17/04/2026
Mak ayah ada rabun, anak boleh kena jugak?
Ya, rabun (terutamanya myopia) memang boleh berpunca daripada genetik. Kalau ibu bapa rabun, risiko anak untuk jadi rabun memang lebih tinggi. Secara teknikal, gen tertentu boleh mempengaruhi bentuk dan panjang bola mata (axial length).
Bila bola mata cenderung untuk memanjang, imej yang masuk tak jatuh tepat atas retina dan itulah yang menyebabkan rabun jauh.
Tapi genetik bukan satu-satunya faktor. Walaupun anak ada kecenderungan untuk rabun, ia biasanya akan jadi lebih cepat atau lebih teruk bila digabungkan dengan gaya hidup yang tidak dikawal. Contohnya terlalu lama buat kerja dekat (near work) atau kurang aktiviti luar. Maksudnya, genetik ni macam “trigger” untuk anak ada rabun, tapi persekitaran anak itu yang tentukan sejauh mana rabun tu berkembang.
Senang cerita, genetik bagi kecenderungan, tapi gaya hidup yang percepatkan kenaikan rabun. Sebab tu penting untuk kawal tabiat harian anak dari awal, buat pemeriksaan mata secara berkala, dan kalau perlu, mulakan rawatan kawalan rabun (myopia control) supaya power tak naik terlalu cepat.
Kat Eyendra kami ada sediakan pemeriksaan mata kanak-kanak secara percuma, dan program Kawalan Rabun Kanak-kanak untuk anak yang mengalami masalah rabun sejak kecil.