19/07/2022
8 TIPS YANG BOLEH DIAMALKAN untuk hidup lebih tenang dan aman
1. BERDAMAI DENGAN MASA SILAM π€
Jangan biarkan dendam dan kesilapan lama menghantui kehidupan kita sekarang ni. Maafkan sesiapa sahaja yang pernah kita dendam, lupakan kesilapan lama dan betulkan kehidupan sekarang. Sekiranya sukar melupakan, kita maafkanlah mereka dan elakan lagi berkawan atau bergaul dengan mereka yang tidak menyenangkan.
2. USAH PEDULI KATA ORANG π
ββοΈ
Terlalu ambil peduli setiap kata-kata orang hanya membuat kita tersekat. Selagi kita rasa betul, benar, dan itulah yang terbaik, jalan je terus. Kita tak mampu nak puaskan hati semua orang.
3. MASA MENYEMBUHKAN HAMPIR SEMUA MASALAH β³
Terluka, kecewa, sakit, dendam, marah, dan apa jua rintangan akan hilang bersama masa. Beri masa kepada diri sendiri untuk biarkan semuanya sembuh sendiri.
4. TIADA ORANG YANG LAYAK TENTUKAN CARA KITA BAHAGIA β€
Kita tentukan kebahagiaan kita. Kita nikmati kehidupan dengan cara kita sendiri. Jangan biarkan orang lain tentukan bagaimana kita hendak hidup dengan gembira dan bahagia.
5. JANGAN BANDINGKAN KITA DENGAN ORANG LAIN π
Setiap kita ni berbeza. Ada yang merasa bahagia dengan ada keluarga disisi, ada yang bahagia dengan punya timbunan harta, ada yang merasa bahagia hanya dengan secawan kopi ditemani sahabat yang dikasihi.
6. JANGAN MENGHAKIMI ORANG LAIN π
Kita tidak layak nak βjudgeβ kehidupan orang lain. Kita tidak berada dalam situasi mereka dan kita tidak tahu pun bagaimana perjalanan hidup mereka.
7. JANGAN TERLALU MEMIKIRKAN SESUATU TERLALU DALAM π§
Adakalanya, baik kita tidak tahu jawapannya. Tidak semua benda kita perlu ambil tahu. Overthinking juga menyekat diri kita untuk terus mencuba sesuatu yang baru dan menyebabkan kita tidak berani mengambil risiko untuk sesuatu yang mungkin memberi kejayaan pada kita.
8. TENANG DAN SENYUM SELALU π§
Kita tidak memikul semua masalah yang ada di dunia ini, maka senyum saja. Apa yang kita rasa sukar, mungkin cebisan masalah kecil pada orang lain.
Kredit : Al Amin