Poliklinik Al HAFIZ - KB

Poliklinik Al HAFIZ - KB Poliklinik Al Hafiz Kota Bharu Sebarang pertanyaan boleh hubungi 09 7440720 atau tekan butang Whatsapp pada page. Terima kasih.

📌Perkhidmatan   untuk dewasa & kanak- kanak di Poliklinik Al HAFIZ - KBHubungi talian klinik ☎️097440720 untuk pertanyaa...
17/04/2026

📌Perkhidmatan untuk dewasa & kanak- kanak di Poliklinik Al HAFIZ - KB

Hubungi talian klinik ☎️097440720 untuk pertanyaan.

📍Poliklinik AL Hafiz, PT301 Tingkat bawah, Jalan Kota Darul Naim, 15150 Kota Bharu Kelantan.

16/04/2026

Tengok anak tidur nyenyak sampai berbunyi krohh krohh, mak ayah pun senyum sendirian. Laju je capai phone rakam buat story, Alahai comelnya, penat sangat main kat playground siang tadi la tu.

Nanti dulu! Hentikan angan-angan comel tu.

Untuk orang dewasa, dengkur mungkin sebab penat atau berat badan. Tapi untuk kanak-kanak, berdengkur secara kerap adalah bendera merah (red flag) yang tak patut dipandang ringan. Bunyi dengkur tu bermaksud ada laluan udara yang sempit dan tersekat.

Punca paling utama? Tonsil bengkak atau kelenjar adenoid membesar kat belakang hidung.

Bila laluan udara ni block, otak anak tak dapat bekalan oksigen yang cukup masa dorang tengah tidur. Benda ni dalam medikal kita panggil Obstructive Sleep Apnea (OSA).

Tidur lapan jam pun tak guna kalau kualiti ke laut. Kesan dia kita akan nampak siang hari:
1. Anak bangun tidur terus meragam emosi tak stabil.
2. Hiperaktif semacam dan susah nak fokus bila belajar.
3. Tumbesaran terbantut sebab hormon membesar cuma dirembeskan waktu tidur fasa nyenyak. Macam mana nak masuk fasa nyenyak kalau asyik tersedak cari nafas beratus kali satu malam?

Tugas mak ayah malam ni, pergi usha anak tu tidur. Perhatikan kalau dia tidur mulut ternganga luas, leher mendongak ke belakang macam cari nafas, dada berlekuk tajam bila bernafas, atau tiba-tiba berhenti nafas sekejap.. tolong bawa jumpa doktor ENT cepat.

Anak korang kat rumah tidur senyap sunyi ke atau bunyi enjin bot sangkut beradu?
Cuba komen kat bawah. Jangan lupa tag pasangan korang suruh buat spotcheck malam ni jugak!

15/04/2026

Assalamualaikum😊

📌Hebahan JAWATAN KOSONG di Poliklinik Al Hafiz Kota Bharu Kelantan.

Jawatan kosong: JURU X-RAY (lantikan tetap)

📌Perkhidmatan   dan suntikan   ibu di Poliklinik Al HAFIZ - KBHubungi talian klinik ☎️097440720 untuk pertanyaan.📍Polikl...
14/04/2026

📌Perkhidmatan dan suntikan ibu di Poliklinik Al HAFIZ - KB

Hubungi talian klinik ☎️097440720 untuk pertanyaan.

📍Poliklinik AL Hafiz, PT301 Tingkat bawah, Jalan Kota Darul Naim, 15150 Kota Bharu Kelantan.

📌Para pengusaha makanan dan minuman diwajibkan ambil suntikan pemakanan atau  .✅Suntikan sah untuk tempoh 3 tahun✅Buku v...
13/04/2026

📌Para pengusaha makanan dan minuman diwajibkan ambil suntikan pemakanan atau .

✅Suntikan sah untuk tempoh 3 tahun
✅Buku vaksin disediakan oleh pihak klinik
✅Tidak perlu bawa sijil kursus pengendali makanan

Hubungi talian klinik ☎️097440720 untuk pertanyaan.

📍Poliklinik AL Hafiz, PT301 Tingkat bawah, Jalan Kota Darul Naim, 15150 Kota Bharu Kelantan.

08/04/2026

Anak tiba-tiba naik ruam merah penuh badan. Nak sapu krim gatal biasa, ke kena bawa pergi kecemasan terus?

Ramai mak ayah panik bila nampak ruam. Terus label "ni campak ni". Padahal, bukan semua ruam merah itu campak. Ada yang cacar air, dan ada yang sekadar alahan.

Rawatan ketiganya sangat berbeza. Kalau salah sangka, risiko jangkitan boleh melarat.

Cuba semak 3 beza paling ketara ini sebelum sapu ubat sembarangan:

1. Cacar Air (Chicken Pox)
• Rupa: Mula-mula bintik merah, lepas tu bertukar jadi gelembung air jernih. Bila pecah, ia akan kering dan jadi keruping.
• Simptom lain: Demam ringan, badan rasa tak sedap, dan GATAL yang amat sangat.
• Corak: Selalu mula dari dada, punggung, atau muka, baru merebak ke kaki dan tangan.

2. Campak (Measles)
• Rupa: Ruam merah rata bersaiz kecil (tak berair).
• Simptom lain: Ini yang bahaya. Mesti datang pakej dengan demam TINGGI, batuk, selesema, dan mata merah berair (macam baru lepas menangis).
• Corak: Selalu mula dari belakang telinga dan garis rambut di kepala, barulah turun ke seluruh badan.

3. Alahan (Allergic / Gegata)
• Rupa: Timbul bengkak-bengkak kemerahan, rupa dia berp**au macam "peta" di atas kulit.
• Simptom lain: Tak demam. Naik sangat mendadak, mungkin lepas makan sesuatu (seafood, ubat) atau kena gigitan serangga. Boleh hilang sendiri dan timbul di tempat lain p**a.

Apa akibatnya kalau salah faham?
Kalau anak sebenarnya kena campak (measles), tapi anda ingat alahan biasa dan hantar ke taska, satu sekolah boleh berjangkit. Campak sangat mudah merebak dan boleh bawa komplikasi radang paru-paru.

Jangan panik, tapi jangan ambil mudah. Nampak ruam berserta demam tinggi dan anak nampak sangat lesu, terus bawa berjumpa doktor.

Kongsikan ilmu ini. Ibu bapa lain wajib tahu perkara ini supaya lebih ramai yang bersedia bila kecemasan berlaku.

07/04/2026

Ramai ingat semua sakit ulu hati itu “gastric”.

Padahal ada yang sebenarnya GERD.

Dua-dua boleh buat anda rasa tak selesa, pedih, senak, loya. Tapi puncanya tak sama. Tempat yang terlibat pun tak sama.

“Gastric” selalunya orang guna untuk sakit perut bahagian atas, pedih ulu hati, rasa senak, kembung, cepat kenyang, atau loya. Ia lebih berkait dengan masalah pada lapisan perut, termasuk gastritis.

GERD p**a berlaku bila asid dari perut kerap naik semula ke saluran makanan. Sebab itu simptomnya lebih khas seperti rasa terbakar di dada, rasa masam atau pahit naik ke tekak, mulut rasa tak sedap, dan makin teruk bila baring lepas makan.

Mudah faham macam ini.

Gastric = perut meradang.
GERD = asid memanjat naik.

Sebab itu rawatan tak boleh main agak-agak.
Tak semua orang yang rasa pedih perlu telan ubat yang sama.
Tak semua yang sendawa, perut kembung, atau dada panas itu “gastric biasa”.

Lebih bahaya bila orang anggap semua ini remeh, sedangkan ada tanda amaran yang tak patut diabaikan.
Kalau simptom makin kerap, sakit sampai ganggu tidur, susah menelan, muntah berulang, berat badan turun tanpa sebab, atau najis jadi hitam, jangan tunggu lama.

Badan anda sedang cuba bagi isyarat.
Jangan balas dengan teka-teki.

Kenal pasti betul-betul.
Supaya rawatan pun betul-betul.

📌Pemeriksaan & Rawatan Cuci Telinga🌼Jangan biarkan rasa tidak selesa pada telinga berterusan.Dapatkan pemeriksaan untuk ...
06/04/2026

📌Pemeriksaan & Rawatan Cuci Telinga

🌼Jangan biarkan rasa tidak selesa pada telinga berterusan.Dapatkan pemeriksaan untuk mengetahui punca dan rawatan bagi sakit telinga.

