Sekolah Tunas Bakti Kota Kinabalu( STB KK )

Sekolah Tunas Bakti Kota Kinabalu( STB KK ) Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Sekolah Tunas Bakti Kota Kinabalu( STB KK ), Sekolah Tunas Bakti Kota Kinabalu, KM 12 Jalan Tuaran Inanam, Kota Kinabalu.

Sekolah Tunas Bakti adalah institusi Sekolah Diluluskan bagi pendidikan, latihan dan penahanan kanak-kanak yang ditubuhkan atau ditetapkan di bawah seksyen 65 (sekolah diluluskan) Akta Kanak-Kanak 2001 Sekolah Tunas Bakti Kota Kinabalu adalah sebuah institusi pemulihan akhlak atau Sekolah Yang Diluluskan untuk tahanan dan pemulihan bagi kanak-kanak berumur di bawah 18 tahun yang bermasalah seperti berikut:-
(i) Kanak-kanak yang terlibat dengan jenayah(Criminal)

Walaupun tidak dapat pulang beraya di kampung buat masa ini, anak-anak STBKK kekal ceria menyambut hari kemenangan yang ...
21/03/2026

Walaupun tidak dapat pulang beraya di kampung buat masa ini, anak-anak STBKK kekal ceria menyambut hari kemenangan yang meriah bersama rakan-rakan dan kakitangan bertugas.

"Semoga hari raya kali ini menjadi kenangan yg memberikan makna positif dan keinsafan diri buat mereka"

Seluruh warga Sekolah Tunas Bakti Kota Kinabalu mengucapkanSelamat Hari Raya AidilfitriMaaf Zahir & BatinSemoga Syawal i...
21/03/2026

Seluruh warga Sekolah Tunas Bakti Kota Kinabalu mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin

Semoga Syawal ini membawa kebahagiaan, keberkatan dan kekuatan untuk kita terus mendidik serta membentuk generasi yang lebih cemerlang.

β€œAidilfitri bukan sekadar kemenangan menahan lapar dan dahaga, tetapi kemenangan dalam menyucikan hati, mengikhlaskan maaf, dan memperbaiki diri menjadi insan yang lebih baik.”

Program Santunan Kasih RamadanSekolah Tunas Bakti Kota Kinabalu (STBKK) telah menerima kunjungan daripada Jabatan Hal Eh...
12/03/2026

Program Santunan Kasih Ramadan

Sekolah Tunas Bakti Kota Kinabalu (STBKK) telah menerima kunjungan daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dalam Program Santunan Kasih Ramadan yang diadakan pada 11 Mac 2026 (Rabu) bertempat di Dewan Serbaguna STBKK.

Program ini telah dihadiri oleh warga STBKK, penghuni STBKK, 10 orang staf dan 10 orang penghuni Asrama Akhlak Perempuan Kota Kinabalu (AAPKK) serta 20 orang staf JHEAINS.

Majlis dimulakan dengan ketibaan pihak JHEAINS diikuti ucapan aluan oleh juruacara majlis, Ustazah Wada (AAPKK) serta ucapan aluan oleh Pengetua STBKK. Seterusnya para tetamu dipersembahkan dengan tayangan montaj STBKK sebelum ucapan daripada wakil JHEAINS.

Pengisian utama program adalah tazkirah Ramadan yang memberi peringatan dan motivasi kepada para penghuni untuk terus memperbaiki diri serta memanfaatkan bulan yang penuh keberkatan ini. Majlis turut diserikan dengan penyampaian sumbangan daripada pihak JHEAINS kepada penghuni STBKK dan AAPKK sebagai tanda keprihatinan dan sokongan.

Program diteruskan dengan majlis berbuka puasa bersama, diikuti solat Maghrib berjemaah serta jamuan makan malam dalam suasana penuh ukhuwah dan kasih sayang.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak JHEAINS atas kesudian hadir menyantuni warga STBKK dan AAPKK serta berkongsi pengisian kerohanian sepanjang program ini.

Semoga program seperti ini dapat terus memperkukuhkan nilai keagamaan, menyemai semangat kebersamaan serta memberi inspirasi kepada para penghuni untuk membina masa depan yang lebih baik.

✨ Santunan Ramadan, menyemai kasih dan harapan.

PROGRAM PSIKO-PENDIDIKAN: TAKLIMAT HALATUJU PEMBELAJARAN KEMAHIRAN πŸ“… 06 Mac 2026 (Jumaat)⏰ 8.30 pagiπŸ“ Lobi STBKKSekolah ...
06/03/2026

PROGRAM PSIKO-PENDIDIKAN: TAKLIMAT HALATUJU PEMBELAJARAN KEMAHIRAN

πŸ“… 06 Mac 2026 (Jumaat)
⏰ 8.30 pagi
πŸ“ Lobi STBKK

Sekolah Tunas Bakti Kota Kinabalu telah menganjurkan Program Intervensi Psiko-Pendidikan berbentuk taklimat halatuju pembelajaran kemahiran dengan kerjasama pihak Institut Satelit Kraf Negara Cwgn Inanam Kota Kinabalu dan Institut Kemahiran Belia Negara Kinarut (IKBN).

Taklimat ini bertujuan memberi pendedahan kepada semua penghuni mengenai peluang melanjutkan pengajian dalam bidang TVET, syarat kemasukan, kursus yang ditawarkan serta prospek kerjaya selepas tamat latihan.

Program diteruskan dengan sesi soal jawab yang memberi ruang kepada penghuni untuk mendapatkan maklumat lanjut secara terus daripada pihak institusi.

Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada para penceramah sebagai tanda penghargaan.
Semoga perkongsian ini menjadi pencetus semangat dan membuka lembaran baharu buat para penghuni dalam merancang masa depan yang lebih terarah dan berdaya saing.




PROGRAM PSIKO-PENDIDIKAN: TAKLIMAT HALATUJU PEMBELAJARAN KEMAHIRAN πŸ“… 27 Februari 2026 (Jumaat)⏰ 8.30 pagiπŸ“ Lobi STBKKSek...
28/02/2026

PROGRAM PSIKO-PENDIDIKAN: TAKLIMAT HALATUJU PEMBELAJARAN KEMAHIRAN

πŸ“… 27 Februari 2026 (Jumaat)
⏰ 8.30 pagi
πŸ“ Lobi STBKK

Sekolah Tunas Bakti Kota Kinabalu telah menganjurkan Program Intervensi Psiko-Pendidikan berbentuk taklimat halatuju pembelajaran kemahiran dengan kerjasama pihak ADTEC JTM Kota Kinabalu (dahulu dikenali sebagai ILP Kota Kinabalu) dan Institut Kemahiran MARA (IKM). Program ini juga dihadiri oleh Penghuni Asrama Akhlak Kota Kinabalu.

Taklimat ini bertujuan memberi pendedahan kepada semua penghuni mengenai peluang melanjutkan pengajian dalam bidang TVET, syarat kemasukan, kursus yang ditawarkan serta prospek kerjaya selepas tamat latihan.

Program diteruskan dengan sesi soal jawab yang memberi ruang kepada penghuni untuk mendapatkan maklumat lanjut secara terus daripada pihak institusi.

Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada para penceramah sebagai tanda penghargaan.
Semoga perkongsian ini menjadi pencetus semangat dan membuka lembaran baharu buat para penghuni dalam merancang masa depan yang lebih terarah dan berdaya saing.




Majlis Penghargaan & Apresiasi Ahli Lembaga Pelawat STBKK 2026Pada 14 Februari 2026 (Sabtu), telah berlangsung dengan pe...
17/02/2026

Majlis Penghargaan & Apresiasi Ahli Lembaga Pelawat STBKK 2026

Pada 14 Februari 2026 (Sabtu), telah berlangsung dengan penuh meriah Majlis Penghargaan & Apresiasi Ahli Lembaga Pelawat Sekolah Tunas Bakti Kota Kinabalu (STBKK) bertempat di Seafood KDCA dengan tema Cowboy 🀠.

Majlis yang bermula seawal jam 7.00 malam ini telah menghimpunkan barisan Ahli Lembaga Pelawat (ALP), warga kerja STBKK, para penghuni serta tetamu jemputan khas daripada Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah (JPKAS).

Ketibaan Ybhg En Mohamad Lutfi bin Ahit mewakili YBhg. TPP JPKAS serta kepimpinan tertinggi STBKK telah disambut dengan persembahan pembukaan penuh semangat oleh penghuni melalui lagu Sway yang memukau hadirin.

Majlis diteruskan dengan:
✨ Ucapan aluan oleh Pengetua STBKK
✨ Ucapan Yang Diraikan oleh Pengerusi ALP STBKK
✨ Amanat dan penghargaan oleh wakil YBhg. TPP JPKAS
Sebagai tanda penghargaan atas komitmen dan sokongan berterusan, seramai 10 orang Ahli Lembaga Pelawat STBKK telah menerima cenderakenangan khas.

Suasana bertambah meriah dengan:
🎢 Persembahan busking oleh penghuni
🎀 Nyanyian wakil ALP dan staf STBKK
🌎 Persembahan bertemakan antarabangsa seperti La Bamba, Koboi Bambu Style dan Flamenco
🎁 Cabutan bertuah sebanyak 5 pusingan serta 20 hamper sumbangan ALP

Majlis ini bukan sahaja menjadi platform meraikan jasa dan sumbangan Ahli Lembaga Pelawat, malah memperlihatkan bakat, disiplin serta perkembangan positif penghuni STBKK melalui pelbagai persembahan yang penuh keyakinan dan kreativiti.
Semoga hubungan erat antara pihak pengurusan, ALP dan warga STBKK terus kukuh demi memastikan kesejahteraan dan masa depan yang lebih baik buat anak-anak di bawah jagaan.
Terima kasih atas sokongan dan komitmen semua pihak.




πŸŽ“ PROGRAM PSIKO-PENDIDIKAN: BINA MASA DEPAN MELALUI LALUAN PEMBELAJARAN LEPASAN SPMπŸ“… Tarikh: 13 Februari 2026 (Jumaat)πŸ“ ...
14/02/2026

πŸŽ“ PROGRAM PSIKO-PENDIDIKAN: BINA MASA DEPAN MELALUI LALUAN PEMBELAJARAN LEPASAN SPM

πŸ“… Tarikh: 13 Februari 2026 (Jumaat)
πŸ“ Tempat: Lobi Utama STBKK

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Program Psiko-Pendidikan β€œBina Masa Depan Melalui Laluan Pembelajaran Lepasan SPM” yang memberi pendedahan kepada peserta mengenai peluang dan laluan pendidikan selepas SPM. Taklimat telah disampaikan oleh Encik Ahmad Roslee, Pegawai Bahagian Kemasukan Universiti Malaysia Sabah.

Program ini bertujuan membantu peserta memahami pilihan pengajian seperti universiti awam, politeknik, kolej komuniti, institusi TVET serta laluan kemahiran yang bersesuaian dengan minat dan potensi diri.

πŸ“š Antara pengisian program:
βœ… Taklimat laluan pendidikan lepasan SPM
βœ… Penerangan tatacara permohonan melalui sistem Unit Pusat Universiti (UPU)
βœ… Panduan pengisian permohonan secara atas talian di portal Kementerian Pendidikan Tinggi
βœ… Sesi soal jawab dan perbincangan interaktif
Peserta turut diberi penerangan langkah demi langkah berkaitan pembelian Nombor Unik ID, pendaftaran akaun serta pemilihan kursus mengikut keutamaan.

✨ Diharapkan program ini dapat memberi motivasi dan panduan jelas kepada peserta dalam merancang masa depan pendidikan dan kerjaya mereka.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.





PROGRAM PEMANTAPAN KERJA BERPASUKAN & PEMBUDAYAAN KESERONOKAN BEKERJA: 'WALKING AT THE TRAIL TOGETHER' Program Pemantapa...
11/02/2026

PROGRAM PEMANTAPAN KERJA BERPASUKAN & PEMBUDAYAAN KESERONOKAN BEKERJA: 'WALKING AT THE TRAIL TOGETHER'

Program Pemantapan Kerja Berpasukan dan Pembudayaan Keseronokan Bekerja: Walking at The Trail Together telah dilaksanakan pada 11 Februari 2026 di Signal Hill Trail dan Menara Jam Atkinson, Kota Kinabalu dengan penyertaan 15 kakitangan dan 14 penghuni STBKK.

Aktiviti dimulakan dengan sesi warming up, diikuti trail walking secara berkumpulan dan sesi refleksi santai berkonsepkan Pleasure Hour.

Program ini berjaya meningkatkan kecergasan fizikal, mengurangkan tekanan serta mengukuhkan semangat kebersamaan dalam suasana luar yang segar dan positif. Interaksi tidak formal sepanjang aktiviti turut memberi impak kepada keseimbangan emosi, motivasi diri dan pembudayaan gaya hidup sihat dalam kalangan warga STBKK.

Semoga inisiatif seperti ini terus menjadi platform memperkukuh hubungan kerja berpasukan dan mewujudkan persekitaran kerja yang harmoni serta berdaya saing.

Ucapan Terima Kasih
Terima kasih kepada semua kakitangan dan penghuni yang memberikan komitmen serta kerjasama penuh sepanjang program berlangsung. Penghargaan juga kepada pihak pengurusan STBKK atas sokongan berterusan dalam menjayakan aspirasi Program Keseronokan Bekerja dan Trim & Fit STBKK.

2 Januari 2026Program Intervensi Psiko-Pendidikan: Azam Tahun Baru 2026 Objektif : 1. Intervensi dalam kumpulan bertajuk...
03/01/2026

2 Januari 2026

Program Intervensi Psiko-Pendidikan: Azam Tahun Baru 2026

Objektif :

1. Intervensi dalam kumpulan bertajuk Azam Tahun Baharu 2026 ini bersesuaian dengan konteks penghuni STBKK yang berfokus kepada pemulihan, pembinaan jati diri, tanggungjawab dan harapan masa depan.

2. Membina refleksi kendiri dan komitmen dalaman.

3. Mewujudkan sokongan rakan sebaya & akauntabiliti.

4. Peserta Memahami tentang Azam bukan tentang menjadi sempurna, tetapi berani berubah walau perlahan.

Aktiviti:
1. Peta Harapan 2026
2. Surat Untuk Diri Sendiri
3. Janji Kumpulan – Kami Pilih Berubah

Address

Sekolah Tunas Bakti Kota Kinabalu, KM 12 Jalan Tuaran Inanam
Kota Kinabalu
88300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Tunas Bakti Kota Kinabalu( STB KK ) posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram