17/04/2026
🌙✨ SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2026
Klinik Kesihatan Menggatal
Alhamdulillah, Sambutan Hari Raya Peringkat Klinik Kesihatan Menggatal telah berlangsung dengan meriah pada
📅 17 April 2026 (Jumaat)
Terima kasih diucapkan kepada semua warga klinik dan tetamu yang hadir memeriahkan majlis ini. Pelbagai juadah enak, gelak tawa dan kemesraan jelas terpancar sepanjang program berlangsung 🤝💚
Semoga sambutan ini terus mengeratkan silaturahim, memupuk semangat kekitaan dan mencipta kenangan indah bersama.
✨ Syawal Dirai, Ukhuwah Disemai ✨