
02/08/2025
AI boleh hafal berjuta maklumat perubatan.
Tapi AI tak boleh tenangkan pesakit yang sedang menangis.
Dalam dunia serba canggih, banyak kerja mula diambil alih oleh mesin.
Lebih cepat, lebih murah, lebih cekap.
Tapi tidak semua.
Dalam satu kajian oleh Microsoft, pekerjaan yang paling sukar diganti AI adalah kerja yang perlukan sentuhan manusia, yang memegang tangan pesakit ketika mereka ketakutan, yang menyuap makanan, menenangkan, mendengar, dan memaafkan.
Itulah kerja anda.
📌 Jururawat.
📌 Pembantu kesihatan.
📌 Pengambil darah.
📌 Pembantu pembedahan.
📌 Juruteknik mata.
📌 Pengurus jenazah.
Kerja-kerja ini mungkin kelihatan kecil pada mata dunia, tapi AI pun tak mampu lakukannya.