Pusat Optometri Al Hikmah

Pusat Optometri Al Hikmah Pusat Optometri Al Hikmah ditubuhkan 05 Disember 2011 yang mana syarikat ini adalah sebuah syarikat milik penuh 100% bumiputera.

Pusat ini terletak di Kota Bharu Kelantan merupakan sebuah Klinik Optometri Primer yang pemeriksaan mata menyeluruh.

19/04/2026

Baru tukar spek tapi rasa pening? 🤔

Normal tu… mata tengah adapt dengan power baru 👓
Jangan tukar balik spek lama ❌
Pakai konsisten bagi cepat biasa ✔️

Kalau lebih 1–2 minggu masih tak selesa, wajib check semula 👁️

📍 Dapatkan pemeriksaan mata & cermin mata berkualiti di Pusat Optometri Al Hikmah
💬 Walk-in atau WhatsApp untuk temujanji!

👓✨ Eyecare Mobile Turun Ke Masjid! ✨👓Masjid Mukim Wakaf Stan jadi lokasi seterusnya!Warga mukim dan kawasan sekitar, kam...
09/04/2026

👓✨ Eyecare Mobile Turun Ke Masjid! ✨👓
Masjid Mukim Wakaf Stan jadi lokasi seterusnya!

Warga mukim dan kawasan sekitar, kami bawakan pemeriksaan mata terus ke kampung anda!
Pusat Optometri Al Hikmah dengan kerjasama Kelab Sukarelawan Al Hikmah bakal turun padang untuk menjayakan program kesihatan mata PERCUMA untuk semua peringkat umur. 🙌

📍 Tempat: Masjid Mukim Wakaf Stan
🗓️ Tarikh: 11 April 2026 (Sabtu)
⏰ Masa: 10.00 pagi – 1.00 petang

✨ Apa yang disediakan untuk anda?
1. Nasihat penjagaan mata secara personal daripada OPTOMETRI
2. Pemeriksaan mata secara PERCUMA
3. Bingkai cermin mata juga PERCUMA!
4. Tak perlu daftar awal, walk-in sahaja!

🧓 Mak ayah mata kabur bila baca Quran?
🎒 Anak-anak selalu mengadu tak nampak di sekolah?
👨‍🦰 Atau anda sendiri dah lama tak check mata?
Inilah peluangnya kami bawa servis profesional terus ke tempat anda.

📞 Nak tahu lebih lanjut?
Hubungi: 013-953 1331
📲 Ikuti perjalanan kami di TikTok & Facebook — Pusat Optometri Al Hikmah

Jumpa nanti di Masjid Mukim Wakaf Stan
Mari cakna kesihatan mata, demi hidup yang lebih jelas & cerah. 🌟


08/04/2026

📸 [PROGRAM: MOBILE OPTOMETRI AL HIKMAH]

Alhamdulillah, selesai sudah Program Pemeriksaan Mata Percuma kami di Masjid Al Ahmadi Mukim Cherang pada Sabtu lalu (4 April 2026)! ✨

Terima kasih kepada semua jemaah dan penduduk setempat yang hadir memeriahkan program kami dari jam 10.00 pagi tadi. Kami sangat berbesar hati dapat membantu komuniti di sini menyemak kesihatan mata dan memberi konsultasi secara terus.

Antara aktiviti yang dijalankan:
* Pemeriksaan tahap penglihatan (Power mata).
* Konsultasi kesihatan mata secara percuma.
* Khidmat nasihat penjagaan mata buat warga emas dan kanak-kanak.

Mata adalah anugerah Tuhan yang tidak ternilai. Pastikan anda melakukan pemeriksaan berkala sekurang-kurangnya setahun sekali! 👓
Terlepas program tempoh hari?
Jangan risau! Anda masih boleh kunjungi pusat optometri kami untuk pemeriksaan lanjut atau sebarang pertanyaan mengenai cermin mata.

📍 Pusat Optometri Al Hikmah
"Kesihatan Mata Anda, Keutamaan Kami"

KENAPA ANAK TAK TAHU NAK BERITAHU DIA TAK NAMPAKBaru-baru ini, kami menerima seorang kanak-kanak perempuan berumur 7 tah...
07/04/2026

KENAPA ANAK TAK TAHU NAK BERITAHU DIA TAK NAMPAK

Baru-baru ini, kami menerima seorang kanak-kanak perempuan berumur 7 tahun.

