A Gift of Life Sabah

A Gift of Life Sabah | Sabah Transplant Coordinators Association |
Pusat Sumber Transplan Sabah
(Sabah Transplant Resource Centre),
Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu

๐—ฃ๐˜‚๐˜€๐—ฎ๐˜ ๐—ฆ๐˜‚๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ ๐—ง๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐˜€๐—ฝ๐—น๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—ฎ๐—ฏ๐—ฎ๐—ต (๐—ฃ๐—ฆ๐—ง๐—ฆ)
๐˜š๐˜ข๐˜ฃ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜›๐˜ณ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ด๐˜ฑ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ต ๐˜™๐˜ฆ๐˜ด๐˜ฐ๐˜ถ๐˜ณ๐˜ค๐˜ฆ ๐˜Š๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ต๐˜ณ๐˜ฆ

Organ donation efforts in Sabah have been ongoing since 1995, with awareness campaigns and pledge registration drives. To support the donation process at the hospital level, the Tissue and Organ Procurement Team (TOP Team) was later formed at Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu. Following the 2008 Ministry of Health directiv

e, the Regional Transplant Procurement Management Unit (RTPMU) was established in 2012 to oversee the organ donation program across Sabah, Labuan F.T., and Lawas (northern Sarawak). This social media page, A Gift of Life Sabah, was launched on 24 July 2012 and has since been actively conducting public awareness campaigns, publishing educational materials, and addressing doubts and misconceptions about organ donation. On 12 July 2014, RTPMU developed to PSTS focusing on public awareness, hospital staff training, and clinical coordination in organ donation activities for Sabah.

03/05/2026

Selepas kita kongsikan kisah pengorbanan mulia penderma organ, ramai yang tersentuh.

Ramai yang kata mereka mahu ikrar. Ramai yang mula faham bahawa selepas kita pergi, ada bahagian daripada tubuh kita yang masih boleh menjadi sebab orang lain terus hidup.

Tetapi sedihnya, setiap kali ada gelombang kebaikan, akan muncul p**a gelombang kedua.

โ€œharam.โ€
โ€œJangan buat.โ€

Lebih menyedihkan, ada orang yang hampir mahu berikrar terus jadi ragu-ragu hanya kerana satu kenyataan yang dibuat tanpa rujukan yang sahih.

Persoalan tentang pendermaan organ ini bukan perkara yang dibincang sambil lewa. Ia sudah dikaji oleh jawatankuasa, pakar perubatan dan pihak agama yang bertauliah.

Asas pendermaan organ dibincangkan berdasarkan prinsip syariah seperti memelihara nyawa, menghilangkan kemudaratan dan tujuan rawatan yang murni. ๏ฟผ

Pemindahan organ bukan dibuat untuk menghina jenazah.
Bukan dibuat sesuka hati.
Bukan dilakukan tanpa adab.
Ia dilakukan dengan cermat, teliti dan penuh penghormatan, dengan tujuan menyelamatkan nyawa manusia lain. ๏ฟผ

Kalau kita sendiri belum bersedia untuk menjadi penderma, itu pilihan masing-masing.

Tetapi jangan sampai kita mempengaruhi orang lain untuk membatalkan niat baik mereka hanya kerana kita membaca satu komen, satu video, atau satu โ€œfatwaโ€ tidak rasmi di media sosial.

Kadang-kadang satu organ yang didermakan boleh menyelamatkan satu nyawa.

Kadang-kadang satu ayat yang kita tulis p**a boleh mematikan harapan seseorang yang sedang menunggu peluang kedua untuk hidup.

Sebelum berkata โ€œharamโ€, rujuklah sumber yang sahih.

Sebelum menakutkan orang lain, ingatlah mungkin ada ibu, ayah, anak, suami atau isteri seseorang yang sedang menunggu organ untuk terus bernapas.

Kebaikan jangan dipadam dengan sangkaan.




Buat baik, dibalas baik ๐Ÿ’š
01/05/2026

Buat baik, dibalas baik ๐Ÿ’š

KUALA BERANG - Balu kepada penderma organ Allahyarham Muhammad Syukri Bazli bersyukur kerana pengorbanan arwah suaminya berjaya menyelamatkan tiga nyawa...

Sifatnya yang sentiasa rela berkhidmat kepada orang lain membuatkan kami memutuskan untuk meneruskan pendermaan organ in...
26/04/2026

Sifatnya yang sentiasa rela berkhidmat kepada orang lain membuatkan kami memutuskan untuk meneruskan pendermaan organ ini sebagai amal jariah terakhirnya ๐Ÿ’š

โ€‹KUALA TERENGGANU โ€“ Bukan satu keputusan yang mudah untuk kami lakukan, tetapi memandangkan ada keperluan untuk menyelamatkan nyawa insan lain, kami...

