Dr Suhazeli Abdullah

Dr Suhazeli Abdullah Family Medicine Specialist, Charity Activist: Warga Cakna, Aid4Palestine, Book Writers, MedTweetMY, Papisma, MedicalMythBusters Malaysia, MMC

11/05/2026

[MISI GARISSA: AMANAH ANDA KAMI SAMPAIKAN] πŸ‡°πŸ‡ͺπŸ‡²πŸ‡Ύ

Di sebalik bumi gersang Garissa, Kenya, tersimpan ribuan kisah kedaifan. Namun syukur, kehadiran Warga Cakna membawa sinar baru buat saudara kita di sana.

Melalui sokongan anda, 3 misi utama berjaya dilaksanakan:
βœ… Korban & Aqiqah – Hidangan istimewa buat yang jarang merasa.
βœ… Food Pack – Talian hayat buat dapur yang hampir padam.
βœ… Wakaf Al-Quran – Pelita jiwa buat anak-anak syurga.

Terima kasih rakyat Malaysia. Kerana anda, mereka tidak lagi sendirian. Kasih sayang benar-benar tiada sempadan. ❀️

09/05/2026

"πŸ“’ PERHATIAN: SLOT QURBAN 2026 TERHAD!

Ramai yang dah mendaftar awal untuk pastikan nama mereka tersenarai tahun ini. Jangan sampai saat akhir baru nak cari! πŸƒβ€β™‚οΈπŸ’¨

πŸ“ Lokasi Perlaksanaan: Kenya, Mindanao, Sudan.
πŸ’° Harga serendah RM450/Bahagian.

Daftar sekarang sebelum slot ditutup sepenuhnya.

Layari www.wargacakna.org

7 Cara "Tenang" Bila Orang Tak Hargai Kita 🧠✨Pernah tak rasa kita dah buat macam-macam, tapi orang layan kita macam kita...
15/04/2026

7 Cara "Tenang" Bila Orang Tak Hargai Kita 🧠✨

Pernah tak rasa kita dah buat macam-macam, tapi orang layan kita macam kita ni tak wujud? Mesti rasa sakit hati, kan?

Biasanya, kita akan rasa nak mengamuk atau "kejar" dia untuk buktikan yang kita ni hebat. Tapi cara tu sebenarnya buat kita nampak lemah.

Mungkin boleh ikut cara Stoic ni. Ianya bukan anutan agama pun, ianya gaya pemikiran untuk meneruskan kehidupan. Stoic kata, kekuatan sebenar bukannya pada siapa yang paling kuat menjerit, tapi siapa yang paling tenang. Cara no 6 cukup saya minat.

1. Fokus Benda Boleh Kawal πŸ›‘

Kita tak boleh paksa orang s**a atau hormat kita. Itu hak dia. Yang kita boleh kawal ialah cara kita respon. Kalau dia tak nak hargai, itu masalah dia, bukan masalah kita.

2. Jangan Bagi "Kunci" Emosi Kita Kat Orang πŸ”‘

Bila kita marah sebab kena sidai, maksudnya kita dah bagi orang tu kuasa untuk kawal mood kita. Jangan bagi! Kekalkan ketenangan. Biar dia pelik tengok kita tetap tenang dan rileks.

3. Nilai Diri Datang Dari Dalam πŸ’Ž

Jangan cari "pujian" orang untuk rasa diri kita berharga. Kalau kita dah buat benda betul, dah kerja keras, itu dah cukup. Tak payah tunggu orang cakap "Power lah kau!" baru nak rasa happy.

4. Anggap Ini "Latihan" Mental πŸ‹οΈβ€β™‚οΈ

Bila kena hina atau kena abai, anggap itu macam pergi gym untuk mental. Gunakan situasi tu untuk latih sabar. Lagi teruk dia layan, lagi kuat mental kita kalau kita tak melenting.

5. Diam Itu Senjata Hebat 🀫

Zaman sekarang orang s**a "berbalas" kat media sosial. Tapi sebenarnya, diam dan beredar tanpa cakap apa-apa adalah cara paling 'high class'. Tak payah bazir air liur tegakkan benang yang basah.

6. Masa Kita Terlalu Mahal ⏳

Jangan bazirkan berjam-jam fikir "Kenapa dia buat aku macam ni?". Masa tu lebih baik guna untuk buat kerja, hobi, atau lepak dengan orang yang memang hargai kita. Masa tak boleh patah balik, beb.

7. Kasihkan Mereka (Sebab Mereka Tak Tahu) ❀️

Marcus Aurelius (otai Stoic) selalu cakap, orang yang jahat atau sombong ni sebenarnya "sakit" sebab mereka tak tahu cara jadi baik. Jadi, tak payah benci, kesiankan je dia sebab dia terlepas kawan yang baik macam korang.

