Klinik Tegoh - Dr Amir Johaniff

Klinik Tegoh - Dr Amir Johaniff Klinik keluarga yang memfokuskan pada pembedahan kecil.

Waktu Operasi (Sabtu-Khamis)
9.00 pagi - 1.00 tgh hari
2.00 ptg - 5.30 ptg
8.00 mlm - 10.00 mlm

Jumaat : Tutup General practition clinic with interest in
- minor surgery
- wound care
- pre and postnatal care
- skin disease management

🩺🩸 PROMOSI BASIC HEALTH SCREENING – HANYA RM90! 🩸🩺Kesihatan adalah aset paling berharga dalam hidup. Namun, ramai antara...
20/04/2026

🩺🩸 PROMOSI BASIC HEALTH SCREENING – HANYA RM90! 🩸🩺

Kesihatan adalah aset paling berharga dalam hidup. Namun, ramai antara kita hanya mendapatkan rawatan apabila sudah jatuh sakit. Hakikatnya, banyak penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, kolesterol tinggi dan masalah hati boleh dikesan lebih awal melalui ujian darah yang ringkas.

✨ Dengan pakej Basic Health Screening kami serendah RM90 sahaja, anda boleh mengetahui status kesihatan anda dengan lebih jelas dan mengambil langkah awal sebelum terlambat.

💉 Pemeriksaan termasuk:
✔️Kandungan darah
✔️ Ujian buah pinggang
✔️ Ujian uric acid
✔️ Paras gula dalam darah
✔️ Fungsi hati
✔️ Tahap kolesterol
✔️ Ujian air kencing

👩‍⚕️ Dikendalikan oleh Doktor Amir, dengan proses yang cepat, selesa dan keputusan yang tepat.

📌 Sesuai untuk:
🔹 Individu yang ingin membuat pemeriksaan berkala
🔹 Mereka yang mempunyai sejarah keluarga penyakit kronik
🔹 Sesiapa sahaja yang ingin lebih peka tentang tahap kesihatan diri

⏰ Jangan tunggu sehingga ada simptom! Lebih awal anda tahu, lebih mudah untuk mencegah.

📍 Walk-in ke klinik kami
📞 Hubungi kami untuk pertanyaan lanjut
09-7409681 /
📲https://wa.me/601155001882

💙 Jaga kesihatan hari ini untuk masa depan yang lebih sihat!

Bangun pagi tiba-tiba cincin tak boleh cabut, jam tangan rasa menjerut pergelangan, dan jari-jemari nampak gemuk montel ...
20/04/2026

Bangun pagi tiba-tiba cincin tak boleh cabut, jam tangan rasa menjerut pergelangan, dan jari-jemari nampak gemuk montel semacam?

Bertenang dahulu. Jika tangan anda tiba-tiba membengkak dan terasa tegang, ia selalunya bukanlah disebabkan oleh lemak, tetapi ia adalah satu keadaan perubatan yang dipanggil Edema. Edema berlaku apabila terdapat pengump**an cecair yang berlebihan terperangkap di dalam ruang tisu badan anda.

Punca paling utama dan paling kerap berlaku dalam kalangan rakyat Malaysia adalah tabiat pemakanan yang terlalu tinggi garam atau sodium. Pengambilan makanan ringan, makanan segera, kicap, sos, masin ikan masin, atau lauk pauk yang terlalu 'masin' akan memaksa tubuh anda untuk menarik dan menahan lebih banyak air di dalam sel bagi mencairkan tahap sodium tersebut.

Selain faktor pemakanan, cuaca panas yang melampau juga boleh menyebabkan saluran darah mengembang, lantas membiarkan cecair meresap keluar ke tisu sekeliling dan menyebabkan tangan atau kaki membengkak.
Bagi wanita hamil p**a, perubahan hormon turut menyumbang kepada masalah pengump**an cecair ini.

