Farmasi Aiman

Farmasi Aiman Kami sedia membekalkan ubat-ubatan, produk kesihatan, suplemen, ubat tradisional, barang rehabilitasi

16/06/2025

Salur darah anda mencecah lebih 100,000 kilometer.
Panjang ini cukup untuk mengelilingi bumi lebih dua kali. Ia membawa darah beroksigen ke seluruh tubuh, menyokong setiap organ untuk terus berfungsi.

Namun, sistem hebat ini boleh terganggu bila berlaku masalah kesihatan seperti diabetes, kolesterol tinggi dan tabiat merokok.

Merokok menyebabkan dinding salur darah menjadi keras dan sempit.
Kolesterol tinggi p**a mengakibatkan salur darah tersumbat dengan plak.
Diabetes menjejaskan keupayaan salur darah kecil (kapilari) menyalurkan oksigen dengan efektif.

Akibatnya?
❗ Tangan dan kaki mula rasa kebas.
❗ Luka sukar sembuh.
❗ Risiko serangan jantung dan strok meningkat.

Jika anda sudah mula mengalami gejala-gejala ini — jangan tunggu. Dapatkan pemeriksaan segera.

Amalkan gaya hidup sihat seperti:
✅ Berhenti merokok
✅ Aktifkan diri dengan senaman harian
✅ Jaga pemakanan dan berat badan

Peredaran darah yang lancar adalah kunci kepada kesihatan yang menyeluruh.

Assalamualaikum dan selamat pagi....👉WAKTU OPERASI PADA HARI INI MACAM BIASA🌺FARMASI AIMAN KUALA BERANG : 9.00 PAGI-9.30...
16/06/2025

Assalamualaikum dan selamat pagi....

👉WAKTU OPERASI PADA HARI INI MACAM BIASA

🌺FARMASI AIMAN KUALA BERANG : 9.00 PAGI-9.30MALAM
🌺FARMASI AIMAN AJIL : 9.00 PAGI-9.30 MALAM

👉 Boleh terus walk in ke Farmasi untuk dapatkan keperluan kesihatan anda atau

𝐒𝐞𝐛𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐩𝐞𝐫𝐭𝐚𝐧𝐲𝐚𝐚𝐧:

𝐇𝐮𝐛𝐮𝐧𝐠𝐢 𝐤𝐚𝐦𝐢:
09-6825525/ 6825520 (Farmasi Aiman K. Berang HQ)
09-6862524 (Farmasi Aiman Caw Ajil)

𝐀𝐭𝐚𝐮 𝐰𝐡𝐚𝐭𝐬𝐚𝐩𝐩 𝐤𝐚𝐦𝐢
010-666 2524 (NEW NUMBER)
010-666 2524

𝑱𝒐𝒎 𝒔𝒊𝒏𝒈𝒈𝒂𝒉 𝒅𝒊 𝐅𝐀𝐑𝐌𝐀𝐒𝐈 𝐀𝐈𝐌𝐀𝐍 𝒔𝒆𝒌𝒂𝒓𝒂𝒏𝒈 !!!




Assalamualaikum dan selamat pagi👉WAKTU OPERASI PADA HARI INI MACAM BIASA🌺FARMASI AIMAN KUALA BERANG : 9.00 PAGI-9.30MALA...
14/05/2025

Assalamualaikum dan selamat pagi

👉WAKTU OPERASI PADA HARI INI MACAM BIASA
🌺FARMASI AIMAN KUALA BERANG : 9.00 PAGI-9.30MALAM
🌺FARMASI AIMAN AJIL : 9.00 PAGI-9.30 MALAM

👉 Boleh terus walk in ke Farmasi untuk dapatkan keperluan kesihatan anda atau

𝐒𝐞𝐛𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐩𝐞𝐫𝐭𝐚𝐧𝐲𝐚𝐚𝐧:

𝐇𝐮𝐛𝐮𝐧𝐠𝐢 𝐤𝐚𝐦𝐢:
09-6825525/ 6825520 (Farmasi Aiman K. Berang HQ)
09-6862524 (Farmasi Aiman Caw Ajil)

𝐀𝐭𝐚𝐮 𝐰𝐡𝐚𝐭𝐬𝐚𝐩𝐩 𝐤𝐚𝐦𝐢
010-666 2524 (NEW NUMBER)
010-666 2524

𝑱𝒐𝒎 𝒔𝒊𝒏𝒈𝒈𝒂𝒉 𝒅𝒊 𝐅𝐀𝐑𝐌𝐀𝐒𝐈 𝐀𝐈𝐌𝐀𝐍 𝒔𝒆𝒌𝒂𝒓𝒂𝒏𝒈 !!!



Ramai sangka berat badan naik sebab makan lebih. Tapi tanpa sedar, kurang tidur juga penyumbang besar.Bila kita tak cuku...
17/04/2025

Ramai sangka berat badan naik sebab makan lebih. Tapi tanpa sedar, kurang tidur juga penyumbang besar.

