Medisinar Klinik & Surgeri Lintas Square

Medisinar Klinik & Surgeri Lintas Square Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Medisinar Klinik & Surgeri Lintas Square, Medical Center, B-11-O, Lot11, Block B, Ground Floor Lintas Square, Jalan Lintas, Kota Kinabalu.

Range of Medical Services

NCD follow up
Medical Check Up
Health Screening
Medical Report
ECG
Nebulisation
Vaccination (Adult&Chidlren)
Minor Surgery
Wound Dressing
Dengue/Influenza/Covid/Urine/Urine Drug Rapid Test
Family Medicine (Adult&Children) Medical Service
General Medical Treatment – for adults & children
Management of Chronic diseases – Hypertension, Diabetes, Asthma etc
Management of O

bstetrics & Gynecological conditions
Management of Orthopedic conditions
Management of Skin conditions
Management of Eye conditions
Management of ENT conditions
Management of Asthma and Nebulizer treatment

Surgical Procedures
Minor surgical procedures including circumcision
Preventive /Rehabilitative
Pre-employment& food handlers examination
Physiotherapy
Health Education
Medical talks/seminars

Women & Children
Management of Ante natal & Post natal cases
Immunization for children & adults

Laboratory Test and Other Investigation
Urine FEME
Urine drug test
ECG
Ultrasound
Audiometry
Pap Smear
Deep Heart Therapy
Radiology (x-ray) services
Spirometry
Blood test

16/04/2026

☕ Pengambilan kafein dalam jumlah yang terkawal dapat memberikan beberapa manfaat seperti meningkatkan daya ingatan dan melegakan keletihan.

Walaubagaimanapun, pengambilan kafein dalam jumlah yang berlebihan boleh memberikan kesan tidak baik kepada kesihatan.

Pastikan anda mengawal jumlah pengambilan kopi sebagai minuman harian demi menjamin kesihatan berterusan.

16/04/2026

Setiap tahun, kita dengar berita tragis mangsa maut akibat renjatan elektrik ketika menggunakan water heater (pemanas air).

Bila babitkan kombinasi AIR dan ELEKTRIK berkuasa tinggi, anda tak boleh bertolak ansur. Ini 5 Senarai Semak WAJIB sebelum anda pasang atau guna water heater

🛡️ 1. Wajib ada label ST-SIRIM.

🛡️ 2. Mesti dilindungi RCD 10mA. Sensitiviti 10mA ini adalah piawaian paling selamat untuk putuskan arus elektrik serta-merta bila berlaku kebocoran di bilik basah.

🛡️ 3. Hos pancuran BUKAN logam (Non-metallic). Kalau arus bocor, hos logam tu akan salurkan elektrik terus ke badan anda

🛡️ 4. Sambungan jenis tetap (Suis Dua Kutub 20A/30A). Jangan pandai-pandai cucuk plug 3 pin biasa (13A) atau tarik dari extension wire Wayar boleh cair dan terbakar

🛡️ 5. Pasang butang 'Earth' (Pembumian) yang betul dan lantik kontraktor elektrik/wireman bertauliah

Satu lagi, cuba tengok water heater anda. Ada butang "TEST" / "ELCB", kan?

Tolong tekan butang tu sekurang-kurangnya SEBULAN SEKALI untuk pastikan alat pemutus litar tu masih berfungsi.

Kalau tekan tapi air/elektrik tak terputus, tolong panggil juruelektrik segera. Alat tu dah rosak.

Jangan ambil ringan. Keselamatan alat yang tak pernah diuji boleh buat kita rasa “selamat”, padahal nyawa kita di hujung tanduk.

08/04/2026

"Doktor, nak antibiotik boleh tak? Demam dah dua hari ni tak kebah-kebah."

Pernah tak anda rasa geram bila doktor tak nak bagi antibiotik lepas anda mengadu demam, batuk, dan selesema? Rasa macam doktor tu kedekut ubat atau tak nak rawat betul-betul, kan?

Sebenarnya, doktor bukan kedekut. Doktor sedang selamatkan nyawa anda pada masa depan.

Ini fakta perubatan yang ramai selalu keliru:
Antibiotik HANYA bunuh bakteria. Ia SIFAR fungsi ke atas virus.

Ada dua jenis jangkitan yang buat kita demam:

1. Demam Virus (Viral Infection)
• Contoh: Selesema biasa, batuk biasa, sakit tekak biasa, demam denggi, influenza.
• Rawatan: Tak perlukan antibiotik langsung! Ubat paracetamol, rehat yang cukup, dan minum banyak air. Badan anda ada antibodi sendiri untuk hapuskan virus ini dalam masa beberapa hari.

2. Jangkitan Bakteria (Bacterial Infection)
• Contoh: Tonsil bernanah teruk, kencing kotor (UTI), paru-paru berjangkit (pneumonia).
• Rawatan: Di sinilah antibiotik diperlukan.

Apa jadi kalau demam virus biasa pun anda paksa telan antibiotik?

Bakteria dalam badan anda akan mula 'belajar' dan jadi kebal (Superbug). Bila kuman dah kebal, sampai satu masa anda betul-betul kena jangkitan bakteria yang teruk, antibiotik paling kuat pun dah tak mampu nak selamatkan anda. Ini yang dipanggil Kerintangan Antibiotik (AMR), dan ia sedang membunuh jutaan nyawa di seluruh dunia.

Jadi, kalau doktor periksa dan kata, "Ini demam virus biasa, tak perlu antibiotik ya.."

Ucapkan terima kasih. Bermakna badan anda masih kuat dan tak perlu bergantung pada ubat 'keras'.

Bantu kami kongsikan ilmu ini. Jom hapuskan mitos "demam sikit wajib telan antibiotik".

08/04/2026

"Aduh, berdenyutnya kepala. Migrain aku datang balik ni!"

Sebut saja sakit kepala, automatik ramai yang terus label ia sebagai "migrain". Asal sakit sikit, migrain. Asal pening, migrain.

Hakikatnya, hampir 90% kes sakit kepala yang kita alami setiap hari BUKANLAH migrain. Ia selalunya adalah Tension Headache (Sakit Kepala Ketegangan).

Kenapa penting untuk tahu beza? Sebab kalau anda salah teka, anda mungkin telan ubat yang salah, dan sakit tu takkan hilang.

Jom semak, anda sebenarnya sakit kepala biasa atau betul-betul migrain?

1. SAKIT KEPALA KETEGANGAN (Tension Headache)
• Jenis Sakit: Rasa ketat dan menekan. Macam ada satu getah tebal atau tali pinggang yang diikat kuat mengelilingi dahi kepala anda.
• Lokasi: Seluruh dahi, merangkumi kedua-dua belah kepala, hingga ke belakang leher dan bahu.
• Ciri-ciri: Tidak berdenyut. Anda masih boleh buat kerja harian walaupun rasa tak selesa. Tak ada rasa loya.
• Punca Utama: Stres, menghadap skrin komputer/phone terlalu lama, kurang tidur, atau postur badan yang salah.

2. MIGRAIN (Migraine)
• Jenis Sakit: Rasa berdenyut-denyut yang sangat kuat (throbbing pain).
• Lokasi: Kebiasaannya menyerang SEBELAH bahagian kepala sahaja (kiri atau kanan), tapi boleh melarat.
• Ciri-ciri: Sakit yang boleh buat anda 'lumpuh' dari buat kerja. Sangat sensitif pada cahaya terang dan bunyi bising. Sering rasa loya dan nak muntah.
• Punca Utama: Perubahan cuaca, hormon, makanan tertentu (seperti coklat, kafein, MSG), atau bau yang terlalu kuat.

Cara rawat pun berbeza!
Sakit kepala ketegangan selalunya lega dengan panadol (paracetamol), rehat, urutan leher, dan minum air secukupnya.
Tetapi migrain yang teruk selalunya perlukan ubat khusus dari doktor dan pesakit perlu tidur di bilik yang gelap & sunyi.