Namun begitu, anda tidak boleh memandang ringan jika bengkak di tangan ini berlarutan dan tidak surut-surut, terutamanya jika ia disertai dengan kaki yang sembab dan masalah sesak nafas. Ia boleh menjadi petanda amaran awal bahawa organ dalaman anda sedang menjerit meminta tolong.

Tangan yang bengkak (edema) adalah salah satu simptom klasik bagi masalah kegagalan fungsi buah pinggang yang tidak lagi mampu menapis cecair berlebihan, kelemahan otot jantung untuk mengepam darah, ataupun wujudnya masalah pada kelenjar tiroid anda.

Jika bengkak ini hanya berlaku sesekali selepas anda makan besar, rawatan pertamanya adalah sangat mudah. Kurangkan pengambilan garam segera dan minum air kosong secukupnya untuk membantu buah pinggang mengepam lebihan sodium tersebut keluar melalui air kencing.
Pergerakan ringan dan senaman juga membantu melancarkan semula peredaran darah. Tetapi, jika jari anda kekal gemuk dan bengkak berhari-hari, jangan berlengah lagi. Sila jalani pemeriksaan darah dan buah pinggang di klinik kesihatan berhampiran sebelum komplikasi yang lebih serius meragut nyawa anda.

🦶 Apa Itu Gangrene? Kenali Tanda & Bahayanya!Gangrene adalah keadaan di mana tisu badan mati akibat kekurangan bekalan d...
16/04/2026

🦶 Apa Itu Gangrene? Kenali Tanda & Bahayanya!

Gangrene adalah keadaan di mana tisu badan mati akibat kekurangan bekalan darah atau jangkitan kuman yang serius. Ia boleh berlaku di mana-mana bahagian badan, tetapi paling kerap melibatkan kaki, jari kaki, atau tangan.

⚠️ Siapa yang berisiko?

- Pesakit kencing manis (diabetes).
- Individu dengan masalah saluran darah (peredaran lemah).
- Perokok.
- Mereka yang mengalami kecederaan teruk atau luka yang dijangkiti.

🔍 Tanda-tanda gangrene:

- Kulit bertukar warna (merah, ungu, coklat atau hitam)
- Sakit yang teruk (atau kadang-kadang hilang rasa)
- Bengkak dan berbau busuk
- Luka yang tidak sembuh

Gambar dibawah merupakan Gangren(gangrene) pada jari kelingking pesakit. Pesakit menjalani pembedahan kecil membuang daging (debridement) yang gangren dan menampal kulit baru (full thickness skin graft) pada jari. Sebelum prosedur dilakukan, Doktor Amir telah membius setempat pada jari kelingking pesakit.

Kulit derma (donor) diambil dari lipatan kulit pergelangan tangan (wrist).
Alhamdulillah, pembedahan berjalan dengan lancar dan luka pesakit sembuh dengan izin Allah.😊 Pesakit juga diberi ubatan dan rawatan susulan untuk memastikan luka sembuh sepenuhnya.

👩‍⚕️ Pesanan penting:

Jangan abaikan luka kecil, terutama bagi pesakit diabetes. Rawatan awal boleh menyelamatkan anggota badan dan nyawa.

📍 Datang ke klinik kami untuk pemeriksaan jika anda risau tentang luka atau perubahan pada kulit.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai Pembedahan Kecil, anda boleh hubungi kami di:
📞 Hubungi kami di 09-7409681 /
📲https://wa.me/601155001882

Kadang-kadang kita ingat tengkuk tegang itu sebab salah bantal, salah tidur, atau terlalu lama tengok telefon.Tapi ada s...
13/04/2026

Kadang-kadang kita ingat tengkuk tegang itu sebab salah bantal, salah tidur, atau terlalu lama tengok telefon.

Tapi ada satu punca yang ramai tak sedar. Stres.

Bila kita tertekan, badan masuk ke mod berjaga-jaga. Otot jadi lebih keras tanpa kita sedar, terutama di bahagian bahu, tengkuk, rahang, dan belakang kepala. Sebab itu ada orang yang bila terlalu banyak fikir, tengkuk dia mula rasa berat, ketat, lenguh, malah boleh sampai sakit kepala sekali.

Masalahnya, stres bukan duduk dalam fikiran sahaja. Ia “menumpang” pada badan. Bahu terangkat tanpa sedar, gigi diketatkan, duduk makin membongkok, nafas makin pendek. Lama-lama otot di tengkuk bekerja tanpa rehat. Badan belum angkat beban, tapi otot sudah penat macam habis memikul sesuatu yang berat.

Jadi kalau tengkuk anda selalu tegang waktu kerja, banyak fikir, kurang tidur, atau sedang melalui fasa emosi yang meletihkan, jangan anggap itu perkara kecil semata-mata. Kadang-kadang badan sedang memberi isyarat bahawa minda pun perlukan rehat.

Cuba berhenti sekejap. Turunkan bahu. Tarik nafas perlahan-lahan. Regangkan leher dengan lembut. Bukan semua sakit perlu dilawan dengan paksa. Ada yang cuma perlukan badan dipujuk, dan hati diberi ruang untuk bertenang.

Credit: Public Health Malaysia

Cuaca panas sekarang ramai yang hidung berdarah dan ramai orang masih buat satu benda ini bila hidung berdarah.Dan benda...
06/04/2026

Cuaca panas sekarang ramai yang hidung berdarah dan ramai orang masih buat satu benda ini bila hidung berdarah.

Dan benda itu sebenarnya salah.

Bila hidung berdarah, refleks kita sama saja.
Dongakkan kepala ke belakang.

Nampak logik.
Tapi sebenarnya darah tak berhenti.
Ia cuma mengalir ke belakang, masuk ke tekak dan perut.

Sebab itu ada orang
rasa loya, muntah darah, batuk, atau jadi lebih panik selepas itu.

Cara yang betul sebenarnya sangat mudah.

Tundukkan kepala ke depan.
Picit bahagian lembut hidung.
Jangan lepaskan selama 10 minit penuh.

Kalau ada, tuam sejuk di batang hidung atau dahi.
Dan paling penting, bertenang.

Kalau selepas 20 minit darah masih mengalir,
atau pesakit pening, lemah, hampir pengsan,
itu bukan lagi situasi tunggu rumah.
Terus ke klinik atau hospital.

Ilmu kecil macam ini nampak remeh.
Tapi bila ia berlaku pada anak, pasangan, atau ibu ayah kita
10 minit itu boleh rasa sangat panjang.

Simpan post ini.
Dan kongsikan.
Sebab masa panik, otak kita selalu lupa benda paling asas.

Credit: Public Health Malaysia

Skin Tag di Kawasan PunggungSeorang pesakit datang ke klinik dengan ketumbuhan di punggung seperti dalam gambar. Ketumbu...
02/04/2026

Skin Tag di Kawasan Punggung

Seorang pesakit datang ke klinik dengan ketumbuhan di punggung seperti dalam gambar. Ketumbuhan tersebut telah lama ada dan semakin membesar sehingga menyebabkan rasa tidak selesa, terutama ketika pesakit duduk.

Pemeriksaan oleh Dr Amir mendapati ia adalah skin tag – lebihan tisu kulit yang tidak berbahaya (benign), tetapi boleh menjadi besar akibat geseran dan kelembapan di kawasan tersebut.

Doktor telah melakukan prosedur pembuangan menggunakan kaedah pembedahan kecil (minor surgery). Prosedur ini mengambil masa kurang 30 minit.

Pesakit telah diberi bius setempat oleh doktor sebelum prosedur dijalankan. Selepas skin tag tersebut dibuang dan dibersihkan, doktor telah menjahit luka pesakit.

Selain itu, pesakit dinasihatkan untuk menjaga kebersihan luka dan datang semula untuk rawatan susulan. Pesakit juga diberi ubatan seperti antibiotik dan ubat tahan sakit.

