
26/05/2025
Tanggal 16 Mei adalah merupakan tarikh Keramat bagi mereka yang bergelar guru.
Sempena Hari Guru, kami sempat agihkan ke beberapa buah sekolah di Kota Bharu
Program penyerahan kek ini merupakan simbolik penghargaan dan tanda ingatan daripada Azhana Optometris terhadap peranan besar guru dalam mendidik anak-anak kecil agar membesar sebagai generasi berakhlak, berilmu dan beriman.
Program ini bukan sahaja meraikan Hari Guru, malah turut memperkukuh hubungan antara kami. Ia menjadi satu manifestasi bahawa agenda pendidikan pasti terus mendapat tempat dalam hati masyarakat serta disokong oleh pelbagai lapisan.
TERIMA KASIH CIKGU❤️❤️