Unit Perubatan Pemulihan Hospital USM

Unit Perubatan Pemulihan Hospital USM Official Page of Rehabilitation Medicine Unit Hospital Pakar USM

19/02/2026
20 Januari 2026 - Sekitar Majlis Perpisahan Pn Siti Asmawiyah Ahli Fisioterapi UPP, HPUSM yang akan berpindah ke Hospita...
26/01/2026

20 Januari 2026 - Sekitar Majlis Perpisahan Pn Siti Asmawiyah Ahli Fisioterapi UPP, HPUSM yang akan berpindah ke Hospital Al-Sultan Abdullah (HASA).

Terima kasih atas segala jasa, komitmen dan keringat yang dicurahkan sepanjang berkhidmat di HPUSM.

Setiap ilmu, bakti dan senyuman yang ditinggalkan menjadi kenangan serta inspirasi buat kami semua.

Kami doakan semoga Pn Asma terus maju jaya, dipermudahkan segala urusan dan terus cemerlang dalam perkhidmatan di HASA.

Semoga langkah baharu ini membawa lebih banyak kejayaan dan keberkatan.

"Mereka jaga keamanan kita, kita jaga kesihatan fizikal mereka".Saringan Pemulihan PerubatanWarga PDRM Kontinjen Kelanta...
24/11/2025

"Mereka jaga keamanan kita, kita jaga kesihatan fizikal mereka".

Saringan Pemulihan Perubatan
Warga PDRM Kontinjen Kelantan
24 NOV. 2025.

Program Saringan Pemulihan Perubatan telah kami dijalankan untuk warga PDRM Kontinjen Kelantan atas jemputan rasmi daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan. Program ini bertujuan mengenal pasti isu kesihatan fizikal, musculoskeletal serta keperluan pemulihan di kalangan anggota PDRM bagi meningkatkan keupayaan kerja dan kesejahteraan keseluruhan.

Program ini telah diwakili oleh pasukan multidisiplin yang terdiri daripada:
Doktor Rehabilitasi,Fisioterapis,Occupational Therapist (OT),Juruteknik Perubatan,Pembantu Operasi & Pembantu Perawatan Kesihatan

Pelbagai saringan fizikal dan penilaian klinikal telah dilakukan merangkumi pemeriksaan fungsi sendi & otot, penilaian ergonomik kerja, pemeriksaan kecederaan lama, serta saringan keperluan fisioterapi dan OT. Anggota yang memerlukan rawatan susulan telah diberi rujukan serta nasihat pemulihan yang bersesuaian.

Program ini menerima penyertaan yang sangat menggalakkan daripada warga PDRM dan tetap berjalan lancar hasil kerjasama erat pihak IPK Kelantan serta pasukan pemulihan. Walaupun hujan lebat pada hari program, komitmen dan semangat anggota PDRM untuk hadir amat dihargai, menunjukkan kesedaran tinggi mereka terhadap kepentingan menjaga kesihatan dan kecergasan fizikal.
Keupayaan program diteruskan dalam keadaan cuaca kurang baik turut membuktikan keutamaan yang diberikan terhadap aspek kesihatan dalam kalangan anggota.

1 November 2025 - UPP HPUSM mengucapkan selamat menyambut hari Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK) buat semua PPK UPP HPU...
14/11/2025

1 November 2025 - UPP HPUSM mengucapkan selamat menyambut hari Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK) buat semua PPK UPP HPUSM.

Terima kasih atas dedikasi dan semangat dalam membantu pesakit menuju pemulihan dan teruskan khidmat dengan ikhlas dan penuh kasih.

Tahniah di ucapkan kepada team Rehab Volleylicious!
14/11/2025

Tahniah di ucapkan kepada team Rehab Volleylicious!

13 November 2025 - UPP HPUSM dengan kerjasama Southern Crescent Sdn Bhd telah menganjurkan satu majlis ilmu berkaitan ta...
14/11/2025

13 November 2025 - UPP HPUSM dengan kerjasama Southern Crescent Sdn Bhd telah menganjurkan satu majlis ilmu berkaitan tajuk Wheelchair Customization dan Clinical Application of TMS

JUMAAT, 31 OKT '25.Lepaskan lelah,  kukuhkan ukhuwah.Ukhuwah Selamanya.Medium Kali ini = Lawan bowling.Tahniah kepada ja...
01/11/2025

JUMAAT, 31 OKT '25.

Lepaskan lelah, kukuhkan ukhuwah.
Ukhuwah Selamanya.
Medium Kali ini = Lawan bowling.

Tahniah kepada jawatankuasa penganjur - Biro Sukan UPPHPUSM atas kejayaan menganjurkan program ini dengan begitu baik.

Tahniah juga kepada semua staf yang hadir — sama ada sebagai peserta mahupun penyokong, anda semua adalah sebahagian daripada kejayaan hari ini.

Ucapan tahniah khas juga kepada para pemenang. Bagi yang belum menang, jangan risau — yang penting, kita semua telah menang dalam ukhuwah dan keceriaan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga kepada penyumbang2 belakang tabir kpd kejayaan program ini. Semoga kalian sentiasa dimurahkan rezeki dan diberkati Allah SWT, In Syaa-Allah.

Tujuan utama program ini adalah untuk menyemai dan mengukuhkan “Ukhuwah Selamanya” — ukhuwah yang terus bertaut hingga ke akhir hayat.

Aamiin.

Address

Kubang Kerian
Kota Bharu
15200

Opening Hours

Monday 08:10 - 17:10
Tuesday 08:10 - 17:10
Wednesday 08:10 - 17:10
Thursday 08:10 - 15:40
Sunday 08:10 - 17:10

Telephone

+6097673316

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Unit Perubatan Pemulihan Hospital USM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram