Wan Afifi

Wan Afifi Assalamualaikum. Saya En Wan, CBT Therapist bagi masalah gangguan kesihatan mental.

02/06/2023

Mental Toughness & Emotional Resiliency sudah jadi keperluan bagi rakyat Malaysia untuk dibentuk & dibina.

Life ahead is incredibly tougher.

01/06/2023

Terlalu lama dengan dengan preskripsi antidepresant boleh mengubah cara anda berfungsi.

Berhenti ubat adalah satu berita gembira buat pesakit menandakan fasa recovery anda telah bermula.

Tetapi juga, kognitif anda akan mula secara tidak sedar (sub-consciously) akan 'terpaksa' menyusun atur semula keharmonian synchrony emosi-emosi dan bentuk pemikiran.

Fasa ini sangat penting untuk berfikir secara sedar dan intent untuk menstrukturkannya.

Fasa ini dipanggil re-programing.

Ini fasa kejanggalan. Kerana badan dan otak sedang berdepan dengan sesuatu baru.
Banyak tenaga digunakan untuk otak proses. Percambahan neural network baru dan proses lain akan terbentuk.

Supplements untuk support fungsi otak pada waktu ini sangat penting.

Omega-3, Vitamin B complex, minerals seperti magnesium, Folic Acid dan lain-lain.

31/05/2023

Fitness is fair for everybody. Whatever effort you put in, the return is equal to that.
The best thing to learn about fairness is certainly Fitness.

Perlukan testimoni untuk terapi CBT.😅. Bukan salah. Tapi saya tidak menjual produk/servis saya dengan cara testimoni. Si...
30/05/2023

Perlukan testimoni untuk terapi CBT.
😅.

Bukan salah. Tapi saya tidak menjual produk/servis saya dengan cara testimoni.

Siang, malam kita buat content ilmu psikologi, CBT, Cognitive Neuroscience, testimoni jugak yang dilayan. Mungkin perlu sedikit usaha melihat sedikit sebanyak content saya yang sudah hampir 2 tahun ni.

Sebab itulah juga saya sediakan platform group dan wall FB saya ini sebagai medan menambah ilmu CBT.

Bukan saya tak nak bagi testimoni, tapi apa sekalipun, macam mana anda faham ilmu dan lakukan Action Plan tu menentukan tahap kesembuhan diri.

Terima kasih juga kepada yang memberi feedback positif diruangan komen saya dan group Anxiety, Depression Malaysia sebagai rujukan testimoni content dan CBT sesi saya. Jazakallah.

29/05/2023

Mental Toughness dan Emotional Resiliency banyak terkait dengan self-worth atau self-image kita sendiri.

Semakin mencabar sesuatu perkara anda lakukan dan cuba hadapi, secara tanpa sedar, subconcious mind anda akan mula 'VALIDATE' samada anda berkemampuan atau tidak secara general (tanpa ada kriteria logical thinking).

Subconcious mind akan menyemak timbang tara self-worth kita related pada perkara tersebut.
Tindak balas dari keadaan ini menimbulkan emosi keraguan (doubt).

"How much worthiness i am for that kind of mission", contohnya.

Semakin kuat kita punya self-worth, semakin senang kita merenangi lautan keraguan.
Semakin kuat self-worth kita, semakin baik Mental Toughness dan Emotional Resiliency sebagai tools
memperkukuhkan 'gaya berenang' kita dengan lautan keraguan dan emosi lain yang kurang menyenangkan itu.

Lagi baik self-image kita ada, lagi baik emotional resilency kita ada.

Pendek kata, self-worth self-image adalah precursor seumpama palam pencucuh jentera untuk menghidupkan enjin dan fungsi lain.

Tapi, ingat self-worth kuat boleh terbina dengan membuat perkara mudah dan senang dalam kehidupan kita? Mungkin inilah perkara terlepas pandang bagi diri sendiri dan anak-anak.

BORIS.Menu dia ada kelainan. Macam best. Tapi mampu air saja lah dulu🤭.
28/05/2023

BORIS.
Menu dia ada kelainan. Macam best. Tapi mampu air saja lah dulu🤭.

Alhamdulilah pada pertemuan ini, saya dapat menyampaikan hasrat aspirasi Integ Frontier Network kepada Timbalan Pengarah...
27/05/2023

Alhamdulilah pada pertemuan ini, saya dapat menyampaikan hasrat aspirasi Integ Frontier Network kepada Timbalan Pengarah Keusahawanan MARA, Dato' Zulfikri Osman untuk menjadi tertiary force pembangunan pelajar/warga dalam segmen ko-kurikulum MRSM.

Keutamaan matlamat dalam pembangunan ini ialah untuk membina Mental Toughness dan Emotional Resiliency iaitu antara psychological factor terpenting dalam mendepani kehidupan depan yang mencabar.

