06/05/2026
โ16 tahun membelah badai, merentas samudera dan setia berbakti buat pertiwi"
Tanggal 6 Mei adalah merupakan satu tarikh keramat buat KD KELANTAN yang kini terus menginjak usia dalam perkhidmatan TLDM.
KD KELANTAN akan kekal teguh dan siaga sebilang masa untuk melindungi dan mempertahankan kedaulatan maritim negara tercinta ini.
Siri sambutan Ulang Tahun KD KELANTAN pada tahun ini turut menyaksikan pelaksanaan bacaan Yasin dan Tahlil yang telah diadakan di geladak penerbangan bagi memohon perlindungan dan keberkatan buat semua warganya dari sebarang mara bahaya mahu pun musibah dalam menggalas amanah bangsa, agama dan negara.
โSelamat Hari Ulang Tahun ke-16 KD KELANTAN"
#175