23/01/2026
๐๐๐ก๐๐๐๐ ๐๐ข๐ก๐ฆ๐ข๐ฅ๐ง๐๐จ๐ ๐๐ข๐ฆ๐ฃ๐๐ง๐๐ ๐จ๐ก๐๐ฉ๐๐ฅ๐ฆ๐๐ง๐ ๐๐ช๐๐ ๐ ๐๐๐๐ฌ๐ฆ๐๐ (๐๐๐จ๐๐ ) ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ
Hospital Pengajar Universiti Malaysia Sarawak (HPUNIMAS) telah menghantar delegasi bagi menyertai Bengkel Konsortium Hospital Universiti Awam Malaysia (KHUAM) yang berlangsung pada 19 hingga 21 Januari 2026.
Bengkel ini berperanan sebagai platform strategik yang menghimpunkan barisan Pengarah dan pengurusan hospital universiti awam bagi membincangkan pencapaian serta hala tuju konsortium berpandukan enam (6) Teras KHUAM, iaitu kecemerlangan pengajaran dan pembelajaran perubatan, penyelidikan dan inovasi perubatan, kelestarian jaringan masyarakat, kemampanan kewangan, kebitaraan modal insan serta kecemerlangan tadbir urus.
Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh YBrs. Prof. Dr. Nazirah Hasnan, Pengerusi KHUAM dan seterusnya dirasmikan oleh YBrs. Tuan Ahmad Rizal bin Adnan, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (Governan dan Pembangunan), Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi.
Delegasi HPUNIMAS diketuai oleh YBrs. Pengarah HPUNIMAS Profesor Dr. Ehfa binti Bujang Safawi, Timbalan Pengarah, Profesor Madya Dr. Juslina Omar, Ketua Penolong Pendaftar, Puan Diana Binti Marbawi, dan Ketua Akauntan, Awang Hafizam bin Awang Saini.
Bengkel ini turut diserikan dengan kehadiran YBhg. Datuk Prof. Dr. Azlinda Azman, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi pada hari terakhir program.
Setinggi-tinggi penghargaan dirakamkan kepada Bahagian Governan IPTA, Sekretariat KHUAM serta semua pihak atas komitmen dan kerjasama dalam menjayakan bengkel ini.