Lepas ni, jangan main telan ubat je. Dengar apa badan anda cuba sampaikan.

Kongsikan post ini supaya kawan-kawan office anda yang selalu mengadu 'migrain' tu tahu beza!

08/04/2026

"Panas lit-lit sekarang ni! Kenapa tak buat je pembenihan awan kat semua tempat?"

Ini rintihan yang paling selalu kita dengar bila cuaca mula membahang. Rasa macam nak 'order' je hujan turun kat kawasan kawasan rumah kita supaya sejuk sikit.

Tapi hakikatnya, misi "memujuk hujan" atau Operasi Pembenihan Awan (OPA) bukanlah macam kita tekan remote air-cond.

Menurut MET Malaysia, operasi ini TIDAK digerakkan ke semua tempat secara semberono. Ia hanya akan dilaksanakan untuk 3 keperluan yang paling mendesak sahaja:

1. Menjamin Bekalan Air Domestik
Operasi hanya dibuat bila paras air di empangan-empangan utama dah menyusut ke tahap kritikal. Keutamaan adalah untuk elakkan paip air di rumah kita daripada kering kontang.

2. Menyelamatkan Sektor Pertanian
Cuaca panas yang ekstrem menyebabkan tanah gersang dan tanaman rosak. Hujan buatan diperlukan untuk bekalkan pengairan segera demi menjamin sekuriti makanan negara (supaya bekalan makanan kita tak terjejas).

3. Mengurangkan Risiko Jerebu
Bila kepekatan partikel habuk dan asap di atmosfera terlalu tinggi dan membahayakan kesihatan awam. Hujan bertindak sebagai ejen pembersih semula jadi yang mendapkan partikel ini ke bumi, sekaligus menurunkan bacaan IPU ke tahap selamat.

Kesimp**annya, pembenihan awan adalah misi penyelamat berskala besar, bukan sekadar untuk sejukkan cuaca harian kita.

Selain daripada menunggu hujan turun secara semula jadi (yang mana tadi pagi pun dah turun), tolong pantau pengambilan air kosong keluarga anda dan kurangkan aktiviti di bawah terik matahari.

08/04/2026

Tengah duduk menghadap laptop atau baring main phone, tiba-tiba dada rasa mencucuk. Nafas rasa tersekat. Jantung laju.

"Aku kena serangan jantung ke ni? Umur baru 20-an!"

Ini adalah ketakutan yang sangat biasa dialami oleh orang muda hari ini. Bila panik, nafas jadi makin laju, dada makin sakit, dan kita mula rasa macam nak pitam.

Tapi, adakah ia benar-benar serangan jantung, atau badan anda sedang diserang Anxiety (Panic Attack)?

Jangan buat diagnosis sendiri. Kenali beza dua keadaan ini supaya anda tahu bila masa yang wajib pecut ke Unit Kecemasan.

1. ANXIETY / PANIC ATTACK (Serangan Panik)
• Jenis Sakit: Rasa tajam, seperti dicucuk-cucuk jarum.
• Lokasi: Anda boleh tunjuk tepat di mana tempat yang sakit menggunakan satu jari. Ia tidak merebak.
• Tempoh: Datang tiba-tiba (walaupun sedang rehat), memuncak dalam masa 10 minit, dan beransur hilang bila anda berjaya kawal pernafasan.
• Punca: Sering dikaitkan dengan stres berlebihan, overthinking, atau kepenatan emosi yang ekstrem.

2. SERANGAN JANTUNG (Heart Attack)
• Jenis Sakit: Rasa berat, ketat, seperti dada dihempap batu besar atau dipijak gajah. Bukan sekadar mencucuk.
• Lokasi: Sakit yang merebak dan menjalar ke bahu, lengan kiri, leher, atau rahang gigi.
• Tempoh: Bertahan lebih lama (lebih dari 15 minit) dan semakin lama semakin teruk. Tidak hilang walaupun anda berehat.
• Red Flags Tambahan: Disertai peluh sejuk yang sangat banyak (berjurai), rasa loya nak muntah, dan hampir pengsan. Sering tercetus ketika atau selepas aktiviti fizikal berat.