💡 Pesanan penting

Jangan cuba buang sendiri di rumah kerana risiko jangkitan dan pendarahan adalah tinggi. Sebarang ketumbuhan yang membesar atau berubah perlu diperiksa oleh doktor.

📩 Jika anda mempunyai masalah yang sama, jangan malu untuk dapatkan pemeriksaan. Rawatan awal lebih mudah dan selamat.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai Pembedahan Kecil, anda boleh hubungi kami di:

📞 Hubungi kami di 09-7409681 /
📲https://wa.me/601155001882

Doktor tak bagi antibiotik untuk selesema biasa bukan sebab kedekut.Dia sedang cuba selamatkan anda daripada masalah yan...
30/03/2026

Doktor tak bagi antibiotik untuk selesema biasa bukan sebab kedekut.
Dia sedang cuba selamatkan anda daripada masalah yang lebih besar.
Ramai orang masih fikir bila tekak sakit, hidung berhingus, kahak hijau, demam, batuk, terus perlu antibiotik.

Kalau doktor tak bagi, mula rasa rawatan “tak kuat”. Mula rasa doktor tak serius. Padahal untuk kebanyakan selesema dan flu, puncanya ialah virus. Dan antibiotik memang tidak membunuh virus.
Masalahnya, bila antibiotik diambil tanpa perlu, bakteria di sekeliling kita belajar untuk jadi lebih degil. Lebih kebal. Lebih susah dibunuh bila satu hari nanti kita betul-betul perlukan rawatan.
Itulah yang orang ramai tak nampak.
Hari ini anda telan antibiotik untuk penyakit yang tak perlukan antibiotik.
Esok, bila anda atau anak anda dapat jangkitan bakteria sebenar, ubat itu mungkin dah tak berkesan macam dulu.
Yang lebih membahayakan, ramai percaya kahak hijau atau hingus pekat itu automatik tanda perlukan antibiotik.
Tidak semestinya.
Warna lendir bukan lesen untuk dapat antibiotik.
Antibiotik bukan ubat “kuat”.
Antibiotik ialah ubat yang tepat untuk keadaan yang tepat.
Kadang-kadang rawatan terbaik untuk flu memang rehat, air yang cukup, kawal demam, dan pantau tanda bahaya.
Bukan paksa doktor tulis antibiotik semata-mata supaya kita rasa puas hati.
Jangan marah bila doktor tak bagi antibiotik.
Kadang-kadang itulah tanda dia sedang buat kerja dia dengan betul.

Credit: Public Health Malaysia

Baru rumah yang ketiga, perut dah mula buat hal. Berpusing, senak, memulas, dan asyik nak sendawa. Terus dalam hati terd...
23/03/2026

Baru rumah yang ketiga, perut dah mula buat hal. Berpusing, senak, memulas, dan asyik nak sendawa.

Terus dalam hati terdetik,

“Alamak, aku kena keracunan makanan ke ni? Tuan rumah tadi panaskan rendang tak betul ke?"

Nanti dulu!

Bila sakit perut masa Raya, ia BUKAN semestinya keracunan makanan. Kadang-kadang, ia cuma sindrom "PERUT TERKEJUT"!

Dari sudut perubatan, ia dipanggil Indigestion atau Dyspepsia.

Sebulan perut kita berehat siang hari masa bulan puasa. Tiba-tiba pagi Raya, perut dihentam dengan 'kombinasi maut': Lemak santan pekat, karbohidrat tinggi, pedas berapi, dan air bergas serentak.

Akibatnya perut jadi 'jammed' dan terkejut!

CARA BEZAKAN & RAWATAN YANG BETUL

🟢 1. JIKA 'PERUT TERKEJUT' (Dyspepsia/Angin)
Tanda: Rasa senak, sebu, kembung, cepat kenyang melampau, pedih ulu hati dan kerap sendawa.

💊 RAWATAN & PELEGA:
• Berhenti makan sementara waktu. Rehatkan sistem usus.

