Felcra Berhad Negeri Sabah

Felcra Berhad Negeri Sabah FELCRA Berhad Merupakan syarikat yang diperbadankan di Bawah Kementerian Kewangan seliaan KKDW

🌟 TAHNIAH KEPADA SEMUA PEMENANG PENGIKTIRAFAN LEGASI FELCRA 60 TAHUN! 🌟Setinggi-tinggi Tahniah diucapkan kepada team FEL...
06/05/2026

🌟 TAHNIAH KEPADA SEMUA PEMENANG PENGIKTIRAFAN LEGASI FELCRA 60 TAHUN! 🌟

Setinggi-tinggi Tahniah diucapkan kepada team FELCRA Sabah yang telah dipilih menjadi Juara kategori penghasilan video kreatif dan seterusnya menjayakan program Pengiktirafan Legasi FELCRA 60 Tahun sempena sambutan enam dekad FELCRA Berhad.

Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk terus berkarya, berkongsi inspirasi dan memperkukuhkan semangat kebersamaan demi meneruskan legasi FELCRA.

04/05/2026

Selamat Ulang Tahun ke-60 FELCRA Berhad

FELCRA (Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan) telah ditubuhkan pada 1 April 1966 di bawah Akta Parlimen sebagai sebuah badan berkanun yang berperanan membangunkan sektor luar bandar serta membantu meningkatkan taraf ekonomi peserta.

Pada tahun 1997, FELCRA telah dikorporatkan menjadi Felcra Berhad , sebuah syarikat milik penuh Kerajaan Malaysia yang terus komited dalam membina masa depan masyarakat luar bandar.

✨ Enam dekad kecemerlangan, dedikasi dan transformasi ✨

Ikhlas daripada:Pengurusan FELCRA Berhad Negeri Sabah


04/05/2026

π“π€π‡ππˆπ€π‡ & π’π„π‹π€πŒπ€π“ 𝐃𝐀𝐓𝐀𝐍𝐆 π˜ππ‡π†. πƒπ€π“πŽ' π’π‘πˆ π’π”π‘πˆπ€ππˆ ππˆππ“πˆ πƒπ€π“πŽ' π€π‡πŒπ€πƒ

Tahniah dan selamat datang kepada YBhg. Dato' Sri Suriani binti Dato' Ahmad atas pelantikan sebagai Ketua Setiausaha, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

Selamat menjalankan amanah dan tanggungjawab dalam menerajui kepimpinan kementerian ke arah memperkukuh pembangunan desa serta meningkatkan kesejahteraan masyarakat luar bandar.

KKDW komited untuk terus memberikan sokongan padu kepada kepimpinan YBhg. Dato' Sri dalam merealisasikan aspirasi Malaysia MADANI.

Ikhlas daripada:
Pengurusan Tertinggi serta
Warga Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah





03/05/2026
1 Mei 2026 | JumaatBertempat di Estet Danum Lahad Datu, Estet Pertama, Sandakan, Estet Perdana, Telupid & FELCRA Berhad ...
01/05/2026

1 Mei 2026 | Jumaat

Bertempat di Estet Danum Lahad Datu, Estet Pertama, Sandakan, Estet Perdana, Telupid & FELCRA Berhad Kawasan Kinabatangan telah meraikan sambutan hari pekerja pada hari ini. Dengan bertemakan *"Pekerja MADANI Kesuma Bangsa"* pelbagai acara menarik telah diadakan bagi tujuan mengeratkan hubungan antara pekerja dan semua kakitangan. Sambutan hari pekerja telah menjadi acara rutin pada setiap tahun di estet dan juga kawasan FELCRA Berhad Negeri Sabah.

Kredit : Estet Danum, Estet Pertama, Estet Perdana & FELCRA Berhad Kawasan Kinabatangan.

Selamat menyambut Hari Pekerja 1 Mei 2026!Penghargaan setinggi-tingginya buat seluruh warga kerja Felcra Berhad  Negeri ...
30/04/2026

Selamat menyambut Hari Pekerja 1 Mei 2026!

Penghargaan setinggi-tingginya buat seluruh warga kerja Felcra Berhad Negeri Sabah yang terus komited, berdedikasi dan menjadi tunjang kejayaan organisasi.

Bersama kita melangkah lebih jauh dengan semangat:
β€œSatu Pasukan, Satu Matlamat, Satu Kejayaan.”

Mesyuarat Agung Peserta Kali Ke-10 FELCRA Berhad Projek Inderasabah telah diadakan pada 28 April 2026 di Dewan Haji Musa...
29/04/2026

Mesyuarat Agung Peserta Kali Ke-10 FELCRA Berhad Projek Inderasabah telah diadakan pada 28 April 2026 di Dewan Haji Musa dengan kehadiran barisan pengurusan dan para peserta.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pengarah Negeri FELCRA Berhad Sabah YBrs. Encik Aliasan Bin Kerman.

Turut hadir En. Aidi Azhar Bin Alias – Penolong Pengarah Negeri Perladangan, Pn. Nurul Syahrizawati Binti Salleh – Ketua Unit Hal Ehwal Peserta, En. Malik Bin Kamal – Ketua Unit Mekanikal/Perancang, En. Mohamad Afiq Khalili Bin Mohd Khalil – Pengurus Kawasan FELCRA Berhad Kawasan Lahad Datu, En. Jamaluddin Bin Salleh – Ketua Peserta Inderasabah serta barisan AJKKP dan peserta projek.

Semoga usaha dan komitmen yang dizahirkan melalui mesyuarat ini terus memperkukuh kerjasama serta memacu kejayaan projek demi kesejahteraan semua peserta.

Mesyuarat Agung Peserta Kali Ke-10 projek FELCRA Berhad Sg. Yeh-Yeh telah berlangsung pada 27 April 2026 bertempat di Wi...
29/04/2026

Mesyuarat Agung Peserta Kali Ke-10 projek FELCRA Berhad Sg. Yeh-Yeh telah berlangsung pada 27 April 2026 bertempat di Wing Tat Grand Hotel, Semporna

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pengarah Negeri FELCRA Berhad Sabah, YBrs. Encik Aliasan Bin Kerman yang turut menyampaikan amanat serta penekanan terhadap kepentingan kerjasama, komitmen dan kesejahteraan peserta dalam memacu pembangunan projek secara berterusan.

Turut hadir, En. Aidi Azhar Bin Alias – Penolong Pengarah Negeri Perladangan, Pn. Nurul Syahrizawati Binti Salleh – Ketua Unit Hal Ehwal Peserta, En. Malik Bin Kamal – Ketua Unit Mekanikal/Perancang, En. Mohamad Afiq Khalili Bin Mohd Khalil – Pengurus Kawasan FELCRA Berhad Kawasan Lahad Datu, En. Hj. Hussin Bin Hj. Mohd Hassan – Ketua Peserta Sg. Yeh Yeh

Semoga mesyuarat ini terus memperkukuh kerjasama dan membawa manfaat kepada semua peserta.

24 April 2026 | 07 Zulkaedah 1447H (Jumaat)Telah berlangsung Program Perjumpaan Staf dan Majlis Bacaan Yasin mingguan ya...
24/04/2026

24 April 2026 | 07 Zulkaedah 1447H (Jumaat)

Telah berlangsung Program Perjumpaan Staf dan Majlis Bacaan Yasin mingguan yang dihadiri oleh YBrs. Encik Aliasan Bin Kerman, Pengarah Negeri FELCRA Berhad Sabah.

Dalam program ini, beliau turut menyampaikan amanah pihak pengurusan kepada semua staf sebagai panduan dan peringatan dalam melaksanakan tugas dengan lebih berintegriti dan berkesan.

Program ini diadakan secara berkala setiap minggu sebagai usaha mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga kerja di samping memupuk nilai-nilai kerohanian.

Address

FELCRA Berhad Negeri
Kota Kinabalu
88400

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6088487502

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Felcra Berhad Negeri Sabah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Felcra Berhad Negeri Sabah:

Share