Klinik Primer Kubang Kerian

Klinik Primer Kubang Kerian Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Klinik Primer Kubang Kerian, Family doctor, KLINIK PRIMER KUBANG KERIAN, LOT 2732 B WISMA HAMINAH, Jalan TOK KENALI, KUBANG KERIAN, Kota Bharu.

Klinik Primer Kubang Kerian mengamalkan konsep Family Clinic - ialah sebuah pusat rawatan perubatan yang menyediakan pelbagai rawatan kepada semua lapisan masyarakat bermula daripada peringkat bayi dalam kandungan sehingga ke peringkat golongan emas.

Salam maghrib 🥰🥰
29/10/2020

Salam maghrib 🥰🥰

Maulidur Rasul (Arab: kelahiran Rasul) atau Maulud Nabi Muhammad SAW ialah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Har...
29/10/2020

Maulidur Rasul (Arab: kelahiran Rasul) atau Maulud Nabi Muhammad SAW ialah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiulawal sempena keputeraan Nabi yang jatuh pada Isnin (Dari hadis riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiulawal Tahun Gajah bersamaan dengan 20 April 571. Baginda merupakan nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahuwataala. Tapak keputeraan baginda p**a kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Klinik Primer Kubang Kerian beroperasi seperti biasa pada hari ini (29 Oktober 2020). 🤗🤗🤗Promosi Scan 2D RM30 SAHAJA sem...
29/10/2020

Klinik Primer Kubang Kerian beroperasi seperti biasa pada hari ini (29 Oktober 2020). 🤗🤗🤗

Promosi Scan 2D RM30 SAHAJA sempena Maulidur Rasul!!🤗🤗 Promosi untuk hari ini sahaja koranggg!! Jom cepat cepat walk in ke klinik kami atau boleh call kami untuk booking hehe!!! 😍😍

Cara buang face mask yg kita pakai🤗😉
27/10/2020

Cara buang face mask yg kita pakai🤗😉

Sejak kebelakangan ini, kita boleh lihat banyak pelitup muka dibuang di merata-rata tempat tanpa memikirkan risiko jangkitan kepada orang sekeliling lebih-lebih lagi kepada pekerja yang mengendalikan pelupusan sampah.

Lebih bahaya lagi sekiranya pemakai pelitup muka adalah bergejala.

Jangan ambil mudah cara melupuskan pelitup muka.

Berikut adalah kaedah melupuskan pelitup muka dengan betul.

➡️ Putuskan bahagian tepi pada tali pelitup muka
➡️ Lipat pelitup muka ke arah dalam dengan kemas dan ikat menggunakan tali yang telah diputuskan
➡️ Buang pelitup muka terpakai ke dalam tong sampah tertutup
➡️ Cuci tangan dengan air dan sabun selepas membuang pelitup muka terpakai




Status Terkini COVID-19 Di Malaysia,26 Okt 2020Kes sembuh=691Jumlah kes sembuh=17,825 kesKes baharu positif=1,240(kes im...
26/10/2020

Status Terkini COVID-19 Di Malaysia,
26 Okt 2020
Kes sembuh=691
Jumlah kes sembuh=17,825 kes
Kes baharu positif=1,240
(kes import=2, kes tempatan=1,238)
Jumlah positif=27,805 kes
Kes kematian=7
Jumlah kes kematian=236 kes
Kes dirawat di ICU=94 kes
Bantuan Alat Pernafasan=31 kes

Selamat pagi ISNIN😉😉Assalamulaikum 🤩Setiap pagi akan menjadi PAGI TANG INDAH🦋Jika anda “memilih” untuk memndang dari hat...
26/10/2020

Selamat pagi ISNIN😉
😉Assalamulaikum 🤩
Setiap pagi akan menjadi PAGI TANG INDAH🦋
Jika anda “memilih” untuk memndang dari hati yang penuh UCAPLAH SYUKUR ALHAMDULILLAH😍😍

PECAHAN KES BAHARU (823)SABAH - 533 -160 kes daripada kluster-kluster, termasuk 27 kes daripada kluster baharu iaitu Klu...
25/10/2020

PECAHAN KES BAHARU (823)

SABAH - 533
-160 kes daripada kluster-kluster, termasuk 27 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Titir, Kluster Omadal, Kluster Bandaran dan Kluster Jambul
-270 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19
-103 kes daripada lain-lain saringan COVID-19

PULAU PINANG - 97
-96 kes daripada kluster-kluster termasuk 2 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Bayan
- 1 kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19

SELANGOR - 88
-39 kes daripada kluster-kluster, termasuk 5 kes daripada kluster
baharu iaitu Kluster Mentar
-28 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19
-21 kes daripada lain-lain saringan COVID-19

WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN - 26
-22 kes daripada kluster-kluster sedia ada
-3 kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19
-1 kes daripada lain-lain saringan COVID-19

NEGERI SEMBILAN - 22
-13 kes daripada kluster-kluster, termasuk 11 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jernih
-1 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19
-8 kes daripada lain-lain saringan COVID-19

SARAWAK - 16
-7 daripada kluster-kluster termasuk 4 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Seladah
-9 kes daripada lain-lain saringan COVID-19

JOHOR - 15
-14 kes daripada kluster sedia ada
-1 kes daripada saringan p**ang dari kawasan berisiko tinggi
(Sabah)

WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR - 10
-5 kes daripada kluster-kluster sedia ada
-1 kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19
-4 daripada lain-lain saringan COVID-19

TERENGGANU - 7
-7 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Makekar

PERAK - 6
-5 kes daripada kluster-kluster sedia ada
-1 kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19

KEDAH -1
-1 kes daripada kluster sedia ada

KELANTAN - 1
-1 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID19

WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA - 1
-1 kes daripada kluster sedia ada

25/10/2020

APAKAH VITAMIN & SUPLEMEN KESIHATAN YANG PENTING BAGI IBU MENGANDUNG ??

🌼 Secara amnya, ibu mengandung disarankan mengambil vitamin dan suplemen mengikut keperluan dirinya atau saranan daripada doktor dan ahli farmasi.

🌼 Beberapa vitamin dan suplemen yang biasanya perlu di ambil oleh ibu mengandung adalah:

1️⃣ Asid Folik

✔️ Asid folik merupakan suplemen yang paling penting terutamanya semasa trimester pertama kehamilan.
✔️Pengambilan asid folik boleh mengurangkan risiko bayi mengalami kecacatan pada tulang belakang (kecacatan tiub neural).
✔️ Kecacatan tiub neural iaitu spina bifida berlaku apabila saraf di dalam tulang belakang terdedah dan rosak.
✔️ Sebaik-baiknya asid folik diambil apabila seseorang wanita merancang untuk hamil.
✔️Asid folik dengan dos 400mcg perlu diambil setiap hari sehingga sekurang-kurangnya 12 minggu pertama kehamilan.
✔️ Ibu hamil juga dinasihatkan mengambil makanan yang mengandungi folat (bentuk semulajadi Asid Folik) seperti sayur-sayuran hijau dan kekacang.
✔️ Dalam sesetengah keadaan, dos asid folik yang lebih tinggi iaitu sebanyak 5mg mungkin akan disyorkan oleh doktor.

Sebagai contohnya:

❤️ Ibu hamil yang pernah mengalami masalah bayi dengan kecacatan tiub neural dalam kehamilan terdahulu.
❤️ Ibu hamil yang sedang mengambil sebarang ubat anti-epileptik.
❤️ Ibu hamil yang menghidapi penyakit kencing manis.

2️⃣ Zat Besi

✔️ Ibu hamil biasanya akan menjalani ujian darah yang akan menunjukkan sama ada kandungan zat besi dalam badan mencukupi ataupun tidak.
✔️ Jika kandungan zat besi ibu hamil rendah, suplemen zat besi perlu diambil. Ini disebabkan jumlah darah dalam badan ibu semakin bertambah bagi menyokong tumbesaran bayi dalam kandungan.
✔️ Badan akan menggunakan zat besi yang tersimpan dalam badan sekiranya ibu kurang mengambilnya dalam diet. Akibatnya, penyimpanan zat besi dalam badan akan berkurang dan boleh membawa kepada anemia.
✔️ Risiko kelahiran pramatang dapat dikurangkan dengan pengambilan zat besi.
✔️Pengump**an zat besi dalam badan juga penting kerana ibu akan kehilangan banyak darah semasa melahirkan.
✔️ Bayi yang bakal lahir juga mempunyai simpanan zat besi dalam badan mereka. Zat besi ini berasal daripada darah ibunya melalui uri dan boleh bertahan sehingga 4 bulan.
✔️ Biasanya, jika ibu mengambil zat besi lebih daripada kuantiti yang disyorkan iaitu 30mg, ia boleh mengganggu saluran pencernaan seperti mengalami sembelit yang dialami oleh kebanyakan ibu hamil, loya ataupun cirit-birit. ✔️ Suplemen kesihatan dengan kandungan zat besi dalam kuantiti 30mg atau kurang biasanya tidak memberikan sebarang masalah berkaitan.
✔️ Ibu hamil disyorkan berbincang dengan doktor berkaitan ketidakselesaan yang dialami. Sekiranya ibu hamil tidak mengalami anemia, terdapat pilihan untuk bertukar kepada suplemen kesihatan dengan kandungan zat besi yang lebih rendah.
✔️ Walau bagaimanapun, bagi ibu hamil yang mengalami anemia dan tiada pilihan untuk bertukar kepada suplemen lain, disyorkan untuk minum jus prun ataupun mengambil buah-buahan dengan lebih kerap bagi mengatasi masalah sembelit.
✔️ Sumber makanan terbaik yang mengandungi zat besi adalah seperti daging merah, kismis, kurma, kekacang dan sayur-sayuran.

3️⃣ Kalsium

✔️ Ibu hamil juga memerlukan kalsium bagi pembentukan tulang dan pertumbuhan gigi bayi terutamanya pada trimester ketiga.
✔️ Kalsium juga penting sepanjang kehamilan bagi mengelakkan kekejangan otot kaki ibu.
✔️ Sekiranya ibu hamil kekurangan kalsium, ia turut menyebabkan berlaku kekejangan otot dan kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri.
✔️ Biasanya suplemen ini akan diperskripsikan untuk wanita hamil yang alah terhadap susu atau tidak dapat mengambil kalsium yang cukup dalam pemakanan harian mereka.
✔️ Kekurangan kalsium yang serius boleh mendedahkan wanita hamil kepada risiko pre-eklampsia yang boleh membawa maut kepada ibu dan bayi dalam kandungan.
✔️ Pengambilan kalsium sehari yang dicadangkan untuk ibu hamil ialah dalam dos 1300mg (ibu berumur 14-18 tahun) dan 1000mg (ibu berumur 19-50 tahun).

4️⃣ Asid Lemak Perlu

✔️ Asid Lemak Perlu seperti asid lemak omega-3 DHA dan EPA juga penting bagi pembentukan otak dan saraf bayi dari peringkat awal pembentukan.
✔️ Ikan adalah sumber utama DHA dan EPA tetapi ibu perlu berhati-hati supaya tidak makan terlalu banyak ikan yang mengandungi kandungan merkuri yang tinggi.
✔️ Memandangkan omega-3 adalah sangat penting untuk bayi, adalah idea yang baik untuk berbincang dengan doktor sama ada ibu memerlukan suplemen tambahan yang mengandungi omega-3 ataupun tidak.

5️⃣ Vitamin D

✔️ Vitamin larut lemak seperti vitamin D turut membantu mengekalkan tulang dan gigi yang kuat kerana vitamin D memainkan peranan penting dalam mengekalkan tahap kalsium dan fosforus di dalam badan. Oleh itu, adalah penting bagi ibu hamil mengambil vitamin D tambahan bagi memastikan tulang yang sihat serta menyediakan bayi dengan vitamin D yang mencukupi bagi beberapa bulan pertama mereka.
✔️ Dos yang dicadangkan ialah 200IU vitamin D setiap hari.
✔️ Sumber makanan terbaik yang mengandungi vitamin D adalah ikan sardin, ikan mackerel, ikan salmon, telur dan daging.

25/10/2020

PENCURI!!!
PENCURI!!!

Dlm b*k2 pencuri, pencuri hati je yg x menyakitkn hati😍😍🥰🥰
Pencuri yg mencuri hrta org menyakitkn hati dn dburu penguatkuasa....
Tpi ade satu lagi, pencuri tarikh....
Pencuri tarikh ni merisikokan ank dlm kandungn
Tau ke ape tu pencuri tarikh....😱😱
Pencuri tarikh ni adalah ibu2 yg mmberi tarikh akhir period yg salah kpd dr atau nurse utk elakkan diri dari di induce(pisoh)