Bila kita tak cukup tidur, dua hormon penting dalam badan kita akan terganggu:

• Ghrelin
hormon yang buat kita rasa lapar. Bila tidur kurang, hormon ini akan meningkat.

• Leptin
hormon yang beri signal kita dah kenyang. Bila tidur tak cukup, hormon ini menurun.

Bayangkan… bila ghrelin naik dan leptin turun, kita bukan saja mudah lapar, tapi susah nak rasa puas.

Akhirnya, kita akan makan lebih banyak terutama makanan tinggi gula dan lemak tanpa kita sedar.

Selain itu, kurang tidur juga ganggu metabolisme, buatkan badan simpan lebih lemak dan kurang bakar kalori.

Dan bila kita penat, semangat nak bersenam pun hilang. Semua ni berkait.

Bukan sebab kuat makan semata-mata.
Kadang-kadang… badan cuma terlalu penat dan keliru isyarat.
SUMBER: Public Health Malaysia (PHM)

[SALAH FAHAM MENGENAI PENYAKIT BUASIR]1. “Buasir hanya berlaku pada orang tua.”Fakta: Buasir boleh berlaku kepada sesiap...
16/04/2025

[SALAH FAHAM MENGENAI PENYAKIT BUASIR]

1. “Buasir hanya berlaku pada orang tua.”
Fakta: Buasir boleh berlaku kepada sesiapa, termasuk golongan muda terutama yang mengalami sembelit kronik, gaya hidup tidak aktif, duduk terlalu lama atau wanita hamil.

2. “Buasir disebabkan makan pedas.”
Fakta: Makanan pedas tak menyebabkan buasir, tapi boleh merangsang saluran dubur yang sudah radang, menyebabkan rasa sakit atau pedih.

3. “Kalau berdarah masa buang air besar, itu mesti buasir.”
Fakta: Tak semestinya. Darah dalam najis juga boleh jadi tanda buasir, tetapi juga mungkin disebabkan masalah lain seperti fisur dubur atau kanser kolorektal.

4. “Buasir boleh hilang sendiri tanpa rawatan.”
Fakta: Buasir tahap awal kadang boleh pulih dengan perubahan gaya hidup (lebihkan serat, minum air, senaman). Tapi jika makin teruk, rawatan perubatan diperlukan.

5. “Buasir berjangkit.”
Fakta: Tidak benar. Buasir bukan penyakit berjangkit ia adalah pembengkakan salur darah di kawasan dubur.

6. “Buasir berlaku sebab kurang bersih.”
Fakta: Kebersihan tidak menyebabkan buasir, tapi menggosok terlalu kuat semasa membasuh atau menggunakan tisu kasar boleh memburukkan keadaan.

7. “Rawatan buasir mesti pembedahan.”
Fakta: Tidak semua kes perlukan pembedahan. Ada rawatan seperti ubat sapu, ubat oral, atau prosedur ringan seperti rubber band ligation untuk kes sederhana.

8. “Wanita mengandung tak boleh rawat buasir.”
Fakta: Ada rawatan selamat untuk ibu hamil, tapi perlu dibincang dengan doktor. Jangan tahan sakit atau abaikan rawatan.

9. “Buasir tanda lemah tenaga batin.”
Fakta: Tiada kaitan langsung antara buasir dan kekuatan seksual. Ini hanyalah mitos.

10. “Duduk atas lantai atau batu sejuk sebabkan buasir.”
Fakta: Ini kepercayaan lama yang tidak disokong sains. Faktor sebenar lebih kepada tekanan dan gaya hidup.

Ramai yang malu nak bercakap tentang buasir, apatah lagi nak jumpa doktor. Tapi kerana terlalu banyak salah faham, ramai terlewat mendapatkan rawatan.
SUMBER:PUBLIC HEALTH MALAYSIA (PHM)

Utk dapatkan ubat Dan nasihat jom ke frmasi aiman



Whatsapp segala pertanyaan ke
010-6662524(new number)
Farmasi aiman ajil -096862524
Farmasi aiman kuala berang- 096825525/096825520

Sandwich family” atau “sandwich generation” merujuk kepada golongan individu dewasa yang berada di tengah-tengah dua tan...
15/04/2025

Sandwich family” atau “sandwich generation” merujuk kepada golongan individu dewasa yang berada di tengah-tengah dua tanggungjawab:

1. Menjaga ibu bapa yang sudah tua atau uzur, dan pada masa yang sama
2. Menanggung anak-anak yang masih memerlukan sokongan kewangan dan perhatian.

Ibarat inti sandwich yang diapit di antara dua kepingan roti mereka tersepit di antara dua generasi.

Di luar mereka kelihatan tenang, tapi dalam diam… mereka tersepit di antara dua tanggungjawab besar.

Ini bukan kisah satu dua orang. Ini realiti ramai.

Mereka jarang mengadu. Tak minta dihargai.
Tapi… kalau boleh, fahamilah mereka.

