Dr. Nik Asmah

Dr. Nik Asmah Kesihatan Bermula daripada Pemakanan

02/06/2024
Gastrik adalah sejenis keadaan kesihatan di mana berlaku keradangan pada dinding perut. Istilah yang lebih tepat bagi ke...
29/11/2023

Gastrik adalah sejenis keadaan kesihatan di mana berlaku keradangan pada dinding perut. Istilah yang lebih tepat bagi keadaan ini adalah gastritis. Namun, tahukah anda apa punca gastrik?

Secara umumnya, fungsi normal perut adalah untuk mengeluarkan asid (gastric juice) yang berperanan untuk mencerna makanan dan membunuh kuman mahupun bakteria yang masuk melalui mulut, ketika anda sedang makan, bernafas dan sebagainya.

Oleh sebab itu, tahap keasidan di dalam adalah lebih tinggi berbanding bahagian lain di dalam saluran pemakanan atau usus anda.

Disebabkan tahap keasidan di dalam perut itu adalah tinggi, terdapat satu mekanisma akan terbentuk yang dirujuk sebagai protective mechanism.

Ia berperanan untuk melindungi dan mencegah dinding perut daripada terhakis. Mekanisma ini akan menghasilkan sejenis lapisan cecair atau mukosa yang menjadi penghalang (protective layer) kepada asid daripada mengenai dinding perut.

Jadi seandainya anda mengalami masalah gastrik angin, ia bermakna, berlaku atau terdapat sesuatu yang telah mengganggu penghasilan lapisan ini.

Beberapa keadaan yang boleh meningkatkan punca gastrik adalah:

1) Jangkitan bakteria
Sejenis bakteria bernama Helicobacter pylori adalah penyebab utama bagi keadaan kesihatan ini. Bakteria ini wujud di dalam perut ramai orang tapi hanya sesetengah orang sahaja yang mengalami keradangan.

Dikatakan daripada 10 kes gastrik, 8 daripadanya dipercayai berpunca daripada jangkitan bakteria Helicobacter pylori ini atau lebih mudah dirujuk sebagai ‘H.pylori’. Bakteria ini dikatakan boleh menjangkiti manusia melalui pengambilan makanan yang sudah tercemar.

2) Penggunaan ubat tahan sakit
Ubat-ubatan seperti aspirin, ibuprofen dan naproxen berpotensi menyebabkan gastrik akut atau kronik jika diambil secara berkala atau berlebihan. Ia menyebabkan gastrik dengan menjejaskan faktor utama yang melindungi lapisan dinding perut.

3) Peningkatan usia
Semakin berumur, lapisan dinding perut menjadi semakin nipis. Ini meningkatkan risiko keradangan.

4) Alkohol salah satu punca gastrik
Pengambilan secara berlebihan boleh mendatangkan masalah gastrik angin. Ini kerana minuman beralkohol ini dipercayai mampu mendatangkan kerengsaan dan mengikis lapisan perut, sekali gus menyebabkan ia terdedah kepada asid.

5) Stres
Gastrik angin boleh berlaku bukan sahaja disebabkan oleh tidak makan mengikut waktu yang sepatutnya, tetapi ia juga boleh berlaku sekiranya tahap tekanan yang membebani badan seseorang individu berada pada tahap yang tinggi.

6) Autoimun
Punca gastrik juga mungkin boleh disebabkan oleh sistem imun badan sendiri yang menyerang lapisan perut. Keadaan ini jarang tetapi antara punca yang boleh berlaku.

Address

24/7, Kg Paya Bemban, Jalan Hospital
Kota Bharu
15200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dr. Nik Asmah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Dr. Nik Asmah:

Share