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham, mengampunkan segala dosanya, menerima segala amal kebaikannya, da...
26/04/2026

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham, mengampunkan segala dosanya, menerima segala amal kebaikannya, dan menempatkannya dalam syurga tanpa hisab. Al-Fatihah buat sahabat kita, Muhammad Syukri bin Bazli.

Walk of honor daripada warga HSNZ buat Allahyarham Muhammad Syukri bin Bazli, 31 tahun, yang telah meninggal dunia akibat komplikasi jantung di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

Dalam suasana penuh hiba, pemergian arwah bukan hanya meninggalkan duka kepada keluarga dan sahabat, tetapi turut memberi sinar harapan kepada pesakit lain melalui pendermaan organ yang dilakukan.

Daripada satu kehilangan, ada nyawa lain yang diberi peluang untuk meneruskan hidup. Besar sungguh jasa Allahyarham Muhammad Syukri bin Bazli. Kebaikannya tidak terhenti pada hayatnya, tetapi terus mengalir walaupun selepas pemergiannya.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham, mengampunkan segala dosanya, menerima segala amal kebaikannya, dan menempatkannya dalam syurga tanpa hisab. Al-Fatihah buat sahabat kita, Muhammad Syukri bin Bazli.

25 April 2026 | Stadium Hoki, Kompleks Sukan Kota KinabaluHospital Queen Elizabeth dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Ne...
25/04/2026

25 April 2026 | Stadium Hoki, Kompleks Sukan Kota Kinabalu

Hospital Queen Elizabeth dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Sabah telah menganjurkan Healthcare Charity Run 2026 sempena Hari Jururawat Sedunia dan Hari Penolong Pegawai Perubatan 2026.

Program ini telah disertai oleh lebih 700 peserta yang terdiri daripada warga kesihatan dan orang awam.

Selain aktiviti larian, program ini turut dimeriahkan dengan kempen kesedaran pengikrar derma organ. Para peserta dan pengunjung berpeluang mendapatkan maklumat lanjut serta mendaftar sebagai pengikrar di kaunter informatif derma organ yang disediakan sepanjang acara berlangsung.

25 April 2026 I Karamunsing Event Hall, Kompleks Karamunsing, Kota KinabaluHari Buah Pinggang Sedunia 2026Jutaan terima ...
25/04/2026

25 April 2026 I Karamunsing Event Hall, Kompleks Karamunsing, Kota Kinabalu

Hari Buah Pinggang Sedunia 2026

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang telah hadir dan memeriahkan Sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia 2026 yang bertemakan "Kidney Health for All : Caring The People, Protecting The Planet".

Bersempena Hari Buah Pinggang Sedunia, Kaunter Jom Ikrar Derma Organ turut dibuka bagi memberi peluang kepada orang ramai untuk mendapatkan maklumat berkaitan pendermaan organ serta mendaftar sebagai pengikrar.

Infografik Soalan Lazim   Adakah Agama Kristian membenarkan pendermaan organ?..............................................
24/04/2026

Infografik Soalan Lazim

Adakah Agama Kristian membenarkan pendermaan organ?.......................................................................
Infografik ini bertujuan untuk memberikan maklumat serta meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai derma organ.
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi talian bebas tol : 1-800-88-9080

18-19 April 2026 I Kompleks Dewan Kuliah Pusat ke-2, Universiti Malaysia Sabah.Tahniah dan Syabas kepada Jabatan Anestes...
20/04/2026

18-19 April 2026 I Kompleks Dewan Kuliah Pusat ke-2, Universiti Malaysia Sabah.

Tahniah dan Syabas kepada Jabatan Anestesiologi dan Rawatan Rapi (AIC) bersama Pusat Uberisasi, Hospital Universiti Malaysia Sabah (HUMS) di atas kejayaan menganjurkan Kempen Kesedaran Pendermaan Organ bersempena Program Karnival Jom Masuk Universiti 2026 Zon Sabah II Kota Kinabalu.

Diantara aktiviti-aktiviti menarik bersempena karnival perubatan UMS adalah seperti saringan kesihatan, program derma darah, ceramah kesihatan, pameran kesihatan, booth jualan makanan dan banyak lagi.