Integ Frontier Network adalah sebuah bakal syarikat USM Startup yang membina jambatan kolaborasi antara USM dan Industri supaya integrasi akademik dan kemahiran industri dapat disalurkan ke program secara efektif dan berkesan.

Perjalanan masih jauh. Saya masih mengatur langkah untuk mengurus urusan satu per satu.

Terima kasih kepada BPM, guru terlibat pada pertemuan tahun lepas yang menyambut baik aspirasi ini. Mudahan pertemuan tahun ini p**a dapat menunaikan pelaksanaannya.

Doakan saya. Jazakallahu Khairan Khatira.

Masalah kesihatan mental ini unik.Jom baca♥️
26/05/2023

Masalah kesihatan mental ini unik.
Jom baca♥️

Cara sebuah relationship dibina pada umur berbeza.Orang kata antara dua ni mesti ada pro and cons.Masa muda, maksud kehi...
24/05/2023

Cara sebuah relationship dibina pada umur berbeza.
Orang kata antara dua ni mesti ada pro and cons.

Masa muda, maksud kehidupan kita cari pada pasangan mungkin berlainan berbanding maksud kehidupan kita pada usia 40-50 tahun.

Orang yang membesar dalam trauma, pasti keperluan dan respon dalam hubungan nya berbeza dan perlu kefahaman pasangan dan adjustment adaptif dari semasa ke semasa.

Apapun, kisah kehidupan pasti ada rencah ujian.

Jom komen❤️‍🩹

Baru habis berendam ais.Habis berendam, setel solat, badan dah rasa macam Thanos.Haha.Otak clear. Nak negatif x boleh. R...
24/05/2023

Baru habis berendam ais.
Habis berendam, setel solat, badan dah rasa macam Thanos.Haha.
Otak clear. Nak negatif x boleh. Rasa tersenyum je. Bukan delusi pastinya 😂.

Bulan ni mileage larian naik canak kumulatif 90km berbanding bulan lepas Disember 2022 zero mileage.

Mendapat la sikit shin splint kat dua dua kaki. Expected dah. Cumanya, demi mileage bulan depan x nak terganggu, rendam badan dalam ais boleh dapat recovery padu dan mission pun harapnya tak akan terganggu dek injury yang walaupun sempoi bahasa saja.

Tub saya ni agak kecil untuk protokol berendam ais. Saya masuk kena lipat kaki dan air cuma cecah dada. Seeloknya, kena ada tub lebih besar sampai terendam keseluruhan badan. Macam bath tub betul atau dalam gambar ke-2.

Berendam ais ni banyak kelebihannya.

Antara paling penting ialah activate kan balik Para Sympathetic Nervous System yang bagi kerehatan pada badan dan otak.

Para Sympathetic Nervous System juga dapat mengubah sistem Anxiety badan. Elok lah untuk para Anxiety Disorder atau yang selalu berdepan kronik stress.

Sebagai psikoterapis, cabarannya ialah Walk the Talk. Tak boleh bagi Action Plan saja tanpa badan sendiri melakukan dan merasainya.

Hikmahnya akan kurang.
Bila ada klien yang was-was dengan Action Plan macam ni, saya terpaksa juga alang-alang tunjuk role model.😂🤭.

Haa, dah baca jangan lupa beramal.

Ajak sekeluarga mendapat manfaat. Enjoy jugak ramai-ramai.

Cuma ais kena banyak la tak boleh suam kuku.💪

KESIHATAN MENTALPILIH THERAPISTHari tu aku dah cerita pilih terapiKali ni aku kongsi p**a kisah aku pilihtherapist.Psych...
23/05/2023

KESIHATAN MENTAL
PILIH THERAPIST

Hari tu aku dah cerita pilih terapi
Kali ni aku kongsi p**a kisah aku pilih
therapist.

Psychotherapist ada banyak jenis.
Macam aku cerita, aku gagal 5 sessi terapi. Aku mula fikir, kenapa therapist tu aku rasa tak ok. Yang lain aku sendiri tak pasti.

Yang paling relevan aku pikir, therapist tu nampak lebih emosi

Jadi aku plan. Ciri2 utama aku cari
1-kene praktikal. Lebih banyak ciri praktikal utk move on. Bukan asyik mengimbau kenangan
2-mesti ada strategi. Kalau setiap kali sessi asyik bincang apa perasaan aku, memang tak kesudahan. Tanya perasaan pada orang numbness, tak kene wei..
3-ni special. Aku nak therapist tu pernah rasa mcm mana aku rasa, dan rasa kesan ubat. Baru senang bincang
3 je kan... Tapi complicated juga. Nak range parameter pun susah

Jadi, aku mulakan di media sosial
Sampai aku jumpa satu group ni. Admin berkongsi ilmu CBT. So, dah kene dengan terapi yang aku cari. Tinggal nak cari therapist sahaja

Aku nampak admin offer slot terapi. Aku 'high doubtly'. Aku cuba tanya, lepas tu aku diam... Sebab? Aku trigger dengan mesej ni.

