01/08/2025
🧠 STROK: Setiap Saat Amat Bermakna!
Tahukah anda strok boleh mengubah hidup dalam sekelip mata?
👨⚕️ Dr. Chandran Nadarajan, Pakar Perunding Klinikal dan Intervensi Radiologi, berkongsi info penting tentang strok – dari punca hinggalah kepada cara mengenal pasti gejala awal.
📌 Ingat akronim BEFAST untuk kenal pasti tanda awal strok:
🔹 B – Balance: Hilang keseimbangan secara tiba-tiba
🔹 E – Eyes: Penglihatan kabur atau berganda
🔹 F – Face: Muka terjatuh sebelah atau kebas
🔹 A – Arms: Kelemahan atau kebas pada lengan
🔹 S – Speech: Pertuturan tidak jelas atau sukar bercakap
🔹 T – Time: Masa untuk bertindak segera! Jangan tunggu.
🚨 Strok adalah kecemasan perubatan. Rawatan awal bukan sahaja boleh menyelamatkan nyawa, malah boleh mengurangkan komplikasi jangka panjang.
jika anda atau seseorang di sekeliling anda menunjukkan tanda-tanda seperti BEFAST. Jangan tunggu. Hubungi Unit Kecemasan atau Pusat Strok yang berdekatan dengan segera.
Anda boleh menghubungi Hospital Gleneagles, Kota Kinabalu, Pusat strok komprehensif swasta yang tunggal di Sabah di talian 088-518 911
Atau
Hospital Queen Elizabeth 1, Kota Kinabalu, di talian 999
🎥 Tonton video penuh dan kongsikan – anda mungkin menyelamatkan nyawa seseorang.