Cahaya Bekam Spa

Cahaya Bekam Spa Kami menyediakan perkhidmatan terapi bekam & resdung bagi kaum wanita(perawat wanita) dan lelaki ( perawat lelaki)

12/08/2018
07/04/2016

IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-36 : BERBEKAM

SOALAN :

Adakah berbekam itu sunnah atau ia sekadar rawatan biasa yang berkaitan dengan hal keduniaan ?

JAWAPAN :
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Seperti yang dinyatakan oleh Dr. Muhammad Ijaj al-Khatib dari bukunya yang bertajuk “al-Sunnah al-Nabawiyyah”, inilah jawapannya :

Di sana terdapat banyak hadith yang menceritakan berkaitan berbekam, antaranya ialah:

• Daripada Anas bin Malik, bahawa Nabi SAW bersabda:

حجمَ أبو طيبَةَ رسولَ اللهِ صلَّى اللهُ عليهِ وسلمَ ، فأمرَ له بصاعٍ من تمرٍ ، وأمَرَ أهلَهُ أن يخفِّفُوا من خراجِهِ
Maksudnya: “Abu Thaibah membekam Rasulullah SAW lalu Baginda SAW membayarnya dengan satu sha’ kurma dan Baginda SAW mengarahkan keluarganya untuk meringankan pajaknya”. [Riwayat al-Bukhari, kitab jual beli, bab penjelesan tentang pembekam, no.Hadith 1960]

• Daripada Abdullah bin Abbas, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
حجم النبيَّ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ عبدٌ لبني بياضةَ . فأعطاهُ النبيُّ أجرَه . وكلَّم سيدَه فخفَّفَ عنهُ من ضريبتِه . ولو كان سُحتًا لم يُعطِه النبيُّ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّم
Maksudnya: “Nabi SAW pernah berbekam oleh seorang hamba kepunyaan Bani Bayadhah. Maka Nabi SAW memberinya upah dan Nabi SAW bercakap dengan tuannya agar meringankan tugasnya”. Jika berbekam ini adalah haram, tentu Nabi SAW tidak memberikannya upah. [Riwayat Muslim, kitab pengairan, bab halalnya upah kepada pembekam, no. Hadith: 2955]

• Daripada Anas bin Malik, bahawa Nabi SAW bersabda:
إنَّ أفضلَ ما تداويتُم بِه الحجامةَ أو إنَّ من أمثلِ دوائِكمُ الحجامةَ
Maksudnya: “Sesungguhnya sebaik-baik perubatan yang kalian gunakan adalah berbekam” atau “Sebaik-baik ubat untuk kalian adalah berbekam”. [Riwayat al-Tirmizi, kitab jual beli, bab rukhsah pembekam, no. Hadith 1199]

• Daripada Abdullah bin Abbas, bahawa Nabi SAW bersabda:
احتجم النبيُّ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ في الأخدعَيْنِ وبَينَ الكَتِفَيْنِ
Maksudnya: “Nabi SAW pernah berbekam di lehernya dan juga di antara dua bahunya”. [Riwayat Ahmad, no. Hadith 1987]

• Daripada Abdullah bin Abbas, Bahawa Rasulullah SAW bersabda:
أن النبيَّ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم احتجَم وهو مُحرِمٌ، واحتجَم وهو صائمٌ
Maksudnya: “ Nabi SAW berbekam dalam keadaan Baginda SAW berihram dan juga Baginda SAW berbekam ketika Baginda SAW berpuasa”. [Riwayat al-Bukhari, kitab puasa, bab berbekam dan muntah bagi orang yang berpuasa, no. Hadith: 1802]

Ulasan ringkas berkaitan hadith-hadith berbekam
Jumhur ulama’ mengatakan dibolehkan mengambil upah untuk berbekam kerana larangan yang terdapat di dalam hadith adalah berbentuk makruh bukannya haram. Selain itu juga, berbekam tidak membatalkan puasa jika ia dilakukan ketika berpuasa berdasarkan hadith Ibn Abbas RA. Tambahan p**a, berbekam juga merupakan sebaik-baik perubatan sepertimana yang diberitakan oleh Nabi SAW kepada kita tetapi perlu melihat pada penyakit yang sesuai untuk diubati dengan cara ini.

Hukum berbekam

Terdapat sebahagian para ulama’ mengatakan bahawa ia adalah sunnah secaea mutlak. Iaitu sesiapa sahaja yang melakukan akan mendapat ganjaran samada ia berhajat padanya ataupun tidak. Namun begitu, Dr. ijaj al-Khatib berpendapat bahawa berbekam adalah satu tuntutan terhadap sesiapa yang memerlukannya dan Nabi SAW juga telah mengatakan sedemikian. Jika orang yang sakit berbekam dengan pembekam yang berautoriti kerana beramal dengan apa yang dinasihatkan dan diajar oleh Nabi SAW maka perbuatan tersebut akan mendapat pahala daripada Allah SWT tanpa syak lagi. Adapun bagi sesiapa yang tidak memerlukannya maka tidak akan mendapat pahala daripada Allah SWT melainkan melakukannya hanya sekali seumur hidup disebabkan beramal dengan hadith Nabi SAW yang sahih dan thabit seperti dilakukan oleh Imam Ahmad bin Hanbal.

Tarjih

Kami cenderung mengatakan sepertimana yang dinyatakan oleh Dr. Ijaj al-Khatib bahawa berbekam adalah salah satu daripada teknik atau cara perubatan yang diamalkan sejak dari zaman Rasulullah SAW lagi. Selain itu, kepada sesiapa yang berhajat padanya maka tidak menjadi masalah dan akan mendapat ganjaran di sisi Allah SWT. Manakala kepada sesiapa yang tidak berhajat kepadanya maka tidak akan diberi ganjaran oleh Allah SWT. Ini kerana, di dalam hadith menunjukkan bahawa Nabi SAW melakukannya apabila Baginda SAW perlu dan bukan setiap masa. Walapun begitu, setiap orang mempunyai keselesaan dalam perubatan. Maka dengan itu, setiap orang boleh membuat pilihannya sendiri selagimana ia tidak bertentangan dengan syara’ dan Islam seperti bertemu bomoh dan perubatan yang berunsur khurafat. Islam sangat meraikan dan menitikberatkan soal keselesaan setiap penganutnya agar agama ini tidak dilihat sulit dan menyusahkan kerana ini bertentangan dengan ciri-ciri agama ini iaitu memudahakan.

Penutup

Semoga Allah SWT membantu kita dan memberi kekuataan kepada kita agar kita dapat melaksanakan sunnah-sunnah yang diajar dan ditinggalkan oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Amin.

Wallahua’lam

Pautan ke laman rasmi PMWP: http://goo.gl/4Drf9K

01/04/2016

Perubatan alternatif atau komplementari adalah bertujuan untuk menampung kekurangan yang ada dalam perubatan moden.

Ada kes-kes yang tidak dapat ditangani dengan kaedah moden boleh diusahakan dengan kaedah alternatif.

Jangan terlalu taksub pada rawatan alternatif sehingga meninggalkan rawatan moden dan jangan p**a terlalu menyanjung kaedah moden sehingga memperburukkan kaedah alternatif.

Cabang ilmu perubatan sangat luas. Cari titik persamaan. Mana yang baik kita satukan.

Kredit:drMuhamadAzrinaz



MUTU PERKHIDMATAN BERMULA DARI HATI"Seorang perawat perlu hindari stress. Sebab itu ia dinamakan berkhidmat bukannya bis...
06/02/2016

MUTU PERKHIDMATAN BERMULA DARI HATI

"Seorang perawat perlu hindari stress. Sebab itu ia dinamakan berkhidmat bukannya bisnes. Orang bisnes akan selalu tertekan apabila sale tidak mencapai target. Hasilnya, ia akan mengganggu jiwa dan emosi. Bagaimana mereka boleh berkhidmat dari hati?"

Bekam & Aura therapist
PN.FATIN
017-8164722

TAKWIM TARIKH AFDHAL BERBEKAM SEPANJANG 2016"Sebarkan untuk manfaat umum."Temujanji berbekam hubungiBekamist Fatin 017-8...
06/02/2016

TAKWIM TARIKH AFDHAL BERBEKAM SEPANJANG 2016

"Sebarkan untuk manfaat umum."

Temujanji berbekam hubungi
Bekamist Fatin
017-8164722 (Whatsapp)

06/02/2016

MENCARI PUSAT RAWATAN BEKAM SUNNAH DI KOTA KINABALU?

Sakit kepala, keletihan,kelesuan, sakit-sakit badan mengganggu aktiviti dan kerjaya anda? Pelbagai produk telah diambil tetapi masalah belum selesai?
APA KATA CUBA BERBEKAM P**A...

The CAHAYA merupakan peneraju bekam sunnah khas buat muslimah sejak 2014 di kota kinabalu yang menyediakan perkhidmatan bekam secara MOBILE rumah ke rumah kepada semua peringkat umur, bangsa khasnya kaum wanita.

ALHAMDULILLAH,
Kini kami bakal membuka PUSAT TERAPI BEKAM & TERAPI AURA di CYBER SQURE, KOTA KINABALU

----------------------
ANTARA SERVIS YANG BAKAL KAMI SEDIAKAN
----------------------
✅ Pusat rawatan yang dilengkapi dengan peralatan dan kemudahan yang moden.
✅ Bilik rawatan yang tertutup dan selesa.
✅ Menyediakan jurubekam yang profesional.
✅ Jaminan perkhidmatan yang memuaskan.
✅ Ahli bakal menerima sesi rawatan PERCUMA.
✅ BEKAM PERCUMA untuk O.K.U, Fakir Miskin serta pemegang kad JKM.

HUBUNGI KAMI SEGERA UNTUK SESI TEMUJANJI ANDA
PN.FATIN HAMAMAH
017-8164722 (Whatsapp)

"Ulama berbeza pendapat mengenai upah kepada jurubekam. Namun kenyataan Ibnu Abbas RA tersebut membuktikan bahawa upah b...
06/02/2016

"Ulama berbeza pendapat mengenai upah kepada jurubekam. Namun kenyataan Ibnu Abbas RA tersebut membuktikan bahawa upah berbekam adalah dibenarkan."
(Syeikhul Hadith Maulana Zakariah Rah, Khasail Nabawi.)

"Upah berbekam adalah HALAL tanpa ragu."
(Maulana Abdul Hamid Chin, Syeikhul Hadith Madrasah Miftahul 'Ulum.)

Bekamist Pn Fatin
Whatsapp for appointment
017-8164722
KOTA KINABALU




[ NAIKKAN NILAI DIRI ]NAIKKAN NILAI DIRI KITAKITA SERTA NILAIKUALITI HIDUP KITAMAKA KEWANGAN KITA JUGAAKAN MENINGKAT    ...
06/02/2016

[ NAIKKAN NILAI DIRI ]

NAIKKAN NILAI DIRI KITA
KITA SERTA NILAI
KUALITI HIDUP KITA
MAKA KEWANGAN KITA JUGA
AKAN MENINGKAT






01/02/2016

[ TERAPI AURA & NAIK SERI ]

"Pulihkan aura anda bersama Dengan Garam Aura Asyiffa 7 Aroma bersatu"

Asal aura adalah dari pancaran siatem cakra.
Cakra terdapat di 7 tempat utama dan ada 7 warna tersendiri
iaitu di
ubun ubun kepala - putih
Sistem otak - ungu
Tengkuk - biru
Hati/jantung - hijau
Perut - kuning
Organ peranakan - oren
Otot /saraf tunjang - merah

Cara untuk mentenkan fungsi / baikpulih sistem cakra ini adalah dgn pemakanan dan terapi warna.
Jika semuanya sihat, Maka terpancarlah Aura yg cantik!
Oleh itu...
Terapi warna dipilih dr gabungan 7 aroma bunga yg mempunyai 7 warna. Setiap warna itu sangat mempengaruhi 7 sistem utama di dlm tubuh.
Maknanya ia berfungsi secara serentak untuk memulihara 7 sistem di dlm badan..."

Gabungannya dgn garam akn memberikan kesan maksimum yg pantas dan mencantikkan aura. Di dapati ia cuma mengambil masa 14 hari sahaja.

Ringkasnya
"kesan gabungan garam dgn 7 warna bunga tu memberi pembesaran aura yg pantas dan cantik"

Dapatkan Servis TERAPI AURA & NAIK SERI hanya di The CAHAYA




#0178164722

[ TERAPI AURA & NAIK SERI ]"Pulihkan aura anda bersama Dengan Garam Aura Asyiffa 7 Aroma bersatu"Asal aura adalah dari p...
01/02/2016

[ TERAPI AURA & NAIK SERI ]

"Pulihkan aura anda bersama Dengan Garam Aura Asyiffa 7 Aroma bersatu"

Asal aura adalah dari pancaran siatem cakra.
Cakra terdapat di 7 tempat utama dan ada 7 warna tersendiri
iaitu di
ubun ubun kepala - putih
Sistem otak - ungu
Tengkuk - biru
Hati/jantung - hijau
Perut - kuning
Organ peranakan - oren
Otot /saraf tunjang - merah

Cara untuk mentenkan fungsi / baikpulih sistem cakra ini adalah dgn pemakanan dan terapi warna.
Jika semuanya sihat, Maka terpancarlah Aura yg cantik!
Oleh itu...
Terapi warna dipilih dr gabungan 7 aroma bunga yg mempunyai 7 warna. Setiap warna itu sangat mempengaruhi 7 sistem utama di dlm tubuh.
Maknanya ia berfungsi secara serentak untuk memulihara 7 sistem di dlm badan..."

Gabungannya dgn garam akn memberikan kesan maksimum yg pantas dan mencantikkan aura. Di dapati ia cuma mengambil masa 14 hari sahaja.

Ringkasnya
"kesan gabungan garam dgn 7 warna bunga tu memberi pembesaran aura yg pantas dan cantik"

Dapatkan Servis TERAPI AURA & NAIK SERI hanya di The CAHAYA




#0178164722

[ ROKOK & KESANNYA ]Kemampuan hemoglobin dalam sel darah merah untuk mengikat oksigen akan menurun dikalangan perokok.Ma...
29/01/2016

[ ROKOK & KESANNYA ]

Kemampuan hemoglobin dalam sel darah merah untuk mengikat oksigen akan menurun dikalangan perokok.

Masalah ini boleh dilihat melalui rawatan bekam.

Sepanjang saya merawat dengan bekam, darah seorang perokok akan didapati lebih gelap berbanding yang tidak merokok. Warna darah yang gelap itu adalah salah satu tanda rendahnya kadar oksigen


SUBHANAALLAH ALLAHUAKBAR
29/01/2016

SUBHANAALLAH ALLAHUAKBAR

Address

CYBER Square, Jalan LINTAS
Kota Kinabalu
88200

Telephone

+60178164722

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Cahaya Bekam Spa posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

Category