Raudhoh Care Centre

Raudhoh Care Centre "Mendukung Kehidupan Yang Lebih Bermakna"

NO PERAKUAN JKM
D/PJH OKU 4/2024

Kelas 1⃣4⃣ ▶️ 1⃣7⃣ tahun. Kelas ini mengutamakan kemahiran 3M mengikut kemampuan pelajar dan melatih pelajar berdikari d...
15/04/2026

Kelas 1⃣4⃣ ▶️ 1⃣7⃣ tahun.

Kelas ini mengutamakan kemahiran 3M mengikut kemampuan pelajar dan melatih pelajar berdikari dalam melakukan rutin harian.

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Promosi bagi pendaftaran APRIL masih lagi berjalan. Ibu bapa yang mendaftarkan anak-anak pada bulan APRIL akan diberi percuma yuran pendaftaran dan diskaun yuran tahunan sebanyak 30℅ .

Hubungi kami untuk maklumat lanjut

https://wa.me/60182095377

Team 2026 Raudhoh Care Centre . Wajah-wajah guru-guru Raudhoh 2026.Lembut angin menyapa halaman,Bunga berkembang indah b...
12/04/2026

Team 2026 Raudhoh Care Centre . Wajah-wajah guru-guru Raudhoh 2026.

Lembut angin menyapa halaman,
Bunga berkembang indah berseri,
Sabar mendidik penuh pengorbanan,
Jasa kalian kami hargai.

Terima kasih buat guru-guru di Raudhoh yang sentiasa bertenaga dan sabar dalam mendidik anak-anak istimewa di Raudhoh.

Assalamualaikum & Salam SejahteraS**a cita saya ingin memaklumkan, tuan/puan & ibu bapa dijemput untuk menghadiri majlis...
05/04/2026

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

S**a cita saya ingin memaklumkan, tuan/puan & ibu bapa dijemput untuk menghadiri majlis SAMBUTAN AIDILFITRI & RUMAH TERBUKA di PUSAT JAGAAN Raudhoh Care Centre .

Tarikh dan waktu majlis adalah seperti yang dimaklumkan di bawah.

Untuk kali ini, kami turut mengadakan promosi pendaftaran sempena bulan AUSTIM yang disambut pada 2 April pada setiap tahun.

Bagi ibu bapa yang mendaftar anak-anak di pada bulan April ini, kami memberi diskaun yuran tahunan serta sifar yuran pendaftaran. Promosi ini berlangsung sepanjang APRIL sahaja.

Ibu bapa yang berminat untuk mengetahui tentang juga boleh hadir dan mengemukakan pelbagai soalan kepada kami.

Duit raya serta juadah di sediakan secara percuma sepanjang majlis berlangsung. 😊😊😊😊😊

Jemput Datang bagi memeriahkan lagi majlis kami 🤗🤗🤗🤗🤗

Hari Autisme Sedunia disambut setiap tahun pada 2 April untuk meningkatkan kesedaran tentang autisme di seluruh dunia. P...
03/04/2026

Hari Autisme Sedunia disambut setiap tahun pada 2 April untuk meningkatkan kesedaran tentang autisme di seluruh dunia.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
telah menggubal satu resolusi pada tahun 2007 bagi mengisytiharkan Sambutan Hari Autism secara rasmi.
Sambutan pertama diadakan pada 2 April 2008.

Antara tujuan pengisytiharan ini adalah tidak lain tidak bukan bagi meningkatkan kesedaran tentang penghidap autism dalam kalangan kita semua.

Selamat menyambut Hari Autism Sedunia kepada semua ibu bapa yang di anugerahkan anak-anak istimewa ini.

Indah berseri cahaya pelita, Menghiasi laman di malam raya, Tersilap perbuatan tersalah bicara, Ampun dan maaf kami pint...
18/03/2026

Indah berseri cahaya pelita,
Menghiasi laman di malam raya,
Tersilap perbuatan tersalah bicara,
Ampun dan maaf kami pinta.

😊😊😊😊
Semoga Ramadhan yang kian berlalu dapat memberi seribu satu rahmat dan keberkatan buat kita semua.

Penghujung Ramadhan di Raudhoh. 🙂🙂🙂Satu pintu kelas pecah. Asam garam dunia pendidikan khas. Alah bisa tegal biasa. Masy...
17/03/2026

Penghujung Ramadhan di Raudhoh. 🙂🙂🙂

Satu pintu kelas pecah. Asam garam dunia pendidikan khas. Alah bisa tegal biasa.

Masya ALLAH, guru yang hebat, sabar yang kuat. Sambil senyum teacher hantar mesej kepada admin bagitahu ada pelajar tantrum, dan kemudian jadi triggered kepada pelajar lain. Suasana jadi hingar bingar dan bising. Menjadi punca salah seorang pelajar yang lain turut stress dan pecah kan pintu kelas .

