11/08/2021
Bicara Hayat berpesan untuk hati
Kehidupan dan Kematian individu lain yg 'singgah' dalam kehidupan mu sama ada dalam dunia nyata mahupun maya ini adalah untuk mu mengambil ibrah dan pengajaran darinya.
Usah lah dirimu berlebih lebihan. Bimbang nanti nmpak cacat celanya kerana kita semua tidaklah maksum.
Benar lah hati mu runtun, sedih dan hiba, kerna ianya masih hidup dan lembt. Dan teruskan lah hidup dan lembut itu dengan mengingati Nya.
Buat mereka yg kehilangan mereka yg tersayang, moga Allah terus kurniakan kesabaran dan ketabahan. Moga Allah tempatkan mereka yg telah diambil Nya ditempat yg terbaik disisi Nya di sana.
Buat mereka yg diuji insan yg tersayang sakit, mari kita sama2 berdoa moga Allah kurniakan kesihatan dan kesembuhan buatnya dan terus diberikan keluarganya kekyatan dan dipermudahkan segala urusan buatnya.
Bagi mereka yg sedang berjauhan yg insan yg tersayang, moga kalian terus kuat untuk memelihara perhubungan walau berjauhan. Semoga Allah dekatkan hati2 kalian walau jauh dimata. Dan tiba masanya Allah didekatkan juga jasad kalian. Moga kasih sayang kalian sentiasa mekar semekar doa doa kalian kepada Nya.
Bagi mereka yg diuji dengan pelbagai ujian lain didunia ini, moga Allah permudahkan segala urusan kalian, luaskan rezeki kalian dan dimakbulkan segala doa-doa kalian.
“Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang berlaku kepada orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka ditimpa kepapaan dan penyakit serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang beriman yang ada bersertanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah SWT?”
(Surah al-Baqarah, ayat 214)
Sesungguhnya ujian itu Jalan kita ke Syurga. Tiada syurga buat mereka yg tak pernah diuji dan Allah uji kita mengikut kemampuan kita.
Dunia ini hanya tempat singgah. Sedang akhirat jualah tempat yg kekal abadi. Moga ditempatkan kita semua ditempat yg baik sebagaimana tempat mereka yg beriman dan beramal soleh.
Salam Maal Hijrah 1443H buat semua.
1 Muharram 1443H