Ibunya datang bukan dengan aduan besar.
Cuma perasan anak ini makin kerap duduk dekat dengan TV…
dan kadang-kadang menggosok mata bila membaca.

Bila ditanya, anak tak pernah cakap kabur.
Semua nampak macam biasa.

Bila pemeriksaan dibuat, barulah nampak gambaran sebenar.

Penglihatannya sebenarnya tidak begitu jelas.
Bukan teruk… tapi cukup untuk buatkan dia perlu “usaha lebih” setiap hari.

Masa cermin mata percubaan dipakaikan,
dia diam sekejap.

Pandang kiri, kanan.
Macam sedang biasakan diri.

Lepas tu dia senyum.
“Eh… jelasnya…”

Ringkas je ayat tu.
Tapi cukup buat ibu dia terdiam seketika.

Perkara macam ni bukan luar biasa.
Anak kecil memang tak tahu beza antara jelas dan kabur.

Apa yang dia nampak setiap hari, itulah yang dia anggap normal.

Dia tak tahu pun yang tulisan tu sebenarnya boleh nampak lebih terang,
yang papan putih tu boleh dilihat tanpa perlu mengecilkan mata.

Sebab itu dia tak mengadu.

Yang ibu ayah nampak biasanya cuma perubahan kecil.

✅Duduk makin dekat.

✅Cepat penat bila membaca.

✅Fokus pun jadi tak lama.

Nampak macam perkara biasa…
tapi kadang-kadang itu petunjuk awal.

Di Pusat Optometri Al Hikmah, kami kerap jumpa situasi begini.

Datang tanpa aduan jelas.
Tapi bila diperiksa, barulah nampak apa yang selama ini terlepas pandang.

Jangan tunggu anak mengadu.

Kadang-kadang, mereka sendiri tak tahu apa yang mereka sedang alami.

📍 Pemeriksaan mata kanak-kanak tersedia
📞 013-9531331

Pusat Optometri Al Hikmah
“Jaga Mata, Jaga Masa Depan”

05/04/2026

Terima kasih kepada pelanggan-pelanggan setia Pusat Optometri Al Hikmah.

Setiap kunjungan anda sangat bermakna buat kami.
Kepercayaan anda memberi kekuatan kepada kami untuk terus berkhidmat menjaga kesihatan mata masyarakat.

Semoga Pusat Optometri Al Hikmah terus menjadi pilihan anda seisi keluarga. 🤍

Datang pemeriksaan mata dan dapatkan cermin mata yang sesuai dengan keperluan mata anda.

📍 Singgah ke Pusat Optometri Al Hikmah hari ini!
Wisma Al Hikmah Group
Tanjung Chat Kota Bharu Kelantan
atau boleh hubungi 013-9531 331





👓✨ Eyecare Mobile Turun Ke Masjid! ✨👓Masjid Mukim Cherang jadi lokasi seterusnya!Warga mukim dan kawasan sekitar, kami b...
02/04/2026

👓✨ Eyecare Mobile Turun Ke Masjid! ✨👓
Masjid Mukim Cherang jadi lokasi seterusnya!

Warga mukim dan kawasan sekitar, kami bawakan pemeriksaan mata terus ke kampung anda!
Pusat Optometri Al Hikmah dengan kerjasama Kelab Sukarelawan Al Hikmah bakal turun padang untuk menjayakan program kesihatan mata PERCUMA untuk semua peringkat umur. 🙌

📍 Tempat: Masjid Al-Ahmadi Mukim Cherang
🗓️ Tarikh: 4 April 2026 (Sabtu)
⏰ Masa: 10.00 pagi – 1.00 petang

✨ Apa yang disediakan untuk anda?
1. Nasihat penjagaan mata secara personal daripada OPTOMETRI
2. Pemeriksaan mata secara PERCUMA
3. Bingkai cermin mata juga PERCUMA!
4. Tak perlu daftar awal, walk-in sahaja!

