Child Intervention & Enrichment Centre

Child Intervention & Enrichment Centre Child Intervention And Enrichment Centre (CIEC) / Unit Intervensi dan Pengkayaan Kanak-kanak HMBP

Kanak-kanak yang ingin menerima intervensi di unit ini hendaklah mendapatkan rujukkan daripada Pakar Psikiatri/ Pegawai Perubatan Hospital Mesra Bukit Padang.

30/04/2026

Webinar Melangkaui Trauma 7 Mei 2026.
Daftar di ruangan komen.

SIRI WEBINAR KESIHATAN MENTAL
MEMAHAMI LUKA EMOSI DAN PROSES PENYEMBUHAN

1. 7 MEI 2026 (8.30-10PM)BILA LUKA EMOSI TIDAK PERNAH SEMBUH- DR ROZANIZAM
2. 23 MEI 2026 (9-10.30AM) BURNOUT: BILA PENAT MENJADI PENYAKIT- DR ROSTAM
3. 4 JUN 2026 (8.30-10PM) PARENTING TANPA TRAUMA- DR ROZANIZAM
4. 6 JUN 2026 (11AM-12.30PM)MENGURUS EMOSI YANG SUKAR- ENCIK AZMI
5. 20 JUN 2026 (9-10.30AM) ANXIETY DALAM DUNIA YANG TERLALU LAJU- DR ROSTAM

BAYARAN:
1 SESI WEBINAR: RM30
5 SESI WEBINAR: RM100

AHLI BKPHT
1 SESI WEBINAR: RM15
5 SESI WEBINAR: RM60

RECORDING (GOOGLE DRIVE): RM10
MENGIKUT WEBINAR YANG DIDAFTAR

BAYARAN KEPADA:
BANK MUAMALAT
BADAN KEBAJIKAN PSIKIATRI
NO AKAUN: 0802 0003 3927 15
RUJUKAN: WT_NAMA

17/04/2026

� New to streaming or looking to level up? Check out StreamYard and get $10 discount! �

Sempena Bulan Kesedaran Autisme yang disambut pada bulan April setiap tahun di seluruh dunia, kami menjemput semua untuk...
12/04/2026

Sempena Bulan Kesedaran Autisme yang disambut pada bulan April setiap tahun di seluruh dunia, kami menjemput semua untuk menyertai webinar khas bertajuk
AUTISME HARI INI
Menjawab Mitos, Memahami Salah Faham
bagi meningkatkan pemahaman masyarakat tentang Autism Spectrum Disorder (ASD)

🗓17 April 2026 (Jumaat)
⏰10 pagi
🖥FB Live Child Intervention & Enrichment Centre

Bersama Pakar Hospital Mesra Bukit Padang
🔹Dr. Ahmad Abdul Jalil Bin Mohd Razali (Pakar Psikiatri Kanak-kanak & Remaja)
🔹Dr Kumaran A/L Doraisamy (Pakar Psikiatri Felo Kanak-kanak & Remaja)

💙Autisme bukan kekurangan untuk diperbetulkan, tetapi untuk difahami, diterima dan disokong bersama.

The Seminar on Mental Health & Legal DimensionsPiecing The Puzzle : Linking Mental Health, Tragedy, and Justice System w...
12/04/2026

The Seminar on Mental Health & Legal Dimensions
Piecing The Puzzle : Linking Mental Health, Tragedy, and Justice System was successfully organised on 3 February 2026 at Auditorim Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Negeri Sabah.

Sincere gratitude is extended to all stakeholders for their unwavering support, colloboration, and efforts in ensurinh the smooth and successful conduct of this seminar.

⚖️ Seminar on Mental & Legal Dimension: Piecing the Puzzle : Linking Mental Health, Tragedy, and the Justice System⚖️   ...
29/12/2025

⚖️ Seminar on Mental & Legal Dimension: Piecing the Puzzle : Linking Mental Health, Tragedy, and the Justice System⚖️

🗓️ 3rd February 2026 (8.00 am till 4.30 pm)
🏨 Auditorium, Kompleks Persekutuan Kerajaan Negeri Sabah

🧠What You’ll Learn:
✔ Strengthen clinical–legal interface
✔ Enhance trauma-informed competencies
✔ Recognise medico-legal risks & documentation standards
✔ Integrate psychological autopsy principles
✔ Explore expert witness expectations & courtroom preparation
✔ Improve evaluation & reporting for adolescent cases

💰 Registration Fees : RM50 only!

👨‍⚕️Who Can Join👩‍⚖️:
✔ Health Care Professionals involved in care of children and adolescents
✔ Legal Professionals

🏥 Organized by : Child Intervention & Enrichment Centre Hospital Mesra Bukit Padang and Persatuan Kebajikan Psikiatri Sabah

👉 Register Now : https://forms.gle/jdzVcVLTmXgexTyo7

📞 Enquiries :
088-240 985 ext 166
ciechmbp@gmail.com

Thank you!

Child Intervention & Enrichment Centre telah menganjurkan Bengkel SPEAK With Me : Intervensi Kanak-kanak Masalah Lewat P...
17/12/2025

Child Intervention & Enrichment Centre telah menganjurkan Bengkel SPEAK With Me : Intervensi Kanak-kanak Masalah Lewat Perkembangan Bahasa yang diadakan pada 17 Disember 2025 (Rabu) bertempat di Bilik Mesyuarat Hospital Mesra Bukit Padang.

Objektif bengkel ini adalah untuk memperkasakan kemahiran dan ilmu pengetahuan anggota kesihatan dalam intervensi kanak-kanak masalah lewat perkembangan bahasa.

