Klinik Menggatal, Dr Je

Klinik Menggatal, Dr Je Klinik swasta tertua di kawasan Manggatal menyediakan rawatan berkualiti dengan harga yang berpatutan

www.klinikmenggatal.com

15/10/2025

Adakah anda tahu?

Pengambilan vaksin layak untuk pelepasan cukai sejak 2021

15/10/2025

Vaksin influenza kini ada stock!

Cepat datang ambil sebelum kehabisan lagi

12/10/2025
11/10/2025

FAQ INFLUENZA 2025: Soalan Lazim Masyarakat

1. Apa gejala influenza?

Influenza (flu) biasanya menyebabkan gejala:
• Demam tinggi, menggigil
• Batuk, sakit tekak
• Hidung berair atau tersumbat
• Sakit kepala, sendi dan otot
• Letih dan lemah
• Kadang-kadang muntah atau cirit-birit (lebih kerap pada kanak-kanak)

2. Berapa lama seseorang berjangkit (infectious)?
• 1 hari sebelum gejala muncul hingga 5–7 hari selepas sakit bermula.

3. Perlu ke maklum kepada Pejabat Kesihatan (notifikasi)?
• Tidak perlu bagi kes individu.
• Tapi jika ramai pelajar/staf jatuh sakit serentak di sekolah, taska, asrama atau pejabat pihak institusi perlu maklumkan kepada PKD untuk siasatan dan tindakan kawalan.

4. Perlu ke sekolah atau taska ditutup kalau ada kes influenza?
• Tidak perlu tutup sekolah sepenuhnya.
• Hanya murid atau staf yang bergejala perlu direhatkan di rumah hingga sembuh.
• Sekolah disaran teruskan pemantauan, pembersihan kawasan, dan pengasingan pelajar bergejala.
• Penutupan hanya dipertimbangkan jika kluster besar berlaku dan disahkan oleh PKD.

5. Bagaimana nak tahu seseorang ada influenza? Siapa yang boleh sahkan?
• Doktor boleh menilai berdasarkan gejala klinikal.
• Untuk pengesahan, boleh buat ujian RTK influenza (A/B) atau PCR di klinik atau hospital.
• Ujian biasanya disyorkan untuk:
• Pesakit risiko tinggi atau dimasukkan ke hospital
• Pengesahan kes berkaitan kluster / institusi

6. Adakah ibu bapa layak terima cuti kuarantin jika anak kena influenza?
• Bagi penjawat awam:
Layak memohon Cuti Menjaga Anak yang Dikuarantin / Memerlukan Pengasingan (maksimum 5 hari setiap kes) jika ada surat pengesahan doktor bahawa anak perlu dikuarantin.
• Termasuk penyakit berjangkit seperti influenza jika pegawai perubatan mengesahkan perlunya pengasingan.
• Bagi pekerja swasta:
Tiada peruntukan wajib dalam undang-undang. Namun, boleh guna cuti rehat, cuti sakit, atau cuti kecemasan atas budi bicara majikan.

7. Adakah jangkitan sekarang strain baru?
• Setakat ini, tiada strain influenza baru yang berbahaya dikesan di Malaysia.
• Kes meningkat disebabkan virus influenza bermusim

8. Apakah rawatan untuk influenza?
• Kebanyakan pesakit pulih sendiri dengan rehat dan rawatan simptomatik (ubat demam, batuk, selsema).
• Antiviral (Oseltamivir/Tamiflu) diberikan jika:
• Pesakit risiko tinggi (kanak-kanak, warga emas, ibu hamil, pesakit kronik), atau
• Pesakit dengan komplikasi / dimasukkan ke hospital.
9. Adakah vaksin influenza penting?
• Sangat digalakkan setiap tahun, terutamanya untuk:
• Warga emas (≥60 tahun)
• Pesakit kronik
• Petugas kesihatan & penjaga warga emas
• Vaksin membantu kurangkan risiko jangkitan teruk dan komplikasi.

10. Apa langkah pencegahan terbaik?
• Tutup mulut & hidung bila batuk/bersin
• Basuh tangan dengan sabun atau sanitizer
• Pakai pelitup muka jika bergejala
• Elak tempat sesak
• Rehat di rumah hingga sembuh

Influenza mungkin nampak seperti selsema biasa, tapi bagi warga emas, kanak-kanak kecil, dan pesakit kronik ia boleh jadi jangkitan yang serius.

Kesihatan bukan sekadar tentang cepat sembuh, tapi tentang tidak menjangkiti orang yang kita sayang.

Influenza boleh meragut nyawa!Vaksin influenza boleh diberi dari umur 6 bulan ke atas. Hubungi Klinik Menggatal, Dr Je u...
11/10/2025

Influenza boleh meragut nyawa!

Vaksin influenza boleh diberi dari umur 6 bulan ke atas.
Hubungi Klinik Menggatal, Dr Je untuk dapatkan vaksin anda.

KUCHING - Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) akan mendapatkan pengesahan terlebih dahulu daripada Jabatan...

11/10/2025
08/10/2025

Musim Influenza sudah tiba!

Vaksin influenza adalah cara paling efektif mencegah daripada jangkitan influenza.

08/09/2025

Tahukah anda obesiti merupakan suatu penyakit yang jika dibiarkan akan menjadi tunjang kepada penyakit lain seperti penyakit tiga serangkai? Penyakit tiga serangkai merangkumi kencing manis, darah tinggi dan kolesterol tinggi.

Jika anda mengalami obesiti, mesti ramai orang sekeliling anda yang kerap memberitahu anda untuk bersenam dan jaga pemakanan. Adakah anda sudah bersenam sehabis mungkin 🏃‍♂️ tetapi tidak mencapai sasaran pengurangan berat badan? Atau anda cuba menjaga pemakanan tetapi selalu akur dengan selera yang tidak terkawal? Atau anda merupakan penghidap penyakit kencing manis tetapi kawalan gula masih kurang memuaskan?

Ozempic/Mounjaro mungkin merupakan salah satu suntikan yang sesuai untuk anda! 💉
Hanya suntik seminggu sekali dan dijangka boleh mengurangkan berat badan sebanyak 15-25%*.
Walaubagaimanapun, perbincangan dengan doktor adalah diperlukan kerana setiap pesakit memerlukan pelan penurunan berat badan yang berbeza.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di Whastapp Klinik Menggatal, Dr Je

Klinik Menggatal, Dr Je ingin mengucapkan Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan! Selamat menyambut Pesta Kaamatan kepada sem...
30/05/2025

Klinik Menggatal, Dr Je ingin mengucapkan Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan!
Selamat menyambut Pesta Kaamatan kepada semua.
Klinik akan ditutup pada hari ini serta esok dan akan dibuka semula pada hari isnin.

🌾🌾🌾🌾🌾🌾🌾🌾🌾
Kaamatan montok toinsanaan

Musim influenza telah tiba! Sektor kesihatan menjangkakan musim influenza akan melanda teruk pada bulan Mei-Ogos.Vaksina...
17/05/2025

Musim influenza telah tiba! Sektor kesihatan menjangkakan musim influenza akan melanda teruk pada bulan Mei-Ogos.

Vaksinasi adalah langkah pencegahan terbaik dan kos efektif untuk mencegah gejala virus influenza.

Dapatkan sekarang di Klinik Menggatal, Dr Je! Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi atau Whatsapp kami di +601167486533

————————————————————————

Flu season is back! Healthcare sector is expecting the flu to hit hard during May-August.

Vaccination is the best and cost effective preventable measures to prevent the flu virus symptoms.

Get yours now at Klinik Menggatal, Dr Je! For more info, you can call or Whatsapp us at +601167486533

Mencegah lebih baik daripada mengubati…Pengambilan ubat PrEP boleh mengurangkan risiko dijangkiti oleh HIV/AIDS. Info la...
28/04/2025

Mencegah lebih baik daripada mengubati…

Pengambilan ubat PrEP boleh mengurangkan risiko dijangkiti oleh HIV/AIDS.

Info lanjut boleh hubungi klinik di Whatsapp kami, 01167486533

Klinik Menggatal, Dr Je wishes all Christians a Blessed Good FridayKlinik will remain closed today 18/4 and tomorrow 19/...
18/04/2025

Klinik Menggatal, Dr Je wishes all Christians a Blessed Good Friday

Klinik will remain closed today 18/4 and tomorrow 19/4
We will resume operation on 21/4

Address

No 7, 1st Floor, Lorong Pekan Manggatal 1
Kota Kinabalu
88450

Opening Hours

Monday 08:00 - 12:30
14:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 12:30
14:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 12:30
14:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 12:30
14:00 - 17:00
Friday 08:00 - 12:30
14:00 - 17:00
Saturday 08:00 - 12:30

Telephone

+601167486533

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Menggatal, Dr Je posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram