Pre Hospital Care HUSM

Pre Hospital Care HUSM Official FB Page for Prehospital Care Team Hospital Pakar USM

19/04/2026

Terima kasih diucapkan kepada PPP Ramadan (Mede) dan PPP Aisyah (Ecah) yang berpindah je jabatan lain atas sumbangan kepada ED dan PHC HPUSM selama lebih 10 tahun ini. Semoga terus maju jaya di mana jua anda berada. Till we meet again next time, insyaAllah. 😃

Jemputan ke CME PHC HPUSM bagi bulan April 2026 bertemakan "Phelobotomy" dan akan disampaikan oleh PPP Safawati, selaku ...
16/04/2026

Jemputan ke CME PHC HPUSM bagi bulan April 2026 bertemakan "Phelobotomy" dan akan disampaikan oleh PPP Safawati, selaku phlebotomist ED.

Tarikh: 22/4/2026
Masa: 2 - 4 pm
Tempat: Bilik Persidangan, Jabatan Perubatan Kecemasan, USM

PS: Sebarang persoalan dan cadangan penambahbaikan berkenaan flow phlebotomy room di Zon Hijau juga boleh diajukan semasa sesi ini. Terima kasih. 😀


9/4/2026 - Praktikal Pengurusan Bencana / MCI kepada pelajar perubatan Tahun 5 MD USM, bagi attachment Jabatan Kecemasan...
16/04/2026

9/4/2026 - Praktikal Pengurusan Bencana / MCI kepada pelajar perubatan Tahun 5 MD USM, bagi attachment Jabatan Kecemasan GMT517. Alhamdulillah, terima kasih atas komitmen dan kerjasama yang diberikan oleh semua: Dr Faiz, Dr Fida, Dr Fazdli, Dr Hisyam, PPP Solleh, PPP Zaim, PPP Azizul, EMD Afizan, dan Abg Bad Driver.

Seperti amalan sebelum ini, sesi kelas dimulakan dengan dua topik kuliah yang disampaikan oleh Dr Faiz:
1. Introduction to Disaster Management
2. On-Scene MCI management

Sesi skill station:
1. Communication station (penggunaan GIRN, penyampaian maklumat METHANE)
2. Immobilisation and patient handling
3. Field triage (START) and VTO

Dan diakhiri dengan sesi praktikal simulasi bencana - collapsed building.

Semoga bermanfaat.

31/03/2026

Pada 31/3/2026
CME MMED berkaitan perkhidmatan PHC telah dijalankan, penceramah utama Pakar Perubatan Kecemasan Dr Mohd Faiz Bin Mohd Sukri , penceramah kedua Dr Nik Farhan dan juga fasilator team PHC HPUSM, PPP Mirza, PPP Affiz, PPP Zaim, PPP Farkhan. Program melibatkan pelajar Master of Medicine (MMed).

Topik difokuskan

* a. Prehospital Assessment
* b. OHCA
* c. Trauma Moulage
* d. Medical Moulage
* e. Call Centre and Ambulance�Familiarization

Turut menjaya dan menjadi tulang belakang,
Dr Fazdli selaku FM, Dr Sharvina, Dr Arif,
Dr Hamizan dan Dr Faris selaku pengerak cara.

Sesi - sesi Meet Up PHC sepanjang minggu ini. Sesi selama 20-30 minit ini merupakan antara inisiatif yang dilakukan oleh...
17/03/2026

Sesi - sesi Meet Up PHC sepanjang minggu ini. Sesi selama 20-30 minit ini merupakan antara inisiatif yang dilakukan oleh Pakar / MO / Penyelia PHC setiap minggu (kebiasaannya +/- 2 sesi seminggu) bertujuan untuk:

1. Membincangkan isu-isu berbangkit terkini, terutamanya melibatkan pengurusan ambulans kecemasan HPUSM - supaya boleh di-rectify sesegera mungkin
2. Membincangkan isu-isu berbangkit bagi assignment PPP (selain PHC), termasuklah isu phlebotomy, isu di triaj, isu prosedur, isu roster dan sebagainya - jika ada
3. Sesi perkongsian akademik - membincangkan kes-kes PHC yang ada educational value (knowledge sharing)
4. Sesi ramah mesra / meet and greet antara pengurusan PHC dan responder di lapangan
5. Dan bagi bulan Ramadan, kami selitkan sesi tazkirah pendek yang disampaikan oleh PPP secara penggiliran

Untuk sesi tazkirah hari ini, PPP Sanusi berkongsi berkenaan keikhlasan dalam melakukan kerja, dan keperluan untuk sentiasa menambah ilmu dan beramal dengannya. Dr Faiz turut berkongsi sedikit berkenaan Dunning Kruger Effect dalam konteks menuntut ilmu.

16/3/2026 - Terima kasih kepada PPP Zulhazwan dan PPP Zaim atas perkongsian semasa sesi Grand Ward Round Jabatan Kecemas...
17/03/2026

16/3/2026 - Terima kasih kepada PPP Zulhazwan dan PPP Zaim atas perkongsian semasa sesi Grand Ward Round Jabatan Kecemasan, HPUSM. 😃

Tahniah diucapkan kepada PPP Faris atas keputusan yang cemerlang bagi Peperiksaan Akhir Semester 1 Advanced Diploma in E...
17/03/2026

Tahniah diucapkan kepada PPP Faris atas keputusan yang cemerlang bagi Peperiksaan Akhir Semester 1 Advanced Diploma in Emergency Care. 😁 Semoga ianya menjadi inspirasi kepada semua staf PHC dan ED HPUSM, insyaAllah.

Selamat maju jaya untuk Sub PHC bagi Semester 2 di ILKKM Seremban.

Pada 13/3/2026 majlis berbuka puasa bersama team PHC HPUSM diadakan di restoran al khatiri yang di hadirin oleh HOD, Pak...
14/03/2026

Pada 13/3/2026 majlis berbuka puasa bersama team PHC HPUSM diadakan di restoran al khatiri yang di hadirin oleh HOD, Pakar, Penyelia dan staf. Majlis ini juga bertujuan menyambut Hari penolong pengawai perubatan dan perpisahan PPP Anas.

Insya-Allah, tahun 2026 bakal menyaksikan pertambahan ahli keluarga PHC HPUSM. Semoga perkembangan ini menjadi pemangkin...
23/02/2026

Insya-Allah, tahun 2026 bakal menyaksikan pertambahan ahli keluarga PHC HPUSM. Semoga perkembangan ini menjadi pemangkin kepada peningkatan mutu perkhidmatan dan kecemerlangan berterusan organisasi.😊

11/2/2026- Pada tarikh ini, team PHC HPUSM telah dijemput untuk mengikut kursus “Care Start With Word Workshop”, kursus ...
11/02/2026

11/2/2026- Pada tarikh ini, team PHC HPUSM telah dijemput untuk mengikut kursus “Care Start With Word Workshop”, kursus ini merupakan kemahiran berkomunikasi dalam pekerjaan. Kursus ini dianjurkan oleh pengurusan jabatan kecemasan HPUSM. Terima kasih juga kepada pihak penganjur kerana memberi peluang kepada PPP Mirza berkongsi sedikit sebanyak berkaitan 7P Rapid Sequence Intubation.

9/2/2026- Pada tarikh ini, team PHC HPUSM telah dijemput untuk sesi perkongsian ilmu berkaitan BLS di kalangan staf SUK....
11/02/2026

9/2/2026- Pada tarikh ini, team PHC HPUSM telah dijemput untuk sesi perkongsian ilmu berkaitan BLS di kalangan staf SUK. Terima kasih dan tahniah kepada PPP Affiz dan PPP Zaim atas perkongsian ini.

27/1/2026 - CONTINUING MEDICAL EDUCATION (CME) PHC HPUSM 1/2026. Terima kasih diucapkan kepada Dr. Fazdli & PPP Mirza da...
29/01/2026

27/1/2026 - CONTINUING MEDICAL EDUCATION (CME) PHC HPUSM 1/2026. Terima kasih diucapkan kepada Dr. Fazdli & PPP Mirza dalam menjayakan CME pada kali ini. Perbentangan laporan perkhidmatan ambulan Q4-2025 (DR.FAZDLI) serta Scene safety & primary survey yang disampaikan oleh (PPP MIRZA)

Address

Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia, Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan Jalan Raja Perempuan Zainab 2
Kota Bharu

Telephone

+60133608664

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pre Hospital Care HUSM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Pre Hospital Care HUSM:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram