Cawangan Penyakit Bawaan Vektor

Cawangan Penyakit Bawaan Vektor Cawangan Penyakit Bawaan Vektor, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah.

Menyediakan maklumat berkaitan Denggi, Malaria, Filariasis dan penyakit bawaan vektor lain serta hebahan aktiviti pencegahan dan kawalan kesihatan awam di Negeri Sabah.

SITUASI SEMASA WABAK DENGGI NEGERI SABAH 7 MEI 2026
08/05/2026

SITUASI SEMASA WABAK DENGGI NEGERI SABAH 7 MEI 2026

07/05/2026
SITUASI SEMASA WABAK DENGGI NEGERI SABAH 6 MEI 2026
07/05/2026

SITUASI SEMASA WABAK DENGGI NEGERI SABAH 6 MEI 2026

06/05/2026
05/05/2026

20,451 kes denggi.

Itu bukan angka kecil.
Itu bukan sekadar nombor yang lalu di dashboard iDengue.

Itu bermaksud ribuan rumah sudah disentuh rasa cemas.
Anak demam panas.
Badan mula lemah.
Platelet jatuh.
Keluarga mula ulang-alik ke klinik dan hospital dengan harapan semuanya masih sempat.

Yang lebih membimbangkan, setakat awal Mei 2026 pun Malaysia sudah mencatat 20,451 kes denggi.
Sedangkan sepanjang tahun 2025, jumlah keseluruhan kes denggi yang dilaporkan ialah 55,399 kes.

Maknanya, belum pun separuh tahun berjalan, jumlah kes tahun ini sudah mencecah kira-kira 37 peratus daripada keseluruhan tahun lepas.

Ini petanda yang kita tak boleh lagi ambil mudah.
Denggi bukan tunggu rumah kotor.
Denggi juga bukan hanya masalah jiran.
Kadang-kadang ia bermula dengan benda kecil yang kita sendiri tak nampak penting.
Piring pasu.
Baldi lama.
Bekas plastik.
Longkang tersumbat.
Air bertakung yang dibiarkan terlalu lama.

Ramai orang tunggu fogging.
Sedangkan fogging hanya bantu bunuh nyamuk dewasa.
Kalau tempat pembiakan masih ada, kitaran itu akan bermula semula.

Sebab itu mesej paling penting malam ini mudah sahaja.
Periksa rumah anda.
Periksa kawasan luar rumah.
Buang bekas yang menakung air.
Cuci tempat yang selalu terlepas pandang.

Jangan tunggu ada orang rumah sendiri kena baru hendak panik.
Kadang-kadang, 10 minit memeriksa kawasan rumah boleh elakkan satu keluarga melalui ketakutan yang panjang.

20,451 kes bukan angka untuk dibaca dan dilupakan.
Ia patut jadi amaran.

Sumber: iDengue

05/05/2026
05/05/2026

Apa itu Malaria Monyet?

Malaria monyet ialah penyakit zoonotik yang disebabkan oleh parasit Plasmodium knowlesi. Ia bukan merebak terus daripada monyet kepada manusia, tetapi melalui gigitan nyamuk Anopheles yang telah dijangkiti selepas menggigit monyet seperti kera atau beruk.

Situasi yang berlaku di Sabah

Sabah merupakan antara negeri yang mencatatkan kes tinggi di Malaysia, khususnya kawasan berhampiran hutan dan ladang.

Maklumat terkini pada Mei 2026 menunjukkan:

357 kes direkodkan di Sabah setakat minggu epidemiologi ke-16.
1 kematian turut dilaporkan.

Antara daerah yang dikenal pasti menyumbang kes ialah Tawau, Ranau dan Kudat.

Secara sejarah, kajian epidemiologi juga menunjukkan Kudat, Sabah pernah dikenal pasti sebagai kawasan dengan insiden tinggi jangkitan P. knowlesi.

Kenapa Sabah berisiko tinggi?

Antara faktor yang dikaitkan:

Aktiviti manusia berhampiran kawasan hutan
Pembukaan tanah / perladangan
Kehadiran populasi monyet macaque sebagai reservoir semula jadi
Habitat nyamuk Anopheles yang sesuai di kawasan pedalaman dan pinggir hutan
Simptom yang perlu diberi perhatian

Pesakit biasanya mengalami simptom:

Demam tinggi
Menggigil
Sakit kepala
Lemah badan
Sakit otot
Loya atau muntah

Kes yang teruk boleh menyebabkan komplikasi pada buah pinggang, masalah pernafasan, atau kematian jika lambat dirawat.

