Hospital Hulu Terengganu

Hospital Hulu Terengganu Medium ini akan digunakan untuk menyebarkan maklumat perkhidmatan dan program-program yang ada di Hospital Hulu Terengganu.

Team HHT bagi cabaran 10k Langkah sehari. Selamat maju jaya team TR75 dan TR109
29/04/2026

Team HHT bagi cabaran 10k Langkah sehari. Selamat maju jaya team TR75 dan TR109

30/03/2026

Selamat Hari Doktor Sedunia 🩺

Saya merakamkan penghargaan kepada seluruh doktor yang telah mengabdikan diri dalam bidang perubatan dengan penuh dedikasi, keprihatinan dan tanggungjawab.

Segala usaha, ketabahan serta komitmen yang ditunjukkan dalam memberikan rawatan dan penjagaan kesihatan amat dihargai, khususnya dalam mendepani pelbagai cabaran demi kesejahteraan rakyat.

Semoga segala jasa dan pengorbanan terus diberkati serta menjadi inspirasi dalam memperkukuh perkhidmatan kesihatan negara. 🇲🇾

Ikhlas daripada
YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad
Menteri Kesihatan

Peringatan mesra untuk pesakit semasa hari raya1) Pastikan semak baki jumlah ubat dan pastikan jumlah  ubat mencukupi se...
17/03/2026

Peringatan mesra untuk pesakit semasa hari raya

1) Pastikan semak baki jumlah ubat dan pastikan jumlah ubat mencukupi sepanjang tempoh musim perayaan .

2) Sila ke farmasi dengan segera sekiranya bekalan ubat anda hampir kehabisan sebelum musim perayaan bermula

3) Elakkan bekalan ubat terputus bagi memastikan keberkesanan rawatan anda

Label Keselamatan FarmaTag  Versi 2  telah diperkenalkan bermula 1 Oktober 2025.Apa yang anda perlu tahu? ✅ FarmaTag Bah...
09/02/2026

Label Keselamatan FarmaTag Versi 2 telah diperkenalkan bermula 1 Oktober 2025.

Apa yang anda perlu tahu?

✅ FarmaTag Baharu: Rekabentuk telah dikemas kini.
✅ FarmaTag Lama: Masih sah di pasaran sehingga tarikh luput produk.
✅ Tujuan: Menjamin ketulenan ubat dan melindungi anda daripada produk tidak sah.

Pastikan ubat anda mempunyai label keselamatan FarmaTag yang asli sebelum dibeli!



🏆 Kejohanan Bowling Hospital Hulu Terengganu 2025 🎳Hospital Hulu Terengganu dengan bangganya telah berjaya menganjurkan ...
10/07/2025

🏆 Kejohanan Bowling Hospital Hulu Terengganu 2025 🎳

Hospital Hulu Terengganu dengan bangganya telah berjaya menganjurkan Kejohanan Bowling 2025 pada 10 Julai 2025 (Khamis) bertempat di Kompleks Sukan Wakaf Tapai, bermula pada jam 9.30 pagi hingga 1.30 petang.

Seramai 60 orang peserta telah mengambil bahagian dalam kejohanan ini, terdiri daripada pelbagai wakil jawatan yang mencerminkan semangat kesukanan dan perpaduan warga hospital.

Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran Pengarah Hospital Hulu Terengganu, Dr. Mohamad Yurzi Bin Mat Rani @ Ghani, yang juga turut serta dalam memeriahkan suasana kejohanan.

🎁 Hadiah-hadiah telah disampaikan bagi tiga kategori utama:

Individu Lelaki Terbaik

Individu Perempuan Terbaik

Kategori Berkumpulan

🏅 Tidak dilupakan juga penghargaan khas kepada pemain pilihan (MVP) atas prestasi cemerlang mereka serta cabutan nama bertuah yang menambahkan lagi keceriaan acara.

Secara keseluruhannya, kejohanan sulung ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada para peserta yang rata-ratanya sangat berpuas hati dan menyatakan harapan agar ia diteruskan pada masa akan datang.