Perkara yang tidak dapat dielakkan bila ada pelajar tantrum adalah kecederaan kepada guru atau kerosakan barang.

Dua perkara yang sehingga kini menjadi kekuatan guru-guru di Raudhoh. Tiada niat untuk komplen, malah guru-guru akan sentiasa berbincang mengenai situasi dan keadaan sema sa pelajar. Ini demi mencari jalan dan penyelesaian dalam menangani isu-isu pelajar yang pelbagai.

Semoga guru-guru semua mendapat ganjaran yang terbaik atas asbab sabar mendidik anak-anak istimewa di sini .

________________________________________

😅😅😅😅apa-apa pun, pintu kena baiki baru dlu

12/03/2026

https://t.me/raudhohcarecentre

Ibu bapa/tuan/puan boleh melayari atau join Channel telegram kami untuk mendapatkan info-info terkini tentang Raudhoh

02/02/2026

Sesi menyediakan makanan ringkas😍😍😍

Menu : Sandwich sardin
Sandwich telur

Pelbagai jenis makanan ringkas boleh kita perkenalkan kepada pelajar bagi melatih kemahiran asas mereka dalam kehidupan harian.

Sandwich merupakan satu menu yang baik yang mana ibu bapa boleh lakukan bersama-sama anak-anak di rumah.

Selain melatih kemahiran asas anak-anak dalam penyediaan makanan, sesi penyediaan makanan juga boleh membantu perkembangan pengetahuan anak-anak tentang makanan.

Sesi ini juga sedikit sebanyak membantu anak-anak yang peaky eater untuk berani mencuba makanan yang disediakan oleh mereka sendiri.

🥰🥰🥰🥰🥰

Ibu bapa yang berminat dan sedang mencari pusat EIP untuk anak-anak istimewa anda, boleh lah hubungi kami untuk mengetahui lebih lanjut tentang servis yang kami sediakan.

Raudhoh melabuhkan tirai 2025 dengan semangat yang lebih waja. Pelbagai peristiwa, pelbagai isu, dan ragam pelajar yang ...
02/01/2026

Raudhoh melabuhkan tirai 2025 dengan semangat yang lebih waja. Pelbagai peristiwa, pelbagai isu, dan ragam pelajar yang mematangkan kami, warga guru Raudhoh.

Kehadiran beberapa pelajar baru juga menunjukkan bahawa perkhidmatan dari Raudhoh menjadi pilihan dalam kalangan ibu bapa dan guru-guru di PPKI.

Alhamdulillah, kaedah utama yang digunakan di Raudhoh iaitu PERBINCANGAN SECARA 2 HALA ANTARA GURU DAN IBU BAPA semakin menunjukkan hasil baik

09/12/2025

Kek Batik. Disediakan oleh pelajar dengan bantuan dan bimbingan guru.

Biskut + Coklat..... Semua pelajar makan tanpa menolak🤣🤣🤣🤣🤣

Hanya di Raudhoh Care Centre

09/12/2025

Dekorasi Biskut.

Minggu ini kita santai-santai sahaja untuk sesi penyediaan makanan. Minggu ini guru tidak memilih menu yang memerlukan pelajar menggunakan api dan peralatan dapur yang banyak. Oleh itu guru memilih untuk melakukan aktiviti dekorasi biskut bagi melihat sejauh mana penggunaan motor anak-anak dan juga kreativiti mereka.

JOM TONTON VIDEO di bawah bagi melihat sejauh mana kemampuan anak-anak dalam ber kreativiti.

❤❤❤❤❤

AKTIVITI MELOMPATMELOMPAT merupakan salah satu aktiviti utama di RAUDHOH. Banyak kebaikan dan manfaat yang boleh didapat...
02/12/2025

AKTIVITI MELOMPAT

MELOMPAT merupakan salah satu aktiviti utama di RAUDHOH.

Banyak kebaikan dan manfaat yang boleh didapati melalui aktiviti MELOMPAT.

Antaranya adalah dapat memberi rasa tenang dan membantu merangsang fokus pelajar. Oleh itu, latihan belajar sambil MELOMPAT sangat sesuai dilakukan kepada pelajar yang s**a bergerak dan kurang fokus.

Selain itu, melompat juga membantu untuk meningkatkan kesedaran tubuh. Ianya amat sesuai dilaksanakan kepada pelajar yang mempunyai masalah proprioceptive.

Address

Kota Bharu
15400

Opening Hours

Monday 07:00 - 18:00
Tuesday 07:00 - 18:00
Wednesday 07:00 - 18:00
Thursday 07:00 - 18:00
Sunday 07:00 - 18:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Raudhoh Care Centre posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Raudhoh Care Centre:

Share