Kesimp**an paling selamat:
Bila dada sakit, jangan ambil risiko. Kalau ia ada ciri-ciri dada dihempap beban, merebak ke tangan/leher, dan anda berpeluh sejuk—JANGAN TUNGGU. Terus ke hospital. Biar doktor yang sahkan ia anxiety atau bukan.

Kongsikan ilmu kecemasan ini. Ia mungkin menyelamatkan nyawa kawan anda yang sedang keliru.

06/04/2026

Waktu mandi tadi dah sental sabun satu badan. Wangi semerbak. Tapi bila tengah duduk lepak sambil tengok TV, jari tiba-tiba 'terkorek' lubang pusat. Lepas tu automatik bawa jari ke hidung.

Bila cium. Allahu. Bau dia macam benda mati. Bau hapak, masam, dan busuk yang amat.

Ramai yang alami benda ni tapi simpan diam-diam sebab malu. Ada yang sampai sanggup tenyeh sabun banyak-banyak dalam pusat waktu mandi, tapi esoknya bau tu tetap naik balik. Anda bukan pengotor, tapi ada sains di sebalik bau ini.

Bagi anda yang bentuk pusatnya 'ke dalam' (in-nie), pusat anda adalah satu gua kecil yang gelap, lembap, dan tertutup.

Hari demi hari, 'gua' ini akan kumpulkan:
• Peluh dari badan
• Sel kulit mati (daki)
• Sisa sabun mandi yang tak dibilas bersih
• Habuk atau bulu halus dari baju yang kita pakai

Bila semua sisa ini terperap dalam keadaan lembap, ia jadi 'syurga' untuk 70 jenis bakteria dan kulat berpesta. Bau busuk macam bangkai yang anda hidu tu sebenarnya adalah gas buangan daripada bakteria-bakteria ini yang sedang membiak.

Kalau dibiarkan bertahun-tahun, kotoran ini boleh mengeras jadi batu hitam yang dipanggil Omphalolith (batu pusat).

Ini kesilapan paling besar ramai buat: Bila bau busuk, terus ambil kuku panjang dan cungkil kotoran tu kuat-kuat.

Jangan buat macam ni! Kulit kat dalam pusat kita sangat nipis dan sensitif. Bila anda cungkil dengan kuku, kulit mudah melecet dan luka. Bakteria yang sedia ada kat situ akan masuk dalam luka. Kesannya? Pusat boleh bernanah, berdarah, bengkak merah, dan jangkitan kuman teruk (Omphalitis).

Nak bersihkan pusat ada seninya. Jangan gopoh.

Lembutkan dulu: Titiskan sikit baby oil atau minyak zaitun ke dalam pusat. Biarkan 10-15 minit. Ini untuk lembutkan daki yang dah mengeras.

Bersihkan perlahan: Guna putik kapas (cotton bud) dan putar perlahan-lahan untuk keluarkan kotoran.

Keringkan: Lepas mandi, jangan biar pusat lembap. Lap lembut dengan tuala sampai betul-betul kering. Bakteria benci tempat kering.

Cuba check pusat masing-masing malam ni. Kalau ada benda hitam keras bertapak kat dalam tu, jangan gatal tangan pi cungkil kasar-kasar p**a.

Tag pasangan atau kawan rapat korang. Ingatkan dorang, cuci muka je tak cukup kalau "gua" rahsia tu tak pernah dibersihkan.

02/04/2026

Hari-hari bawa bekal air kosong ke pejabat atau ke sekolah. Tapi perasan tak, bila masuk hari Jumaat, air masak tu mula rasa pelik dan bau penutup botol tu agak hapak?