Pihak penganjur merakamkan ucapan terima kasih kepada para penyumbang yang turut memberi sokongan dalam menjayakan kejohanan ini.

Akhir kata, ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pemain, dan sekalung penghargaan serta tahniah kepada para pemenang! 🌟

Perlu ke ambil antibiotik?🤔Antibiotik adalah ubat yang digunakan untuk merawat jangkitan yang disebabkan oleh bakteria. ...
29/06/2025

Perlu ke ambil antibiotik?🤔

Antibiotik adalah ubat yang digunakan untuk merawat jangkitan yang disebabkan oleh bakteria. 🦠

Antibiotik tidak boleh membunuh virus dan tidak berkesan terhadap jangkitan virus. ❌

Pemilihan jenis antibiotik dalam rawatan bergantung kepada jenis bakteria yang terbabit dan keadaan pesakit selepas pemeriksaan doktor. 👩🏻‍⚕

Penggunaan antibiotik secara tidak rasional dan berleluasa mampu menyebabkan peningkatan masalah kerintangan antibiotik. 📌


26/06/2025
Lupuskan ubat dengan cara selamat dan  Lindungi alam sekitar untuk generasi akan datang Pelupusan ubat-ubatan dengan car...
23/04/2025

Lupuskan ubat dengan cara selamat dan Lindungi alam sekitar untuk generasi akan datang

Pelupusan ubat-ubatan dengan cara yang salah akan meninggalkan sisa farmaseutikal di dalam sumber air seperti sungai, tasik, kolam dan laut. Sisa farmaseutikal ini berkemungkinan untuk kekal dalam rantaian makanan dan akhirnya akan memudaratkan kesihatan manusia.

Oleh itu, Program MyMediSAFE telah diperkenalkan sebagai inisiatif yang memberi fokus kepada pelupusan ubat-ubatan yang selamat.

Program ini turut ditawarkan di Hospital Hulu Terengganu . Sebarang pertanyaan boleh hubungi Unit Farmasi Hospital Terengganu atau
layari laman web www.mymedisafe.org.my untuk info lebih lanjut mengenai MyMediSAFE 🤗


14/04/2025

𝑨𝑳-𝑭𝑨𝑻𝑰𝑯𝑨𝑯

Salam Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi

Perdana Menteri Malaysia Ke-5

“Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman”

Ikhlas daripada:
Pengurusan Tertinggi dan Seluruh Warga Kerja Kementerian Kesihatan Malaysia

Pernahkah anda berada dalam situasi sebegini?🔴 “Alamak, sudah pukul 2 petang 😱Saya terlupa ambil ubat pagi tadi 😰”🔴 “Eh,...
11/09/2024

Pernahkah anda berada dalam situasi sebegini?

🔴 “Alamak, sudah pukul 2 petang 😱Saya terlupa ambil ubat pagi tadi 😰”

🔴 “Eh, saya terlupa untuk ambil ubat semalam patut kah saya makan dua biji ubat pada hari ini untuk menggantikan dos yang terlupa semalam? 🧐”

Apakah yang anda perlu lakukan jika anda berada dalam situasi di atas?

🥳SAMBUTAN "HARI MALARIA SEDUNIA" DAN "HARI TANPA TEMBAKAU SEDUNIA 2024"TARIKH: 30/5/2024TEMPAT: RUANG LEGAR KLINIK PAKAR...
30/05/2024

🥳SAMBUTAN "HARI MALARIA SEDUNIA" DAN "HARI TANPA TEMBAKAU SEDUNIA 2024"

TARIKH: 30/5/2024
TEMPAT: RUANG LEGAR KLINIK PAKAR, HOSPITAL HULU TERENGGANU

28/05/2024

Assalamualaikum. Kami dari Farmasi HHT nak kongsi video berkenaan lokasi dan cara-cara mengambil ubat dari lokar tersebut. Harap dapat membantu ye. Kalau ada sebarang soalan berkaitan locker4u, boleh tanya dengan lebih lanjut ye.

Address

Hospital Hulu Terenggau
Kuala Berang
21700

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+606813333

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hospital Hulu Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Hospital Hulu Terengganu:

Share