Hubungi talian klinik ☎️097440720 untuk pertanyaan.

📍Poliklinik AL Hafiz, PT301 Tingkat bawah, Jalan Kota Darul Naim, 15150 Kota Bharu Kelantan

📌Ada ketumbuhan kecil seperti       atau lain-lain? Boleh dapatkan rawatan   minor di Poliklinik Al HAFIZ - KBHubungi ta...
05/04/2026

📌Ada ketumbuhan kecil seperti atau lain-lain? Boleh dapatkan rawatan minor di Poliklinik Al HAFIZ - KB

Hubungi talian klinik ☎️097440720 untuk pertanyaan.

📍Poliklinik Al HAFIZ - KB PT301 Tingkat bawah, Jalan Kota Darul Naim, 15150 Kota Bharu Kelantan.

04/04/2026

"Kesian baby asyik kena cucuk tumit ambil darah. Beli je lah lampu biru kat Soppee ni, pasang kat rumah sambil susukan anak. Jimat pun jimat, tak payah admit wad!"

Mak ayah, kami faham anda penat dan cemas bila tengok kulit anak makin kuning. Tapi tolonglah, JANGAN CARI JALAN PINTAS!

Lampu biru yang anda beli online berharga puluhan ringgit itu BUKAN rawatan perubatan. Ia adalah satu eksperimen yang sangat berbahaya ke atas nyawa anak anda

Kenapa DIY Phototherapy di rumah ini sangat merbahaya?

1. Ancaman Kerosakan Otak Kekal (Kernicterus)

Jaundis bukan dinilai pada "nampak kuning sikit" di mata kasar. Ia dinilai melalui bacaan BILIRUBIN dalam darah. Kalau anda guna lampu online yang tak berkesan, bilirubin tu akan terus naik mendadak secara senyap, masuk ke dalam otak, dan menyebabkan kecederaan otak yang KEKAL (bayi jadi pekak, lumpuh, atau sawan).

2. Cahaya Biru Bukan Sekadar "Warna Biru"
Fototerapi di hospital menggunakan julat gelombang cahaya spesifik (460-490 nm) dengan intensiti (irradiance) yang dikalibrasi oleh pakar. Lampu yang anda beli online tu entah-entah cuma lampu LED kedai akuarium yang dicat biru . Ia takkan memecahkan molekul bilirubin.

3. Tiada Pemantauan Keselamatan
Di hospital, mata bayi akan ditutup rapi dengan eye shield (elak buta), suhu dipantau setiap beberapa jam (elak hipotermia/kepanasan), dan hidrasi serta penyusuan dikawal ketat.

Anda yakin anda boleh buat semua ini di bilik tidur anda sambil tengok TV?

Kalau anak nampak kuning, jumpa doktor. Periksa darah. Biar pakar tentukan paras bilirubin anak anda.

Tolong jangan jadikan tubuh kecil bayi anda sebagai tempat mencuba nasib. Kelewatan dan keyakinan membuta tuli pada alat yang salah boleh membawa penyesalan seumur hidup.

📌Bakal   atau   boleh lakukan   di Poliklinik Al HAFIZ - KBHubungi talian klinik ☎️097440720 untuk pertanyaan.📍Poliklini...
02/04/2026

📌Bakal atau boleh lakukan di Poliklinik Al HAFIZ - KB

Hubungi talian klinik ☎️097440720 untuk pertanyaan.

📍Poliklinik AL Hafiz, PT301 Tingkat bawah, Jalan Kota Darul Naim, 15150 Kota Bharu Kelantan

#

Address

Jalan Kota Darul Naim
Kota Bharu
15050

Opening Hours

Monday 08:00 - 22:00
Tuesday 08:00 - 22:00
Wednesday 08:00 - 22:00
Thursday 08:00 - 22:00
Saturday 08:00 - 22:00
Sunday 08:00 - 22:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Poliklinik Al HAFIZ - KB posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Poliklinik Al HAFIZ - KB:

Share

Category