Infografik Soalan Lazim   Bolehkah orang Islam menderma organ kepada orang bukan Islam?....................................
17/04/2026

Infografik Soalan Lazim

Bolehkah orang Islam menderma organ kepada orang bukan Islam?.......................................................................
Infografik ini bertujuan untuk memberikan maklumat serta meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai derma organ.
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi talian bebas tol : 1-800-88-9080

14 April 2026 | Auditorium Hospital Queen Elizabeth Seramai 49 orang kakitangan hospital pelbagai kategori  hadir ke Pro...
14/04/2026

14 April 2026 | Auditorium Hospital Queen Elizabeth

Seramai 49 orang kakitangan hospital pelbagai kategori hadir ke Program "KKM, Jom Ikrar!" Peringkat HQE Bilangan 2/2026 di Auditorium HQE.

Program "KKM, Jom Ikrar!" yang telah dilaksanakan sejak tahun 2015 melalui Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan Bilangan 2/2015 merupakan sebuah modul bagi meningkatkan kesedaran kakitangan KKM mengenai pendermaan organ dan menggalakkan mereka mendaftar secara sukarela sebagai pengikrar penderma organ.

Di Sabah, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) menerusi Pusat Sumber Transplan Sabah (PSTS) mensasarkan setiap kakitangan kesihatan di negeri ini didedahkan mengenai pendermaan organ sekurang-kurangnya sekali sepanjang perkhidmatan.

Sayangi buah pinggang anda, jagalah ia sebaiknya sehingga ke akhir hayat anda ๐Ÿ’–๐Ÿฉบ๐Ÿซ˜ ๐Ÿ’š sebagai laman promosi kesedaran pend...
13/04/2026

Sayangi buah pinggang anda, jagalah ia sebaiknya sehingga ke akhir hayat anda ๐Ÿ’–๐Ÿฉบ๐Ÿซ˜

๐Ÿ’š sebagai laman promosi kesedaran pendermaan organ, bukan semata-mata menggalakkan . Asas yang paling penting ialah menjaga kesihatan diri ๐Ÿ›ก๏ธ โ€” mencegah diri daripada menjadi pesakit yang menunggu transplan. Sebilangan besar pesakit kegagalan buah pinggang berpunca daripada penyakit diabetes yang tidak terkawal ๐Ÿ“Š.

Diabetes p**a adalah penyakit metabolik yang berkait rapat dengan gaya hidup dan amalan pemakanan ๐Ÿฝ๏ธ. ๐Ÿญ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฐ๐Ÿฉ๐Ÿง Pengambilan gula berlebihan, kurang aktiviti fizikal ๐Ÿ›‹๏ธ, obesiti โš–๏ธ, serta pemeriksaan kesihatan yang tidak berkala ๐Ÿฅ menyumbang kepada risiko yang lebih tinggi.

๐Ÿ“ˆ Daripada itu, perlu juga difahami bahawa sebahagian pesakit dalam senarai menunggu transplan bukanlah kerana kealpaan atau kecuaian dalam menjaga kesihatan. Ada penyakit yang datang tanpa diduga โ€” sama ada faktor genetik ๐Ÿงฌ, masalah struktur organ ๐Ÿซ€, atau respon semula jadi tubuh badan. Mereka tidak memilih untuk sakit, tetapi terpaksa melalui perjalanan itu ๐Ÿ’”โžก๏ธ๐Ÿ’ช.

Peluang untuk menerima transplan adalah amat rendah ๐Ÿ“‰, dengan jumlah pesakit yang menunggu jauh melebihi bilangan organ yang didermakan โณ.

Jagalah diri sebelum terlambat โฐ๐Ÿ’

Kurangkan gula ๐Ÿšซ๐Ÿฌ, kekalkan berat badan sihat โš–๏ธโœ…, kekal aktif ๐Ÿƒโ€โ™‚๏ธ, dan lakukan saringan kesihatan secara berkala ๐Ÿฅ๐Ÿ“

Mencegah itu lebih baik daripada merawat ๐Ÿ…โœจ

Dan dalam setiap usaha menjaga diri, kita sebenarnya sedang mengurangkan keperluan kepada pendermaan organ ๐Ÿค

๐Ÿ’ž Dengan rendah hati, marilah kita sama-sama memilih untuk hidup sihat โ€” demi diri sendiri, dan demi mereka yang menunggu harapan ๐ŸŒฑ๐Ÿ’š

Kos rawatan penyakit buah pinggang kronik (CKD) tahap akhir di Malaysia mencatat peningkatan mendadak kepada RM3.3 bilion setahun ketika ini berbanding RM572 juta pada 2010 susulan, pertambahan kes saban tahun.




KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Kesihatan Buah Pinggang untuk Semua: Menjaga Manusia, Melindungi Planet
13/04/2026

Kesihatan Buah Pinggang untuk Semua: Menjaga Manusia, Melindungi Planet

Address

Jalan Rumah Sakit
Kota Kinabalu

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6088517555

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when A Gift of Life Sabah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to A Gift of Life Sabah:

Share