
05/03/2024
Kita tinggal hanya lagi 5 hari lagi untuk bertemu dengan Ramadhan, bulan yang penuh dengan rahmat dan padanya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Lailatul Qadr.
Marilah kita sama-sama berdoa, agar :
1. Allah Subhanahu Wa Ta’ala memberi lagi kesempatan pada kita untuk mengharungi Ramadhan 1425H.
2. Ramadhan kali ini membangkitkan semangat kita untuk beribadah menurut apa yang dikehendaki-Nya, melalui apa yang telah diajarkan oleh Nabi SAW kepada para Sahabat radhiallahu ‘anhum ajmai’n dan diikuti oleh para Tabi’in, para ulama, imam mujtahid yang ‘alim. Bukan mengikut apa yang kita rasa ‘benda baik apa salahnya’.
3. Fenomena Subuh hingga ke Isyak, sama macam solat Jumaat.
4. Yang bekerja di agensi Kerajaan mahupun swasta tidaklah sentiasa bad mood kerana menahan lapar di siang hari. Sentiasa memberikan khidmat dan kerja buat yang terbaik sama seperti bulan-bulan sebelum naiknya SST 8%.
5. Para rakyat Malaysia yang kebolehan memasaknya masih banyak yang perlu di adjust, dikritik oleh suami, isteri dan anak-anaknya sendiri, diberi ilham dan memilih untuk tidak masuk ke bazar Ramadhan kendalian majlis daerah mana-mana negeri.
6. Khairul Aming dapat upload video resipi 30 hari Ramadhan beliau 30 atau 15 minit sebelum masuk waktu berbuka. Ini bagi mengelakkan agar semua muslim tidak terliur dan melepaskan nafsu amarah mereka di bazar Ramadhan. Yang mana kesudahannya hanya pembaziran yang bakal berlaku.
7. Tidak wujud konten-konten so called islamik yang mempromosikan hadis palsu seputar fadhilat Tarawih seperti yang selalu didengar, kononnya pada rakaat sekian, akan memperoleh pahala seperti 70 orang Nabi.
Inilah yang menjadikan ramai pakcik-pakcik, orang muda mula memenuhi masjid lepas solat Isyak hanya untuk Terawih. Walhal yang wajib (5 waktu di masjid) itu tidak dipandang serius.
8. Janganlah muncul drama 7 hari, 8 hari, 9 hari atau hari-hari mencintaimu, yang menyebabkan ibu-ibu sambil lewa menyiapkan juadah berbuka untuk keluarga tercinta. Lebih menyedihkan lagi, bapaknya pun sama naik follow p**ak drama tu.🤦🏻♂️
9. Joke ’Yak yak yeah’, plastik hitam tidaklah menjadi satu kebanggaan bagi orang yang pemalas nak puasa. Kau taknak puasa itu kau punya pasal, tapi kalau kau perlekeh orang yang bersungguh mahu puasa, kau agah-agah dia suruh berbuka sekali, itu maknanya kau memang sibat!
10. Haters Manchester United diberikan kesusahan untuk berbuka tepat pada waktunya, nak balik kerja jalan jem teruk, nak beli juadah berbuka dah habis licin, baju raya tak ada size.
Amiiiin.
Abu Aydan Farees