Ingatlah kata-kata ini:
Bila kita berhenti "kejar" perhatian orang, masa tulah maruah kita akan naik sendiri. Berjalan terus dengan kepala tegak.

Adakah anda pernah kena p**au ke? Cuba share macam mana anda handle kat komen bawah. πŸ‘‡

MITOS METFORMIN ROSAK OTAK? NI FAKTA SAINTIFIK MUDAH! Ada yang salah faham mengenai kajian terbaharu pasal metformin, ub...
07/04/2026

MITOS METFORMIN ROSAK OTAK? NI FAKTA SAINTIFIK MUDAH!

Ada yang salah faham mengenai kajian terbaharu pasal metformin, ubat kencing manis paling kerap digunakan. Dalam berita terbaharu itu: Ia KERJA DI OTAK untuk turunkan gula darah! Tapi TIDAK ROSAK OTAK. Mari faham ringkas:

Kajian sebelum ini Metformin bertindakbalas di sel-sel hati β†’ halang pembentukan gula baru (glukoneogenesis) β†’ gula darah turun 20-30%. Bagus untuk diabetes jenis 2!

Setelah kajian terbaharu (Science Advances 2025, Baylor College): Didapati Metformin juga masuk juga ke sel-sel otak (VMH - pusat kawalan gula). Ia sekat protein Rap1 di neuron SF1 β†’ akhirnya otak 'arahkan' badan:
βœ… Tingkat sensitiviti insulin (otot & hati).
βœ… Tambah glukagon (hormon lawan insulin).
βœ… Hati kurangkan gula LAGI!

Kesimp**an dari penemuan terbaharu eksperimen atas tikus ini:
βœ… Dos kecil pun mampu sampai ke otak dan turunkan dengan kadar segera di otak dan di hati secara sinergi.
βœ… Terbukti Metformin melindunginya Otak melalui kurangkan risiko Alzheimer (nyanyuk). Kajian lain atas monyet mendapati, pengambilan metformin menyebabkan otak 6 tahun lebih muda!
βœ… Protein Rap1 hanya disekat sikit je, tak ganggu ingatan/belajar.

__________
Dr Abdullah
Pakar Perubatan Keluarga
8/4/2026

Kualiti Udara Kuala Terengganu BUKAN di Tahap Bahaya! πŸ›‘Ada pihak yang mendakwa bahawa Kuala Terengganu kini berhadapan d...
07/04/2026

Kualiti Udara Kuala Terengganu BUKAN di Tahap Bahaya! πŸ›‘

Ada pihak yang mendakwa bahawa Kuala Terengganu kini berhadapan dengan tahap kualiti udara yang "Bahaya". Berdasarkan data terkini (sehingga 7 April 2026), dakwaan ini adalah TIDAK BENAR.

Berikut adalah fakta sebenar:

🌀️ Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Kuala Terengganu pada masa ini hanya mencatatkan bacaan sekitar 67 hingga 95.

🟒 Bacaan ini diklasifikasikan sebagai tahap Sederhana, yang bermaksud risiko kesihatan adalah sangat rendah.

🚨 Tahap Berbahaya (Merah) hanya diisytiharkan apabila bacaan IPU melebihi paras 300, yang bermaksud status kecemasan kualiti udara. Kuala Terengganu masih sangat jauh daripada angka tersebut.

🟑 Sebagai makluman, kawasan di Terengganu yang mencatatkan IPU tertinggi pada hari ini ialah Kemaman dengan bacaan 163 (Tidak Sihat), namun ini juga bukan di tahap bahaya.

Apa yang perlu anda buat?
Walaupun status kualiti udara masih Sederhana, bacaan di Kuala Terengganu dilihat menghampiri julat Tidak Sihat (101 ke atas). Anda boleh mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengurangkan aktiviti fizikal di luar jika sensitif, dan sentiasa menyemak bacaan terkini melalui portal rasmi APIMS (Air Pollutant Index Management System) oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Sila kongsikan maklumat ini agar masyarakat tidak panik dengan berita yang kurang tepat. Sebarkan fakta, bukan auta! πŸ‡²πŸ‡Ύβœ¨

ΨͺΩ‚Ψ¨Ω„ Ψ§Ω„Ω„Ω‡ Ω…Ω†Ψ§ ΩˆΩ…Ω†ΩƒΩ… Ψ΅Ψ§Ω„Ψ­ Ψ§Ω„Ψ£ΨΉΩ…Ψ§Ω„SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN
20/03/2026

