Darulsyiffa "Kaussar"

Darulsyiffa "Kaussar" DOA, USAHA & TAWALKAL

Aminn Yaa Allah 🤲🏽
24/10/2022

Aminn Yaa Allah 🤲🏽

4 Golongan Manusia Diharamkan Disentuh Api Neraka..1. HAYYINHayyin adalah orang yang tidak mudah marah. Dia juga tidak s...
23/10/2022

4 Golongan Manusia Diharamkan Disentuh Api Neraka..

1. HAYYIN

Hayyin adalah orang yang tidak mudah marah. Dia juga tidak s**a mengutuk kelemahan dan keburukan orang lain. Jiwanya sangat teduh dan tenang.

2. LAYYIN

Layyin adalah orang yang sopan dan baik dalam kata-katanya. Lembut dan tidak s**a bersikap kasar dan sentiasa mahu kebaikan untuk orang lain. Tidak marah dengan mudah jika berbeza pendapat.

3. QARIB

Qarib adalah seseorang yang mempunyai sikap murah senyuman, mesra dan akrab terhadap orang lain. Dia mempunyai wajah yang berseri dan selalu menyampaikan salam.

4. SAHL

Sahl adalah orang yang tidak menyukarkan sesuatu perkara, tidak s**a berbelit-belit, tidak s**a mengganggu orang lain dan sentiasa membantu menyelesaikan masalah orang lain.

Aamiin Ya Rabb 🤲

Jom sama sama amalkan zikir hari ahad ni🤲🏽
23/10/2022

Jom sama sama amalkan zikir hari ahad ni🤲🏽

Salam Jumaat..Doa kita hari ini..Ya Allah, ampuni dosa-dosa kami. Jauhkan kami dan insan yang kami sayang dari segala be...
21/10/2022

Salam Jumaat..

Doa kita hari ini..

Ya Allah, ampuni dosa-dosa kami.

Jauhkan kami dan insan yang kami sayang dari segala bentuk musibah, wabak dan malapetaka.

Panjangkan umur kami dalam keberkatan dan jadikan kami anak-anak yang soleh & solehah..

Aamiin Ya Rabbal Aalamiin.. 🤲

Dunia ini tempat untuk kita tinggalkan manakala Akhirat adalah tempat untuk kita tuai hasilnya. Seberapa banyak kebaikan...
20/10/2022

Dunia ini tempat untuk kita tinggalkan manakala Akhirat adalah tempat untuk kita tuai hasilnya.

Seberapa banyak kebaikan dan kajahatan itulah yang akan kita bawa kelak..

Jaga iman supaya bila berjumpa Allah kelak, kita dalam islam♥️💓

Jadilah manusia yang rendah diri, baik hati, berakhlak mulia dan beriman..Biarlah jika dunia tidak peduli padamu dan tid...
18/10/2022

Jadilah manusia yang rendah diri, baik hati, berakhlak mulia dan beriman..

Biarlah jika dunia tidak peduli padamu dan tidak mengenal siapa dirimu..

Tetapi Syurga Rindu Padamu.. ❤️

Aamiin Ya Rabb 🤲

17/10/2022

Smoga dipermudahkan segala urusan

Doa Kita Hari Ini..Ya Allah, Kau izinkan kami bernafas lagi di bumi-Mu ini. Syukur dan puji kami hanya untuk-Mu. Bantula...
17/10/2022

Doa Kita Hari Ini..

Ya Allah, Kau izinkan kami bernafas lagi di bumi-Mu ini. Syukur dan puji kami hanya untuk-Mu.

Bantulah kami mengharungi cabaran-Mu hari ini.

Jangan biarkan kami leka dengan kegembiraan dan kebahagiaan yang telah Engkau berikan.

Dan jangan biarkan kami hanyut dengan kesedihan dan kekecewaan yang telah Engkau takdirkan.

Ya Allah, kami memohon kepada-Mu Ya Allah..

Berikan kami iman yang sempurna,
ilmu yang memberi manfaat,
rezeki yang halal, rakan-rakan yg baik,
rumahtangga yang bahagia,
usia yang berkat,
doa yang mustajab,
hajat yang tertunai,
kesihatan yang baik dan berterusan,
hutang yang terbayar,
keselamatan & kesejahteraan di dunia & akhirat..