Sila pergi ambil botol air anda sekarang, buka penutupnya, dan cungkil keluar gelang getah silikon (silicone ring) di bahagian dalam penutup tersebut. Bersedia untuk berasa loya.

Ramai yang menganggap botol air kosong tidak perlu dibasuh beria-ia dengan sabun setiap hari. Alasan yang selalu digunakan: "Alah, isi air masak je pun, bukan air manis nak lekat kuman."

Ini adalah mitos kebersihan yang sangat menjijikkan.

Hakikatnya, botol air harian anda mungkin jauh lebih kotor berbanding mangkuk air haiwan peliharaan di rumah. Mari kita bedah siasat mengapa:

1. Syurga Kulat Hitam (Black Mold)
Kelembapan yang berterusan dan terperap di bahagian celah alur penutup botol dan getah silikon adalah persekitaran yang paling diidamkan oleh spora kulat untuk membiak. Anda tidak nampak tompok hitam ini dari luar kerana ia bijak bersembunyi di sebalik getah kedap air tersebut.

2. Pemindahan Kuman Dari Mulut
Setiap kali anda minum secara terus dari botol (terutamanya botol jenis penyedut/straw), kuman dari air liur, sisa makanan celah gigi, dan sel kulit mati dari bibir anda akan dipindahkan masuk ke dalam air (backwash). Kuman ini akan mendap dan membiak menjadi lapisan lendir licin (biofilm) di dinding botol.

3. Bahaya Sakit Tekak Misteri
Menelan spora kulat hitam dan bakteria ini setiap hari secara sedikit demi sedikit boleh mencetuskan reaksi alahan, keradangan tekak kronik, dan masalah penghadaman. Apatah lagi jika botol ini digunakan oleh anak-anak kecil yang masih lemah sistem pertahanan badannya.

Cara mencuci botol yang betul:
Tindakan menggoncang botol dengan air sabun sahaja adalah sia-sia. Anda wajib mencabut gelang getah silikon itu setiap kali membasuh. Gunakan berus kecil untuk menyental alur penutup. Paling penting, biarkan botol dan penutupnya kering sepenuhnya secara berasingan (air-dry) semalaman sebelum ditutup semula. Kulat tidak boleh hidup di tempat yang betul-betul kering.

Sila periksa botol air anak anda yang dibawa ke sekolah hari ini. Ada tak tompok kulat hitam di celah penutupnya?

30/03/2026

Ubat ini terlalu biasa.
Sampai ramai orang tak lagi nampak bahayanya.

Sakit kepala sikit, telan.
Demam sikit, telan.
Badan lenguh, telan.
Tak cukup tidur pun telan.
Seolah-olah paracetamol itu gula-gula kecemasan yang boleh diambil setiap kali hidup terasa tak selesa.

Padahal hati anda yang sedang menanggung semuanya diam-diam.

Paracetamol memang antara ubat yang selamat jika diambil dengan betul. Itu yang buat ramai orang terlalu yakin. Bila sesuatu ubat mudah dibeli, murah, dan sentiasa ada di rumah, orang mula lupa bahawa dos tetap penting. Masa itu bahaya mula berlaku bukan sebab ubat itu jahat, tetapi sebab kita terlalu selamba.

Yang ramai tak sedar, overdose tak semestinya berlaku sebab “sekali telan banyak”.
Kadang-kadang ia berlaku sebab ambil berkali-kali dalam sehari, kemudian campur p**a ubat selesema, ubat demam, atau ubat kombinasi lain yang sebenarnya juga mengandungi paracetamol.

Akhirnya anda rasa anda ambil “ubat berbeza”.
Padahal hati anda nampak semuanya sebagai beban yang sama.

Bila hati mula cedera, ia tidak semestinya terus menjerit.
Mula-mula mungkin loya, muntah, sakit perut, rasa tak sedap badan.
Ramai sangka itu cuma sakit biasa.
Sedangkan masa itu, kerosakan mungkin sudah bermula.