✅ Kalau tak mampu bantu dengan duit, bantu dengan masa.

✅ Kalau tak mampu ringankan tanggungjawab, ringankan kata-kata.

✅ Kadang, sekadar bertanya “kau ok?” pun sudah cukup beri nafas.

Terima kasih kerana terus bertahan, walau tak semua orang tahu betapa penatnya menjadi “inti” dalam sandwich kehidupan.
SUMBER: Public Health Malaysia

Seorang wanita datang ke klinik dengan aduan telinga sebelah kanan tidak dapat mendengar. Katanya, setiap malam rasa pen...
13/04/2025

Seorang wanita datang ke klinik dengan aduan telinga sebelah kanan tidak dapat mendengar.

Katanya, setiap malam rasa pening, kepala tegang dan susah nak tidur. Disangkanya darah tinggi naik atau stress kerja… tapi bila diperiksa, rupanya saluran telinganya penuh dengan tahi telinga keras

Ramai antara kita menggunakan cotton bud atau pin untuk membersihkan telinga, tanpa sedar tindakan ini sebenarnya menolak kotoran lebih dalam.

Selain itu, pergerakan rahang (seperti mengunyah dan bercakap) sebenarnya membantu telinga kita bersihkan diri secara semula jadi.

Kalau seseorang jarang mengunyah (makan makanan lembut sahaja), jarang bercakap, atau ada masalah sendi rahang , pergerakan ini berkurang. Jadi, tahi telinga yang sepatutnya keluar tersangkut dan lama-lama tersumbat
Jika anda mula perasan telinga berdengung, tidak dengar sebelah, atau rasa tak selesa dalam telinga, segera dapatkan pemeriksaan. Jangan tunggu sampai tidur pun terganggu.
SUMBER: PUBLIC HEALTH MALAYSIA(PHM)

Letih… lesu… murung… tapi tak tahu kenapa?Walaupun tidur cukup, makan okay, tapi badan tetap rasa tak bermaya. Rambut ma...
09/04/2025

Letih… lesu… murung… tapi tak tahu kenapa?

Walaupun tidur cukup, makan okay, tapi badan tetap rasa tak bermaya. Rambut makin banyak gugur, sakit belakang makin menjadi-jadi… dan perasaan pun sering rasa kosong.

Kalau anda alami semua ini, ketahuilah
Anda tidak keseorangan.

Ramai wanita di Malaysia sedang melalui perkara yang sama. Dan apa yang mengejutkan, 60-70% wanita Malaysia sebenarnya kekurangan vitamin D.

Sedangkan negara kita kaya dengan cahaya matahari…
Tapi kerana gaya hidup moden bekerja dalam pejabat, bertutup sepenuhnya, kurang masa di luar tubuh kita tak sempat serap cahaya matahari yang diperlukan.

Kalau anda dah cuba macam-macam tapi masih rasa ‘kosong dalam terang’, mungkin inilah jawapannya.

Ambillah masa untuk diri sendiri. Keluar sebentar, biar kulit rasa hangatnya cahaya pagi.
Sinar matahari mungkin tak ubah semua,
Tapi ia boleh jadi titik mula untuk rasa lebih baik, perlahan-lahan.
SUMBER:PUBLIC HEALTH MALAYSIA(PHM)


INFO KESIHATAN Kuih raya tu memang sedap. Juadah penuh meja pun susah nak tolak.Tapi…Darah tinggi, kencing manis, semua ...
08/04/2025

INFO KESIHATAN

Kuih raya tu memang sedap. Juadah penuh meja pun susah nak tolak.
Tapi…Darah tinggi, kencing manis, semua tu tak cuti masa raya.

Kalau anda ada penyakit kronik, jangan lupa:
• Ambil ubat ikut waktu.
• Bawa insulin, alat pemeriksaan, dan ubat-ubatan ke mana pun anda beraya.
• Jangan terlebih makan, walaupun hati kata “raya setahun sekali.”

Keseronokan raya tak semestinya bawa padah.
Kalau kita jaga diri, kita boleh nikmati Aidilfitri tanpa risau.

Sumber : Public Health Malaysia

NUVIT Moistloc Hydrating Serum✅ Mencerahkan✅Melembutkan✅Menganjalkan✅Melembapkan✅Muka nampak lebih glowing
15/09/2024

NUVIT Moistloc Hydrating Serum

✅ Mencerahkan
✅Melembutkan
✅Menganjalkan
✅Melembapkan
✅Muka nampak lebih glowing

Address

Lot 250,Jalan Astaka,Kuala Berang
Kuala Berang
21700

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
18:00 - 21:30
Tuesday 09:00 - 17:00
18:00 - 21:30
Wednesday 09:00 - 21:30
Thursday 09:00 - 21:30
Friday 02:30 - 09:30
Saturday 09:00 - 21:30
Sunday 09:00 - 21:30

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Farmasi Aiman posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Farmasi Aiman:

Share