Golongan berisiko di Sabah
Pendaki gunung
Pemburu / pekebun / pekerja ladang
Penduduk berhampiran hutan
Sukarelawan atau peserta aktiviti outdoor di pedalaman Sabah
Langkah pencegahan
Pakai pakaian lengan panjang di kawasan hutan.
Gunakan repelan nyamuk.
Elakkan aktiviti luar waktu senja hingga malam jika di kawasan berisiko.
Tidur menggunakan kelambu jika berada di kawasan pedalaman.
Dapatkan rawatan segera jika demam selepas aktiviti hutan

๐Ÿ“Œ MESYUARAT TEKNIKAL CPBV  PERINGKAT NEGERI SABAH BIL. 1/2026Pada 4โ€“5 Mei 2026 telah berlangsung Mesyuarat Teknikal Cawa...
05/05/2026

๐Ÿ“Œ MESYUARAT TEKNIKAL CPBV PERINGKAT NEGERI SABAH BIL. 1/2026

Pada 4โ€“5 Mei 2026 telah berlangsung Mesyuarat Teknikal Cawangan Penyakit Bawaan Vektor Peringkat Negeri Sabah Bil. 1/2026 yang dipengerusikan oleh YBrs. Dr. Muhammad bin Jikal, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam) di Bilik Mesyuarat UTC,Kota Kinabalu

Mesyuarat turut dihadiri oleh Dr. Abdul Marsudi bin Manah (Ketua Penolong Pengarah Kanan CPBV), En. Tanrang Yusin (Ketua Penolong Pengarah Kanan Cawangan Entomologi & Pest), wakil daripada Bahagian Farmasi, wakil daripada Bahagian Perubatan, wakil daripada Cawangan Promosi Kesihatan, Pegawai Kesihatan Kawasan/Daerah, pakar perubatan, wakil hospital, wakil Makmal Kesihatan Awam Kota Kinabalu, wakil daripada daerah serta staf CPBV.

Mesyuarat memberi fokus kepada perbincangan isu semasa serta perancangan aktiviti kawalan penyakit bawaan vektor di peringkat negeri. Diharapkan segala keputusan yang dicapai dapat memperkukuh pelaksanaan program dan meningkatkan keberkesanan kawalan penyakit bawaan vektor.

CPBV tempat ke-8 ๐Ÿฅณ
05/05/2026

CPBV tempat ke-8 ๐Ÿฅณ

05/05/2026

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

4 Mei 2026 (Isnin)

๐Ÿ“Œ Berikut Merupakan Status Terkini Situasi Semasa Wabak Demam Denggi di Daerah Penampang setakat 4 Mei 2026 (Isnin).

Sumber: Laman FB Cawangan Penyakit Bawaan Vektor

Lokaliti Wabak Demam Denggi:

WABAK TIDAK TERKAWAL
1. Beverly Hills Phase 3 (10 Kes) | Tutup wabak: 11 Mei 2026

WABAK TERKAWAL
2. Bukit Klinik Nosoob (3 Kes) | Tutup wabak: 11 Mei 2026
3. Ganang Villa (2 Kes) | Tutup wabak: 10 Mei 2026

๐Ÿ“ข Masyarakat perlu memainkan peranan dan bekerjasama dalam memastikan tiada pembiakan nyamuk Aedes ๐ŸฆŸ di persekitaran kediaman dan premis masing-masing terutama masyarakat yang tinggal di sekitar kawasan yang diisytiharkan wabak.

๐Ÿ“ฃ Komuniti disarankan supaya melakukan melakukan aktiviti gotong-royong ๐Ÿงน๐Ÿงค๐Ÿงฝ bagi menghapuskan tempat-tempat pembiakan Aedes secara berkala termasuk mengitar semula โ™ป๏ธ atau melupuskan barang lusuh yang tidak terpakai yang berpotensi menjadi tempat nyamuk Aedes.

โœ… Jadikan aktiviti ๐—–๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐— ๐˜‚๐˜€๐—ป๐—ฎ๐—ต tempat pembiakan Aedes di dalam dan luar rumah ๐Ÿ”Ÿ minit sekali seminggu sebagai aktiviti rutin keluarga bagi memastikan persekitaran bebas Aedes dan seterusnya memutuskan kitaran nyamuk Aedes.

๐Ÿ“Œ๐—ง๐—ถ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐—”๐—ฒ๐—ฑ๐—ฒ๐˜€, ๐˜๐—ถ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐—ฑ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ถ, ๐—ฐ๐—ต๐—ถ๐—ธ๐˜‚๐—ป๐—ด๐˜‚๐—ป๐˜†๐—ฎ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐˜‡๐—ถ๐—ธ๐—ฎ.๐Ÿ“Œ







Address

Jalan Kinabalu
Kota Kinabalu
88100

Opening Hours

Monday 08:00 - 05:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00
Saturday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6088247105

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Cawangan Penyakit Bawaan Vektor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Cawangan Penyakit Bawaan Vektor:

Share