ΨͺΩ‚Ψ¨Ω„ Ψ§Ω„Ω„Ω‡ Ω…Ω†Ψ§ ΩˆΩ…Ω†ΩƒΩ… Ψ΅Ψ§Ω„Ψ­ Ψ§Ω„Ψ£ΨΉΩ…Ψ§Ω„

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN

Kronologi di sebalik ketegangan sejarah antara AS dan Iran:US bersekongkol dengan Israhell menyerang Iran bukan konflik ...
07/03/2026

Kronologi di sebalik ketegangan sejarah antara AS dan Iran:

US bersekongkol dengan Israhell menyerang Iran bukan konflik baru, ianya sudah berlarutan lebih 70 tahun. Mari kita lihat ringkasan konflik:

πŸ“… 1951: Memiliknegarakan Minyak.

Parlimen Iran mengundi untuk memiliknegarakan minyak negara mereka, yang sebelum ini berada di bawah kawalan Kolonial British selama 50 tahun.
❓ Kenapa? Iran mahukan semula hak dan kawalan penuh ke atas sumber kekayaan asli negara mereka sendiri. Ini namanya menjaga kedaulatan negara.

πŸ“… 19 Ogos 1953: Campur Tangan CIA

CIA telah menggulingkan Perdana Menteri Iran yang dipilih secara demokratik dan menyerahkan kuasa mutlak kepada diktator monarki, Mohammad Reza Shah. Nama glamernya Shah Iran.
❓ Kenapa? Perdana Menteri British, Winston Churchill yang marah dengan tindakan Iran pada tahun 1951, telah meyakinkan Presiden AS Dwight D. Eisenhower untuk menggulingkan kerajaan Iran supaya AS dan UK dapat merampas semula kawalan ke atas minyak Iran. Di situlah puncanya. Bukan pasal agama atau pertembungan mazhab pun.

πŸ“… 1979: Revolusi Islam

Revolusi Islam tercetus dan Shah Iran berjaya disingkirkan daripada kuasa pemerintahan.
❓ Kenapa? Rakyat Iran mahu menamatkan pemerintahan diktator Shah Iran selama 26 tahun dan memaksa syarikat minyak Barat untuk keluar dari negara mereka. Sekali lagi barat terciduk. Kuasa minyak diambil kembali.

πŸ“… 22 September 1980: Pencerobohan Iraq
Saddam Hussein dari Iraq mula menceroboh Iran.
❓ Kenapa? Iraq mahu mengambil kesempatan ke atas tentera Iran yang sedang lemah. Pentadbiran Presiden Reagan (AS) telah menyokong pencerobohan ini dengan membekalkan Saddam bantuan ekonomi berbilion dolar dan senjata mematikan, termasuk senjata kimia beracun dan virus biologi seperti antraks.

πŸ“… 1988: Penglibatan Langsung AS
AS mula terlibat secara langsung dalam peperangan menentang Iran.
❓ Kenapa? Bagi meningkatkan tekanan ketenteraan terhadap Iran. AS telah memusnahkan separuh daripada tentera laut Iran dan menembak jatuh sebuah penerbangan komersial Iran, mengorbankan 290 mangsa yang tidak bersalah.

πŸ“… Selepas Perang hingga Kini: Sekatan Ekonomi
AS telah memperluaskan sekatan ekonomi dengan mengharamkan semua perdagangan dengan mana-mana syarikat.
❓ Kenapa? Untuk melumpuhkan dan memusnahkan ekonomi Iran, sehinggakan negara itu terhalang daripada mendapatkan akses kepada import makanan penting dan ubat-ubatan untuk menyelamatkan nyawa.

πŸ“… 22 Jun 2025: Serangan Tapak Nuklear
Tentera Udara AS telah menyerang tiga tapak nuklear Iran.
❓ Kenapa? AS menggunakan alasan ancaman nuklear, walaupun Pengarah Perisikan Nasional AS sendiri menyatakan perisikan mereka tidak percaya bahawa Iran sedang membina senjata nuklear. Sehingga kini pun Iran tidak guna senjata nuklear yang kononnya didakwa itu.

πŸ“… 2026 (Februari): Persiapan Serangan Baru
AS sedang membuat persiapan untuk menyerang Iran sekali lagi.
❓ Kenapa? Pentadbiran Trump mahu memberikan "pukulan terakhir" (final blow) bagi mengambil kesempatan ke atas keadaan Iran yang tidak stabil, susulan protes besar-besaran yang sebenarnya berpunca daripada sekatan ekonomi AS itu sendiri. Ada pemberontakan dalaman yang ditaja oleh AS.

