30/07/2025
Ramai orang bila tengok Nissan Almera N18 ini akan kata enjinnya kurang power berbanding kereta segmen B sedan lain seperti Toyota Vios, Honda City dan Proton Persona.
Almera N18 ini menggunakan enjin 1.0L Turbo berkuasa maksimum 100 ps pada 5000 rpm, tork maksimum p**a 152 Nm dari 2400 hingga 4000 rpm.
Ada betulnya kuasa maksimumnya agak rendah jika kita lihat kepada kuasa maksimum enjin 1.0L Turbo-nya yang hanya berkuasa maksimum 100 ps, jika dibandingkan dengan enjin Vios 1.5L 106 ps, City 1.5L 121 ps dan Persona 1.6L 109 ps.
Namun kena tahu, yang Vios nak capai kuasa setinggi 105 ps itu nak kena tekan minyak sehingga 6000 rpm, City nak dapat 121 ps kena tekan minyak sampai 6600 rpm, dan Persona nak dapat 109 ps kena tekan sampai 5750 rpm.
Sebenarnya, kelebihan enjin Almera 1.0L Turbo adalah pada nilai tork maksimumnya, 152 Nm dari 2400 hingga 4000 rpm.
Jika dibandingkan dengan tork maksimum Vios, 138 Nm pada 4200 rpm, City 145 Nm pada 4300 rpm dan Persona 150 Nm pada 4000 rpm, dari nilai tork ketiga-tiga kereta itu, nampak jelas yang enjin Almera mempunyai kelebihan dari sudut tork maksimum.
Tork maksimum enjin 1.0L Almera 152 Nm bermula dari 2400 rpm sehingga 4000 rpm, bermakna, secara teorinya, pemandu akan rasa Almera lebih power dari ketiga-tiga kereta di atas dari 2400 hingga 4000 rpm.
Jika kita kira kuasa enjin Almera 1.0 Turbo pada 4000 rpm, sudah ada 87 ps, Viis pada 4200 rpm, ada 83 ps, nampak di situ walaupun enjin Vios rev sampai 4200 rpm pun, kuasa enjinnya hanya 83 ps, kurang 4 ps berbanding Almera.
City p**a pada 4300 rpm ada 89 ps, nampak lebih berkuasa tetapi pada rpm yang lebih tinggi. Tork maksimumnya ditulis 145 Nm pada 4300 rpm, jadinya pada 4000 rpm, sudah tentu torknya lebih rendah, kita boleh anggarkan yang torknya pada 4000 rpm adalah antara 143 hingga 144 Nm, kurang satu atau dua Nm pada 4400 rpm, bermakna pada 4000 rpm, dengan tork 144 Nm, enjin City menjana sebanyak 82 ps, kurang 5 ps dari enjin Almera 1.0 Turbo pada 4000 rpm.
Dan yang akhir sekali, enjin Persona, tork maksimum 150 Nm pada 4000 rpm, bermakna pada 4000 rpm enjin Persona ada 85 ps. kurang 2 ps berbanding enjin 1.0L Almera.
Jadinya, dari apa yang aku kira di atas, menunjukkan bahawa enjin 1.0L Turbo Almera bukanlah tak power, memang kuasa maksimumnya paling kecil dari kesemua sedan segmen B di atas, tetapi jika kita bandingkan kuasa enjinnya dari rpm rendah sehingga 4000 rpm, Almera 1.0L Turbo yang paling power.
Oleh itu bolehlah kita katakan yang pada pemanduan biasa, yang berapa kali sahaja kita nak tekan sampai lebih 4000 rpm, enjin Almera 1.0L mungkin akan terasa lebih power, namun semua itu bergantung kepada berat dan juga sistem pemindahan kuasa dari enjin kepada roda, jika pemindahan dalam kadar kecekapan yang tinggi, maka power-lah kereta itu.
Akhir kata, walaupun atas kertas enjin 1.0L Turbo Almera N18 nampak macam kalah dari segi angka kuasa maksimum, realitinya dalam pemanduan harian, di mana kita jarang sangat tekan pedal minyak sampai redline, enjin ini mungkin lebih responsif dan bertenaga di rpm rendah hingga pertengahan.
Dengan tork maksimum yang datang awal dan kekal sehingga rpm pertengahan, Almera mungkin akan bagi rasa pemanduan yang lebih ringan, lebih cepat pickup, dan lebih mudah dipandu dalam kesesakan atau pemanduan bandar, dan kerana itu, dengan “load” yang agak kecil, ia mungkin lebih jimat petrol dari ketiga-tiga sedan di atas.
Akhir kata, jangan terus pandang rendah pada enjin kecil turbo macam ni, kerana kadang-kadang, yang kecil itulah yang paling berbisa.
Fuel system cleaner yang aku rasa macam menjadi https://s.shopee.com.my/7ASwAUEeZv
Spesifikasi.
Enjin: HR10DET 1.0L (999 cc) 3-silinder 12-injap Turbo.
Gerek x lejang: 72.2 x 81.3 mm.
Kuasa maksimum: 100 ps / 74 kW @ 5000 rpm.
Tork maksimum: 152 Nm @ 2400 - 4000 rpm. (52 ps @ 2400 rpm, 87 ps @ 4000 rpm).
Transmisi: CVT.
Berat: 1090 kg, 1112 kg, 1114 kg.