Klinik Kesihatan Luyang Official

Klinik Kesihatan Luyang Official Halaman ini bertujuan untuk memberi maklumat kesihatan serta info mengenai aktiviti di klinik.

🌟 JEMPUTAN: ANNUAL GRAND MEETING SKUAD REMAJA LUYANG 2026 🌟Salam sejahtera dan salam anak muda!Panggilan buat semua ahli...
12/05/2026

🌟 JEMPUTAN: ANNUAL GRAND MEETING SKUAD REMAJA LUYANG 2026 🌟

Salam sejahtera dan salam anak muda!

Panggilan buat semua ahli dan mereka yang berminat untuk menyertai Skuad Remaja Luyang! Kami menjemput anda untuk hadir ke mesyuarat tahunan kita yang bakal diadakan tidak lama lagi.

Bukan sekadar mesyuarat biasa, kali ini kita bawakan satu pengisian istimewa iaitu pendedahan asas Bantuan Hidup (Basic Life Support - BLS).

Jom belajar kemahiran menyelamat yang sangat penting untuk kegunaan kecemasan!

πŸ“Œ Butiran Program
Tarikh: 16 Mei 2026 (Sabtu)
Masa: 8:00 pagi - 1.00 petang
Tempat: Bilik Sumber Klinik Kesihatan Luyang
Pakaian: Baju sukan yang sopan

πŸ”₯ Apa yang Menarik?
-Sesi Annual Grand Meeting (AGM): Pemilihan Jawatan Tertinggi Skuad dan mengetahui hala tuju dan merancang aktiviti menarik untuk tahun 2026.

-Slot Basic Life Support (BLS): Pendedahan praktikal CPR dan bantuan kecemasan oleh pakar/pegawai bertugas.
Sijil Penyertaan: Diberikan kepada semua yang hadir.

-Rangkaian (Networking): Peluang berkenalan dengan rakan-rakan baru yang positif.

Pendaftaran & Pengesahan Kehadiran:
Sila isi borang penyertaan melalui pautan di bawah atau QR kod.

πŸ”— https://forms.gle/PD6sViA56bCaucx86

Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk menimba ilmu baru dan menjadi sebahagian daripada penggerak anak muda yang hebat!

Jumpa anda di sana! πŸ’ͺ✨

πŸ“’ HEBAHAN KLINIK KESIHATAN LUYANGUntuk meningkatkan kualiti perkhidmatan dan keselamatan transaksi, dimaklumkan bahawa s...
08/05/2026

πŸ“’ HEBAHAN KLINIK KESIHATAN LUYANG

Untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan dan keselamatan transaksi, dimaklumkan bahawa semua pembayaran di Klinik Kesihatan Luyang adalah menggunakan KAD DEBIT atau KAD KREDIT SAHAJA.

❌ Kaedah pembayaran berikut TIDAK diterima:
β€’ QR
β€’ Transfer Online
β€’ Tunai

βœ… Kelebihan pembayaran tanpa tunai:
β€’ Lebih selamat
β€’ Lebih cepat
β€’ Lebih mudah
β€’ Lebih hijau

πŸ“Œ Sila pastikan kad debit / kad kredit anda aktif dan mempunyai had yang mencukupi sebelum berurusan.

Terima kasih atas kerjasama dan sokongan anda. Bersama kita menuju perkhidmatan yang lebih baik.

πŸ“’ TEMUJANJI VAKSIN INFLUENZA UNTUK WARGA EMASBekalan vaksin influenza telah diterima oleh Klinik Kesihatan Luyang. Temuj...
08/05/2026

πŸ“’ TEMUJANJI VAKSIN INFLUENZA UNTUK WARGA EMAS

Bekalan vaksin influenza telah diterima oleh Klinik Kesihatan Luyang. Temujanji kini dibuka melalui aplikasi MySejahtera.

