03/05/2026
https://dshawfiplusamy.wasap.my/
Testimoni MBB kali ini adalah berkenaan isu buah pinggang. Haaa~ berkenaan dengan peningkatan creatinine nie dan penurunan eGFR. Nie masih ramai orang confuse bab nie, sebab selalunya doktor selalu jelas ringkas sebagai fungsi buah pinggang menurun yang memberi idea kepada orang awam “BUAH PINGGANG ROSAK”. Dia idok ler macam tue. saya jelaskan ya.
“Saya maklumkan doktor yang saya seorang yang kerap berpuasa. Saya juga baru mula untuk bersenam dengan konsisten. Saya baru lepas jumpa doktor untut keputusan darah. Doktor maklumkan bacaan creatinine saya tinggi (106.4 micromoles/L). Buah pinggang saya “macam” nak problem skit dan perlu scan buah pinggang.”
Untuk isu ini, pertama sekali doktor perlu faham, apa yang keluar dari mulut tue akan beri kesan yang mendalam terhadap emosi pesakit terutama mereka yang mengalami GGA. Jadi sebagai seorang doktor perlu menjaga tutur kata dan penyampaian. Pastikan pesakit faham apa yang sebenarnya berlaku.
Ujian bacaan “Creatinine” dalam darah adalah “antara” ujian yang dilakukan untuk lihat fungsi buah pinggang berada pada tahap optimum atau sebaliknya. Creatinine adalah sisa yang dihasilkan oleh otot hasil dari penguraian creatine. Creatinine ini dibuang melalui air kencing.
Secara umum, “normal range” untuk bacaan creatinine adalah berbeza antara makmal. Tapi kita boleh guna
* Untuk lelaki dewasa: 65.4 hingga 119.3 micromoles/L
* Untuk wanita dewasa: 52.2 hingga 91.9 micromoles/L
Dari kes klien MBB diatas, bacaan creatinine beliau masih dalam “normal range”. Cuma dekat “atas pagar* jer *DAN HAL INI ADALAH NORMAL BAGI ORANG YANG KERAP BERPUASA DAN BARU MULA BERSENAM DENGAN KONSISTEN*. Saya jelaskan ya.
1. Bila berpuasa kita atau mula bersenam dengan konsisten tubuhakan meningkatkan penguraian tissue, simpanan gylcogen (gula pada otot) dan otot sebagai sumber tenaga kepada tubuh badan. Process ini akan meningkatkan bacaan creatinine. (1)
2. Kurang minum air ketika puasa (hampir semua orang macam ni) antara punca peningkatan Creatinine secara drastik terutama dalam bulan puasa. Kurang minum air = kurang darah melalui buah pinggang = buah pinggang jadi kurang effisien dalam menapis creatinine.(1)
KES INI LANGSUNG TAK PERLU RISAU. Bacaan creatinine yang boleh “mula” ambil peduli adalah jika bacaan creatinine x1.5 dari “normal range” Sebagai contoh.
“Limit normal range” adalah 119.3 micromoles/L JADI bacaan yang boleh “mula” ambil peduli adalah pada 180 micromoles/L. ITU PON! kena ambil kira pelbagai faktor (bulan puasa, baru mula bersenam sebagai contoh) sebelum idea “bacaan creatinine = buah pinggang jahanam” nie mula meracuni otak pesakit. *Nota* Untuk faktor ini saya akan jelaskan dalam post kemudian hari yer.
Untuk nak selesaikan “masalah” yang bukan masalah ini adalah.
1. Amalkan alternate intermitten fasting (ADIF) atau bahasa melayunya adalah puasa berkala selang sehari (Kalau bab creatinine naik tue biasalah. Jangan buat alasan creatinine naik tak boleh puasa pulak terutama bulan puasa. Ini meningkatkan risiko anda ke Neraka Jahanam)
2. Makan bagi sedap, puas, kenyang.
3. Minum air bagi cukup sekurang kurangnya 2.5 liter.
Itu sahaja yer. Selamat beramal semua.
Yang benar
Dietect Azwan zainal.
Rujukkan
1:Increasing Overnight Fluid Intake and Kidney Function During Ramadan Fasting: A Randomized Controlled Trial,https://www.sciencedirect.com/science/article/abs/pii/S0041134522007667