Klinik KM SESB

21/12/2025

Alhamdulillah..
Selesai sudah majlis sempena Pembukaan
Klinik KM SESB, yg bertukar alamat di Bangunan KWSP.

Terima kasih di atas kehadiran, sokongan dan doa para tetamu, juga dari yg tidak dapat hadir..

Ramai pesakit ingat semua ubat mesti diambil selepas makan, iaitu selepas makan nasi.Sebenarnya makanan dalam perut dapa...
15/12/2025

Ramai pesakit ingat semua ubat mesti diambil selepas makan, iaitu selepas makan nasi.

Sebenarnya makanan dalam perut dapat memberi kesan seperti meningkatkan penyerapan ubat, mengurangkqn kesan sampingan dan melindungi lapisan dalam perut.
Manakala ada juga ubat yang memerlukan perut kosong untuk meningkatkan dan mengelakkan gangguan penyerapan.

Ubat yg perlu diambil semasa perut kosong (empty stomach) sepatutnya diambil 1 jam sebelum atau 2 jam selepas makan untuk ia bekerja dengan lebih baik.

Ubat yg perlu diambil dengan makanan (with food) p**a diambil selepas makan makanan ringan (snack) seperti biskut, roti atau buah.

Kebanyakan ubat yang biasa diambil seperti Paracetamol dan ubat selsema p**a tidak terkesan dengan ‘isi perut’ dan boleh diambil sebelum atau selepas makan.
.

Untuk penerangan yg lebih lanjut tentang kaedah merancang keluarga yg sesuai dengan anda, sila la berjumpa dgn Doktor an...
11/12/2025

Untuk penerangan yg lebih lanjut tentang kaedah merancang keluarga yg sesuai dengan anda, sila la berjumpa dgn Doktor anda ..

Ramai orang nampak pejuang 2 garis.
Yang share gambar UPT, yang kongsi berita gembira bakal jadi ibu ayah.

Tapi jarang kita nampak pejuang 1 garis.
Setiap bulan berdebar tunggu keputusan, doa dalam hati, “Harap tak mengandung dulu.”
Bukan sebab tak mahu rezeki anak, tetapi sebab tahu diri dan keluarga belum mampu atau belum bersedia.

Ada yang kewangan semput, perkahwinan masih goyah, baru lepas bersalin, atau sedang bergelut dengan kesihatan mental sendiri.

Perasaan lega bila datang haid, kemudian rasa bersalah dan tertanya “kenapa aku rasa macam ini” itu bukan tanda anda manusia yang jahat. Itu tanda anda sedar tanggungjawab jadi ibu bapa bukan perkara kecil. Kehamilan yang tidak dirancang boleh beri kesan besar pada tubuh, emosi, hubungan, kerjaya dan masa depan anak.

Di sinilah perancangan keluarga jadi sangat penting.

Ada banyak pilihan yang selamat dan terbukti berkesan, contohnya pil perancang, suntikan, implan di lengan, IUCD, kondom dan kaedah kecemasan yang boleh diambil dalam masa tertentu jika hubungan berlaku tanpa perlindungan.

Kebanyakan kaedah ini bersifat sementara. Bila anda dan pasangan rasa sudah bersedia, kaedah boleh dihentikan dan peluang untuk hamil akan kembali mengikut kesihatan masing-masing.

Perancangan keluarga bukan sekadar elak mengandung. Tujuan utama ialah merancang jarak kehamilan supaya tubuh ibu sempat pulih, mengurangkan risiko komplikasi, dan pastikan setiap anak mendapat perhatian, masa dan sumber yang mencukupi.

Jarak kehamilan yang disyorkan biasanya sekurang-kurangnya dua tahun selepas bersalin sebelum hamil semula, bergantung pada keadaan kesihatan.

Anda boleh bertanya tentang pilihan yang sesuai di klinik kesihatan kerajaan, LPPKN atau klinik swasta. Jururawat dan doktor akan terangkan kelebihan, kekurangan dan kesan sampingan setiap kaedah supaya anda boleh pilih ikut keadaan diri, penyakit sedia ada, berat badan, umur dan perancangan hidup. Maklumat ini adalah sulit dan dilindungi, jadi anda tidak perlu malu untuk bertanya.

Hari ini, kita raikan semua pejuang.

Yang berharap muncul 2 garis dan yang setiap bulan berharap kekal 1 garis. Apa pun keputusan, yang penting anda buat dengan ilmu, dapat restu dan persetujuan bersama pasangan, dan yang paling utama, anda jaga diri sendiri sedaya mungkin.

Perancangan keluarga bukan menolak rezeki, tetapi usaha untuk menyambut rezeki pada masa yang lebih selamat untuk ibu, anak dan seluruh keluarga ❤️

Selama 36 tahun Klinik KM SESB beroperasi di Wisma SESB, kini ..jumpa kami di Bangunan KWSP! 😊
06/12/2025

Selama 36 tahun Klinik KM SESB
beroperasi di Wisma SESB, kini ..
jumpa kami di Bangunan KWSP! 😊

Ambil Antibiotik hanya bila diperlukan iaitu bila dijangkiti kuman bakteria, atas preskribsi Doktor  dan habiskan antibi...
22/11/2024

Ambil Antibiotik hanya bila diperlukan iaitu bila dijangkiti kuman bakteria, atas preskribsi Doktor dan habiskan antibiotik seperti yg diarahkan.

Ketahui jenis2 ubat tahan sakit ( painkiller) anda!
04/07/2023

Ketahui jenis2 ubat tahan sakit ( painkiller) anda!

30/06/2023

Soalan: "Prof Imelda, semasa hamil ada pantang-larangnya ke?"

Jawapannya:
Ada. Mai chek nak habaq, inilah nasihat dari Prof Imelda, apa yang ibu hamil tak boleh ambil:

1) Minuman beralkohol, tidak kira apa jenis, walaupun kandungan alkohol yang hanya sedikit, termasuklah tapai dan tapai pulut. Alkohol boleh menyebabkan keguguran, kecacatan pembentukan janin dan kerosakan otak janin, walaupun ia hanya sedikit dan tidak memabukkan ibu hamil.

2) Jangan merokok, v**e, hisap g***a, penyalahgunaan dadah sebab ini boleh memudaratkan kesihatan ibu hamil dan janin di dalam kandungan. Elakkan menyedut asap rokok yang dihembus keluar oleh orang lain, iaitu secondhand smoke.

3) Makanan atau minuman yang ibu hamil sendiri ada allergy atau alahan.

4) Ubat tahan sakit yang mengandungi NSAIDs seperti aspirin berdos biasa 300mg (tetapi aspirin berdos rendah 75mg hingga 150mg seperti cardiprin adalah selamat), ibuprofen, voltaren, sodium valproate, ponstan, mefenamic acid, naproxen, nurofen, salicylic acid, salicylate, diclofenac, indomethacin, sebab ini boleh mengganggu kesihatan buah pinggang janin di dalam kandungan dan boleh mengurangkan air ketuban.

5) Elak ubat sapu atau minyak sapu yang memanaskan badan sebab ini juga mengandungi methyl-salicylate iaitu salah satu ubat NSADs, seperti di dalam tiger balm, deep heat, minyak angin. Bila digunakan, ia boleh menyerap masuk ke dalam kulit ke dalam darah. Bila digunakan sedikit saja mungkin tidak memudaratkan tetapi lebih baik elakkannya.

6) Untuk penjagaan kulit atau skincare, jika ia adakah skin scrub atau skrub kulit yang mengandungi salicylic acid atau salicylate, elakkannya. Jika ia di dalam bentuk pencuci muka tanpa scrub, boleh digunakan jika berdos kecil, iaitu kurang dari 2%. Jika anda tidak pasti apakah dos salicylate di dalam pencuci muka atau krim muka, lebih baik elakkan mana-mana yang ada bahan ini.

7) Ubat-ubatan yang dibeli sendiri tanpa nasihat doktor. Jangan beli ubat-ubat sendiri. Datang berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat tentang ubat-ubatan semasa hamil.

8)Produk-produk, jus-jus, yang dijual oleh penjual-penjual dengan tuntutan overclaim memutihkan kulit baby di dalam kandungan, menaikkan darah merah Hb, menghilangkan alahan, menghilangkan jerawat, memberi tenaga, mengawal kencing manis, mengurangkan keputihan, memberi tenaga dan pelbagai-bagai jenis overclaim untuk kesihatan ibu mengandung. Jangan terpedaya dengan produk overclaim mengarut-ngarut.

9) Produk penjagaan kulit (skincare) yang memutihkan kulit atau melambatkan penuaan kulit yang mengandungi merkuri. Ini ialah bahan terlarang yang boleh meresap ke dalam darah dan boleh memudaratkan kesihatan ibu dan merosakkan pembentukan otak janin. Sila baca label apakah bahan kandungannya. Jika ada perkataan seperti mercurous chloride, calomel, mercuric, mercurio, mercury, jangan gunakan produk kulit ini. Jika produk skincare memutihkan kulit atau anti-ageing yang dijual itu tiada label apakah bahan kandungannya maka janganlah beli.

10) Elakkan ikan laut dalam besar-besar yang tinggi pencemaran mercuri seperti ikan jerung (shark), ikan todak (swordfish), ikan marlin, ikan king mackerel, ikan barramundi, ikan tuna besar seperti bluefin tuna, bigeye tuna. Sebabnya ialah ikan besar-besar ini hidup dengan lebih lama di laut dalam dan boleh mengumpul pencemaran merkuri di dalam badan. Makanlah ikan-ikan kecil yang lebih selamat seperti udang, sotong, ketam, salmon, ikan bilis, ikan kembung, ikan selayang, ikan keli, ikan siakap, ikan tilapia, ikan sungai dan sebagainya.

11) Telur mentah, ikan mentah, ayam mentah, daging mentah dan susu mentah. Elakkan ayam atau telur mentah atau separuh masak untuk mencegah keracunan salmonella. Elakkan daging tak masak betul untuk mencegah jangkitan toxoplasma. Elakkan ikan tidak dimasak termasuk sushi atau oyster mentah untuk mengelakkan keracunan makanan. Elakkan susu kambing mentah atau susu lembu mentah yang baru diperah jika tidak dimasak sehingga mendidih untuk mengelakkan jangkitan Listeria, Brucella, Campylobacter, Cryptosporidium, E. Coli dan Salmonella.

12) Jangan ambil vitamin A berdos tinggi sebab ini boleh menyebabkan kecacatan pembentukan janin. Ini termasuklah ubat jerawat seperti retinoic acid. Jangan ambil multivitamin suplimen yang bukan dirumuskan untuk kehamilan. Multivitamin suplimen biasa, ada yang mengandungi dos Vitamin A yang terlalu tinggi maka lebih selamat tukar ke multivitamin yang dibuat khusus untuk wanita hamil. Elakkan memakan hati lembu, sebab ini juga tinggi dengan vitamin A. Orang Eropah s**a makan pate yang diperbuat dari hati lembu, maka saya nasihatkan elakkan ini semasa hamil juga.

13) Elakkan megadose Vitamin C (2000mg Vitamin C sehari ke atas ialah overdos atau megados) atau apa-apa supplement tambahan berlebihan yang anda tidak perlu tanpa nasihat doktor.

14) Elakkan pengambilan caffeine melebihi 200mg sehari, sebab ini boleh menyebabkan keguguran dan masalah pembesaran janin. Caffeine boleh didapati di di dalam kopi, teh, koko, cokelat.

15) Jangan ‘makan untuk DUA’ atau makan berlebihan, sebab berat badan anda boleh naik dengan mendadak semasa hamil dan boleh meningkatkan risiko diabetes semasa hamil, tekanan darah tinggi semasa hamil, janin menjadi terlalu besar atau bahu tersangkut semasa kelahiran bayi (shoulder dystocia).