Semua serangan ke atas Iran dan beberapa negara lain itu, bukannya AS ingin menghapuskan mazhab Syiah di Iran dan menaikkan Sunni, tetapi kepentingan ekonomi dan kekuasaan menyeluruh bagi melebarkan lagi negara Israhell.

JANGAN GADAI NYAWA DENGAN 'PIL CUCI NODA' ONLINE! 🚨Ramai wanita terpedaya beli pil gugur janin di media sosial kerana ma...
06/03/2026

JANGAN GADAI NYAWA DENGAN 'PIL CUCI NODA' ONLINE! 🚨

Ramai wanita terpedaya beli pil gugur janin di media sosial kerana mahukan jalan mudah. Tapi, awas! Ini bukan jalan penyelesaian, ini jalan menempah maut.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menegaskan ubat pil gugur janin TIDAK BERDAFTAR untuk tujuan pengguguran di Malaysia. Membeli dan menggunakannya tanpa pantauan doktor adalah salah dan sangat berbahaya.

Penggunaan semberono boleh mengundang padah yang ngeri:

πŸ’₯ Rahim Terkoyak & Usus Tembus: Dos yang salah boleh merobek rahim dan organ dalaman anda.

🩸 Pendarahan Teruk & Sepsis: Pendarahan tanpa henti dan jangkitan kuman boleh meragut nyawa.

πŸ‘Ά Bayi Cacat Kekal: Jika proses ini gagal, janin berisiko tinggi lahir dengan kecacatan fizikal atau Sindrom Mobius (lumpuh saraf muka).

AWAS UNDANG-UNDANG:

Menggugurkan janin tanpa alasan perubatan dan nasihat pakar adalah haram. Anda juga boleh dipenjara sehingga 3 tahun di bawah Seksyen 312 Kanun Keseksaan kerana menggugurkan kandungan tanpa sebab perubatan yang sah.

Kepada gadis dan wanita yang buntu, tolong jangan bertindak sendirian. Dapatkan sokongan doktor, pakar ginekologi, atau NGO bertauliah. Nyawa anda terlalu berharga untuk diserahkan kepada penjual ubat haram!

__________
Dr Abdullah
Pakar Perubatan Keluarga
7/3/2026

Bagus juga peringatan imam sebelum solat Jumaat tadi supaya mana-mana makmum yang memakai t-shirt atau baju singkat untu...
06/03/2026

Bagus juga peringatan imam sebelum solat Jumaat tadi supaya mana-mana makmum yang memakai t-shirt atau baju singkat untuk tuck-in baju dalam seluar. Supaya aurat tidak terdedah yang boleh mengganggu kesempurnaan solat. Malah boleh terbatal solat.

BATAL KE PUASA KALAU CUCUK UBAT KURUS (MOUNJARO/SAXENDA)? Ramai yang tertanya-tanya status puasa bagi pesakit yang sedan...
05/03/2026

BATAL KE PUASA KALAU CUCUK UBAT KURUS (MOUNJARO/SAXENDA)?

Ramai yang tertanya-tanya status puasa bagi pesakit yang sedang dalam rawatan obesiti atau diabetes menggunakan ubat suntikan seperti Liraglutide (Saxenda) atau Tirzepatide (Mounjaro) di siang hari. Jom kita fahami hukum dan cara pengurusannya mengikut saranan pakar!

πŸ“Œ HUKUM SUNTIKAN UBAT KURUS KETIKA BERPUASA

Berdasarkan penjelasan Jabatan M***i Wilayah Persekutuan, suntikan ubat kurus di bawah kulit (subcutaneous) adalah TIDAK MEMBATALKAN PUASA.

Kenapa tidak batal?
Hal ini kerana suntikan tersebut tidak melalui rongga terbuka (seperti mulut atau hidung) dan tidak mengandungi unsur nutrisi atau makanan yang mengenyangkan. Ia semata-mata mengandungi hormon (GLP-1) yang menghantar isyarat kenyang kepada otak dan membantu mengawal selera makan. Majoriti ulama kontemporari bersepakat bahawa suntikan perubatan sebegini dibenarkan.

πŸ“Œ KENALI 2 JENIS UBAT SUNTIKAN INI

1️⃣ Liraglutide (Contoh: Saxenda / Victoza): Perlu disuntik pada setiap hari.
2️⃣ Tirzepatide (Contoh: Mounjaro): Ubat yang lebih canggih dan hanya perlu disuntik sekali seminggu sahaja.