πŸ‘΄πŸ‘΅ Siapa yang layak?
βœ” Umur 50 - 59 tahun ke atas - mempunyai sekurang-kurangnya 1 penyakit comorbid
βœ”οΈUmur 60 tahun ke atas tanpa mengira comorbid

Senarai Penyakit COMORBID :

* Diabetes
* Penyakit jantung
* Penyakit paru-paru
* Darah tinggi
* Obesiti (BMI >30)
* Kolesterol tinggi
* Penyakit buah pinggang

πŸ“± Cara membuat temujanji:

1. Buka aplikasi MySejahtera
2. Pilih menu Appointments
3. Klik Influenza Immunization for Senior Citizen
4. Pilih Klinik Kesihatan Luyang

πŸ“Œ Jangan lepaskan peluang untuk melindungi diri daripada influenza.

🌟 JEMPUTAN: ANNUAL GRAND MEETING SKUAD REMAJA LUYANG 2026 🌟Salam sejahtera dan salam anak muda!Panggilan buat semua ahli...
07/05/2026

🌟 JEMPUTAN: ANNUAL GRAND MEETING SKUAD REMAJA LUYANG 2026 🌟

Salam sejahtera dan salam anak muda!

Panggilan buat semua ahli dan mereka yang berminat untuk menyertai Skuad Remaja Luyang! Kami menjemput anda untuk hadir ke mesyuarat tahunan kita yang bakal diadakan tidak lama lagi.

Bukan sekadar mesyuarat biasa, kali ini kita bawakan satu pengisian istimewa iaitu pendedahan asas Bantuan Hidup (Basic Life Support - BLS). Jom belajar kemahiran menyelamat yang sangat penting untuk kegunaan kecemasan!

πŸ“Œ Butiran Program
Tarikh: 16 Mei 2026 (Sabtu)

Masa: 8:00 pagi - 1.00 petang

Tempat: Bilik Sumber Klinik Kesihatan Luyang

Pakaian: Baju sukan yang sopan

πŸ”₯ Apa yang Menarik?
Sesi Annual Grand Meeting (AGM): Pemilihan Jawatan Tertinggi Skuad dan mengetahui hala tuju dan merancang aktiviti menarik untuk tahun 2026.

Slot Basic Life Support (BLS): Pendedahan praktikal CPR dan bantuan kecemasan oleh pakar/pegawai bertugas.

Sijil Penyertaan: Diberikan kepada semua yang hadir.

Rangkaian (Networking): Peluang berkenalan dengan rakan-rakan baru yang positif.

Pendaftaran & Pengesahan Kehadiran: Sila isi borang penyertaan melalui pautan di bawah atau QR kod.
πŸ”— https://forms.gle/PD6sViA56bCaucx86

Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk menimba ilmu baru dan menjadi sebahagian daripada penggerak anak muda yang hebat!

Jumpa anda di sana! πŸ’ͺ✨

Harap maklum, Klinik Kesihatan Luyang akan ditutup pada 1 Mei 2026 (Jumaat) sempena Sambutan Hari Pekerja.Walau bagaiman...
25/04/2026

Harap maklum, Klinik Kesihatan Luyang akan ditutup pada 1 Mei 2026 (Jumaat) sempena Sambutan Hari Pekerja.

Walau bagaimanapun, hanya perkhidmatan NNJ sahaja dibuka bermula jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.

Klinik akan beroperasi semula secara extended hours pada 2 Mei 2026 (Sabtu) bermula jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang, dan beroperasi seperti biasa pada 4 Mei 2026 (Isnin).

Sekiranya berlaku kecemasan, sila terus ke hospital terdekat bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Segala kesulitan amatlah dikesali.

πŸ“’ PEMAKLUMANDimaklumkan bahawa jalan di hadapan klinik kini telah siap sepenuhnya dan telah dibuka untuk kegunaan orang ...
23/04/2026

πŸ“’ PEMAKLUMAN

Dimaklumkan bahawa jalan di hadapan klinik kini telah siap sepenuhnya dan telah dibuka untuk kegunaan orang awam oleh pihak pemaju.