16) Elakkan ais yang dibuat dari air tidak bersih atau air paip yang tidak dimasak atau air paip yang tidak ditapis. Lebih baik jangan minum ais dari gerai tepi jalan termasuk ais kacang, dan ambil ais yang anda pasti dibuat oleh air bersih atau dibuat sendiri.

17) Elakkan makanan tidak sihat seperti makanan tinggi gula, tinggi garam, tinggi pengawet, makanan berproses, jajan, air manis penuh gula.

18) Ramai juga bertanya tentang pewarnaan rambut semasa hamil. Tidak ada cukup data dari kajian perubatan untuk membuktikan ia memudaratkan kesihatan janin di dalam kandungan, tetapi nasihat yang terbaik ialah elakkannya pada 3 bulan pertama kehamilan sebab inilah masanya organ-organ janin membentuk.

Tak payahlah pantang buah-buahan segar semulajadi yang berkhasiat dan ada kebaikan serat buah. Jangan takut makan buah nenas, minum air kelapa, air tebu, buah betik, buah durian, buah tembikai selagi anda tiada allergy atau alahan dan anda bersederhana. Tak payahlah pantang minum air sejuk berais selagi anda gunakan ais yang diperbuat dari air bersih dan bukan air manis yang tinggi kandungan gula berproses.

Sekian, terimakasih
Dr Imelda Balchin
Professor (Clinical) KPJ Healthcare University
Consultant Obstetrics & Gynaecology
Subspecialist in Maternal & Fetal Medicine with special interest in preterm birth prevention
MSc in Public Health
Social Media Influencer for Health
Advocate for Women Empowerment
Founder of Cervical Insufficiency Society Malaysia
Marathon runner

20/05/2023

Kopi ada kebaikan dan keburukan. Kesan kepada setiap individu adalah berbeza. Ambil secara sederhana dan elakkan meletakkan terlalu banyak gula+ susu pekat manis+ gula tambahan lain.

05/04/2023

Perhatian untuk anda yg baru dapat tawaran Haji,
Klinik kami ada menyediakan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan dan vaksinasi untuk bakal Haji.

Selamat Berpuasa kepada semua yang menjalani ibadah ini.Semoga kekal bertenaga dan cergas fizikal dan mental dalam melak...
01/04/2023

Selamat Berpuasa kepada semua
yang menjalani ibadah ini.
Semoga kekal bertenaga dan cergas fizikal dan mental dalam melakukan tugasan seharian semasa berpuasa.
.

May the New Year 2023 bring you great health, wealth, happiness, success, love and blessings!Selamat Tahun Baru 2023 dar...
01/01/2023

May the New Year 2023 bring you great health, wealth, happiness, success, love and blessings!

Selamat Tahun Baru 2023 dari kami di Klinik KM SESB ..
.

📌Diabetes atau Kencing Manis berlaku apabila badan tidak mampu menghasilkan insulin secukupnya atau badan tidak bertinda...
03/09/2022

📌Diabetes atau Kencing Manis berlaku apabila badan tidak mampu menghasilkan insulin secukupnya atau badan tidak bertindak balas sebaiknya pada insulin.

✅Ini menyebabkan gula dalam darah tidak dapat masuk ke dalam sel untuk ditukarkan kepada tenaga dan mengakibatkan peningkatan paras gula darah.

💥Pra-diabetes merupakan situasi apabila paras gula dalam darah melebihi paras normal tetapi belum mencapai paras yang dikategorikan sebagai menghidapi Diabetes. Keadaan ini ditentukan melalui ujian makmal yang akan disahkan oleh doktor.

👉 Kebiasaanya, pra-diabetes ini tidak mempunyai gejala.

Petikan dr FB KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Address

Lot BG. 03A, Tingkat Bawah Bangunan KWSP, No. 49, Japan Karamunsing
Kota Kinabalu
88100

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00
Saturday 08:00 - 17:00

Telephone

+6088237492

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik KM SESB posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Klinik KM SESB:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

Category