Ok jom baca kisah kat bawah ye👇👇👇

Seorang ibu melangkah masuk ke dlm bilik Dr..
‘Mslh ape dik’
‘Sy demam urat Dr, demam dok sgt tpi sakit urat..., sy beranok beloh( bersalin mlalui pembedahan)’
‘Ooo, brape hari dah bersalin ni’
‘18 hari Dr, tpi jaga ank kat Nilam( ICU kanak2) tak blik rumh lagi sejak lahirkn ank sy’
‘Ooo kenapa dgn ank awk dik’
((Mcm biasa la dpt Dr yg mlut b*k mcm ni, ty blako🙊🙊🙊🤦‍♀️🤦‍♀️😊😊,maaf ye b*k p**ak soalan, ni ckp dlm hati je😂😂))
‘Ank sy jgkitan kuman, masa nk lahirkn dia bila Dr pechkn ketuban , ade najis sbb tu kena belah(operate)😥😥, pdahal sy CURI 2 minggu je Dr’
‘Mksdnya awk lewatkn tarikh akhir period ke??’
‘Aah betul Dr, mak sy suruh buat mcm tu sbb takut kena pisoh(induce), pisoh sakitkn Dr’
‘Allahu dik, awk risikokn nyawa ank awk dgn ‘CURI’ tarikh tu sebenrnya, sbb ank awk dh cukup matang jadi dia boleh berak dlm perut’😥😥😥
‘Ye Dr, Dr dkt hospital dh ckp haritu, sbb tu sy x tinggal ank sy smpai harini Dr, sbb sy rasa bersalah sgt...’
‘Mcm ni dik, jgn awk bebankn dri awk dgn rasa bersalah tu, skrg kita kena doa dgn Allah supaya baby awk cepat smbuh dn kalau awk x larat balik la dlu rehat, nnti awk p**ak yg sakit... awk kena sihat sbb baby perlukn awk utk jaga dia, jgn fikir ats apa yg dh berlaku, cuma utk next kandungn ingt betul2 tarikh dn bagi tarikh yg betul ye pada Dr atau misi2’
‘Ye , baik Dr’

Cerita kt ats ni bukn nk aibkan pesakit kami
Tpi sebagai pengajaran kpd org lain,
Mommy2 yg tersayang semua,, 🙏🏼🙏🏼🙏🏼🙏🏼🙏🏼🙏🏼🙏🏼🙏🏼please jgn CURI tarikh lagi ye BAHAYA,kita pertaruhkan nyawa ank kita kalau kita ‘MENCURI’😥😥😥,,,

Ok done bercerita, semoga ade msg yg smpai ...

So mommiess
1) JGN CURI TARIKH PERIOD🤔🤔
2) INGAT BETUL2@TANDA TARIKH AKHIR PERIOD, terutama utk mommy2 yg masih plan nk mmpunyai tambahan zuriat
3) RANCANG KELAHIRAN ANDA😍😍

Dannn,,, 🥰🥰Jagalah dri kita untuk ank2 kita🥰🥰🥰




Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini, Malaysia mencatatkan bilangan kes pulih COV...
24/10/2020

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini, Malaysia mencatatkan bilangan kes pulih COVID-19 sebanyak 671 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah 16,555 kes (64.3 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Pada hari ini, Negeri Sabah terus mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu 889 kes (72.4 peratus). Ini adalah jumlah tertinggi dicatat oleh negeri Sabah setakat ini. Meskipun jumlah ini tinggi, buat masa ini masih terdapat kapasiti katil di hospital dan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) untuk menampung jumlah kes positif. Ini juga adalah hasil usaha gigih dalam menjalankan pengesanan kes secara aktif di negeri Sabah.

Manakala negeri-negeri di Lembah Klang mencatatkan sebanyak 95 kes (7.7 peratus dari jumlah keseluruhan kes). Daripada 95 kes baharu, 29 kes (30.5 peratus) adalah daripada kluster-kluster sedia ada dan baharu. Untuk makluman, negeri-negeri ini dan juga negeri Sabah telah pun diletakkan dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Sejumlah 502 kes (41 peratus dari jumlah keseluruhan) pada hari ini adalah tahanan daripada Kluster Penjara Kepayan, Kluster Penjara Seberang Perai, Penjara Reman dan Kluster Tembok. Kes-kes ini sememangnya terasing di dalam penjara.

Sebanyak dua (2) kes merupakan pengunjung yang p**ang dari negeri Sabah, yang menjadikan jumlah kes dilaporkan mempunyai sejarah perjalanan ke negeri Sabah sejak 20 September 2020 adalah sebanyak 468 kes.

Secara keseluruhannya, sehingga 24 Oktober 2020 pukul 12:00 tengah hari, sebanyak 1,228 kes baharu telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 25,742 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 8,966 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Sehingga kini, terdapat 92 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 31 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan tujuh (7) kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 221 kes (0.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini, Malaysia mencatatkan bilangan kes pulih COVID-19 sebanyak 671 kes.…

Address

KLINIK PRIMER KUBANG KERIAN, LOT 2732 B WISMA HAMINAH, Jalan TOK KENALI, KUBANG KERIAN
Kota Bharu
16150

Opening Hours

Monday 08:30 - 22:00
Tuesday 08:30 - 22:00
Wednesday 08:30 - 22:00
Thursday 08:30 - 22:00
Saturday 08:30 - 22:00
Sunday 08:30 - 22:00

Telephone

+60137354935

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Primer Kubang Kerian posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Klinik Primer Kubang Kerian:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

Category