🧓 Mak ayah mata kabur bila baca Quran?
🎒 Anak-anak selalu mengadu tak nampak di sekolah?
👨‍🦰 Atau anda sendiri dah lama tak check mata?
Inilah peluangnya kami bawa servis profesional terus ke tempat anda.

📞 Nak tahu lebih lanjut?
Hubungi: 013-953 1331
📲 Ikuti perjalanan kami di TikTok & Facebook — Pusat Optometri Al Hikmah

Jumpa nanti di Masjid Al-Ahmadi Mukim Cherang
Mari cakna kesihatan mata, demi hidup yang lebih jelas & cerah. 🌟


01/04/2026

"Aduh, pening kepala dan mata rasa letih bila lama-lama tengok papan putih atau komputer!" 🤔

Pernahkah anak anda mengadu seperti ini? Jika ada, kemungkinan mereka mengalami masalah SILAU!

Alhamdulillah sebagai asbab untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat kita, kami menerima kunjungan daripada seorang pelajar sekolah yang datang untuk membuat pemeriksaan mata di Pusat Optometri Al Hikmah.

Selepas pemeriksaan dijalankan, didapati adik ini mempunyai masalah silau (astigmatisme).

APA ITU SILAU? 🤔
Silau berlaku apabila mata tidak dapat memfokus cahaya dengan betul ke atas retina, menyebabkan penglihatan kabur dan tidak selesa.

APA PENYELESAIANNYA?

Ada beberapa rawatan pembetulan yang dicadangkan, tetapi yang biasa dibuat untuk silau adalah dengan pemakaian cermin mata. Di Pusat Optometri Al Hikmah, kami akan membantu anda memilih kanta cermin mata yang sesuai dengan keperluan dan bajet anda.
JANGAN BIARKAN ANAK ANDA TERUS MENGALAMI MASALAH DALAM PEMBELAJARAN!

Hubungi kami untuk maklumat lanjut.

Pusat Optometri Al Hikmah
Waktu Operasi: 9.00 pagi - 6.00 petang (Isnin - Jumaat), 9.00 pagi - 1.00 tengah hari (Sabtu)
No. Telefon: +60 13-953 1331

BUKAN TAK SAYANG… TAPI KITA TAKUT ANAK PAKAI CERMIN MATA AWALDalam sehari dua ni, kami perasan satu perkara yang asyik b...
31/03/2026

BUKAN TAK SAYANG… TAPI KITA TAKUT ANAK PAKAI CERMIN MATA AWAL

Dalam sehari dua ni, kami perasan satu perkara yang asyik berulang. Jadi tergerak hati ini untuk sentiasa beri ingatan kasih sayang kepada komuniti kita.

Ibu ayah datang membawa anak untuk cek mata.
Bila diperiksa, memang confirm anak ada masalah penglihatan… dan memang dicadangkan untuk memakai cermin mata.

Tapi reaksi yang selalu kami nampak—
bukan marah… bukan juga tak peduli.
Cuma ada satu perasaan… macam berat nak terima cadangan tersebut..

Ada yang cakap, “kecil lagi…”

Ada yang risau nanti mata anak semakin teruk.

Dan ada juga yang kalau boleh… nak tangguh dulu.

kami faham perasaan itu.

Sebagai ibu bapa, kita memang tak sanggup nak tengok anak “terpaksa” memakai sesuatu dari kecil.

Rasa kesian, rasa takut… semua tu adalah normal.

Tapi dalam masa yang sama, ada satu perkara penting yang kita jarang fikir.

Waktu kanak-kanak inilah sebenarnya adalah fasa mata sedang belajar melihat dengan betul.

Bukan sekadar nampak… tetapi otak sedang belajar memahami apa yang dilihat.

Kalau imej yang sampai ke mata tu kabur,
lama-lama otak akan anggap itu sebagai “normal”.

Dan di situlah kita risau…
sebab perkembangan penglihatan boleh terganggu tanpa kita sedar.

Anak p**a biasanya tak mengadu.
Bukan sebab dia tak ada masalah,
tapi sebab dia ingat semua orang nampak macam dia nampak.