"puan boleh luahkan apa sahaja selepas itu"
Aku bukan cari platform meluah perasaan. Aku cari terapi yang boleh bantu aku move on. Secara general aku faham CBT, adalah Cognitive Behaviour... Bab deep feeling ni, aku tak nak.

Tapi perkongsian admin dalam group tu banyak menarik perhatian aku. Aku banyak buat research. Aku baca buku. Aku tengok video. Double check semua idea dia.
Aku beranikan diri bertanya. ALHAMDULILLAH

Respon positif. Setelah beberapa bulan, aku beranikan diri untuk mencuba.

Aku tak pernah tanya pada therapist aku:
-apa background dia
-berapa peratus kesembuhan client dia

Kenapa tak tanya?
Aku dah amik masa lama uji dia. Dan aku rasa nothing to lose pun takat try test cuba 1 sessi. At least aku cuba. Aku usaha. Kalau pun aku gagal, aku dah usaha. Korang pernah tanya ke pada doktor kat klinik? Gitulah..

Satu je untuk mudahkan korang.
Cara aku mungkin over sangat.

Usaha sahaja. Berjaya atau gagal itu cerita lain. Penyakit jangan simpan lama-lama!

Perkongsian perjalanan beliau dalam usaha mencari jalan keluar."Oneself is strong enough when he/she willing to be vulne...
22/05/2023

Perkongsian perjalanan beliau dalam usaha mencari jalan keluar.

"Oneself is strong enough when he/she willing to be vulnerable to share of her own experience".

21/05/2023

Berdamai dengan takdir...
atau
Berdamai dengan takdir?

Dua ayat pernyataan diatas sangat berlainan konteks dan intonasinya. Bahkan, cara proses fikirnya juga akan berbeza yang memberikan outcome berbeza.

Ada orang bila berdamai makin baik penghidupanya, ada yang masih sama, ada makin bertambah teruk.

Kenapa berlainan outcome walhal perkara sama?
Pengalaman saya sebagai psikoterapis CBT, memang soalan ini datang dari sebahagian klien, apakah perlu baginya menerima ketentuan yang telah berlaku atau berdepan atau memperbaikinya.

Berdamai dengan takdir.. adakah bermaksud untuk moving away from your own accountability in your secret life or private or public life?
atau,
Berdamai dengan takdir? Adakah bermaksud sebagai tawakul selepas habis usaha sedayanya apabila:
- sentiasa memperbaiki diri bila berlaku kekhilafan?
-memaafkan kesilapan pelaku yang telah memohon maaf dan berubah lebih baik?
-tekad bergerak ke arah kehidupan yang lebih baik?
-tekad melakukan perubahan yang diperlukan?
-memahami setiap manusia ada kelemahan dan bersedia berdepan dengan secara proaktif?
-memahami emosi diri ada pasang surut dan tetapi tidak kalah emosi negatif padanya?
atau,
Berdamai dengan takdir.. yang menerima seadanya sesuatu;
-dengan tidak perlu memperbaiki diri?
-dengan mengekalkan dendam dan ketidakpuasan hati kepada pelaku/situasi?
-tiada tekad untuk melakukan perubahan baik?
-masih tiada usaha personal growth untuk memahami kelemahan dan kelebihan diri dan orang lain?
-masih dengan rutin tidak efektif?

Adakah berdamai dengan takdir yang kurang menyenangkan itu bermaksud tanpa sedar bahawa Allah tidak menyediakan bahagian kehidupan yang bahagia dan enjoyful pada diri kita dan bersangka-sangka Allah itu mungkin berat sebelah pada hidup kita?

Ini adalah naratif Cognitive Behaviour Therapy (CBT) untuk menelusuri the truth and facts of your belief bila bercakap pasal berdamai dengan takdir.

Kerana setiap orang itu lain interpretasinya. CBT akan membantu individu surface kan the deep core believe itu.

Deep core believe itu lah hakikat.

Memperbetulkan hakikat inilah yang boleh membawa perubahan baik dalam kehidupan kita regardless struggles kehidupan masih sama atau tidak, we are already living in different kind of life.

-Coretan sebuah hakikat pemikiran-.

20/05/2023

Personality vs Psychological Traits.

Yang kita nak tambah baik adalah pada Psychological Traits bukan Personality.

Kadang keliru, itulah menyebabkan diri rasa dua alam, berpisah, not grounded dan seumpamanya.

