20/09/2025
📅 20 September 2025 (Sabtu)
Hari ini, Persatuan Perubatan Desa Sabah (PERDESA) dengan kerjasama Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) Cawangan Sabah dan pasukan UMS 4WD telah melaksanakan konvoi kemanusiaan bagi menyampaikan sumbangan banjir kepada komuniti yang terjejas di tiga daerah di Sabah.
📍PPS SK St. Paul Kolopis, Penampang- 132 mangsa banjir
📍Kg. Sarapung, Penampang- lokasi kejadian tanah runtuh
📍PPS Dewan Masyarakat Papar, Papar-198 mangsa banjir
📍PPS Dewan Kesenian Islam Membakut, Membakut-144 mangsa banjir.
Kerjasama antara PERDESA, MMA Cawangan Sabah dan UMS 4WD telah memastikan program ini berjalan lancar serta setiap sumbangan dapat disampaikan terus kepada mereka yang memerlukan.
Setinggi-tinggi penghargaan dirakamkan kepada semua rakan kerjasama dan penyumbang yang telah bersama-sama menjayakan misi kemanusiaan ini demi kesejahteraan mangsa banjir. 🙏❤️
Semoga kerjasama ini dapat di teruskan di masa akan datang.