Sehubungan itu, orang ramai boleh menggunakan laluan tersebut seperti biasa bagi urusan ke klinik.

Sekian, terima kasih.

KOTA KINABALU: KTI Group will reopen the road fronting Klinik Luyang at 10 PM tonight, April 23, following infrastructure upgrades to improve traffic flow and safety.

The reopening restores outbound access to Jalan Lintas via a new roundabout at the BTC junction, featuring a revised configuration of one-way and two-way lanes connecting Klinik Luyang and the Lok Tien area.

Full story:
https://www.dailyexpress.com.my/news/280107/jalan-gunung-bintang-reopens-tonight-with-new-roundabout-system/

πŸ“’ CME: Play Therapy – The Hero’s Journey to Discovering Your Coping SkillsSatu sesi CME bertajuk β€œPlay Therapy: The Hero...
23/04/2026

πŸ“’ CME: Play Therapy – The Hero’s Journey to Discovering Your Coping Skills

Satu sesi CME bertajuk β€œPlay Therapy: The Hero’s Journey to Discovering Your Coping Skills” telah berjaya dilaksanakan oleh Unit Kaunseling seperti ketetapan berikut:

πŸ—“ Tarikh: 23 April 2025 (Khamis)
πŸ•’ Masa: 3.30 petang – 4.30 petang
πŸ“ Tempat: Bilik Sumber, Klinik Kesihatan Luyang

Terima kasih diucapkan kepada Unit Kaunseling atas penganjuran sesi yang sangat bermanfaat ini. Sesi ini telah memberi pendedahan berkaitan pendekatan terapi bermain dalam membantu individu mengenal pasti serta memperkukuhkan kemahiran daya tindak (coping skills), khususnya dalam pengurusan emosi dan tekanan.

Terima kasih diucapkan kepada En. Abdul Kasid, Penolong Pegawai Tadbir, PKK KK atas penyampaian CME berkaitan Cuti Tanpa...
23/04/2026

Terima kasih diucapkan kepada En. Abdul Kasid, Penolong Pegawai Tadbir, PKK KK atas penyampaian CME berkaitan Cuti Tanpa Rekod (CTR) Kelompok dan Buku Perkhidmatan Kerajaan kepada warga Klinik Kesihatan Luyang yang terdiri daripada pelbagai kategori jawatan.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat serta meningkatkan kefahaman dalam kalangan kakitangan.

Salam sejahtera. Skuad Remaja Luyang bersama Perkhidmatan Kesihatan Mesra Remaja (PKMR) Klinik Kesihatan Luyang ingin me...
16/04/2026

Salam sejahtera. Skuad Remaja Luyang bersama Perkhidmatan Kesihatan Mesra Remaja (PKMR) Klinik Kesihatan Luyang ingin menjemput anda untuk menghadiri Coffee Talk yang akan diadakan pada ketetapan berikut:-

Tajuk: Emotional Safety
Tarikh: 24.04.2026 (Jumaat)
Masa: 2.30pm
Tempat: Klinik Kesihatan KK Luyang

Pendaftaran bole dibuat melalui google form dengan mengimbas QR code diatas. Sebarang pertanyaan, bole terus menghubungi talian klinik di 088-715000
Jumpa anda disana!

01/04/2026

PEMAKLUMAN

Adalah dimaklumkan bahawa bekalan elektrik di Klinik Kesihatan Luyang telah kembali pulih.

Sehubungan itu, perkhidmatan klinik kini beransur pulih dan akan beroperasi seperti biasa.

Segala kesulitan yang dialami amat dikesali. Terima kasih atas kesabaran dan kerjasama semua.

Address

Off Jalan Lintas Luyang
Kota Kinabalu
88300

Opening Hours

Monday 08:00 - 21:00
Tuesday 08:00 - 21:00
Wednesday 08:00 - 21:00
Thursday 08:00 - 21:00
Friday 08:00 - 21:00
Saturday 09:00 - 13:00

Telephone

+6088715000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Kesihatan Luyang Official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Klinik Kesihatan Luyang Official:

Share