19/09/2022
My Journey
1998-2022
Saya melalui banyak perjalanan sukar sepanjang Masa. Di dalam kehidupan dan dalam dunia politik.
Saya terlibat dgn politik bukan secara tidak sengaja. Kehidupan saya memang dipengaruhi dengan orang sekeliling saya, Bapa, Ibu, Pakcik, mak Saudara, Datuk dan lain-lain faktor sekeliling.
1998-2002
Selepas 4 tahun menjadi ahli SAPP, saya dilantik ke EXCO Pemuda. Ketua saya waktu itu ialah Datuk Wong Yit Ming. Memang akan terkejut apabila saya terus dilantik sebagai Naib Ketua Pemuda bersama beberapa lagi Naib dan menjadi orang yang paling muda pada era tersebut.
Antara sahabat saya dalam Pemuda ketika itu, Edward Dagul, Datuk Au Kam Wah, Vincent Chang, Kenneth Goh, Chua Sung Ming, Hsu Han Chun, Vijay Ragavan, sekadar menyebut beberapa nama.
Saya juga Mula mengenali beberapa Pemuda lain di luar EXCO seperti Chester Pang, Sim Kwang Liang.
Melalui pengalaman baru yang saya tidak banyak terbayang pun waktu itu. Tetapi bermula dari era tersebut jugalah saya mengenali ramai orang, belajar banyak benda baru terutama latihan dan pengurusan.
2002-2006
Era Datuk Frankie Chong, beliau ketika itu adalah ADUN di lantik. Semasa Era beliau, saya dilantik semula dengan portfolio sebagai Setiausaha Penganjur. Banyak program mula saya kelolakan di bawah beliau.
Antara yang paling berkesan adalah buat pertamakalinya wanita muda dipanggil sebagai Mudanita. Ianya adalah legasi Penting yang ditinggalkan era ini. Nama Mudanita itu juga asalnya idea saya. Cara mengetengahkan idea ini juga agak ikonik apabila saya ujudkan buat pertamakalinya Kem Pemuda Dan Mudanita SAPP. Itulah pertama kalinya Mudanita diingati kemunculannya.
2006-2008
Era Datuk Au Kam Wah, Meskipun beliau tidak lama menjadi Ketua Pemuda kurang dari 2 tahun, ekoran beliau meletak jawatan Dan keluar dari SAPP, ketika itu beliau adalah ADUN Elopura. Ini berlaku semasa peristiwa Penting Dan bersejarah dimana SAPP keluar dari Barisan Nasional.
Saya mengambil keputusan untuk kekal meneruskan perjuangan dalam SAPP. Meskipun ramai juga rakan-rakan meninggalkan kami.
Begitupun, peranan saya semasa Era ini adalah kembali sebagai Naib Ketua Pemuda.
2008-2010
Era Edward Dagul. Ini adalah peristiwa Penting apabila Edward Dagul mengambil alih jawatan Ketua Pemuda. Saya Dilantik semula sebagai Naib Ketua Pemuda.
Di Sini agak banyak tugas dilakukan, menjelajah Dan menyertai berbagai aktiviti sepanjang tahun termasuklah menghadapi PRK Batu Sapi.
Peristiwa ini juga cukup bersejarah bagi diri saya apabila mengambil keputusan untuk bertanding Ahli Majlis Tertinggi pada kongres 2010. Saya memenangi Pertandingan dengan undi kedua terbanyak di belakang sahabat saya Chong Pit Fah.
2010-2014
Edward Dagul kembali menjadi Ketua Pemuda, saya dilantik sebagai Setiausaha Penganjur Parti di peringkat Pusat Dan juga Dilantik semula ke Jawatan Naib Ketua Pemuda.
Sehingga 2014 ini berakhir saya sudah 12 tahun menjadi Naib Dan 4 tahun sebagai Setiausaha Penganjur Pemuda Dan 4 tahun sebagai Ahli Majlis Tertinggi serta Setiausaha Penganjur pusat.
Penggal 2010-2014 ini memang penuh warna-warni Dan saya menggalas Tanggungjawab yang cukup besar apabila dipilih sebagai Salah seorang Calon. Akan tetapi saya tewas.
Semangat waktu itu agak Turun, Dan saya melihat Ramai orang Mula meninggalkan parti. Pun demikian, yang setia, terus kekal dalam perjuangan.
Saya juga telah mengambil keputusan awal untuk berehat dari memeggang sebarang jawatan. Bagaimanapun, apabila melihat Ramai mula berundur, saya merasakan saya harus berjuang lagi untuk parti. Saya tampil bertanding Naib Presiden pada pemilihan 2014, dan memenangi Naib Presiden tanpa bertanding.
