13/03/2020
Sahabat-sahabat yang dikasihi,
Dekatkan diri kepada Allah serta perbanyakkan doa pergantungan kepadaNya saat penularan virus.
~DOA-DOA MA'THUR MOHON DIHINDARI WABAK~👇
Daripada Uthman bin Affan berkata, aku mendengar Nabi S.A.W bersabda:
مَنْ قَالَ بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ، فِي الْأَرْضِ، وَلَا فِي السَّمَاءِ، وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ، ثَلَاثَ مَرَّاتٍ،
لَمْ تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ، حَتَّى يُصْبِحَ، وَمَنْ قَالَهَا حِينَ يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ، لَمْ تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حَتَّى يُمْسِيَ
Maksudnya: “Sesiapa yang membaca:
1.بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ، وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
(Dengan nama Allah yang dengan nama-Nya, tidak ada satu pun yang dapat memberi kemudharatan di bumi mahupun di langit, Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui” sebanyak tiga kali, maka dia tidak akan ditimpa bala yang datang secara tiba-tiba sehingga subuh. Dan barangsiapa yang membacanya ketika subuh sebanyak tiga kali, maka dia tidak akan ditimpa bala yang datang secara tiba-tiba sehingga petang (malam).” [Riwayat Abu Daud]
Daripada Abu Hurairah RA berkata:
جَاءَ رَجُلٌ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللهِ مَا لَقِيتُ مِنْ عَقْرَبٍ لَدَغَتْنِي الْبَارِحَةَ، قَالَ: أَمَا لَوْ قُلْتَ،
حِينَ أَمْسَيْتَ: أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ، لَمْ تَضُرَّكَ
Maksudnya: “Telah datang seorang lelaki kepada Nabi S.A.W lalu berkata: Wahai Rasulullah, ketika aku sedang tidur, ada seekor kala jengking datang menyengatku. Maka Nabi S.A.W bersabda: Jika kamu membaca ketika waktu petang (malam) itu:
2. أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ
(Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna daripada segala keburukan yang Allah SWT cipta)” nescaya tidak akan berlaku perkara yang memudharatkan kamu.” [Riwayat Muslim]
Daripada Ibn Umar RA, bahawa aku mendengar Nabi S.A.W bersabda:
لَمْ يَكُنْ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَدَعُ هَؤُلَاءِ الدَّعَوَاتِ، حِينَ يُمْسِي، وَحِينَ يُصْبِحُ:
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَافِيَةَ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ
Maksudnya: “Nabi S.A.W tidak pernah meninggalkan doa tersebut ketika petang dan pagi iaitu:
3. اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَافِيَةَ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ
(Ya Allah aku memohon kepada-Mu keselamatan di dunia dan akhirat”[Riwayat Abu Daud]
Menurut Syeikh Abu al-Hasan al-Mubarakfuri maksud keselamatan (العافية) di dalam tersebut adalah keselamatan daripada perkara-perkara merosakkan agama serta kesusahan dunia.
Dikatakan juga, keselamatan daripada penyakit-penyakit dan bala-bala. [Lihat: Mir’ah al-Mafatih, 139/8]
Daripada Anas bin Malik RA berkata:
كَانَ يَقُولُ: اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ البَرَصِ، وَالْجُنُونِ، وَالْجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّئِ الْأَسْقَامِ
Maksudnya: Adapun Rasulullah S.A.W berdoa:
4.اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ البَرَصِ، وَالْجُنُونِ، وَالْجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّئِ الْأَسْقَامِ
(Ya Allah aku berlindung dengan-Mu daripada penyakit sopak[1], gila, kusta[2] dan penyakit-penyakit yang buruk)”.” [Riwayat Abu Daud]
5.اللَّهُمَّ مَا كَتَبْتَ فِي هَذَا الْيَوْمِ مِنْ مُصِيبَةٍ فَخَلِّصْنَا مِنْهَا وَمَا أَنْزَلْتَ فِي هَذَا الْيَوْمِ مِنْ خَيْرٍ فَآتِنَا مِنْهُ نَصِيبًا.
Ya Allah apa yang telah Engkau catatkan pada hari ini dari musibah maka hindarilah kami darinya, dan apa yang telah Engkau turunkan pada hari ini dari kebaikan maka kurniakanlah kami daripada habuan kebaikannya.[Riwayat Ahmad]
6. اللَّهُمَّ رَحْمَتَكَ نَرْجُو فَلَا تَكِلْنَا إِلَى أَنفُسِنَا طَرْفَةَ عَيْنٍ ، وَأَصْلِحْ لَنَا شَأْنَنَا كُلَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ.
Ya Allah, rahmatmu yang kami harapkan, maka janganlah engkau serahkan urusan kami kepada diri kami walau sekadar sekelip mata sekalipun, perelokkanlah untuk kami urusan kami keseluruhannya,Tiada tuhan melainkan Engkau. [Riwayat Abu Daud]
7. اللَّهُمَّ هَذَا الدُّعَاءُ وَمِنكَ الإِجَابَةُ وَهَذَا الجُهدُ وَعَلَيكَ التُّكلَانُ.
Ya Allah! Inilah doa yang kami panjatkan sedangkan Engkaulah yang memakbulkannya , dan inilah kesungguhan yang mampu kami buktikan sedangkan kepada Engkaulah kami berserah. [Riwayat al-Tirmizi]