Aamiin Ya Rabbal Aalamiin..

Yang singkat itu "WAKTU"Yang menipu itu "DUNIA"Yang dekat itu "KEMATIAN"Yang besar itu "HAWA NAFSU"Yang berat itu "AMANA...
16/10/2022

Yang singkat itu "WAKTU"
Yang menipu itu "DUNIA"
Yang dekat itu "KEMATIAN"
Yang besar itu "HAWA NAFSU"
Yang berat itu "AMANAH"
Yang sulit itu "IKHLAS"
Yang mudah itu "BERBUAT DOSA"
Yang susah itu "SABAR"
Yang sering lupa itu "BERSYUKUR"
Yang membakar amal itu "GHIBAH"
Yang mendorong keneraka itu "LIDAH"
Yang berharga itu "IMAN"
Yang menentramkan hati itu "BERDZIKIR"
Yang di Tunggu Allah itu "TAUBAT"

Ya Allah tanamkanlah di hati kami perasaan senantiasa rindu kepada-Mu, sentiasa ingatkan kami tentang dahsyatnya hari akhirat-Mu agar hamba ini tidak tertipu dengan nikmat dunia yg sementara.

Aamiin Ya Rabbal Aalamiin 🤲

TIPS MENCARI KEBAHAGIAAN1 - Amalkan solat taubat, perbanyakkan istighfar.2 - Amalkan solat sunat istikharah setiap hari....
13/10/2022

TIPS MENCARI KEBAHAGIAAN

1 - Amalkan solat taubat, perbanyakkan istighfar.

2 - Amalkan solat sunat istikharah setiap hari.

Jika terjaga jam 4 pagi, kita sudah diberi pilihan. Bangun dan tunaikan solat sunat tahajud atau tidur semula? Maka, mintalah Allah memimpin pada setiap pilihan kita.

3 - Paling kurang bacalah satu muka surat Al Quran supaya ada berkat pada masa kita.

Berkat ini apa? Kita dapat buat banyak perkara pada masa yang dipinjam oleh Allah.

Berapa banyak perlu membaca al Quran?
Kata Ulama : “Sebanyak kamu inginkan kebahagiaan"

4 - Jangan cari masalah dengan orang. Hati akan tenang.

5 - Buat baik dengan kedua ibubapa.

6 - Jika sudah berpunya, maka berilah tumpuan hanya dengan itu. Saling menguatkan untuk sama sama mengecapi setiap impian yang diidamkan. Fokus!

7 - Apa jua impian yang kita mahu capai, selit sekali ibubapa kita. Pasti dibuka banyak jalan daripada jalan yang tidak disangka.

Aamiin Ya Rabb 🤲

Janji Allah Itu Pasti.MISTERI SURAH AL-FATIHAH1 - AL-FATIHAH Baca 14 kali sebelum tidur. Suami dan anak-anak akan mengin...
12/10/2022

Janji Allah Itu Pasti.

MISTERI SURAH AL-FATIHAH

1 - AL-FATIHAH Baca 14 kali sebelum tidur. Suami dan anak-anak akan mengingati kita selalu

2 - AL-FATIHAH Baca 41 kali tiup dalam air dan minum serta buat air mandian. Melepas-kan rasa sakit dalaman

3 - AL-FATIHAH Baca 7 kali dan usap di kepala setiap pagi dan sekali sebelum tidur. Kepada orang berpenyakit mental

4 - AL-FATIHAH Baca 3 kali tiup dalam segelas air- minum dan baca sambil mengusap kawasan yang rasa sakit, sakit yang keterlaluan

5 - AL-FATIHAH Baca 7 kali dan sapu ke atas kepala bayi yang s**a menangis pada malam hari atau pada bila-bila masa

6 - AL-FATIHAH Baca 3 atau 7 kali, gunakan ibu jari dan tekan di langit-langit, (Mulut) kemudian sapu kepada tempat yang sakit. Luka berdarah, sengat lebah, jari terkepit di pintu..