2014-2018
Selepas 16 tahun dalam EXCO Pemuda, saya diminta menggalas tugas pada Masa paling sukar ketika itu iaitu sebagai Ketua Pemuda Parti.
Namun disinilah juga bermulanya cabaran Dan gerakan kerja yang berbeza daripada Ketua Pemuda yang sebelum saya.
Ujudnya SORAK SABAH, BlackSunday Dan penjenamaan semula Evo Camp.
Mungkin ramai dah tahu tentang BlackSunday yang cukup terkenal.
Pada era ini juga dibawah pimpinan saya, Pemuda SAPP tampil lebih agresif. Sesiapa yang menyertai saya waktu ini, adalah mereka yang cukup berani, bijak Dan sentiasa melaksanakan Tanggungjawab Tanpa lelah. Ujudnya Gabungan Sabah Dan Pemuda SAPP diberikan peluang menjadi Ketua Pemuda Gabungan yang dinamakan GEMA.
Sabah Day juga Mula dianjurkan dengan kapasiti paling besar ketika itu di Kundasang pada 2015.
Namun sekali lagi Kita hampa apabila Kita tidak berjaya memenangi sebarang kerusi DUN atau MP.
Penghujung penggal 2018, sekali lagi saya menawarkan diri bertanding Naib Presiden. Dan buat kali kedua menang tanpa bertanding.
2018-2022
Era ini ditempuhi dengan berbagai lagi kerancakan Dan peristiwa Penting. Saya Dilantik semula sebagai Ketua Pemuda Dan Mula merangka berbagai rencana.
Antaranya adalah siri bantahan PSS melalui BlackSunday. Ini merupakan suatu peristiwa Dan kejayaan yang saya tidak boleh lupakan. Semua orang tahu BlackSunday memainkan peranan Penting menumbangkan Calun Warisan di PRK Kimanis apabila menyaksikan bantahan secara besar-besaran yang pertama kali berlaku dalam sejarah politik Sabah sejak sekian lama. Maksudnya untuk tempoh lebih 35 tahun.
Begitupun, politik Malaysia yang sentiasa berubah, menyebabkan tertubuhnya PN diketuai Oleh Tan Sri Muhyidin yang membentuk Kerajaan waktu itu. SAPP juga diterima masuk ke dalam PN.
Tiba pilihanraya Negeri, SAPP bertanding atas tiket PN. Dan Kerajaan GRS ditubuhkan. Ketika itu juga saya dilantik sebagai Timbalan Ketua Pemuda (3) Perikatan Nasional. 2020 Ianya adalah tahun yang paling sibuk.
EVO Camp, Sunrise adalah program paling diingati kali ini.
Pada penghujung penggal saya sekali lagi bertanding Naib Presiden Dan ianya adalah untuk kali yang ketiga.
Usia perkhidmatan saya dalam Pemuda juga saya sudah labuhkan tirainya selepas berKhidmat 16 tahun sebagai EXCO Dan 8 tahun sebagai Ketua Pemuda, jumlahnya 24 tahun. Saya sudah menyediakan calon-calon pengganti yang rasa rasa boleh diketengahkan.
2022
Pertandingan Ahli Majlis Tertinggi 2022/26 telah berakhir di SICC pada 3 Sept lepas, menyaksikan banyak perubahan Dan kejutan.
Selepas 2 penggal menang Tanpa bertanding, kali ini terdapat Pertandingan jawatan Naib Presiden. Alhamdulillah, dalam Pertandingan paling sengit dalam sejarah parti, akhirnya saya memenangi pemilihan dengan undi Tertinggi. Tidak banyak perbezaan undi sebenarnya, itulah saya maksudkan paling sengit.
Saya sudah banyak kali berkata, era saya dalam Pemuda sudah berakhir. Akan tetapi pimpinan parti beranggapan sebaliknya, Meskipun terdapatnya nama-nama calon Ketua Pemuda yang juga berkaliber. Mengambil Kira menghadapi pilihanraya, Akhirnya pada 17hb lepas, saya dilantik semula buat kali ketiga sebagai Ketua Pemuda parti.
Setelah diberi Tanggungjawab, sebagai orang Parti, saya harus Melaksanakannya sehabis baik. Pada Masa yang sama, saya harus groom lebih banyak Pemimpin muda untuk dicalonkan mengganti saya pada bila-bila Masa.
Seorang budak kampung, juga boleh berjaya jika ada kesungguhan, berani bertanggungjawab, berani melakukan apa saja untuk Sabah.