Rasa best bila ada kawasan komuniti untuk riadah dan bawak anak-anak main sebelah malam.Mami nya malam zumba, petang tad...
19/05/2023

Rasa best bila ada kawasan komuniti untuk riadah dan bawak anak-anak main sebelah malam.
Mami nya malam zumba, petang tadi ayahnya jogging. Sekarang giliran the boys lak. Baru rasa balance untuk semua.😃

18/05/2023

Anxiety.

Anxiety saling berkait rapat hubungannya dengan fizikal.
Otak akan menghantar mesej pada fizikal untuk bersedia, berhati-hati dan membekalkan sejumlah tenaga besar untuk bertindak pada perceived threats atau real threats.

Jika dapat membuat sesuatu yang workout yang mencabar 3-4x seminggu, fizikal akan menggunakan sejumlah besar tenaga yang dibekalkan untuk membebaskan tenaga tersebut dan menjadi tenang.

Fizikal akan membalas mesej kepada otak, 'i am okay now, you (brain) please calm down'. Dan otak menerima feedback itu akan respon untuk bertenang.
Konsep sembuh Anxiety sangat mudah.

Cuma, bukan semua terbuka untuk lakukan pada STANDARD keberkesanan yang diperlukan.

Sebab apa susah nak buat? Sebab perangai penyakit anxiety itu sendiri pun sudah memang banyak berdolak dalih, tidak fokus pada matlamat yang jelas, beralih alih perhatian, rasa dirinya terpaling lemah dan macam-macam perangai penyakit ni.

Itu perangai penyakit. Bukan perangai asal tuan badan lagi. Mental illnessess ni boleh menambah buruk lagi kelemahan pada perangai asal. Lagi bercambah-cambah kekeliruan.

Sebab tu perlu SESI CBT. Perlu Action Plan melalui senaman mengikut benchmark standard khusus untuk diri sendiri dan lain-lain.

Cerita dah tua, cerita sakit lutut, sakit belakang, tidak ada tempat nak buat senaman, itu semua suku kira.

Pentingnya, perlu tahu, adakah ia dolak dalih atau perlu secondary intervention, contohnya strength and conditioning bagi memulihkan sakit lutut dan belakang yang kemudian baru boleh melakukan aktiviti fizikal yang lain dan sebagainya.

17/05/2023

Perkara mahal yang orang tidak akan sewenang wenang berkongsi.
Bila nampak orang berkongsi dan ajar secara percuma, hargailah dengan Like, Comment dan Share!♥️

1) Cara generate incomes.
Belajar dari darjah satu sampai universiti PhD pun tidak akan belajar bab ini. Walhal inilah komponen kelansungan hidup paling penting.

2) Cara urus masa
Pengurusan masa adalah suatu yang sangat personal. Ia adalah senjata yang menentukan arah kehidupan yang baik ataupun boleh membuka aib diri juga. Bahaya.

3) Cara urus emosi
Kebanyakan tidak tahu bahawa terdapat cara mengurus emosi dengan ilmu sepatutnya. Maka tidak banyak dibincangkan secara meluas. Bahkan, mengurus emosi masih ada stigma negatif yang mengatakan orang mengurus emosi ini orang yang ada masalah sahaja (Salah!).

4) Pengurusan kesihatan mental melalui CBT.
CBT ialah modul yang hanya boleh dikuasai sebahagian pengguna. Contoh di Amerika, hanya Clinical Psychologist boleh menjadi pengguna. Di Malaysia, secara kelonggaran masih ada dan perlu regulasi terkawal. Kenapa perlu regulasi dan hanya Clinical Psychologist? Jawapannya ialah kompleksiti.

5) Keseimbangan aktiviti dunia dan akhirat.
Ini banyak misconception dari pendengar/penuntut. Oleh kerana asyik tengok Ustaz cerita bab akhirat, dosa dan pahala, dia ingat Ustaz tu solat dan ibadah sahaja. Walhal banyak skills perkara dunia lain Ustaz pandai buat. Seeloknya, perhatikan keseluruhan perkara dibuat oleh penyampai yang dapat memberi keseimbangan pada diri kita jua.

6) Orang berkongsi asam garam hidup dan nasihat.
Selain dari usia dan pengalaman sendiri, mendapat ilmu dari pengajaran orang lain akan mematangkan diri dan menjadikan pemikiran kita berhikmah dalam membuat keputusan mendatang.

7) Orang telus dalam perkongsiannya.
Ni faham fahamlah. Bukan posting trick here and there.Bukan untuk tarik bisness bla bla bla. Susah senang kehidupannya dengan anak OKU ke, survive dalam bisnes ke dan lain-lain.

Apa lagi yang boleh tambah? Sila komen. ♥️

16/05/2023

Too much thinking about others sayings, but little to think to what Allah is saying.
-Nouman Ali Khan-

Address

Kota Bharu
16150

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Wan Afifi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Wan Afifi:

Share