28/04/2026
Pada 25โ26 April 2026, Borneo International Echocardiography Update 2026 telah berjaya dianjurkan buat julung kalinya di Borneo, menghimpunkan para profesional kesihatan dalam bidang kardiovaskular bagi memperkukuhkan pengetahuan serta kemahiran dalam echocardiography. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBrs. AP Dr Hajah Malehah binti Datuk Mohd Noh.
Program ini dianjurkan oleh Jabatan Perubatan, Hospital Universiti Malaysia Sabah (HUMS) dengan sokongan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), Universiti Malaysia Sabah (UMS), serta dengan kerjasama Malaysian Society of Cardiovascular Technologists (MSCVT).
Penganjuran program ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan, dengan jumlah penyertaan sebanyak 90 peserta secara fizikal dan webinar daripada pelbagai kumpulan profesional termasuk cardiovascular technologist, penolong pegawai perubatan, jururawat, sonographer serta pegawai perubatan dari seluruh Malaysia dan negara jiran seperti Brunei.
Penyertaan ini mencerminkan kepentingan berterusan terhadap pendidikan dan latihan dalam bidang echocardiography serta usaha memperkukuhkan kolaborasi serantau.
Sepanjang program berlangsung, pelbagai sesi ilmiah telah dikongsikan merangkumi perkembangan terkini dalam echocardiography, aplikasi klinikal serta perbincangan kes yang relevan dalam amalan harian.
Selain itu, sesi hands-on workshop turut menjadi tarikan utama, memberi peluang kepada peserta untuk memperkukuhkan kemahiran praktikal melalui bimbingan pakar dan fasilitator berpengalaman selaras dengan tema โExplore echocardiography, interactive engagement, hands-on experience.โ
Penganjuran ini bukan sahaja menjadi platform perkongsian ilmu, malah turut memperkukuhkan jaringan profesional serta kolaborasi antara pelbagai disiplin dalam bidang kardiovaskular di peringkat tempatan dan antarabangsaโsekali gus meletakkan Borneo sebagai salah satu pusat perkembangan ilmu dalam bidang ini.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua penceramah, fasilitator, peserta serta jawatankuasa penganjur yang telah bertungkus-lumus, mencurahkan masa dan tenaga dalam memastikan kelancaran serta kejayaan program ini.
Semoga penganjuran ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak program ilmiah berkualiti pada masa akan datang, khususnya di Borneo.