Sebab itu jangan ambil paracetamol macam ambil gula-gula pejabat.
Baca label.
Semak kandungan.
Jangan campur dua tiga produk yang ada bahan sama.
Dan kalau anda memang selalu perlukan ubat tahan sakit, itu bukan tanda anda perlukan stok lebih banyak.
Itu tanda anda mungkin perlukan penilaian sebenar.

Ubat kecil pun boleh bawa akibat besar bila kita terlalu biasa dengannya.

27/03/2026

Jam menunjukkan pukul 3:00 pagi. Semua orang sedang lena tidur.

Tiba-tiba anda terjaga. Dada berdebar kencang macam nak pecah, nafas rasa tersekat, badan menggigil, dan otak terus berfikir, "Ada benda buruk nak jadi ni... aku nak mati ke?" 😨

Ramai yang ingat ini petanda lemah, terlalu banyak fikir, atau "mainan perasaan". Hakikatnya, anda mungkin sedang mengalami NOCTURNAL PANIC ATTACK (Serangan Panik Malam).

KENAPA IA BERLAKU WAKTU TIDUR?

Kadang-kadang ia datang ketika badan sedang bertukar fasa tidur. Degupan jantung dan rentak nafas berubah secara semula jadi. Tetapi bagi penghidap 'Anxiety', otak mereka tersalah tafsir perubahan ini sebagai isyarat BAHAYA.

Lalu, otak menekan butang kecemasan ('Fight-or-Flight' response). Anda terjaga dalam keadaan panik yang teramat sangat walaupun tiada ancaman sebenar di depan mata!

Benda yang paling menakutkan ialah suasananya. Malam itu sunyi. Gelap. Debaran kecil di dada terasa berdegup macam ribut. Makin kita cuba lawan, makin kuat rasa takut itu membesar.

Simptom ini sangat menakutkan, tapi ia wajar dinilai secara perubatan. Antara punca fizikal yang boleh mencetuskan keadaan ini

❌ Tekanan emosi / Burnout yang tak diselesaikan siang tadi.
❌ Terlalu banyak ambil Kafein.
❌ Obstructive Sleep Apnea (OSA) - Berhenti nafas waktu tidur menyebabkan otak kurang oksigen dan terjaga dalam keadaan panik.

Kepada anda yang pernah laluinya, tarik nafas panjang. Anda TIDAK KESEORANGAN

Selamat Hari Raya 🌙✨Maaf zahir & batin 🤍📢 Klinik beroperasi seperti biasa
21/03/2026

Selamat Hari Raya 🌙✨
Maaf zahir & batin 🤍
📢 Klinik beroperasi seperti biasa

15/03/2026

🥤Minuman yang sering digelar sebagai “penyejuk badan” ini amat mudah diperoleh di Malaysia dan sangat sesuai diamalkan, khususnya ketika cuaca panas sepanjang bulan Ramadan. Selepas seharian berpuasa, air kelapa dapat membantu menyegarkan tubuh serta mengembalikan tenaga secara semula jadi ketika berbuka.

🥥Air kelapa mengandungi rendah kalori dan membekalkan pelbagai vitamin dan mineral semulajadi kepada tubuh badan.

Bagi memperoleh manfaat yang optimum sepanjang Ramadan, adalah disarankan agar air kelapa dinikmati tanpa tambahan gula. Pengambilannya dalam keadaan asli bukan sahaja lebih sihat, malah membantu mengekalkan kebaikan nutrisi semula jadinya.

Address

B-11-O, Lot11, Block B, Ground Floor Lintas Square, Jalan Lintas
Kota Kinabalu
88300

Opening Hours

Monday 08:00 - 20:00
Tuesday 08:00 - 20:00
Wednesday 08:00 - 20:00
Thursday 08:00 - 20:00
Friday 08:00 - 20:00
Saturday 08:00 - 20:00
Sunday 08:00 - 20:00

Telephone

+6088276760

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Medisinar Klinik & Surgeri Lintas Square posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Medisinar Klinik & Surgeri Lintas Square:

Share

Category