelakkan perbuatan yang boleh menyinggung perasaan kanak-kanak ini seperti menengking dan mengherdik mereka. Sekiranya tindakan ini dilakukan oleh ibu bapa, ia akan menyebabkan kanak-kanak itu berasa rendah diri, takut dan menjarakkan hubungan di antara ibu bapa mereka. Menjaga anak-anak ADHD sememangnya mencabar dan menguji kesabaran. Walau bagaimanapun ibu bapa haruslah sedar dengan tanggungjawab mereka yang sentiasa perlu menyokong dan berada di sisi anak-anak ADHD ini. Dalam pada itu, ibu bapa juga perlu meyakinkan anak-anak ADHD bahawa masalah ini turut dihadapi oleh pelbagai lapisan masyarakat. Sehubungan dengan itu, ibu bapa dan anak perlu berganding bahu untuk menghadapi masalah ini dan perlu saling menyokong antara satu sama lain.

Kanak-kanak ADHD bukan sahaja perlu diberi bimbingan di rumah tetapi juga di sekolah. Ibu bapa perlu memaklumkan kepada pihak sekolah supaya pihak sekolah boleh mengambil langkah sewajarnya bagi sama-sama membantu anak-anak ADHD ini. Guru perlu memainkan peranan dalam mendidik kanak-kanak ADHD kerana didikan ibu bapa di rumah ternyata tidak mencukupi memandangkan sebahagian besar masa kanak-kanak kini dihabiskan di sekolah. Guru perlu memberi sokongan motivasi seperti memberi pujian dan ganjaran kepada kanak-kanak ADHD yang membuat sesuatu tugasan dengan baik. Melalui cara ini, ia dapat membantu membina keyakinan diri kanak-kanak ini. Berkomunikasi dengan kanak-kanak dan pelajar ADHD dan bertanya kepada mereka aktiviti kegemaran mereka juga boleh memberi motivasi kepada kanak-kanak yang mengalami gangguan ini. Selain itu, guru juga hendaklah memberi sokongan sosial dan galakan terutama apabila mereka menghadapi masalah supaya kanak-kanak ini dapat meningkatkan penghargaan kendiri dan membantu pelajar membentuk kumpulan belajar. Hal ini dapat menggalakkan pelajar berkongsi idea dan tanggungjawab di samping membantu hubungan interpersonal dengan pelajar lain. Pembelajaran secara campuran umur juga dapat membantu pelajar dalam hubungan sosial mereka.

Ibu bapa dan keluarga juga perlu memberi sokongan kepada kanak-kanak ADHD ini dari segi pergaulan dengan rakan sebaya. Kanak-kanak ADHD mungkin s**ar untuk belajar dengan bimbingan guru ataupun daripada ibu bapa. Mereka mungkin lebih mudah memahami dan dapat mengikuti pelajaran sekiranya rakan sebaya membantunya. Ramai kanak-kanak mudah faham dan seronok apabila rakan sebaya membantu kerana mereka pasti lebih bermotivasi dan menunjukkan minat. Mereka mungkin tidak menunjukkan sifat malu, takut ataupun khuatir sekiranya mereka bersama rakan sebaya. Tunjuk ajar rakan sebaya adalah satu usaha yang dapat membina keyakinan dalam diri kanak-kanak. Adalah baik sekiranya kanak-kanak ADHD ini mempunyai sahabat yang aktif supaya mereka boleh bersosial dengan mudah. Namun begitu, tingkah laku mereka perlu dipantau supaya tidak terpesongkerana ada kalanya rakan sebaya boleh membawa mereka ke jalan yang salah terutama kanak-kanak yang tidak terlalu cergas.