Jadi bila cermin mata disarankan,
itu bukan bermaksud mata anak “rosak teruk”.
Tapi lebih kepada kita nak bantu dia nampak dengan jelas,
supaya proses belajar melihat tu berlaku dengan sempurna.

Kadang-kadang kita fikir , menangguh itu selamat.
Padahal dalam diam, kita mungkin sedang lepaskan waktu terbaik untuk bantu penglihatan anak berkembang dengan baik.

Sebab itu, dalam banyak keadaan… cermin mata bukan beban untuk anak,
tapi sebenarnya satu bantuan untuk masa depan dia.

📍 Pusat Optometri Al Hikmah
📞 013-953 1331
“Jaga mata, jaga masa depan” POA Cakna Mata Anda.

Ingatan Kasih & Sayang

Ramadhan melabuhkan tirainya…Entah sudah cukup atau belum kita memanfaatkan setiap malamnya.Entah diterima atau sekadar ...
20/03/2026

Ramadhan melabuhkan tirainya…

Entah sudah cukup atau belum kita memanfaatkan setiap malamnya.

Entah diterima atau sekadar menjadi rutin tanpa rasa.

Kadang kita rasa sudah buat yang terbaik,
tapi hati tetap berbisik… “cukup ke semua ni?”

Di penghujung Ramadhan ini,
bukan lagi soal berapa banyak yang kita lakukan,
tetapi sejauh mana Allah menerimanya.

Ya Allah…
jika ada kekurangan dalam ibadah kami, ampunkanlah.
Jika ada kelalaian, maafkanlah.
Jika hati ini pernah lalai, kembalikanlah ia kepada-Mu.

اللَّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صِيَامَنَا وَقِيَامَنَا،
وَاخْتِمْ لَنَا رَمَضَانَ بِرِضَاكَ،
وَاجْعَلْنَا مِنَ الْمَقْبُولِينَ

“Ya Allah, terimalah puasa dan ibadah kami,
akhiri Ramadhan kami dengan keredhaan-Mu,
dan jadikan kami dalam kalangan orang yang diterima.”

Jangan biarkan Ramadhan ini berlalu tanpa keampunan.

Jangan biarkan ia pergi tanpa perubahan dalam diri kita.

Semoga kita keluar dari Ramadhan sebagai insan yang lebih dekat dengan Allah…
bukan kembali seperti sebelumnya.

🌙 Selamat mengakhiri Ramadhan dengan penuh harapan.

Ikhlas daripada kami,
Pusat Optometri Al Hikmah

18/03/2026

📸 [RECAP PROGRAM: MOBILE OPTOMETRI AL HIKMAH]

Alhamdulillah, selesai sudah Program Pemeriksaan Mata Percuma kami di Masjid Jelatang Kaabah pada Sabtu lalu (14 Mac 2026)! 🌙✨

Terima kasih kepada semua jemaah dan penduduk setempat yang hadir memeriahkan program kami dari jam 9.30 pagi tadi. Kami sangat berbesar hati dapat membantu komuniti di sini menyemak kesihatan mata dan memberi konsultasi secara terus.

Antara aktiviti yang dijalankan:
* Pemeriksaan tahap penglihatan (Power mata).
* Konsultasi kesihatan mata secara percuma.
* Khidmat nasihat penjagaan mata buat warga emas dan kanak-kanak.

Mata adalah anugerah Tuhan yang tidak ternilai. Pastikan anda melakukan pemeriksaan berkala sekurang-kurangnya setahun sekali! 👓
Terlepas program tempoh hari?
Jangan risau! Anda masih boleh kunjungi pusat optometri kami untuk pemeriksaan lanjut atau sebarang pertanyaan mengenai cermin mata.

📍 Pusat Optometri Al Hikmah
"Kesihatan Mata Anda, Keutamaan Kami"

Address

WISMA AL-HIKMAH GROUP (kelantan) (p) LOT 1243-B 1 1/2 LORONG HAJI MAHMOD Jalan PENGKALAN CHEPA KOTA BHARU
Kota Bharu
15400

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 18:00
Sunday 09:00 - 18:00

Telephone

+60139531331

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Optometri Al Hikmah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Pusat Optometri Al Hikmah:

Share