Terima kasih kepada penceramah iaitu Dr. Nurul Akmanidar Binti Zainuddin (Trainee SubKepakaran Child Health) kerana memberikan perkongsian yang sangat bermanfaat dan kepada semua peserta yang hadir dalam menjayakan bengkel ini.

Program Kumpulan Sokongan Ibu Bapa CIEC / CIEC Parent Support Group telah diadakan pada 13 Disember 2025 (Sabtu) bertemp...
13/12/2025

Program Kumpulan Sokongan Ibu Bapa CIEC / CIEC Parent Support Group telah diadakan pada 13 Disember 2025 (Sabtu) bertempat di Dewan Rafflesia Hospital Mesra Bukit Padang anjuran Child Intervention & Enrichment Centre.

Antara pengisian program ini adalah :
1. Ceramah yang telah disampaikan oleh Dr. Ahmad Abdul Jalil Bin Mohd Razali (Pakar Psikiatri Kanak-kanak dan Remaja) bertajuk Peranan Kumpulan Sokongan Ibu Bapa.

2. Ceramah yang telah disampaikan oleh Dr. Kumaran A/L Doraisamy (Pake Psikiatri Felo Kanak-kanak dan Remaja) bertajuk Kesan psikologi membesarkan anak-anak berkeperluan khas.

3. Sesi perkongsian ibu bapa

4. Penubuhan Jawatankuasa Kumpulan Sokongan Ibu Bapa

Terima kasih kepada semua ibu bapa yang telah memberikan komitmen dan meluangkan masa menghadiri program ini.

Aktiviti outing sempena sambutan hari natal bersama kanak-kanak yang menerima intervensi di Child Intervention & Enrichm...
12/12/2025

Aktiviti outing sempena sambutan hari natal bersama kanak-kanak yang menerima intervensi di Child Intervention & Enrichment Centre telah dilaksanakan pada 12 Disember 2025 (Jumaat) bertempat di Imago Shopping Mall.

Objektif aktiviti :
1. Meningkatkan kemahiran sosial kanak-kanak.
2. Meningkatkan kemahiran mendengar dan mengikuti arahan.
3. Membantu membina keyakinan diri kanak-kanak berada di tempat awam.
4. Merangsang perkembangan sensori dan motor melalui rangsangan visual, bunyi dan pergerakan.
5. Menggalakkan kemahiran membuat pilihan melalui aktiviti membeli belah (pakaian dan permainan).
6. Mewujudkan pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan dan membina memori positif.
7. Mengembangkan Kemahiran adaptasi dalam persekitaran baharu.
8. Menggalakkan pembelajaran melalui pengalaman (Experiential Learning).

Terima kasih kepada semua kanak-kanak, ibu bapa dan staf yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Setulus Ikhlas dari kami Unit CIEC.

*Pihak CIEC telah mendapatkan kebenaran ibu bapa / penjaga kanak-kanak untuk memuat naik gambar aktiviti di halaman FB CIEC.

Child Intervention & Enrichment Centre telah menganjurkan Bengkel Modul Live Life, Stay Safe Berkaitan Kesihatan Seksual...
09/12/2025

Child Intervention & Enrichment Centre telah menganjurkan Bengkel Modul Live Life, Stay Safe Berkaitan Kesihatan Seksual Kanak-kanak Berkeperluan Khas yang diadakan pada 8 Disember 2025 bertempat di Bilik Mesyuarat Hospital Mesra Bukit Padang.

Objektif bengkel ini adalah untuk memperkasakan kemahiran dan ilmu pengetahuan anggota kesihatan dalam mengendalikan isu kesihatan seksual di kalangan kanak-kanak dan remaja berkeperluan khas.

Terima kasih kepada penceramah iaitu Dr. Nurul Akmanidar (Pakar Perubatan Keluarga, Felo Kepakaran Lanjutan Kesihatan Kanak-kanak) kerana memberikan perkongsian yang sangat bermanfaat dan kepada semua peserta yang hadir dalam menjayakan bengkel ini.

20/11/2025

KESEDARAN AUTISME BERMULA DI RUMAHWebinar Sempena Sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia 2025🧑‍🧑‍🧒🌈Autisme bukan sekadar isu perkembangan—ia adalah perjalanan...

Lawatan Sekolah ke PPKI SK Tebobon telah diadakan pada 13 November 2025 (khamis).Terima kasih seluruh warga PPKI SK Tebo...
14/11/2025

Lawatan Sekolah ke PPKI SK Tebobon telah diadakan pada 13 November 2025 (khamis).

Terima kasih seluruh warga PPKI SK Tebobon yang telah menyambut baik kehadiran team Child Intervention & Enrichment Centre Hospital Mesra Bukit Padang.

Objektif lawatan ini adalah untuk
i) mendapatkan maklum balas berkenaan pencapaian dan tingkah laku murid yang menerima intervensi di Hospital Mesra Bukit Padang
ii) menjalankan pemerhatian tingkah laku murid ketika sesi pembelajaran di sekolah
iii) membincangkan tingkah laku murid yang mencabar dan memerlukan perhatian khusus bersama profesional kesihatan dan pihak sekolah
iv) memberi sokongan dan kerjasama yang boleh diusahakan antara sekolah dan Hospital Mesra Bukit Padang

Address

PS 11342, Bukit Padang
Kota Kinabalu
88815

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6088240984

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Child Intervention & Enrichment Centre posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Child Intervention & Enrichment Centre:

Share