πŸ’‘ TIPS KESELAMATAN & PENGURUSAN UNTUK PESAKIT

Walaupun tidak membatalkan puasa, pengurusan kesan sampingan ubat seperti loya amat penting. Berikut adalah tips keselamatan untuk anda:

βœ… Waktu Terbaik Suntikan: Amat digalakkan untuk mengambil suntikan pada waktu malam (selepas berbuka) atau ketika sahur. Ini membantu mengurangkan risiko rasa loya atau pening di siang hari ketika berpuasa.
Bagi pengguna Mounjaro, lebih bijak jika anda pilih hari suntikan pada malam minggu supaya kesan letih/loya tidak mengganggu produktiviti kerja.

πŸ’§ Paksa Diri Minum Air: Ubat seperti Tirzepatide boleh mengurangkan selera minum air anda. Pastikan anda kekal hidrat dan minum air secukupnya antara waktu berbuka hingga sahur bagi mengelakkan masalah buah pinggang.

πŸ”„ Kawal Tempat Suntikan: Suntikan boleh dilakukan di kawasan perut, paha bahagian depan, atau lengan atas. Jangan lupa untuk tukar-tukar lokasi suntikan setiap kali bagi mengelakkan lebam atau bengkak lemak di titik yang sama.

🚨 Ruksah (Kelonggaran) Berbuka: Keselamatan nyawa dan kesihatan adalah keutamaan! Jika ubat ini menyebabkan anda muntah yang teruk, menggigil, atau mengalami dehidrasi melampau pada waktu siang, anda dibenarkan (ruksah) untuk berbuka puasa.

Semoga perkongsian ini memberi pencerahan buat anda yang sedang dalam fasa rawatan. Boleh teruskan rawatan tanpa ragu-ragu, namun pastikan anda sentiasa memantau tindak balas badan anda.

Kongsikan info bermanfaat ini kepada keluarga dan kawan-kawan yang memerlukan! Sila dapatkan nasihat doktor perubatan anda untuk panduan yang lebih khusus. πŸ‘¨β€βš•οΈπŸ‘©β€βš•οΈ

__________
Dr Abdullah
Pakar Perubatan Keluarga
6/3/2026

***iWilayahPersekutuan

Negara-negara Teluk berkata semua β€œgarisan merah” telah dilanggar, sambil menuduh Iran sengaja menyasarkan infrastruktur...
05/03/2026

Negara-negara Teluk berkata semua β€œgarisan merah” telah dilanggar, sambil menuduh Iran sengaja menyasarkan infrastruktur awam dan tenaga di seluruh dunia Arab untuk menyebarkan ketakutan dan panik.

Di luar Teluk, Asia Timur mungkin menjadi mangsa ekonomi terbesar. Pasaran Korea Selatan jatuh 20% dalam dua hari, kejatuhan terburuk sejak 2008, manakala pasaran Thailand dan Tokyo turun 8% apabila gangguan bekalan minyak Teluk mencetuskan kebimbangan penutupan industri.

Krisis tenaga di Teluk semakin meruncing dengan cepat:

1. Arab Saudi telah menutup kilang penapisan minyak terbesarnya.
2. Qatar Energy telah mengisytiharkan force majeure dan menghentikan eksport LNG.
3. Iraq telah mengurangkan pengeluaran minyak hampir 1.5 juta tong sehari.

Di Kanada, Perdana Menteri Mark Carney menyatakan kekesalan kerana menyokong tindakan ketenteraan Amerika Syarikat, sambil menyifatkannya sebagai satu lagi tanda keruntuhan undang-undang antarabangsa berasaskan peraturan.

Di Eropah, Presiden Donald Trump mengarahkan sekatan perdagangan terhadap Sepanyol selepas Madrid enggan memberi akses kepada pangkalan tenteranya untuk serangan berkaitan Iran. Trump juga menyerang Perdana Menteri United Kingdom Keir Starmer kerana menghalang serangan AS dari pangkalan British dengan berkata:
β€œIni bukan Winston Churchill yang sedang kita hadapi.”

Qatar berkata satu peluru berpandu balistik telah mengenai pangkalan udara Al Udeid, manakala konsulat AS di Dubai terbakar selepas serangan dron. Tekanan untuk pemindahan rakyat dari kawasan itu semakin meningkat:

1. Australia menyatakan 115,000 warganya terkandas.
2. Perancis menyatakan 400,000 rakyatnya terjejas.

Pakar Ukraine sedang dihantar ke Teluk untuk membantu menjatuhkan dron Iran, menggunakan pengalaman daripada perang dengan Rusia. Di Rusia p**a, Vladimir Putin dilihat mendapat manfaat apabila gangguan bekalan dari Timur Tengah meningkatkan permintaan terhadap minyak mentah berat Rusia.

Address

Kuala Berang
21700

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dr Suhazeli Abdullah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share