NLP stands for Neuro-Linguistic Programming, a name that encompasses the three most influential components involved in producing human experience: neurology, language and programming. The neurological system regulates how our body functions, language determines how we interface and communicate with other people, and our programming determines the kinds of models of the world we create. NLP provide
s techniques and tools that restructure the brain and body to create positive results. NLP allows us to take control of every area of our lives in the most effective way possible. It enables us to design our emotional and physical responses to any situation allowing us to create the life that we want. CORAK TRANSFORMASI DIRI
Corak-corak atau patterns dalam NLP adalah kaedah-kaedah atau strategi-strategi dalam minda yang kita buat dan gunakan untuk mencapai perubahan diri dan mencapai sesuatu matlamat. Corak-corak ini digunakan semasa melakukan terapi bersama client yang menghadapi masalah tertentu. Berikut adalah Corak-corak NLP untuk Mentranformasikan diri:
Circle of Excellent
Corak ini membina keadaan diri yang positif dan diingin dengan mudah dan cepat. Ia dapat meletakkan diri kita dalam suatu keadaan diri yang penuh keyakinan. Contohnya kita ingin mewujudkan perasaan yakin ketika berdepan dengan pelanggan atau semasa membuat pembentangan dan pengucapan awam. Menjana Kelakuan Baru
Corak ini manunjukkan cara bagaimana kita boleh menjana kelakuan baru yang kita idamkan dengan memprogram dalam minda kita, kaedah-kaedah, sifat-sifat untuk menyerap kelakuan baru tersebut. Contohnya, anda ingin mempunyai kemahiran bermain golf seperti Tiger Wood, terapi ini membolehkan anda menyerapkan kelakuan baru tersebut dan menjadikannya kelakuan baru anda. Corak Swish
Corak Swish adalah satu corak yang dicipta oleh Richard Bandler (Pengasas NLP), menggunakan perubahan submodaliti kritikal untuk memprogram otak ke satu arah lain. Ia dapat membantu kita menukar kelakuan dan tabiat yang kita ingini. Melalui corak ini, kita dapat menghasilkan imej diri yang baharu. Ia didapati amat efektif untuk menggubah dan menggantikan kelakuan negatif. Walaubagaimana pun, corak ini hanya untuk mengubah keadaan diri, kelakuan atau tabiat dan bukannya menukar kepercayaan. Mengubah Sejarah Diri
Corak ini dicipta oleh Richard Bandler dan John Grinder, ia dapat membantu seseorang untuk mengubah perspektif dan perasaan mengenai pekara yang telah berlaku tetapi masih lagi mempengaruhi individu pada masa ini. Menurut Bandler dan Grinder, walaupun kita tidak boleh mengubah sejarah silam kita, tetapi kita boleh mengubah makna yang kita berikan padanya. Corak ini membolehkan kita megekodkan semua apa yang berlaku pada masa lalu yang tidak bermanfaat dan memberi kesan negative kepada kita, dan menukarkannya kepada sumber untuk pembelajaran dan pengalaman bagi melonjakkan diri ke hadapan dengan pandangan-pandangan yang positif. Raising my self-esteem (Meningkatkan Apresiasi harga diri)
Pernahkah anda merasakan diri anda tersisih dan tidak dihargai? Dimana emosi anda merundum dengan begitu teruk sekali? Atau anda benci pada diri anda sendiri? Orang yang mempunyai harga diri yang tinggi mempunyai keupayaan untuk mengubah diri mereka bila berada di situasi begini. Dengan menyedari bahawa anda bukanlah kelakuan anda, sebaliknya anda boleh ubah kelakuan anda bila-bila masa yang anda mahu, maka anda kana dapat mengelakkan diri daripada menyalahkan diri sendiri. Corak in diadaptasi daripada teknik olahan Leslie Cameron-Bandler dapat membantu anda untuk meperolehi penghargaan diri dengan melihat diri anda dari kaca mata orang yang menyayangi anda. Kaedah ini berkesan untuk membentuk penhargaan diri dan keyakinan diri yang lebih tinggi. Corak Coklat Godiva
Corak perubahan mengunakan sumodaliti ini dicipta oleh Richard Bandler dengan mengantikan sesuatu sikap negatif contohnya menangguh-nangguhkan sesuatu kerja, bergelut untuk membayar bil-bil, kepada keinginan positif yang diingini. Corak ini mengantikan kelakuan negative tersebut dengan satu kelakuan yang kita sangat suka lalu mengubah makna yang kita beri kepada kelakuan yang ingin diubah tersebut.