• Minum air suam, teh halia, atau teh pudina (peppermint) untuk melegakan otot perut dan buang angin.

• JANGAN terus baring lepas makan (ini mengundang asid refluks / GERD!). Duduk atau jalan perlahan-lahan.

• Sapu minyak angin/minyak panas di perut.

• Beli ubat di farmasi: Antacid (ubat kapur cecair/bikarbonat untuk asid) atau pil buang angin (seperti Simethicone).

🚨 RAWATAN & KECEMASAN

• JANGAN ambil ubat tahan berak tanpa nasihat doktor (biar kuman/toksin keluar).

• Wajib kekalkan hidrasi: Minum Air Garam Rehidrasi (ORS) yang dibancuh mengikut sukatan. Air kosong sahaja tak cukup untuk ganti elektrolit yang hilang.

• RED FLAGS (Tanda Bahaya): Jika muntah tak henti, lembik lesu (dehidrasi), atau ada darah dalam najis/muntah, TERUS BAWA KE KLINIK ATAU KECEMASAN!
Makan tu sikit-sikit. Jangan terus "balas dendam" macam esok dah takde makanan. Raya sepatutnya buat kita gembira, jangan sampai usus terpaksa buat 'overtime' sampai merana.

Kongsikan info dan rawatan penting ini. Siapa yang tengah kembung perut tu, pergilah sapu minyak angin sekarang!

Credit: Public Health Malaysia

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Klinik Tegoh beroperasi seperti biasa pada hari ini.Selamat Hari Raya daripada kami✨...
23/03/2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Klinik Tegoh beroperasi seperti biasa pada hari ini.

Selamat Hari Raya daripada kami✨🤝

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Selamat Hari Raya Aidilfitri daripada kami warga Klinik Tegoh. Maaf zahir dan batin....
19/03/2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selamat Hari Raya Aidilfitri daripada kami warga Klinik Tegoh. Maaf zahir dan batin.

Klinik akan kembali beroperasi seperti biasa pada 23/03/2026 (Isnin).

Seorang lelaki dewasa datang ke klinik dengan  luka pada tangan kanan selepas terkena besi mesin basuh semasa bekerja.  ...
19/03/2026

Seorang lelaki dewasa datang ke klinik dengan luka pada tangan kanan selepas terkena besi mesin basuh semasa bekerja. Pesakit menyatakan luka berlaku apabila tangannya tersangkut pada bahagian besi yang tajam, menyebabkan kulit terkoyak dan berdarah. Pendarahan pada awalnya banyak tetapi berkurang selepas ditekan dengan kain.

Pesakit mengadu sakit setempat tetapi masih boleh menggerakkan jari. Tiada kebas atau lemah pada tangan.

Doktor Amir mencuci luka pesakit (irrigation) untuk buang kotoran/kuman. Selain itu, tisu mati daripada luka dibuang (debridement).

Kawasan sekitar telah diberikan bius setempat sebelum prosedur dilakukan. Kemudian, luka ditutup menggunakan beberapa jahitan benang.

Doktor juga telah menasihati pesakit supaya memastikan luka sentiasa bersih dan kering. Ubatan seperti antibiotik dan tahan sakit telah diberi pada pesakit dan rawatan susulan juga diberikan supaya pesakit datang semula untuk membuka jahitan.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai Pembedahan Kecil, anda boleh hubungi kami di:
📞 Hubungi kami di 09-7409681 /
📲https://wa.me/601155001882

Address

Lot 2007/Blok A, Seksyen 37, Jalan Pengkalan Chepa
Kota Bharu
15400

Opening Hours

Monday 09:00 - 22:00
Tuesday 09:00 - 22:00
Wednesday 09:00 - 22:00
Thursday 09:00 - 22:00
Saturday 09:00 - 22:00
Sunday 09:00 - 22:00

Telephone

+6097409681

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Tegoh - Dr Amir Johaniff posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Klinik Tegoh - Dr Amir Johaniff:

Share

Category