S**A DIINGATKAN: BACALAH DALAM KEADAAN KHUSYUK, TAWAKAL KEPADA ALLAH DAN NIATLAH DENGAN JUJUR, INSYA-ALLAH IANYA MERUPAKAN PENAWAR YANG TERBAIK KEPADA SEMUA

Aamiin 🤲

BAHAYA PENYAKIT KENCING TAK LAWAS YG RAMAI TAK TAHU!Pernah tak rasa bila korang dah habis kencing tapi tak puas? Rasa mc...
11/10/2022

BAHAYA PENYAKIT KENCING TAK LAWAS YG RAMAI TAK TAHU!

Pernah tak rasa bila korang dah habis kencing tapi tak puas? Rasa mcm ada sisa, puas teran tapi keluar menitik2. Sampaikan korang kena masuk tandas lama gilerrr sebab nak tunggu air tu habis menitik?

Kalau ada, bermakna korang mengalami penyakit kencing tak lawas, dan penyakit ni akan makin teruk kalau x dirawati segera! Kenapa?

Penyakit kencing x lawas boleh meningkatkn risiko penyakit kt boboi. Sebab, air kencing boleh menitik tanpa sengaja kt seluar dalam korang. Dan boleh sebabkan seluar dalam busuk & berbau. Dan sebabkan infection kt boboi korang nanti

Okay tu bukan worst case scenario. Yang paling menakutkan ni abe nk brthu. Sisa baki air kencing yg x keluar tu nanti dia akan terkumpul & mengeras. Bila dah keras masa tu la kena batu karang. Waktu tu nak kecing pun series sakit, ada yg sampai berdarah 😭

Lebih baik rawat skrg sebelum jadi serius, bila da serius kena buat pembedahan nak keluarkan batu karang tu.

11/10/2022

Aminn Yaa Allah🤲🏽

10/10/2022

Syukur alhamdulillah.. kuasa Allah mengatasi segalanya

Doa Ini Khas Buat Kalian Yang Sudi MembacanyaYa Allah..Siramilah hati kami dengan kesejukan Rahmat-Mu.Terangilah hati ka...
10/10/2022

Doa Ini Khas Buat Kalian Yang Sudi Membacanya

Ya Allah..

Siramilah hati kami dengan kesejukan Rahmat-Mu.

Terangilah hati kami dengan cahaya-Mu.

Bimbinglah kami dengan petunjuk-Mu.

Terimalah amal ibadah kami sekecil apapun yang kami telah lakukan disepanjang hidup kami.

Mudah-mudahan segala amal soleh yang kami lakukan ini menjadi amalan kekal kami dan menjadi bekal kami ke akhirat nanti.

Sesungguhnya Engkaulah Tuhan Maha Pemaaf, Engkau mencintai kemaafan, maka maafkanlah kami.

Aamiin Ya Rabb 🤲

Assalamualaikum...Selamat Pagi Sahabat..DOA KITA PAGI INI"Ya Allah, berilah aku kecukupan dengan rezeki yang halal, sehi...
08/10/2022

Assalamualaikum...

Selamat Pagi Sahabat..

DOA KITA PAGI INI

"Ya Allah, berilah aku kecukupan dengan rezeki yang halal, sehingga aku tidak memerlukan yang haram, dan berilah aku kekayaan dengan kurniaanmu, sehingga aku tidak memerlukan bantuan orang lain, selain diri-Mu" (Riwayat Ahmad)

Aamiin Ya Rabbal 'Aalamiin 🤲

Setiap keburukan ada kebaikannya.Setiap kegelapan ada terangnya.Setiap kesamaran ada kejelasannya.Setiap kepahitan ada k...
07/10/2022

Setiap keburukan ada kebaikannya.

Setiap kegelapan ada terangnya.

Setiap kesamaran ada kejelasannya.

Setiap kepahitan ada kemanisannya.

Setiap penderitaan ada kebahagiaanya.

Setiap permulaan ada penghujungnya.

Maka janganlah diingat ujian itu sebagai penghalang untuk berjaya dalam hidup.

Imgatlah bahawa permulaan kejayaan bermula dari kegagalan.

InsyaAllah.. Aamiin.. 🤲

Salam fardu isyak shabat2 semua😀

Address

Bangunan Volkswagen, Tingkat 3, Jalan Telipot
Kota Bharu
15150

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+601170229650

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Darulsyiffa "Kaussar" posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Darulsyiffa "Kaussar":

Share

Martive & TF Treatment

CEGAH SEBELUM TERLAMBAT, SAYANGI ORANG YG TERSAYANG