Peranan Pegawai Kerja Sosial Perubatan Di Dalam Membantu Keluarga Yang Mempunyai Anak ADHD

Pegawai Kerja Sosial Perubatan (PKSP) di hospital hospital kerajaan berperanan sebagai Liaison Officer (Pegawai Penghubung) di dalam membantu keluarga dan pesakit termasuklah keluarga yang mempunyai anak- anak ADHD ini. Di antara peranan utama PKSP di dalam membantu keluarga ini ialah memberi khidmat sokongan terapi dan memberi khidmat bantuan praktik.

Bantuan Terapi Sokongan

Bantuan terapi sokongan merangkumi tiga intervensi iaitu khidmat perundingan, sokongan emosi dan intervensi krisis. Setiap kes berkemungkinan memerlukan satu atau lebih bantuan bergantung kepada keperluan kes. Tujuan bantuan terapi sokongan adalah:

Membantu keluarga menangani tekanan yang disebabkan oleh keadaan yang dihidapi oleh kanak-kanak ADHD.
Membantu mengurangkan kebimbangan keluarga tentang rawatan yang mungkin akan dijalani dan kesan-kesan yang mungkin timbul dari rawatan berkaitan kepada kanak-kanak ADHD sekiranya perlu.
Menghubungkan keluarga kepada organisasi atau kumpulan yang dapat memberi sokongan dari segi emosi.
Membantu keluarga memahami kepentingan rawatan bagi mengurangkan insiden ketidakhadiran rawatan.
Membantu keluarga memahami tentang penyakit yang dihidapi, pilihan rawatan dan implikasinya.
Memberi peluang kepada keluarga meluahkan masalah-masalah yang dihadapi setelah anak- anak ADHD ini disahkan menghidapinya.
Bantuan Praktik

Intervensi bantuan praktik melibatkan aspek bantuan kewangan (pembelian peralatan perubatan, pembelian ubat-ubatan, membiayai kos rawatan atau bantuan am), penempatan institusi dan mengesan waris. Bantuan praktik ini diberikan kepada pesakit akut dan kronik.

Pengurusan kes bantuan praktik ini memerlukan jaringan kerjasama dengan pelbagai disiplin profesion perubatan, agensi kerajaan dan bukan kerajaan serta sumber komuniti setempat. Antara intervensi yang dijalankan adalah:

Membantu keluarga kanak-kanak ADHD dalam urusan pendaftaran Orang Kurang Upaya (OKU) sekiranya kanak-kanak ini berkelayakan.
Membuat penilaian psikososial keluarga/ pesakit bagi membantu perancangan rawatan yang komprehensif.
Menyokong permohonan pengecualian/ pengurangan bayaran caj rawatan terutamanya bil hospital bagi yang tidak berkemampuan.
Mendapatkan bantuan peralatan perubatan sekiranya kanak-kanak ADHD ini disahkan keperluannya.
Merujuk kepada agensi pemberi bantuan sekiranya keluarga dan kanak-kanak ADHD ini memerlukan dan berkelayakan.
Rujukan

http://pelautsenja.blogspot.my/2013/11/kanak-kanak-gangguan-hiperaktif-dan.html
http://documents.tips/education/kecelaruan-hiperaktif.html
http://oze.my/memoplusgold/masalah-adhd-sindrom-kurang-daya-tumpuan-dan-hiperaktif/
http://childneed6093blogspotcom-sacemo.blogspot.my/2010/03/peranan-komuniti-dalam-memupuk.html
http://www.parenting.co.id/usia-sekolah/kenali+gejala+adhd

Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD) atau Sindrom Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif adalah satu kecelaruan tingkah laku yang biasa terjadi

Psychology today..childhood
14/05/2020

Psychology today..childhood

Go to https://audible.com/psych2go or text psych2go to 500 500 for a free 30-day trial and 1 free audiobook Do you ever wonder about how you turned out the w...

Address

BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA, PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI
Kota Bharu
15503

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Psikologi Dan Kaunseling PSUK Negeri Kelantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Psikologi Dan Kaunseling PSUK Negeri Kelantan:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

Category