Dr Resd Pakar Terapi Resdung Kota Tinggi

Dr Resd Pakar Terapi Resdung Kota Tinggi Kami menyediakan perkhidmatan terapi ghurah resdung.

Welcome 2024✨Selamat Tahun Baru 2024 kepada semua pelanggan yang kami hargai.Terima kasih kerana masih disini bersama ka...
01/01/2024

Welcome 2024✨
Selamat Tahun Baru 2024 kepada semua pelanggan yang kami hargai.
Terima kasih kerana masih disini bersama kami sehingga hari ini ✨

Antara makanan yang boleh diamalkan 😁
17/09/2022

Antara makanan yang boleh diamalkan 😁

09/04/2022

Alhamdulilah. Selepas 2 tahun.
We're officially back to serve you ❤️

BEZAKAN RESDUNG DAN SINUSITIS------------------------------------------------------------Ramai masih keliru penggunaan t...
19/03/2019

BEZAKAN RESDUNG DAN SINUSITIS
------------------------------------------------------------

Ramai masih keliru penggunaan terma resdung jadi saya akan jelaskan beza terma-terma yang doktor biasa guna ni.

RESDUNG ialah alahan dan keradangan mukosa hidung (selaput dalam hidung).

Iaitu "ALLERGIC RHINITIS"

MAKA RESDUNG= ALLERGIC RHINITIS
--------------------------------------------------------------

Ia biasa dikaitkan dengan alahan keluarga iaitu atopy: Resdung, asma, ekzema, alergi konjunktivitis (gatal-gatal mata)

Resdung atau alergi rhinitis ini juga bermusim.. mungkin jadi lebih teruk pada musim bila debunga-debunga berterbangan..di negara kita..ia sering juga berlaku bila musim hujan..tapi pendapat saya..ia berlaku bila hujan kejap..panas kejap..itu yang hidung sensitif tuu..

Hidung sensitif pada:
1) Habuk
2) Bau kuat
3) Minyak wangi sintetik (pthalates)
4) Bahan kimia iritasi (contoh bau kloroks, bau cat)
5) Panas sangat, sejuk sangat atau perubahan cuaca mendadak.
Contoh:
- Keluar dari pejabat berhawa dingin ke panas terik.
- Mandi air sejuk waktu pagi.

6) Stres dalaman meningkat dan ransangan lain-lain deria.

Penyakit resdung ialah penyakit kronik..maknanya berpanjangan boleh jadi bertahun-tahun. Kecenderungan genetik sesebuah keluarga meningkatkan risiko seseorang dapat resdung ni.

Tunggu masa tercetus saja dengan stres persekitaran dan dalaman.

Info luar kotak : Resdung bukan sensitif hidung je ye, saraf dan emosi, perut, dan lain2 boleh jadi sensitif juga..ini berdasarkan pengalaman dan ada hujah saintifik juga teori saya ni 😀👌

SINUSITIS
----------------

Ini ialah keradangan tisu RONGGA HIDUNG.
Kawasannya:

1) Dekat hidung (ethmoid, sphenoid)
2) Sebelah hidung (maxillary sinus)
3) Dahi sebelah tengah (frontal sinus)

Keradangan sinus ini:

- Biasanya berlaku pada pesakit resdung kronik.
- Alahan menyebabkan imuniti badan lemah
- Rongga sinus pesakit resdung ini mudah dijangkiti bakteria dan virus.
- Rongga menjadi gatal, dipenuhi kahak hijau/kuning, keradangan meningkat mengakibatkan demam.
- Kawasan rongga sinus seperti dahi, hidung dan p**i juga mungkin menjadi sakit kerana keradangan.

KESAN LAIN
- Demam.
- Nafas berbau.
- Hidung tersumbat.
- Sakit gigi/gusi
- Deria bau berkurang.

Nampak beza antara sinusitis dan rhinitis? Keduanya biasa juga disebut bersama, rhinosinusitis kerana sinusitis ini biasa berlaku pada pesakit resdung.

Tapi sinusitis ini sepatutnya tak lama kerana ia merupakan biasanya disebabkan jangkitan kuman kerana imuniti lemah.

Jika puncanya bakteria, mungkin perlu ANTIBIOTIK.

Jika puncanya virus, antibiotik takkan berkesan.. sokong saja dengan antihistamin dan naikkan imuniti badan dengan pemakanan dan gaya hidup sihat. (Tidur berkualiti, rehat cukup, kurangkan stres).

Cara ringkas saya ingat cara bezakan dua ni simple saja:

- Resdung (Rhintis) ni alahan sensitif.
- Sinusitis ni jangkitan.

Semoga bermanfaat 🙂


Nukilan
Bekas penderita resdung,

Hafiz Sulaiman
-Pejuang Kesihatan-

SIMPTOM ALAHAN (ALLERGY RHINITIS)Bagi yang menghidapi allergic rhinitis, anda akan kerap bersin pada waktu pagi, rasa ga...
15/01/2019

SIMPTOM ALAHAN (ALLERGY RHINITIS)

Bagi yang menghidapi allergic rhinitis, anda akan kerap bersin pada waktu pagi, rasa gatal di sekitar hidung, selsema yang berterusan, hidung mengeluarkan bendalir mucus / berair serta akan menyebabkan hidung tersumbat.

05/01/2019

Alhamdulilah dan terima kasih atas support yang diberikan oleh orang Kota Tinggi ✨

5 sebab kenapa anak kita berdengkur?Ada antara anda yang yang ada masalah ini. Jom lihat lima perkara di bawah.1. Masala...
25/10/2018

5 sebab kenapa anak kita berdengkur?

Ada antara anda yang yang ada masalah ini. Jom lihat lima perkara di bawah.

1. Masalah berat badan. Berat badan berlebihan akan menyebabkan gangguan pada salur pernafasan dan mengakibatkan masalah dengkur bertambah teruk

2. Tonsil yang besar. Ini menyebabkan halangan berlaku semasa proses pernafasan. Berdengkur boleh berlaku.

3. Adenoid besar. Struktur adenoid terletak di bahagian nasopharynx iaitu di belakang hidung. Pembesaran pharyngeal tonsil ini boleh mengakibatkan masalah berdengkur juga

4. Terlalu letih. Otot dan tisu yang lemah akibat terlalu letih akan mengakibatkan gangguan semasa bernafas ketika tidur. Berdengkur akan berlaku

5. Masalah pada hidung. Polyp atau apa-apa masalah di rongga hidung juga boleh menyebabkan masalah dengkuran.

Bagaimana langkah rawatan dan penyelesaiannya?

Dapatkan pemeriksaan bersama doktor. Anda akan dibantu. Merawat segala punca masalah adalah langkah paling terbaik.

Turunkan berat badan, aktif bersukan, rajin guna ubat doktor beri dan lain-lain.

Moga bermanfaat. Sila kepada orang yang anda sayang.

Dr Ezairy M.Sallih

Assalamualaikum dan Selamat Pagi ✨✨✨Mulakan hari anda dengan ucapkan Alhamdulilah sebagai tanda kesyukuran kerana anda a...
28/08/2018

Assalamualaikum dan Selamat Pagi ✨✨✨
Mulakan hari anda dengan ucapkan Alhamdulilah sebagai tanda kesyukuran kerana anda adalah insan bertuah yang masih diberi peluang sehingga hari ini 💫

Assalamualaikum dan Selamat Pagi admin ucapkan pada semua.Semoga kekal bersemangat di pagi Isnin yang indah ini ✨
12/08/2018

Assalamualaikum dan Selamat Pagi admin ucapkan pada semua.
Semoga kekal bersemangat di pagi Isnin yang indah ini ✨

Address

30s, Jalan Tun Sri Lanang
Kota Tinggi
81900

Opening Hours

Monday 10:00 - 18:00
Tuesday 10:00 - 18:00
Wednesday 10:00 - 18:00
Thursday 10:00 - 18:00
Friday 10:00 - 18:00
Saturday 10:00 - 18:00
Sunday 10:00 - 18:00

Telephone

+60187636169

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dr Resd Pakar Terapi Resdung Kota Tinggi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram